Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 30 April 2013

rancangan cuti 1 mei

holaaaaa....

wahhh.. kursus sampai dua minggu berderet. memang mengasyikkan.. kikiki... tak pikir dah apa bos nak kata.. yang penting dapat lari.. dari bulan lepas kan takde cuti umum.. bulan mei ada la dua hari cuti umum.. best. best. hehehe

so, esok  nak buat apa ye??

abang kata nak pergi rumah kawan dia. pastu nak makan kat luar.. seronok bila jalan2. hehehe... pagi tu ingat nak buat sekali lagi roti john.. aritu makan tak puas. sebab bila makan rasa nak muntah je.. huhu.. so kene buat lagi sampai bosan. hahaha... pastu malam ingat nak buat makan2 sket. nak bawak pergi ofis.. saja la nak bayar 'zakat'... rasa macam bersalah pulak bila dah lama keje ni tak belanja orang ofis kan.. nak bawak belanja kat kedai macam tak mampu.. buatkn makanan bawa pergi ofis je la. hehehe..

eh.. sikit la pulak ceritanya..huhu..

haritukan telah berjaya buat kek dengan cantiknya.. suka sangat.. 'mak' budak2 ni kata mintak cuti hari selasa lepas. so, dengan segera aku buat kek nak bawak rumah mak. huhu... mak yang tak berapa makan kek pon tetiba makan kek aku banyak. huhu.. abah pon suka. adik aku memang biasalah. hehe.. sampai aku dengan abang dapat makan sepotong sorang je.. alhamdulillah
macam biasala diorang ni menyibuk.. nasib ada buat dalam cup jugak.. takdela kacau ibu

buat dua lapis

untuk gambar lain klik sini ok.. (gambar sikit je pon)


Saturday, 27 April 2013

TQ abang =D

pergi jalan2 sebab dah lama tak keluar... tujuan utama adalah nak membetulkan gelang kawen aku yang dah pon terputus.. alang2 potong sekali sebab terlalu besar.. hahaha... dah masuk tahun ke enam kawen baru nak potong.. hehehe....

lepas tulis resit semua.. kami pon keluar kedai tapi tiba2 abang bertanya

abang: takmo beli ke
aku: hehehe.. (sengih2 malu)... abang nak belanja ke.. hehehe
(dan ada lagi dialog yang tak hengat)

kami pon masuk balik... dan lepas tu terrrr beli satu gelang.. hehehehe...

aku: maceh abang (dengan muka malu2)
abang: terima kasih sayang
aku: kenapa terima kasih pulak... huhu
abang: sudi terima emas dari abang
aku: ???? (pikir punya pikir....dalam hati.. ooo baru teringat besday tahun lepas abang nak belikan tapi aku tak sudi.. hehehe.. ok apa abang.. masa tu gelang mahal tau....)

Tuesday, 16 April 2013

sek. keb. sri saujana sri petaling, KL

dapat je borang aku dengan bersemangatnya terus isi.. kikikiki.... siap isi dua borang sebab tak tahu nak letak alamat sendiri ke alamat rumah abah kat bukit jalil. takut nanti kalau letak alamat rumah sendiri sekolah tolak pulak. sebab jauh kot.. kira2 dekat 4kilo jugak beza jauhnya. huhu..


dalam borang tu kata nak
1. surat beranak asal
2. salinan surat beranak
3. salinan ic ibu bapa
4. sampul surat 4'x9' bertingkap
5. setem 60sen
6. pengesahan kakak/abang disekolah sama

lepas mengisi borang.. dengan bersungguh mencari sampul surat. berjalan la satu midveli ni.. pergi care4. pergi aeon. mergi mph semua jual bundle je.. 20 plak tuh.. kalo 10 bole tahan lagi.. ingat lepas tu nak terus pergi pejabat pos beli setem kot2 ada jual sampul surat sekali.. tapi dah penat sangat (aku memang jenis tak larat berjalan lama2) terus naik ofis balik... pencariann  sampul surat diteruskan kepada rakan2 tapi hampa. huhu...

15/4/2013
pergilah kami ke sekolah hari tu... masuk2 je tengok mamat hari tu lagi yang jaga kaunter. hadoiyai.. cek punya cek setem tertinggal.. hadoi.. seram rasanya. takut abang marah.. aku memang lupa sangat. lepas balik ofis tu memang tak hengat la nak cari setem, padahal banyak hari lagi bole cari kan.. abang dah terdiam. huhu.. aku pon diam. takut. dia dahla penat tak tido lagi.. sori abang.. tapi sayang abang sebab abang tak marah.. huhu... keluar la kami sekali lagi mencari setem...

kat luar
kat dalam.. tempat perhimpunann pagi kot ni
maka terdaftar la qis di SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SAUJANA, SRI PETALING, KUALA LUMPUR... semoga qis menjadi anak yang berguna

tapi... apa yang dirisaukan... bimbang segala yang dirancang tidak dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.. maklumlah.. sekarang baru 2013... 2015 lama lagi kan...



apa yang dirisaukan??
  • takut pengasuh qis tiba2 mintak berenti ke?? camana la kehidupan kami nanti..
  • uncle yang hantar qis pulak tiba2 takde hantar budak lagi ke.. (nila antara sebab kami nak hantar qis kat sekolah tu.. sebab dia hantar budak sekolah tu dan dialah yang hantar qis ke skola sekarang.. hantar sampai depan pintu rumah ok)
  • qis kata nak sekolah sekarang sampai bila2.. ibu risau... hope teacher dia akan terangkan bila dia dah 6 tahun nanti
  • qis kata tak nak sekola agama... camana ye.. aku pon lupa nak tanya pasal ni kat mamat kaunter tu.. memang ni la yang aku nak tanya. tapi bila nampak dia.. haish..tak dapek den nak torang lagi dah.
  • aku / abang kene transfer... owh tidak!!!
apa pun.. ya Allah. semoga Engkau permudahkan segalanya....

daftar darjah satu (2015)

lepas je baca blog liza.. terus rasa cuak... alamak.. qis macam dah kene daftar je... terus je aku google pejabat pendidikan negeri.. tapi nampak gayanya pendidikan negeri KL takde la web canggih macam pendidikan negeri Selangor. huhu.. kene buat manual. pergi sekola daaa... so terpaksalah menggunakan khidmat abang.. mula2 tengok ada borang so ikutla macam yang dalam borang tu semua.. nak salinan ic semua (aku, abang n qis la).. pastu nak bil utiliti la.. huhu... so kami decide nak pergi 3/4/203.. tapi nampaknya keadaan tak mengizinkan.. tangguh 4/4/2013.. lagi sekali abang bz.. huhu.. nak pergi 5/4/2013 macam tak sesuai sebab hari jumaat...

tapi abang tiba2 kata dia dah call. dia kata untuk 2015 bole lagi. ada kosong lagi tapi kalau 2014 dah tutup. mak ai!!! cepatnya tutup.. aku lega tapi dalam masa sama cuak jugak takut tak sempat. huhu... so, tangguh lagi 8/4/2013.. sekali lagi abang tak boleh. huhu.. hadoi...

9/4/2013.. pergi la kami ke sekolah yang bakal qis pergi dalam masa 2 tahun lagi ni... dari luar.. aku dah rasa macam best.. masuk dalam terasa lagi best. suasana dia tenteram.. tapi bila sampai kat kaunter tak best la pulak. mamat yang jaga kaunter tu muka takde perasaan pastu tanya sepatang setengah patah di jawabnya.. aku yang beri-ia nak bertanya itu ini terus terbantut.. dapat borang terus kami blah.. huhu.. tapi bila dah blah... macam2 kami tanya antara satu sama lain...memang mamat tu psycho la. huhu...

Monday, 15 April 2013

berhujung minggu di rumah

seperti yang dijanjikan... adik ipar datang pada hari jumaat.. so lepas balik kerja, takde apa yang spesel... masak macam biasa lagipon, kuih2 semua dah buat semalam nya kan. hehehe... (fuhh lega)

seronok bila sekali sekala duduk rumah hujung minggu ni kan.. tapi tak seronok bila diri tiba2 tak sihat. huhu. apakan daya. dah tersurat begitu agaknya... hehehe.. tiba2 masa gosok baju sakit kepala yang amat. dah la lepas zohor tu abang kata nak pergi makan2 rumah kawan dia. mula2 macam malas je nak ikot. tapi kesiankan budak2.. mesti nangis lagi kalau tgk ayah keluar.. so ikut jela.. makan memang sedap la. tak hengat sakit.. pastu bila nak balik terasa balik.. sekali dengan rasa nak muntak lak tu... tahan je sepanjang jalan.. seremban -KL tau.. bergelodak perut tuh...

sampai je rumah... duduk2 jap melegakan kepala kononnnya.. huhu.. (tak berjaya gak sebenanrnya)... tahan kan diri masa makan malam jap... (nasib tak pengsan ok).. abang dah keje lagi.. huhu... da siap masaka aku pon terbongkang atas katil.. budak2 memang dah tak larat nak layan. harap kan adik ipar jela. huhu.. golek sana sini.. akhirnya terkeluar jugak semua isi perut. lega sangat. dapat la tido lepas tu.. tapi memang dah tak larat sangat nak bangun... haish.. gayan macam orang mabuk kan.. sebeanrnya ni semua gara2 datang bulan aja.. tak tahu kenapa teruk sangat sekarang ni bila nak dtg bulan.. selalu cirit birit sebelum kene. ada jugak sekali dengan muntah2.. huhu...

hari ahad.. kepala ringan sket.. sempat buat roti john seperti yang dirancang. tapi lepas makan rasa tak ok balik.. huhu.. lepas masak tengah hari... tido lagi dengan abang mengalahkan aku yang keje sepanjang malam. hahaha.. budak2 cam biasa la dengan mak uda diorang. huhu...

daging... sosej sambal
bila telur dan daging telur bersatu di dalam kuali

taraaa... jadilah ia.. nak makan nanti masukkan la salad ke timun dan bawang beseta mayonis dan apa2 sahaja yang diminati... yummmyyy!!! budak2 makan kutip sosej je.. haiyaaa

konon2 nak tido sendiri,... ibu 'demam'
dan hari ni.. masih ada saki baki kepeningan tu. mungkinkah low blood pressure aku menyerang kembali?? ya Allah.. mudahkan la segalanya..

Friday, 12 April 2013

cake chocolate mousse

haish.. hari2 pulak memblog.. (nampak sangat keboringannya....agaknya memang Allah nak suruh aku sambung belajar kot.huhuhu)

semalam dalam kehujanan balik ke rumah.. tiba2 adik aku mesej katanya dia balik umah mak jap... haish.. hancur semua menu masakan malam tu.. kalau aku masak, sapa nak makan ni.. aku tengok si kecik tu bukan main lagi makan donut yang aku bekalkan.. dah balik baru nak makan ye sayang. huhu...

sampai kat rumah pulak.. aku termenung. nak masak ke tak. nak masak ke tak.. sambil tgk budak2 ni main. selalu memang tak sempt nak tgk diorang main. sampai je rumah terus ke dapur.. banyak perkembangan.. ibu suka. mereka berdua dah pandai bermain bersama. baby dah pandai susun blok lego.. sekali2 terdengar jugak budak2 ni menjerit.. bila aku tanya.. terus je si kakak jawab takde pape ibu. saja je.. haish budak tu. keletah betul mulut dia...

minum petang
adik main susun susun
kakak main playdoh katanya.. tapi ibu beli plastesin je pon. huhu
dan akhirnya...
aku malas masak!! rabu ada buat kek. budak2 ni makan banyak pulak kek. pastu piza tengah hari semalam pon ada untuk diorang.. so aku assume diorang dah kenyang... aku?? kalo xde apa makan roti je la. huhu...

sambil2 tu pikir nak buat apa malam tadi.. pastu nak buat ke cokelat mus tu malam ni ke esok.. ahhh... malam ni la. cam segan lak nak buat masa adik ipar ada esok. lagipon, dia datang esok dah ada mende nak makan. walopon malam dah agak lewat. aku buat juagk.. memang sengaja cari resepi yang takde gelatin memandangkan susah nak cari yang halal... cari resepi yang takde telur sebab semua resepi tak bermasak.. nak bagi budak2 makan macam tak best... dan aku sendiri memang suka sgt cokelat mus ni hokey... hahaha.. nak beli mahal nya... buat sendiri.. makan la ko banyak mana pon.



cake span cokelat

mousse cokelat

ingatkan dapat banyak.. bole bagi2... tapi dapat sikit je.. patutla mahal... huhu

tapi
alhamdulillah.. abang kata kat meeting dia ada sedia makan... nasi dagang ok?? dia bawak balik sedapnya. nasi dagang terengganu. susah betul nak cari nasi dagang terengganu di tangah KL ni... sedaaap sangat. huhu... teringat ingat sampai hari ni. hehehe... (gambar tak sempat amek sebab sedap sangat)


Thursday, 11 April 2013

baby hilang!!

hmmmm... tak tahu nak mula dari mana

sejak 3.4.2013 (tak perlu la cakap tarikh apa ni kot....semua orang tahu kot).. rasanya amat jarang abang balik awal.. selalu balik pukul 2-3 pagi je.. time tu semua orang dah tido... kalau bz sangat kul 4-5 pagi la baru balik.. kesian abang kan.. huhu.. sejak hari pertama dari tarikh tu lagi keadaan dah bertambah huru hara... huhu... paling kesian kat budak2.. aku ni boleh la pujuk diri sendiri lagi....

malam tadi... seperti biasa terjaga dari tido tiba2 cari iskandar takde.. eh.. baby hilang!!! aku ingatkan dia jatuh.. cari2 dah tido sebelah ayah dia.. entah pukul b erapa ayah balik pon ibu tak tahu.. selalu tersedar jugak. hari ni tak tersedar pulak. hehehe... kesian si kecik tu.. mesti dia rindu ayah kan... sedar dari tido teringat ayah. tengok ayah ada terus dia tido sebelah ayah... kali kedua aku tersedar lagi dengar si kecik tu merengek.. ajak tido dengan aku dia takmo... huhu.. kesian... bilalah ni semua nak berakhir... macam mana la kalau tetiba abang kene ke sabah kan.. ya Allah...

politik (eh tetiba menyelit lak)

aku bukan tak suka politik.. tapi aku tak suka cara mereka berpolitik... (mungkin ada kawan2 yang dalam grup whatsapp yang beranggapan aku anti politik... budak tu dah left grup pon.. mungkin menyampah tak dapat nak bersuara pasal politik)... pembetulan ok.. i bukan tak suka politik. tapi keadaan politik ni membuatkan aku rimas. kalau nak berpolitik just cakap apa yang korang nak buat.. jangan asyik nak sendakan lawan korang. haisssh. macam budak2 tau tak..... bila dah mengata macam tu, huru hara selalu la jadi.. bila dah selalu jadi sapa yang bz?? haish.. malas la nak cakap.... kaum kerabat sanak sedara pon bole gaduh kalo macam ni.

i want a clean politic ok!!!

sori agak emo di sini.

peace no war!!!... heheehehehe


Wednesday, 10 April 2013

get heart of.....

ewahhh.. makin rancak menulis ye..

mmm paham-paham ajala...

cuma sekarang ni asyik terngiang ngiang je depan mata (sebab cikgu cakap dalam fesbuk.. kalau cakap depan2 terngiang -ngiang kat telinga la kan)... aritu update gambar kek yang tak cantik dalam fesbuk (entry dalam blog ni pon ada).. kek besday utk aidil dan tak di sengajakan kene letak jg besday utk qis. hehehe...

tiba-tiba cikgu aku (pn norly mohd noh) yang kitorang semua panggil maklong.. dulu dia mengajar geografi. hehehe... pernah jugak tido rumah dia masa sekolah dulu sebab tak dapat balik umah masa cuti sekolah. aku pon tak ingat kenapa... masa kat U pon pernah pergi rumah dia dengan x-mryt yang ada kat UTM... owh kenangan lalu memang amat segar di ingatan

eh
sori.. melalut lak. hehehe...

hmmm... ayat yang paling menyentuh perasaan aku... 'ramai perempuan dan ibu yang tak pandai masak sekarang... how to get to the hearts of husband and children'... yesss... aku memang perempuan itu satu masa dulu.. sebelum kawen. tapi dalam keterpaksaan aku masak juga dalam 5 tahun pertama.. tapi alhamdulillah.. masakan semua nya menjadi pada mulut abangku sayang.. (ikut kata abang la.. hehehe.. tak tahu la kot dia amek hati je.)
tengok profile picture maklong dgn uncle aziz (husband dia) pon nmpak sweet sangat... want to be like this  when i'm getting old... 

tapi bila pindah rumah baru.. mugnkin disebabkan suasana baru.. dan mungkin jugak budak kecik tu dah besar... aku macam kene sampuk... bosan.. dan untuk isi masa lapang tu.. ke dapur je la.. mungkin masa akan datang ke mesin jahit pulak kan... another wat to get to the hearts of husband and children...

another thing?? perubahan kepada diri aku sendiri.. menjadi ibu terbaik.tak garang2, bla. bla. bla... (ni yang paling susah aku rasakan)

so, aku berazam utk menjadi yang terbaik.. agar disayangi semua... disayangi oleh suami terchenta dan anak-anak... kalau bole, nak diorang menyanyangi aku lebih dari aku menyayangi mak aku.. huhu.. bole ke macam tu...


Tuesday, 9 April 2013

sentiasa kecik


kan best kalau budak-budak ni sentiasa kecik kan... (memang tak logik la umi oiii !!)

best bila diorang kecik sebab diorang ni bam bam.. selalu kene peluk kuat-kuat dengan ibu sampai nanges.. sebab ibu geram tak tahan.. kiki... cium cium sampai puassssss sebab pipi tu best sgt kalo n ak cium... (tapi rasa geraaammm je bila orang buat kat anak kita camtu.. hehehe)...
arina qistina

aidil iskandar

apap pon, semoga membesar dengan riang ye sayang ku semua (eh.. ayah masuk ke?? ayah takleh la membesar.. nanti tak hencem lagi. hehehe)

Monday, 8 April 2013

makaroni bakar lagi

alkisahnya

buatla aku makanan yang bernama makaroni bakar tu semalam... dan terbocorla rahsia... sebenarnya bukan mak yang mintak. kurang hassam kau adam.. huhu... memang dah agak. mak abah bukan jenis makan makanan merepek2 ni... huhu... nasib baik dia rajin jaga budak kecik iskandar tu jadi ok la.. upah la konon. hehehe...

tak tau apa citer makanan tu. nampaknya adam makan banyak jugak.. adik aku ada dua orang kat kampung. hope diorang balik diorang habiskan la...

aku tengah hari dah balik dah.. biasalah.. nak kemas baju. lipat baju... basuh baju... gosok baju.. kemas rumah keje abang.. hehehehe... sempat lagi berkrim puff sebab rasa macam lama tak buat. dan setelah sekian kali buat.. memang budak2 tak suka. baby je la makan krim aja.. kakak langsung tak nak. huhu...tapi takpe. selagi abang suka. aku suka buat. hehehe...

korek sayang.. jangan tak korek. hehehe
tiba2 malam tu abang kata adik dia nak datang pulak ujung minggu ni.. hmmm.. dalam kepala duk pikir nak masak apa je.walopon cuma sorang yang datang... huhu.... kesian kalau orang datang umah takde makanan...

nak masak apa ye?? kalo takde orang, masak apa yang ada je.. pastu kalau pepagi, tak yah la masak awal sgt.. mmmmm... duk pikir kene buat kek.. kene ada stok dalam peti sejuk kot2 termalas nak buat minum petang ke nanti.bole makan kek je... tengok la nanti. tahap kerajinan macam mana. huhu.. bole la try buat roti john kan.. sluuuurrrppp tetiba diri sendiri lak yang terliur. huhu... buat puding ke?? haissssh.. buntu pulak kurasakan. lauk apa nak masak.. cam boring asyik masak lauk sama je..

abang!!! idea pleaseee...

hehehe.. aku yang fenin la



Friday, 5 April 2013

expo

ewah...

terrr buat dua entry lak ari  ni yer... kikiki

tadi masa tengah hari sebelum pergi beli barang dapur. baiti ajak pergi expo maternity & children... hmmm... serius aku tak tahu ada expo. huhu.. memang ketinggalan zaman aku ni. nasib la ada kawan2 yang amek port kan.. hehehe.. serius tak pernah pergi pon expo2 kat midvelly ni walopon keje sini.. opsss. pernah jugak pergi sekali. tu pon baiti ajak gak. expo hartanah ke. yang jual2 rumah tu...

kenapa ek???

aku memang tak reti nak membeli kalo bersesak-sesak ni.. bila da masuk tu tiba2 jem.. so kalo ada orang ajak aku ikut je.. heheh.. tapi tu la.. takut jugak korang tak selesa dengan diriku ini. hehehe.. korang buat tak nampak je saya ada kat situ... kalo nak beli, beli je. kalau dah terjebak kat tempat sesak macam tu memang aku akan jadi pengikut je.. folllooowww.. hehehe...

dapat mende-mende ni semua.. sapa nak makan nestum tu?? ce jawab??

ni la beg yang mengisi barang kat atas tu

ceh.. patut la dah bersusun kereta beratur masuk midveli.. (pemandangan dari 'pent house ku')


serius sepanjang keje kat midvely dulu dan kini susah nak masuk dalam tu. tapi bila da masuk seronok gak. hehehe.. dulu masa kat bawah tak pernah masuk sebab keje banyak. sekarang bila dah 'naik pangkat' (duk kat tingkat atas la maksud naik pangkat tu.bila lagi tinggi tingkat.. lagi la tinggi pangkat. . kikiki).. mcm takde keje, lagila best mengekor kengkawan ni.. wani n baiti la. hehehehe...

makan lagi

betambah hening ofis hari ni...

alkisahnya.. disebab kan pengeposan gambar di bawah dlam fesbuk... si adam tu cakap mak pon nak jugak.. macam tak percaya pon ada.. mak mintak makanan2 merepek camtuh. huhu... entah2 adam tu yang nak. pastu sibuk je cakap mak yang nak... abah bukan makan benda2 tu semua... tapi kalo tak buat karang, kalo mak betul2 nak camana. so, tugas semasa rehat nanti adalah mencari bahan la apa lagi. huhu... dah la kaki tengah sakit ni. malam tadi ter krem pulak. lama tak kene. sekali kene mesti lama sakit nih...

makaroni bakar juga ayam bakar
bila bersatu di dalam pinggan
kawan abang pon ada request nak jugak.. hmmm tengah terpikir camana yerk.. makaroni bakar ni kalo pada aku sedap sangat kalo makan masa baru masak n keluar dari oven. kalo dah lama.. eeee tengok je la mampu aku buat. memng tak sedap. perasaan aku je kot. huhu.. ada petua ke ye nak bagi makaroni bakar yang dah lama masak tak keras?? susah hati pulak... he...

hmmm.. lama tak buat cream puff...


Wednesday, 3 April 2013

dilema

keheningan dan kesunyian dalam ofis membuat kan aku banyak berfikir....


aidil dah dua tahun..
so kenapa kalau dia dah dua tahun.. ibu kompius la.. kene berhentikan dia susu badan ke. pada aku selagi dia tak menyakitkan. macam nak teruskan je. qis dulu paksa berenti sebab dia suka gigit. ibu tak tahan. tapi ayah nya macam dah suruh berentiakn. so ibu buntu. apa kata korangg??

ibu garang
setiap detik ibu berdoa agar ibu diberikan kekuatan. agar tak garang pada budak2.. entah kenapa aku memang tak tahan dengan budak. kalau diorang ok dengar kata aku ok je tapi kalau salah sikit je aku terus naik hangin. bukan dengan diorang je tapi dengan mana2 budak pon. bukan sekarang je. memang dari dari dulu. sebelum ada anak. sebelum kawen. so, kalau macam tu, memang susah la kan nak kikis kegarangan tu. owh.. sedih.

kepuasan kerja
memang aku tak pernah puas dengan kerja aku.. walopon tahun ni menjejak tahun ke tujuh aku bekerja... dah lama kan. huhu... 1st posting je kepuasan tu terasa.. 2006-2009 sebab aku memang minat design. yang lain memang takde.. lepas tu dulu ada gak buat part time buatkan orang assignment.. memang banyak la diorang bagi untuk 1 assignment. ni semua abang punya pasal. tapi aku hepi sangat buat tu semua. huhu.. memang ada kepuasan di situ. dan sekarang masih mencari kepuasan bekerja. kerja sekrang?? aku suka je kerja sekarang. tapi persekitaran amat tidak menyeronokkan... dan macam yang semua tahu aku bukan type of person yang happening. so aku tak tahu macam mana nak memeriahkan keadaan yang memang boring camni.

kewangan
rasa macam gaji tetiap bulan habis. mungkin keberkatan dalam bekerja takde. ye la kan. asyik 'mengular' je. rasa nak cari duit tepi tapi takde kepakaran. memasak mahupon menjahit ataupon buat apa2 kraf. tapi in sya Allah bulan depan gaji adala balance2 sikit bulan2 kan. hutang renovate rumah dah habis... tinggal hutang besar gajah... gajah pon macam kecik je..

apa pon..

ya Allah.. hanya Engkau sebaik-baik perancang. mungkin aku tak tahu apa yang telah Engkau rancang untukku. berilah aku kekuatan untuk menerima segala perancangan Mu ini dengan redha.

amin....

Monday, 1 April 2013

penat

dah pon 1 april hari ni kan

akhirnya pulang juga ke rumah

seminggu duduk rumah mak minggu lepas. alhamdulillah 'ayah' qis dah balik. hope dia semakin sihat dan penyakit nya juga beransur baik. minggu lepas pergi melawt rumah diorang.. nampak kebosanan diorang bila budak2 takde kat rumah tu. hehehe.. nampaknya diorang pon rindukan qis dan is. :D aku tumpang gembira. hehehe...

minggu lepas sepatutnya minggu untuk berelaks-relaks sebab tak perlu rushing. cuti sekolah. tapi kene jg bangun macam biasa sebab perjalanan bertambah jauh. penat jugak ye... hmmm memang best kalo duk rumah mak sebab bila balik rumah tak payah nak kejar kan masak. semuanya dah ready. tinggal ngap aja. tapi tak tahan dengan kerenah adik yang takmo dengar cakap. risau jugak kalau budak2 ni mengikut. kalau rajin, balik rumah kemas la sket sebab rumah tu bukan pernah nak kemas. diorang ni tak tahu la buat apa kat rumah. tahunya main aja. tak pon mengadap fesbuk twitter. youtube. haish. budak2 zaman sekarang. tapi banyak yang tak rajin. sebab kalau kemas pon nanti besepah balik. huhu...

ada la dua tiga kali balik umah. nak basuh baju dan amek baju lain. takkan nak suh mak basuh kan pulakkan. dah la kene jaga budak berdua tu. tapi aritu mak bsuh jugak sekali. agaknya dia nampak  baju aku dah melambak dalam beg tu. huhu...

sabtu pulak balik ke seremban.. hmmm tapi tak tahu kenapa takde perasaan. rasa blurrr.. mungkin sebab kepenatan. rasa rindu pada rumah. rasa nak balik dengan segera. tapi dah lama tak balik seremban kan. so balik ajala... ada permintaan buat makaroni bakar pulak tu. sempena besday aidil. hmmm apa2 je la.

ahad balik rumah.. yippieee... akhirnya balik jugak kerumah. memang tiada tempat yang lebih selesa untuk bersantai melainkan kat rumah. :) .... lepas rehat2 melepaskan penat yang ada... ke dapurla aku.. buat kek untuk aidil seperti yang dijanjikan... alhamdulillah jadi... buat dua bijik.. tapi satu adunan je pon. memang kene buat dua sebab budak2 ni bukan boleh bila kita cakap makan esok. kalo nak. time tu jugak. huhu...

hepi besday sayang... kek ibu belum cukup cantik lagi.. hehehe

budak yang menjilat lebihan kek.. hehehe
kakak sibuk je nak buat jugak.. adik pon sama

tiba2 qis kata dia punya mana?? aku yang dah siap kemas semua ni kene kuarkan balik semata2 nak tulis dia punya nama .. hai la sayang... tak boleh adik ada. dia pon nak.

kul 10. semua tido dah.. seharian tak tido. suka sangat balik rumah ye... qis tu kalo ikut, memang takmo tido lagi tapi ibu paksa. hihihi...

tu jela.. hmmm macam luahan perasaan lak

apa pon hidup mesti enjoy

\O/
smile!!