Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Monday, 13 January 2014

terasa penat

seminggu lagi emak dan abah balik dari umrah.. terasa lama pulak masa berlalu.. rasa lambat pulak mak dengan abah balik. huhu.. selama ni kalau mak abah ada tak terasa pulak.. huhu.. so, hujung minggu aritu memaksa diri balik jugak rumah mak, kalau ikut turn, time berehat kat rumah... huhu..



so, tu yang terasa penatnya. kene masak. waaaa... :'(
yang tak best nya bajet untuk banyak orang makan lepas tu rupanya takde yang balik. haish.. so, terbuangla nasi dan lauk yang ada.. ahadnya pulak, masak sikit. taak cukup pulak.. eh.. cukupla.. tapi cukup2 ajala.. (kesimpulannya memang aku tak pandai bajet. hahaha) karang tak masak karang kesian pulakkan.. tapi dorang ni makan time berterabur. sarapan masa tengah hari. pastu dah petang baru nak lunch. haish.. malam x makan. patutla kurus kering budak adam tu.. ke, time mak takde ni masa makan diorang dah jadi  berterabur.. tapi nasib baik jugakla kitorang balik aritu, kalau tak tinggal adam dengan maya je berdua, dahla diorang tu asyik bergaduh je. tak boleh jumpa. asal jumpa gaduh.. asal gaduh jumpa.. huhu..

eh
apa aku merepek ni.. hahahaha.

in shaa Allah jumaat ni mak abah balik. harap selamat semuanya. huhu..

Monday, 6 January 2014

Happy New Year

hari ni dah 6 jan.. macam2 azam tahun baru yang dibaca dalam fesbuk kan.. aku macam biasala takde azam.. hahahaha.. sebenarnya ada.. hari2 ada azam tapi hari2 tak berapa nak tercapai. adoila... sedihnya.. bermula dengan awal muharam aritu, banyak azam yang ditanamkan.. dan aku sedang berusaha untuk mencapainya.. semoga dengan doa kawan2 dan orang tersayang, aku mampu melaksanakan... eceh.. macam ayat skema lak.. huhuhu..

tahun ni jugak, tengok ramai kawan2 yang dah start hantar anak pergi sekolah.. kekadang macam terasa awal jugak aku kawen.. ke kengkawan yang kawen lambat. huhu.. qis tahun ni dah masuk tahun ke3 bersekolah.. so, kami tak berapa nak excited dengan penghantaran anak ke sekolah. hehehe.. tahun depan dah darjah satu.. darjah 1???!!!.. owh cepatnya masa berlalu.. hope qis dapat membaca tahun ni.. risau sangat sebab budak darjah satu sekarang dah kene buat ayat tak kiralah subjek BM atau BI... kesian budak2 zaman sekarang kan?? seingat aku dulu, aku pandai baca bila nak masuk darjah dua.. sebab tu masa darjah satu, dapat nombor corot.. huhu.. lepas tu, alhamdulillah dapat nombor top 5.. hihi..
gambar ni masa hari terakhir dia dalam kelas 5 tahun. besar dah anak ibu ayah ni kan...
ni hari pertama dia dalam kelas 6 tahun.. tengok kawan baru nangis masuk kelas.. dalam hati, nak pujuk camana ni.. hehehe.. gaya rambut baru menampakkan kebulatan dia.. hehehe

budak kecik ni, tak tau la bila nak hantar sekolah.. manja dia lain macam...
 so, hujung minggu haritu, balik seremban.. macam biasa bawakan sesuatu untuk di makan.. kali ni aku bawa kan cheese kek.. satu adunan. tapi aku rasa banyak gila dapat. huhu.. dah mula risau takut tak habis. tapi alhamdulillah.. dapat habiskan.. happy rasa..

hari ni, mak abah pergi umrah. harap mak abah selamat pergi dan selamat pulang.. huhu.. tiba2 je.. diorang ni bukan nak bagitau awal.. kalau tak, takdelah aku arrange meeting esok.. so, rasa kelam kabut sikit harini sebab bila esok nak meeting banyak menda la nak kena uruskan.. hope sempat buat.. budak adam, setakat ni adi yang jaga.. agak kurang percaya di situ, tapi sapa lagi yang boleh diharapkan.. kalau qis belum sekolah, boleh la.. huhu..

apa lagi nak cerita ye.. huhu.. rasa taadi macam banyak yang nak diceritakan..