Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Monday, 9 May 2016

kenduri

selesai majlis di kelantan

19/4/2016
alhamdulillah.. selesai kenduri di rumah mak. a.k.a di bukit mahkota... rasa lega sangat. walopon macam penat.. setiap minggu kene cari  barang-barang untuk kenduri.. tapi hati ni puas..

kepada pengantin. semoga berbahagia ke akhir hayat. gaduh-gaduh tu biasa.. cuma cara handle masalah tu penting untuk belajar supaya tak mudarat.. hehe.. kakak pengantin cuma selesaikan bab goodies bag, bunga telur dengan kek untuk tetamu dan pengantin. kek pengantin macam kontot sikit. kene cari kayu yang panjang sikit la lepas ni. dah jumpa dah kayu tu. harap kek pengantin akan datang takdela nampak kontot tu.. :)

kemuncak
nasi tak cukup!!! haha.. tu la.. memang nampak crowd ramai.. tapi tak sangka sampai nasi pon tak cukup,.. orang catering pon tak datang bisik kat family pengantin bagitau nasi tak cukup ke apa ke. haihh.. sabar ajaala.. tapi best jugak sebab takde lebihan makanan terbuang dan makana-makanan sampingan lain membantu juga dengan ketidak adaan nasi dan lauk tadi..

apa pun, syukur semuanya dah selamat

next. bln 10. kenduri adik ipar pulak.

*eh.. gambar kek takde.. kenela selongkar blog dapurumimira ni.. hehe

dewan makan di malam hari

ewah.. budak kecik ni tak mandi.. sibuk kat meja makan pengantin yer

proses angkut barang.. barang dah habis.. masukkan orang pulak.. budak budak la paling suka dapat naik ni

konon-konon nak jaga.. tapi cuma bertahan beberapa minit je.

sempat bergambat sebelum kenduri mula

gambar setelah orang/ tetamu balik

keluarga mertua yang hadir

antara yang hadir

abang cakap apa dengan abah. huhu

Monday, 25 April 2016

kenduri di kelantan

alhamdulliah

9/4/2016

dah jadi suami orang adik aku sorang. adik paling senyap dalam dunia. hehe. ada jugak yang melekat dengan dia. walopon agak kelam kabut, semuanya dapat selesai dengan baik.

disebabkan bukan cuti sekolah.. jadi kami mula gerakdari KL lepas solat jumaat. tu pon terpaksa pontengkan qis sekolah agama. huhu.. ingtkan awal malam dah sampai. tapi 10 lebih baru sampai. ya Allah. jauhnya nak sampai. sabar ajala. nasib la aku tak kawen dengan orang jauh. walopon dulu berangan jugak nak kawen dengan orang jauh. haha. Allah kan lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. hehe. nasib ada orang dekat nak walopon banyak kenalan orang jauh-jauh juga.

ok la.. dah melalut pulak ke cerita sendiri. ni cerita adik la. hahaha... malas nak cerita. simpan gambar je la dalam ni. buat kenangan dan rujukan pada masa akan datang. anak-anak pon boleh baca. hehe..

amek gambar sebelum hantar pengantin

yeah.. kami sekeluarga

adeh.. camana nak rotate gambar ni.. pengantin pompuan


sempat buatkan baju kembang qis.. bole la sedondon dengan anak dara

kek. tak dapat buatkan kek pulak kali ni

dah habis kenduri.. balik la kita.. singgah pantai jap

biasala.. mengimbau.. hehe

budak2 memang suka la dapat jumpa pantai. dapat main pasir

ewah.. anak dara posing pulak

check in hotel.. pntenkan qis sehari









Sunday, 1 November 2015

pertunangan adik ipar

24/10/2015

alhamdulillah.. selesai majlis pertunangan adik ipar..

sibuk nak juga duduk situ

ibu ayah bergambar dengan cucu-cucu

Tuesday, 10 June 2014

kenduri hadi & aida

Alhamdulillah.. kenduri sebelah lelaki telah berjalan seperti yang dirancang..

1 jun 2014.
semoga pasangan bahagia hingga ke akhir hayat.

family portrait yang tak berjaya

sepupu sebaya.. - iskandar yang gembira dapat tukar baju

ibu ayah bersanma adik2 ipar  comel yang masih single.. hehehe

iskandar yang tak reti duk diam

pengantin

qis.. hehehe.. ofkos still single.. sapa nak try, ayah sedia dengan interbiu

kami seperti biasa akan feeling2

qis & besfren.. husna

family ku yang dating  memeriahkan majlis.. -apabila qis buat perangai takmo bergambar

Monday, 12 May 2014

mode cuti is on

rasa macam sekejap je dah pertengahan bulan mei.. mungkin sebab bulan ni agak bz sikit kot.. (ehem.. bukan bz kerja ofis tapi bz menda lain.. hahahaha)..

minggu ni datang ofis semata-mata kerja untuk hari ni.. hari isnin.. hehehe.. sebab tu mood bekerja langsung takde.. bos pulak takde.. haish.. ingatkan nak setelkan kerja sebelum masuk semula isnin depan.. nampaknya terpaksala meninggalkan kerja pada anak buah.. hpe dia  boleh diharapkan.. kalau semuanya sama je macam masa aku tinggalkan opis ni.. nanti aku cerita balik bila naik dari cuti nanti yer.. hehehe..

awal mei hari tu memang sibuk sikit.. adik ipar nak kawen. sebenarnya boleh je kalau nak buat tak sibuk tapi macam serba salah pulak. dahla tak dapat balik awal hari jumaat (2mei) sebab abang kerja. so, tolong la buat sikit desert untuk kenduri malam tu sebelum adik akad nikah esoknya kat rumah pengantin pompuan kan.. at least takde la diorang kata aku mengelat. huhu.. buat dalam 60 pudding dengan 30 chocolate moist.. mula-mula macam nak buat cupcake tu lagi satu adunan tapi biasala aku ni selalu risau tak abes.. jadi stop la buat.. tak sangka pulak diorang suka.. takpelah.. rezeki tu je kan.. yang lain, kek hantaran memang dah ditempah awal.. ingat buat lebih, nak buat cupcake.. tapi jadi kek sebijik lagi pulak.. mana la tahu apa2 jadi kat kek hantaran tu kan.. ada yang meng cover.. hehee.. kepala sangat pening masa buat ni.. (hmm.. rupanya nak dating bulan- sabar ajala).. nasib tak keluar semua isi perut.. memang rasa nak muntak sangat dah..

esok nya (3mei).. semua pergi kenduri kawen dengan kepenatan.. baju aku pulak dah cair kene iron.. ya Allah rasa macam nak gelap je penglihatan hari tu.. tapi tarik nafas panjang2.. testing2.. dapat la pinkan dekat tempat cair tu.. pastu tutup dengan tudung.. nasib baik takde yang perasan.. baru lepas buat baju qis lebihan baju tu dah takleh pakai sesame lagi.. sedihnya rasa.. tapi Allah knows better.. berserah ajala.. adik ipar telah selamat menjadi suami orang.. kenduri kami nanti 1 jun. harap semuanya berjalan lancar.. kek pon tak payah buat dah sebab catering bagi kek free.. :) relaks sikit kenduri kali ni.. buat dekat dewan pulak tu. tapi hari tu ibu mertua macam nak mintak aku buat choc moist jugak.. tengokla nanti ye bu.. kalau sempat saya buat.. huhu...
selamat pengantin baru hadi and aida

kami  beserta hantaran hasil gubahan ku.. (hehehe)

baju ibu dah rosak... :(
adik-adik ipar perempuan (sorang dah kawen yer ni)... lelaki semua dah tak available..


weekend aritu,
dapat jalan jb. memng seminggu minggu lepas tu takde mood langsung kerja.. mengingatkan cuti minggu ni dan nak jalan turun jb.. budak dua orang tu jangan cakap la.. memang suka sangat  nak berjalan.. nak tido hotel.. nak balik tu siap kata takmo balik la.. asyik Tanya.. 'ayah kita nak balik hotel ke??'.. penatla kami menukarkan tune kepala otak budak kecik tu supaya tak ingat pasal hotel.. hehe.. Alhamdulillah sampai rumah dia dah lupa semuanya.. kami tinggal di M-suites.. amek apartment dua bilik.. memang memuaskan sebab ruang besar.. selesa untuk kami yang berjalan bersama keluarga.. next time boleh dating lagi kalau bawa family.. kalau bw lebih ahli keluarga, kita bawa toto je ye.. hehehe

okla.. kita layan gambar je
lepas bekfes.. posing jap

nmakan malam @ senibung

nyum.. nyum

amboi qis

adik takut.. duk tepi je.. huhu.. apa la adik ni



#nicumadiarielektronikku
#sapataksukabacajanganbaca
#akunakbaca2ke3tahunakandatang
#naksuruhanakanakbacabiladiorangdahbesarnanti