diam tak diam dah lama jugak pindah opis ni.. cuma tak sempat nak update sebab kelam kelibut dengan semua benda yang entah la.. tak tahu nak describe.. tapi boleh la nak citer sikit-sikit.. hahaha.. tapi yang pasti, perasaan masa kat ofis midvalley lagi best la.. best sebab boleh beli keperluan dapur dengan senang dan dekat dengan rumah. huhu.. nak bershopping kat sana still tak sempat sebenarnya.. beli barang dapur pon siap2 dah ada list so tak payah nak piker panjang masa kat mall.
 |
| ofis baru dan lama... proses perpindahan |
 |
| ofis baru |
ofis baru?? hmmm setakat ni ofis ok la memamng semua serba baru.. tapi ruang kecik sikit. tapi tak kesah pon pasal ruang kerja tu sebab kerja kerani ni tak perlu pon ruang besar-besar kan?? hahaha..
rasa nak cerita banyak.. tapi bila dah buka ni macam tak reti nak cerita apa..
ok la.. 1st pengalaman nak pergi kerja
 |
| penantian satu penyiksaan |
 |
| ada ladies coach.. selesa juga.. takde la bau-bau yang tak menyenangkan dalam keadaan berhimpit tu.. |
disebabkan katanya takde parking untuk kami gred bawahan ni.. so, aku pon try la naik tren. sebulan juga try.. eh 3 minggu tu sebulan ke.. 2 minggu komuter.. 1 minggu star lrt. perasaan? penat weh.. pagi2 nak kene sampai kat stesen pukul7.. kalau lambat, kene tinggal la ketapi.. dah la jenis jalan slow motion.. walopon dah jalan laju, rasa ada orang lain lagi laju. mengah rasanya.. waktu balik lagila stress sbb nak kejar asar lagi.. dengan lif yang lambat.. rasa nak pitam kejar train. yang paling tak best.. siiiikit je nak sampai, tren dah sampai.. adoi mak aiiii.. nak tggu tren yang berikutnya, lagi setengah jam.. memang sampai rumah malam la..
pastu, tak tahan.. try naik star pulak..
yang ni ok je sebab sampai je mesti dapat tren yang dinanti.. kalau terlepas pon, tggu tak lama. cuma jauh la pulak nak jalan. pastu dengan pengemis sepanjang jalan.. rasa sebak je hati sepanjang jalan.. haish.. ada lagi pengemis kat bumi KL yang kata maju ni.. sedih.. sampai rumah penat.. huhu.. kesian rumah tak terurus..
dan
semakin tak tahan, akhirnya aku beralah naik kereta juga.. sampai rumah macam biasa.. dan budak-budak happy.. aku pon happy.. bermulalah hidup seperti biasa...
:)