Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 27 December 2011

eeee anjing

mmm kelam kabut sungguh pagi ini.. perancangan yang dirancangkan tidak menjadi.

asalnya...
aku kene naik tren berulang dari seremban minggu ini untuk ke kerja. abang ku cuti pada minggu ini. jadi dia berhajat nak duduk kat umah mak dia la. aku pulak??? huhu... segan untuk meng apply cuti memandangkan aku masih baru di sini. sebab tu la kene berulang alik dari seremban. tapi semalam bila balik je seremban. rumah itu senyap sunyi. adoyai... semua orang takde. adik2 abang semuanya takde. jadi kami membuat keputusan untuk pulan semula ke KL. haish. mula2 malam tu jugak tapi di anjak ke pagi tadi. huhu... boleh je kalau nak tinggal kat sana tapi xakan nak susah kan ibu jaga si kecik pulak. kalau adik2 ipar ada, ok la sket. xpelah abang. nak buat camana. lenkali kita cuti sesama yer. tu la abang. lenkali cakap kat diorang betul2 abang selalu memain je ngan diorang. mesti diorang pon ingat abang memain hari tu. dengan saya2 naik kompius ni.
packing is done. hehehe


eh
ni bukan cerita anjing seperti tajuk di atas

hehehe.. sebenarnya cerita ni dah terperam selama dua minggu. memandangkan kesibukan tak dapat nak berblogging sanagt. dua minggu lepas, sajala nak menghabiskan masa mengok rumah baru. lepas tu sajala bawak budak kecik tu mandi. tapi qis je la mandi. si baby tengok je. tanya abang kenapa tak celup si baby macam si kakak dulu. ayahnya cakap, x mola. dia kata, kakak dulu lepas berendam je mesti demam. so, dia xmo perkara sama terjadi juga. (aku pon tak hengat sebenarnya... ibu memang tak prihatin nih)..

tengah sedap bermandi manda tu. tetiba adalah sorang tu bawak anjing.. (bangsa apa.. t ak yah la cakap. tapi sure yang baca tau kan).. "vudus" punya orang!!!!! ada ke patut dia lepaskan anjing dia berkeliaran kat situ. dah la kawasan situ basah. ramai orang pulak tu. orang melayu pon ramai ok. tak faham sensitiviti orang melayu betulla!!! tetiba aku rasa nak marah balik je. eee geram. vudus. vudus. vudus.

ada ke patutu dia lepas kan anjing dia. dia ingat kitorang ni agama sama ngan dia. lepas tu dengan senang hati nya anjing tu pergi kat kitorang. melompat kami semua atas kerusi kat situ. dah la aku pegang baby. kalau aku ngan baby jatuh masa tuh. memang nahas la kau. abang aku dengan geramnya menjerit.. 'oiiii ambek la anjing kau ni!!!!' baru orang tu terhegeh2 nak amek anjing dia. dah la jalan lenggang kangkung. lari la sket oi. eee geram seh.

pastuh.. ada sorang budak tu g salut2 anjing tuh. kalau ikot rupa orang tu n bapak dia. aku rasa dia orang melayu tapi tak tahu kenapa bapak dia leh sengih2 je bila nampak anak dia salut2 anjing tuh. mungkin dia bukan orang melayu kot. takpon orang melayu yang tak mementingkan halal haram. atau mungkin muka je melayu.

masa nak balik tu, abang aku sound lagi mamat tu. pastu ada ke patut dia kata dia dah say sori. hangguk kau. kau ingat menatang tu halal ke ngan kitorang. hangin. hangin. kalau sekali lagi kitorang jumpa anjing kau berkeliaran. nahas la kau.

k la.. habis cerita geram pasal anjing dan tuannya yang vudus. geram. geram aku geram.

Thursday, 22 December 2011

mari halau itu nyamuk

nyamuk...

huhu.. minggu sebelum ni nyamuk begitu berleluasa sekali. dah penat menyembur rumah tapi still ada itu nyamuk. haish. apa nak buat ni. kalau gigit aku takpelah. kalau gigit baby. huhu.. ciannya dia. dah la kalau kene gigit tu bukan main merah lagi. lepas tu lama pulak nak hilang. lepas merah jadi hitam. dah tak lawa muka sayang ibu tuh.

ada satu hari tu member ofis bawak satu mende. mende ada lah....

insect repeller
ok lah. setakat ni nyamuk takde. dia kata dia guna system wave. entah. pakai frekuensi yang membuatkan nyamuk tak suka dengan bunyi tu kot. aku bukannya sound engineer. so, i don't know how to explain how the thing's work. hahaha... cuma hari tu sekali nyamuk berjaya jugak menggigit si kecik sebab aku pasang lepas baby dah tido. huhu.. cian. dua2 belah kaki pulak tu kene gigit.

hope lepas  ni xde lagi yang berani gigit sayang bucuk ibu ni...

Wednesday, 21 December 2011

kerja ku

hmmm. dah nak hampir sebulan aku kerja di tempat baru... mmm agak bz. sampai tak sempat nak berbloging lagi. tapi aku sentiasa ada menda yang nak ditulis. tapi tu lah. masa tak mengizinkan. tapi aku akan cuba sedaya upaya. hahaha..

apa kerja aku?
ha... ni la kerja aku... hohoho.. selamat tidak bernafas la kamu wahai umi.

nk minta peruntukan, 
tarik balik waran, 
status kewagan prjk, 
handle metg prjk semua negeri, 
sedia slide metg dll. 
katanye kena kenal ngn org kpm/kpt, nanti pe2 urusan senang nk deal. 
lg satu kena kenal ngn semua org kt unit sbb nk minta report. 
every week ada metg pemantauan semua negeri, 


dan.. meja aku dah kembali penuh seperti sebelumnya. kalau nak dibandingkan dengan tempat kerja aku yang jarang sekali nak tengok kertas berterbangan... hahaha.. walaupon mempunyai bilik yang besar. tapi aku lebih suka di sini yang takde bilik. huhu...


waaa... tak nampak meja... tapi takpe. ada muka si kecik kat pc.. penawar kepenatan ibu bekerja


bilik besar. siap ada sofa lagi.. tapi :(



Wednesday, 14 December 2011

eh umi

nampaknya dah masuk 2 minggu di tempat baru. semakin ramai juga teman2 yang dijumpai di sini semasa pergi sarapan atau pon pergi lunch... so, bila nampak aku je. eh umi... buat apa kat sini. meeting ke. naik pangkat ke. hehe.. bagi yang mengatakan aku naik pangkat tu, aku pon meng amin kan aje la. semoga masin kata2 diorang tu semua. hehehe.. suka aku kalau cepat naik.

dan.. bila jumpa bos. ops.. x-bos.
bos menunjukkan muka terperanjat sebab tak sempat nak cakap apa. berselisih kat eskalator sahaja.
tadi terserempak... eh umi... kat mana. jawab la kan ckk.. bos dengan muka kesal mengatakan yang dia ada jumpa bos cpk. mintak aku dikeluarkan dan hantar ke tempat dia. tiba2 tup2 aku memang dikeluarkan tapi ditempat kan ditempat lain. sama bangunan pulak tu dengan bos. memang la agak sedih bos itu kan. dia cakap la kekesalannya kepada aku. huhu. rasa terharu pulak. ada jugak bos yang mengingati aku. ketahuilah wahai bos, saya pon nak masuk sana lagi kerana saya lebih berminat dengan kerja mendesign. tapi kerja kat sini pon interesting jugak :)... kalau bos nak jugak saya ke ckasj. saya amat la sukanya. mintak la lagi bos. mintak la. hehehe...

next entry la baru cerita kerja aku kat sini... bz jugak ni. tak tahu sempat ke tidak nak mengarang.

Tuesday, 13 December 2011

bakal menantu 2

hmmm.. aku rasa macam baru je tulis pasal cerita bakal menantu ni kan. kali ni rasanya adalagi nak menulis pasal  ni... tapi kene baca jugak cerita pasrt 1 aritu.. bakal menantu mak.. mmm minggu lepas aku telefon mak. tiba2 mak cerita adik aku yang nombor 2. adi lak nak bawak awek balik rumah. nak kenalkan kat mak. huhu.. mak cerita lagi.. adi kata, budak tu budak kampung je. tapi duduk KL. huhu.. aku cakap la kat mak. bagus la kalau budak kampung. sambil dalam hati aku cakap bukan tu ke yang mak nak.. (jahat kan aku)

semalam tiba2 jugak mak singgah kat umah. tak tahu dari rumah ke dari berjalan2 kat KL. tak sempat pon nak tanya. biasalah abah tu kalau singgah bukan boleh lama2. punggung pon tak panas lagi dah nak ajak balik. cerita pon tak habis lagi nak cerita. tapi nak cerita jugak walaupon sikit. hehehe..

mak kata adi nak kawen bulan 3!!!.. mak ai. cepatnya (kata aku dalam hati je. huhu).. mak kata lagi, kalau tak sempat, bulan 6 la. haish budak ni. ingat senang ke nak kawen. (nampaknya aku banyak bermonolog sendiri je).. mak cakap lagi, budak tu budak kuala ibai terengganu. rajin bukan main. laju je buat keje dapur. mmm... ok la tu kan. kalau nak banding dengan awek yan dalam cerita part 1 aritu. hihi.. (jahat sungguh aku ni). mak kata lagi, budak tu keje kat Kl ni. nanti nak ikut adik aku balik JB. kene benti keje dulu. pastu cari keje baru kat JB. kalau tak dapat macam mana??? (aku tanya diri aku lagi).

 tu je yang mak sempat nak cerita. lepas sembahyang asar. terus je balik. hmmm.. memang tak dapat nak bercerita panjang la. abah memang tak boleh dihalang2. kalau diajak balik, jangan melawan. huhu.. takpelah. lenkali boleh lagi tanya mak.

bila mak balik, aku banyak fikir sesorang lak. boleh ke adik aku tu. keje pon tak tetap lagi. nak tanggung anak orang pulak. bukan senang hidup zaman sekarang ni. semua nak kene pakai duit. nanti ada baby, duit lagi. sewa rumah, kereta. barang dapur. banyak tu. aku dan abang yang dah berkerja tetap, gaji masuk tetiap bulan pon rasa cukup2 makan je. tapi entah la. rezeki orang lain2 kan?? semoga rezeki dia dipermudahkan.

agaknya dia nak ikot cara aku kawen ke??? haish budak ni. tak habis nak jeles dengan aku ke. dah besar pon nak menjeles lagi. aku mana sama. aku perempuan. duit belanja kawen dulu laki aku yang bagi kat abah tau. kalau nak harapkan kat abah, tak tahu la. ya Allah.. mudahkan la segalanya.

no. 2: adi

no.4: yan


yang no.3 (gambar takde la pulak dalam simpanan.. tapi orang kata muka dia macam farid kamil. encem gak kan.. he) belum ada cerita. jangan pulak dia pon buat cerita yang bukan2... budak2 ni... adoyai

*(aku yang risau)

Thursday, 8 December 2011

memujuk hati

semalam qis meragam lagi.. xmo ibu amek dari rumah mak dia. nak ayah yang amek. dekat sejam jugak la aku menunggu kat sana dan memujuk. tapi pujukan hanya berjaya 50% je sebab dia masih tak mau berjalan. ada ke nak masuk stroller. ibu mana larat nak tolak dia sambil dukung baby. waaa.. akhirnya mak dia suruh anak nya tolong aku tolak qis. huhu.. kalau hari2 macam ni, boleh jadi tebal muka ibu sayang. camana yer??


akhirnya, pujuk diri sendiri jugak la aku


"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, 
DIA datangkan petir dan kilat. 
Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, 
rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"

ye lakan.. orang kata, budak2 ni kalau banyak menyusahkan kita masa kecik, nanti besar dia senangkan kita.. petikan dari ayat ketua kampung pening lalat dalam cerita ahmad albab. hehehe

Wednesday, 7 December 2011

lembut hati

haish... qistina semakin menjadi2 ragamnya. aku dan abang tak tahu lagi dah apa nak buat. kalau terlalu ikotkan sangta kehendaknya takot memakan diri kami juga akhirnya nanti. ye la kan. dibuatnya dia mintak sesuatu yang kami tak boleh bagi mungkin sebab mahal atau takde kat mana kedai untuk dibelikan. apalah kami nak buat yer...

pagi tadi on da way g keje, kebetulan sinar jemput dr fadilah kamsah. dan yang menariknya si pemanggil tu mengutarakan masalah yang sama. dan dr fadilah adalah bagi ayat2 yang boleh dibaca dan dihembuskan kepada anak. tapi aku tak ingat. huhu.. so, aku pon dengan segera menggugel.. harapnya, boleh la kami amal kan nya. kat bawah ni, aku dapat dari blog terapi jiwa..... owh. terima kasih

Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)
Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati
Mengikut aturannya, bacalah:
Baca surah Al-Fatihah
Al Fatihah……………..
Baca Ayat di Bawah:
Lauanzalna hazal qurana (nama orang/diri)…………………..akhir
Baca ayat 1-5 Surah Taha
(di bawah hanya disertakan maksud - baca ayat asalnya tanpa tarjim)
1.  Thaahaa.
2.  Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4.  Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.
5.  (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy.

Kemudian baca doa pelembut hati di bawah
“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”
“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”

Kemudian tiupkan ke air
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.
* di ruangan (nama)……..letakkan nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri

ada jugak yang aku dapat dari blog2 lain. tapi nampaknya sama sahaja kandungannya. mungkin ada juga kelainan. nanti boleh la baca sendiri yer. ni dia blog resepi rahsia.

aku juga nak baca kepada diriku sendiri agar menjadi ibu yang penyabar juga. :) amin

kepada abangku, nanti kita baca sama2 untuk buah hati kita tu ye. semoga dia jadi anak yang soleh dan solehah

Tuesday, 6 December 2011

cerita tanpa kata

malas nak mengarang.. tengok gambar je la

kakak nak menjatuhkan diri

adik yang begitu beria nak ikut kakak lompat2 katil.. huhu.. sabarla sayang.
suka sangat tengok gambar ni. adik peluk kaki kakak masa tidur.. sweet

Monday, 5 December 2011

aku

muka aku

muka cuak.. hihi... nak ptk. interview





?????????

auuuuwww

dah senyum.. mestilah sedang gumbira. makan malam.

lama menunggu abang. hehehe

bosan dalam kesejukan

agak bulat di situ.. (psssttt.. tengah pregnant)

penat tp redha. hahaha

muka bosan ke marah???

stim

agak klasik. :P

meng ayu kan diri.. hohohoh

menunjukkan muka2 aku dalam pelbagai situasi. hahaha.. sesungguhnya hari ni aku merasakan kesengalan diriku. p/s: malas nak rotate gambar. hahaha

opsss ada lagi satu gambar yang betul2 sengal. bak kata orang, sengal tahap maksimum. atau sengal tahap gaban

dikatakan oleh abang ku seperti bibik. huhu

(aku yang sengal...)

Friday, 2 December 2011

asyik meragam je

disebabkan aku belum ada kerja nak buat ni, aku memblog la

setelah disemakdalam internet ni, banyak pulak yang diblok. tapi aku sudah menjangka kan nya. hahaha... memang kalau masuk sini, diorang suruh buat keje je. jangan nak buang masa buat mende lain ok. fb takleh. YM pon tak leh. huhu.. sib baik ada blog untuk meluahkan perasaan. hehehe

sehingga hari ni qis asyik meragam je. adoi.. xtahu kenapa. harap minggu depan jangan la dia meragam lagi. minggu depan aku dah bertugas di tempat baru secara rasminya. hmmm... jadi tak boleh la nak lambat2 lagi pergi keje.  owh qis kenapa asyik meragam aja. tak kesian dengan ayah dan ibu ke. tapi tu la. bila tanya dia masa dia tengah menangis sekuat hati tu. dia akan menggeleng. waaaaa.. maknanya memang dia saja la nak menyusah ayah dan ibu. huhu.. boleh kah kami bersabar. aku kalau ayah ada aku boleh nak bersabar. tapi bila ayah takde memang aku sama naik mengamuk. ya Allah... berikanlah kekuatan kepada hamba Mu ini untuk membesarkan anak2 berdua itu.

masa 30 nov aritu qis demam.. so dia buat perangai la. tak nak gie umah mak dia lah. tak nak gie sekolah la. huhu.. aku mati akal. aku nak gie keje dah ni. dah la abang ku sayang takde. tiba2 lak dia kata nak ikot ibu g keje. waaaa... oklah sayang. jom la. qis tunggu kejap yer. ibu hantar baby. maka bermulalah seharian kami di ofis. qis menyibuk. bukan nak tolong ibu mengemas di hari terakhir.


ibu nak maen game

mengajar macam teacher kat sekolah

menerai kasut ibu lak.. huhu
dah nak tengah hari asyik ajak ibu balik je. tadi nak ikot sngt. sib baik wani ajak kuar. hahaha. mekaseh wani... petang tu aku nak angkat barang hantar kat kereta pon asyik nak ikot je. dah la kene 2-3 trip. kesian kat qis penat... masuk je kereta masa balik. terus terlelap. susu yang buat pon x habis....

masa aku lapor diri pon dia mengamuk lagi. badan panas lagi. tapi kali ni nak g sekolah pulak. huhu.. setelah memujuk dengan merasuah setokin sekolah baru, dia diam

pagi tadi meragam lagi. tapi badan dah ok. dah baik tapi agaknya dia rasa best kot dua hari dilayan oleh ibu dan ayah. lepas kene marah dan dirasuah sekali lagi, dia pon ok. huhu.. jangan la minggu depan buat perangai sayang oi. ibu dah tak boleh layan minggu depan tau.

Thursday, 1 December 2011

semuanya hancur

pagi ni agak lambat masuk ke tempat kerja baru memandangkan hari lapor diri. jadi aku pergi kerja dengan bermalas-malasan kerana takkan nak serang ofis  baru di pagi2 buta. hehehe...

penempatan entah. tak tahu lagi sebab diorang nak bawa masuk meeting dengan pengarah isnin depan. tapi setelah dirisik2 aku dapat tahu aku dimasukkan di bawah team pemantauan. hmmm.. nampaknya aku masih dibayangi dengan tempat kerja lama. tapi aku masih bersyukur kerana sekurang2 nya kerja di sini lebih jelas halatujunya. dan lebih mudah untuk aku membuat kerja. syukur. syukur....

dengan ada anak kecik ni, lebih elok utnk aku tak selalu sangat outstation. so, bagusla kalau dapat stay bawah unit ni. semoga aku dapat lebih banyak menghabiskan masa bersama si kecik juga qis walaupon qis asyik nak meragam je.

tapi aku tak puas hati dengan perpindahan aku di tempat lama. kalau tak kerana tempat lama tu, mesti aku tak kene kerja tempat ni. hahaha.. tak baik kan aku asyik nak merungut je. memang duduk berkerja di tuuuuuuttttt... adalah satu mimpi ngeri bagi aku. mimpi ngeri yang tak dapat aku lupakan.

sekali lagi.
terima kasih ALLAH