Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 14 June 2016

Bertugas di tempat baru

dah masuk 4 bulan di sini.. tapi masih rasa tidak serasi dengan kerja yang ditugaskan.. tak tahu apa nak buat. kadang-kadang terfikir beruntung nya orang yang stay kat tempat kerja dia dalam masa yang lama dan tak perlu bertukar skop kerja.

mula-mula rasa macam nak bertahan je kat sini.. tapi akhirnya terluah juga kat sini. tak tahu nak luah kat mana lagi. cuma berdoa semoga diri ini tabah menghadapi dugaan Allah ni. ye la.. memang dah dinyatakan.. Allah cuma bagi dugaan bagi hambaNya yang mampu sahaja. masalah nya mampu ke aku.

semoga aku tabah

sekurang-kurang kamu masih ada kerja daripada orang lain yang takde kerja. jangan merungut.

#blogniuntukdirisendiri
#taksukabacajanganbaca

Monday, 30 May 2016

hari sukan sekolah Iskandar

eh.. tiba-tiba pulak ada hari sukan sekolah iskandar..

ni first time iskandar bersukan.. ibu ayah maacam excited sikit. heheh.. kalini buat dekat padang sekolah.. selalu buat dalam dewan (masa qis dulu la).. so berharap tak hujan la.. sebab kitorang fikir mesti iskadar excited nak main. and yes betul.. dia excited sgt.. hehe.. tak macam kakak dia dulu.. boleh jadi ahli sukan berjaya ni..

yang kitorang perasan. sukan kali ni tak banyak joget-joget.. banyak aktiviti sukan. hehe.. baru la betul bersukan. kalo tak rasa macam konsert tarian je. tapi yang tak syoknya mak bapak budak-budak ni la duduk betul2 dekat border budak-budak nak bersukan.. apa la salahnya duduk belakang sikit.. anak awak tu da besar la.. huhu.. sampai satu tahap tecer tak nampak iskandar sebab mak pak yang lebih. sampai kami terpaksa mengadu.. kesian budak tu nak lari tapi cikgu tak nampak. kalau qis dulu, memang dia takmo lari pon.. so kalau cikgu tak nampak.. kami pon buat2 tak nampak je.. rasanya next time, tecer kene buat border jauh sikit. budak-budak ni kalau nampak mak pak dia caring sgt.. lagi la diorang ni ngengada.. betul tak.

7/5/2016

semua dapat emas.. semua menang.. !!

panaskan badan

kakak teringat la tu

nampak tak kesungguhan dia tu

dalam barisan menunggu giliran

Monday, 9 May 2016

kenduri

selesai majlis di kelantan

19/4/2016
alhamdulillah.. selesai kenduri di rumah mak. a.k.a di bukit mahkota... rasa lega sangat. walopon macam penat.. setiap minggu kene cari  barang-barang untuk kenduri.. tapi hati ni puas..

kepada pengantin. semoga berbahagia ke akhir hayat. gaduh-gaduh tu biasa.. cuma cara handle masalah tu penting untuk belajar supaya tak mudarat.. hehe.. kakak pengantin cuma selesaikan bab goodies bag, bunga telur dengan kek untuk tetamu dan pengantin. kek pengantin macam kontot sikit. kene cari kayu yang panjang sikit la lepas ni. dah jumpa dah kayu tu. harap kek pengantin akan datang takdela nampak kontot tu.. :)

kemuncak
nasi tak cukup!!! haha.. tu la.. memang nampak crowd ramai.. tapi tak sangka sampai nasi pon tak cukup,.. orang catering pon tak datang bisik kat family pengantin bagitau nasi tak cukup ke apa ke. haihh.. sabar ajaala.. tapi best jugak sebab takde lebihan makanan terbuang dan makana-makanan sampingan lain membantu juga dengan ketidak adaan nasi dan lauk tadi..

apa pun, syukur semuanya dah selamat

next. bln 10. kenduri adik ipar pulak.

*eh.. gambar kek takde.. kenela selongkar blog dapurumimira ni.. hehe

dewan makan di malam hari

ewah.. budak kecik ni tak mandi.. sibuk kat meja makan pengantin yer

proses angkut barang.. barang dah habis.. masukkan orang pulak.. budak budak la paling suka dapat naik ni

konon-konon nak jaga.. tapi cuma bertahan beberapa minit je.

sempat bergambat sebelum kenduri mula

gambar setelah orang/ tetamu balik

keluarga mertua yang hadir

antara yang hadir

abang cakap apa dengan abah. huhu