Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 26 February 2013

yesss!!! akhirnya

memandangkan stok roti yang budak2 suka takde nak beli kat kedai semalam. jadi aku membuat keputusan untuk buat kek untuk budak. kek span cokelat la... budak2 suka cokelat je. kalo kaler lain tak suka diorang. sebab tu buat cream puff diorang takmo makan. huhu.. lenkali ibu try  buat cream puff cokelat ok tak?? agak2 nak ke diorang makan. he.

tadaaaaaa...

akhirnya penantian yang telah lama kunanti. kek menjadi seperti yang diidamkan. span. betul2 macam span. lembut.
tak berapa cantik lagi.. tapi akan diperbaiki dari semasa ke semasa

tu je kot.. just nak share kegembiraan. jangan marah yer.

aku yang puas hati.. hehehe

Monday, 25 February 2013

tensen

owh.. besday aidil tak lama lagi... 28/3/2013 dia akan berumur 2 tahun.. dah besar dah budak tu kan. dah besar dan makin nakal. lagi2 baru nak dapat mulut. semua orang cakap dia ikut. mcm qis dulu la...hmm.. tapi satu perangai dia.. dia suka tanya balik kalau kita cakap. dia tanya camana?? hahaha... dia tanya ha??!! ha??!! ha?? berulang kali sambil mata penuh dengan tanda tanya. mcm iklan murai. murai tu.burung apa. burung murai. burung apa. burung murai... aiyooo... lebih kurang la..

apa yang aku tensen nya??

hahahaha.. takde la serius mana pon. cuma belum pandai buat kek. keazaman di hati nak buat kek untuk anak sendiri. huhu...tu la sebab tensen. hahaha... hampeh kan.. hihihi..

hujung minggu aritu buat kek dengan krim puff.. krim puff lagi... ala. tu je yang orang suka makan. kek tu dah jadi dah.. tengok2 api atas je yang on. geramnya... sapa la yang pusing oven ni... terus yang bawah dia tak berapa n ak masak. dah pusing api bawah tapi dia dah larat nak angkat kuih yang belah atas dah masak. huhu... dengan kegeraman aku tu.. aku pon makan sampai setengah loyang kek tu. huhu...

suruh senyum. dua2 senyum... aidil memng senyum camtuh.. kikiki

nasib krim puff menjadi seperti biasa... kueeeehhh kueeeehhh... jual. jual.. hehehe...

hope buatan kek seterusnya menjadi. huhu.. kek tak menjadi. bila masa nya nak belajar buat toping lak. haish.

Monday, 18 February 2013

hujung minggu ni sangat best

hari ni seperti biasa.. malas bekerja.. huhu... tapi sebenarnya kerja banyak... ya Allah berikanlah kekuatan untukku terus bererja dengan hati yang ikhlas dan tenang..

tapi sebelum bekerja nak menulis di dairi hatiku ini... ewaaahhh

minggu ni amat la best nya sebab abang tak bekerja.. amat jarang abang ada kat rumah masa hujung minggu ni.. jadi hatiku memang berbunga2.. so, kami buat keputusan duk umah je.. asyik balik umah mak n mak mertua je kan...

hari sabtu

jalan2 KLCC.. buat kali keduanya kami berjaya membawak baby n qis pergi tengok wayang. minggu lepas tengok citer hantu sin mon tu.. pastu sabtu haritu tengok cerita kerat 14... sebenarnya nak tengok die hard. tapi budak2 takleh masuk daaaa... jadi dengan terpaksanya tengok la cerita tu walopon tak best. hahahaha... baby cam biasa tido dengan makan popcorn.. hehe.. qsi je la melayan.. mungkin sebab ada polis dalam cerita tu jadi dia layan je. walopon sebenarnya dia kata nak tido jugak. hahaha...


tengok air pancut kat  klcc

kami nak balik dah

sebelum ni pernah bawak qis tengok wayang.. percubaan pertama. cerita budak setan. sudahnya abang kene duk luar sebab dia tak dapat dikawal. huhu

minggu lepas tengok citer husin  mon tu.. qis gila dengan lagu yang ezlynnn nyanyi dengan awie tu. waaaa... aku dah naik muak dengar dia asyik bukak lagu tu kat tab dia.. dia memang saja bukak sebab nak hafal algu tu.. huhu.. budak kecik nyanyi lagu tu...

hari ahad

ada appoitment ngan doc gigi.. nak cek gigi baby n qis. tapi tak berjaya cek gigi baby. sebab dia takmo bukak mulut.. huhu.. kesian dengan gigi baby tu.. rasa nak cepat dia besar. supaya gigi kekal dia tumbuh... huhu.. ibu yang nangis.
qis cek gigi

pastu gie midvalley.. ayah dia pergi janji pulak nak belikan dapur untuk qis.. sebab kat klinik tu ada dapur. budak xmo balik. nak main. sadis... mahalnya abang!! ingat nak tengok wayang jugak tapi xde cerita best.. so kami balik.

sibuk masak

naik tut tuu kad midvalley
petang tu try buat puding roti.. xtau samada betul ke tu rasa dia. tu ke rupa puding roti sebab tak pernah makan lagi la buat kan? hihi.. kalo tu la rupa dia.. patutla aku tak makan sebab tak cantik. hahaha.. tapi rasa dia best.

weekend yang best walopon penat

Friday, 15 February 2013

sedikit gembira

seperti biasa.. hari jumaat adalah hari meeting cawangan.. hmmm..

apa yang gumbira??

hehe.. di akhir meeting pengarah kata dia nak tukar aku!!! wahh.. seronoknya... tapi kalau kene pindah negeri aku lebey rela duduk kat unit sengal ni. huhu... tu sebab tajuk hari ni sedikit gembira.. sebab sebelum tu dia ada cakap projek perak takde sapa jaga. perak!! owh... tidak. dah la abangku kerjanya tidak menentu. bila2 kene panggil. boleh jadi kitorang akan tak berjumpa berbulan lamanya.. budak2 lagi. camana?? aku tak sanggup nak jaga sorang. walaopon abang selalu takde tapi sekali sekala ada cukup menenangkan. huhu.. rasa nak nangis..

pas meeting kuar..

wahhh. jumpa ha. lama giler tak jumpa dia. tapi nampaknya stills ama seperti dahulu. cuma takde apa nak diborakkan. aku setakat jadi pendengar. hehehe... sebab diorang (wani n baiti) pernah duk umah sewa sesama masa bujang. jadi diorang menceritakan nostalgia dolu2... he. ye la masa kat utm pon bukannya rapat sangat. aku pon suka lone ranger kan..

gambar??

alamak lupa la nak amek. rugi.

Thursday, 14 February 2013

teman tido

haha.. nama tak senonoh.. ala nama pon cerita sengal....

ni la teman tido...
selimut pemberian arwah nenek

dah sampai ajalnya.. teman dari form 1 lagi.. aku dah buang pon dia dengan berat hatinya... ye la.. setiap kali tarik je bunyi kreeekkkk... waaa rindu dah kat dia. dah la susah nak cari pengganti. sekarang ni selimut yang ada kat kedai2 sume jenis bulu2 tu.. haih.. memang la sedap kalo tido dalam ekon. huhu...

selimut ku rindu kamu... jangan marah ye sebab buang kamu...

menangis

Wednesday, 13 February 2013

cuti panjang vs raya cina...

yippieee..

bestnya bila bercuti panjang...

hmmm sekarang aku lebih suka duk umah berbanding kerja berbanding tiga tahun pertma keje dulu (2006-2009).. mungkin banyak dipengaruhi keadaan ofis yang tak menyenangkan bagi aku... hehehe... lepas bulan 9 2009.. dah malas keje... dan semakin terbiasa dengan keadaan tu. takut nanti bila dah kene kat tempat busy aku stress... harapnya aku dapat menyesuaikan diri. hehehe..

beberapa hari sebelum cuti panjang, abang bitau family dia ajak piknik kat PD. wahhh.. bunyi seronok aku pon mulalah terpikir nak buatkan apa kat sana ye?? takkan nak pergi tangan kosong je.. tapi nak buat sorang macam tak best. hehe.. jadi aku pon suh abang import adik dia tolong aku buat kueh.. tadaaa... ni la kuehnya...

krim paf  ni yang buat malam tadi.. cantik sket.. yang buat hari tu kurang bakar agaknya. kembang turun semula bila kuarkan dari oven.. tapi sedap lagi yang hari tu.. yang ni kering sket... tapi bila abang suka.. ok la kot kan
kulit tart kali ni cantik sket.. hehe.. adik ipar yang buat.. kalau aku semuanya nak cepat sementara budak ok... huhu....

hasil kueh yang paling cantik pernah aku buat.. 

semua orang suka. semua suh ajar. hepi sangat. aku bukan takmo ajar tapi malu la nak ajar. karang kalo ajar tak jadi pulak. hehehe. (dah biasa sangat macam tu).. aku pon belajar dari internet je. abang pulak tak puas makan agaknya. malam tadi suh buat lagi siap bawak bekal lagi. hehehe... tapi buat cream puff je la. nak wat tart memang tak sanggup. lagipon bahan nak buat tinggal tepung.. butter denga telur dah habis.. cepat betul telur habis sekarang ni,.. dulu kalau beli telur lama sangat nak habes.. hehehe.. :)

pergi PD hari ahad.. jadi tak dapat nak tengok abah. hope abah tak kesah. sampai PD dah tengah hari. diorang kata sampai sana kul8. mak aih awalnya. tapi bagus jugak aku sampai lambat. dua-dua budak kecik tu rimas. semua tak suka pasir. aduhai... menangis aja la pulak iskandar tu... ingatkan dapat la tido PD satu malam tapi katanya bilik penuh.... so balik semban balik la.. ingtkan isnin nak tengok abah tapi abah pulak pergi kenduri kat kampung. pastu amik barang ami kat sekolah teknik dia kat jasin. hari ni nak daftar kat mrsm kuala lipis.. ada jugak adik aku yang mewarisi 'ke mrsm man' aku... huhu.. so, selasa dapat la tengok abah sekejap. abah tak berapa sihat lagi. tapi lega... hmmm.....

mengharap cuti panjang lagi.. huhu.....

Sunday, 10 February 2013

abah umrah

alhamdulillah.. abah dah selamat balik pada hari ni 10/2/2013...

awal tahun hari tu, tengok dalam kalendar abah.. lamanya abah nak cuti.. tapi biasalah kami setakat tertanya-tanya begitu sahaja... rupanya dia nak pergi umrah..

2-3 hari sebelum abah pergi umrah barulah kami tahu... hmmm... tak dapat nak cakap apa. cuma diam sahaja la.. memang dah tahu perangai abah macam tu. tapi tak dapat nk tengok muka mak yang kesedihan sebab abah pergi sorang... kami cuma berdiam diri. mak cakap apa pon, kami diam sahaj. huhu... nak nangis tapi macam biasala aku kalau depan diorang memang takmo nangis. hiihihii (sedikit ego di depan mak abah dan adik2)
..........cek-cek barang.... ...

hati aku??
risau tapi cuma dapat cakap denga abang dan berdoa semoga abah selamat pergi dan balik... sebab macam2 dengar bila orang pergi sana kan. kalau mak ikut, risau tu kurang sikit sebab boleh jaga satu sama lain.

abah pergi 31/1/2013.. dan aku terpaksa balik awal hari tu.. ye la.. semua kelam kabut. sebelum tu kata malam bertolak. tapi tiba2 awal pulak.. kul 3 da kene ada kat epot. so kenela bertolak dari rumah awal sket...

alhamdulillah semuanya telah selamat.. ole2 memamng takde la.. abah memang begitu.. dia bawak balik air zam zam dengan kurma pon dah syukur... he...

Friday, 8 February 2013

gatal lagi!!

mmm.. hari tu kata takmo buat kek.. tapi hati ni geram je nak buat sebab dah boring tak tau nak buat apa kat rumah.. EL hari ni kan. hehehe...pengasuh budak2 mintak cuti sebab kene pergi sekolah anak dia... mulanya nak hantar rumah mak. tapi kemalasn tambah pulak abah takde. nanti susah pulak mak nak bergerak hantar adik2 pergi sekolah. mmm jadi last minit amek keputusan cuti je la. jadi semalam duk pikir nak makan apa esok. so aku buatla kek... walopon tak berapa nak menjadi tapi still sedap tak macam kek pink aritu.. haish.. masih mecuba kek span. sebab aku suka sangat kek span. huhu. biarla orang kata kek tu kosong je tapi aku suka jugak. tak kira.

kali ni macam terlebih gula

kenapa aku jadi suka masak pulak ni???

flash back...
dulu memang tak suka sangat masak. ada la jugak percubaan untuk masak pastu tak menjadi. ada tu buat biskut keras. baling kat dinding tak pecah tu.. macam biskut yaya boboiboy tu. huhu... tapi masa tu sekolah rendah lagi... pastu beberapa kali buat apa ntah tak jadi juga.. last masa kat utm try buat karamel tapi mak pulak tak suka (sekarang aku buat, mak suka pulak. aku pelik)... memang takde sokongan moral langsung. jadi memang aku malas la nak masak mulai hari tu. mencuba pon tak nak.. setakat tolong mak potong bawang. potong sayur dan basuh pinggan je kalau kat dapur... huhuhu...

sekarang
abangla banyak bagi dorongan.. takde la dorongan sangat tapi cuma suka bila tengok dia suka. hehehe.. pastu kalau tak jadi takdelah abang kata tak best. abang kata cuba lagi. hehe... jadinya makin bersemangat nak buat itu ini.. hmmm... tapi best gak hobi baru ni...

smile


Monday, 4 February 2013

laporan

dah pon masuk bulan dua kan. mcm sekejap je. dalam geram. marah. gembira. sedih dan biasa-biasa aja... dah pon melangkah 4 hari bulan februari 2013 ni.

hari ni masih marah pada bos. tapi aku tetap mengharapkan kesabaran masih berada dalam diriku.

mmm.. abaikanla.

nak cerita pasal hujung minggu aritu. hari jumaat takde apa dibuat
hari sabtu tiba2 mak suh buat kek. hehe.. dia beli tepung kek segera. kek span. aku pon apa lagi dengan gumbiranya la aku buat sebab aku pon tgh lapar. huhu.. mula tu ingat nak buat agar2 sebab nmpk buah dalam tin tu tak berusik dan aku dengan rakusnya nak menghabiskan makanan. hahaha....

baru je keluar dr oven dah kene 'curi'
gebu kan.. owh sedapnya
pastu esok nya main ikan. tapi sekejap je la ikan tu dalam botol tu sebab nmpknya mereka tak mampu untuk bernafas dengan sempurna.

suka sangat dia tengok ikan tu....
malam tu, aku buat kek. huhu.. kali ni memang teruk teramat sangat. dahla x jadi. tak sedap pulak tu. memang sungguh sedih.

kek ku.. kenapakah dikau tidak menjadi. kesedihan bertambah teruk
bila diingat kembali... memang aku buat dalam keadaan marah. agaknya memang kalau memasak tak bole buat dengan keadaan marah kan?? (marah sebab apa?? biasala.. sebab tuuuuut) ada sahaja yang tak kene... lenkali kalu nak masak kene nyanyi dengan gumbira. tak kesah sebab aku da kawen. hehe..

owh ye. lupa. cheese cake aritu amat sedap. huhu.. tapi lembik la sikit. mungkin masaknya kurang lama dong. takpe. lenkali cuba buat lagi. tapi rasanya untuk dua minggu ni, aku nak stop dulu buat cake. ambil semangat baru. hehehe.