lama jugak aku tak singgah kat sini. maklumlah kesibukan tugas.
oppsss.. sebenarnya bukan tugas aku di dalam ofis ni tapi lebih berbentuk tugas luar yang sengaja aku cari untuk menghilangkan kebosanan aku.tapi aritu adala sekejap sibuk dengan kerja ofis ni. entah apa mimpinya bagi tugasan sebelum masuk meeting. kelam kabut dibuatnya. huru hara aku rasa. tapi aku ok je. yang tak ok bila aku terpaksa tergesa-gesa buat dengan program yang bahagian aku kene buat masa 9 dis 2010 aritu. tapi alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan aku berjaya men sub kan kerja aku kepada anak buah dengan jayanya. hahaha.. (puas hati aku)
apa sebenarnya kerja aku??
haha.. ni yang best ni. percaya atau tak, aku buat assignment. hehe.. ok lah dari takde nak buat apa. nak cari part time keje buat design, takde projek dah kebelakangan ni. nak menunggu projek habis je. mana ada dah projek baru. rmk 10 je la kalau aa pon. tu pon belum mula lagi. hmmm... thanks to abang sebab sudi mencarikan kerja itu untukku. hehe. saya tahu abang dah tak sanggup nak dengar rintihan keboringan saya kat sini kan??
dan minggu sudah (rabu), aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon. member aku tu keje kat bahagian kenaikan pangkat jkr ni. tapi dia jaga budak mekanikal. dia tertengok nama aku dalam list budak civil (kawan dia la yang buat)... aku memang tersangat la hepinya. sehingga tak terkata apa. tapi disebalik kegirangan dan kegembiraan aku tu, risau juga dibuatnya. mana la tahu kalau aku terlekat lagi kat sini. aduh. tak dapat aku nak bayangkan. dan menakotkan jugak kalau pikir aku kene transfer tempat yang bos dan kawan2 sepejabat yang tak best. ya Allah.. mintak la dijauhkan tu semua. hari khamis kebetulan aku ada meeting dekat hq, dan kak eliza ajak aku pergi kat korporat merisik khabar. he. takot jugak tapi ku gagahkan diri.
masa pergi dekat sorang staf sana, aku dapat tahu aku keluar dari ofis aku ni. ya Allah. aku rasakan dunia ni aku yang punya. tapi still tak tahu ke mana sebab mende tu semua rahsia. takpelah. aku redha. selagi ia kat KL, aku terima.tapi kesian pulak kat kak eliza. dia stay. tapi berrdoa semoga diakeluar dari tempat ni. huhu.. aku faham perasaannya.
dan semakin tak sabar perasaan ku hari ini dan hari2 mendatang. rasa nak kemas je semua barang aku tu. tapi kalau la lambat lagi keluar pink form tu, adoi. lebih tersiksa jiwa dan ragaku ini. sepanjang kat sini. memang banyak yang aku tak puas hati. selain mende2 yang pernah aku cerita kan terlebih dahulu. ada lagi mende lain yang aku tak puas hati (adakah disebabkan aku memang tak suka disini)
antaranya:
1. kompius dengan perkataan cleaner
aku tahu la maksud cleaner tu membersihkan sesuatu atau orang yang membersihkan. huhu. tapi yang aku perasan cleaner kat sini makin buat sepah or kotor adala. kalau kat toilet tu. kadang2 memang busuk. ish ada ke diorang buang sisa makanan dalam sink. tersumbat la sink tu. ish. aku bukan nakmengata. tapi aku tengok dengakn mata aku sendiri. pastu, agaknya diorang ni kencing berdiri. dulu aku ingat adaorang lelaki tersalah masuk, tapi tiba2 ariru, betul2 dia kuar dari toilet tu dan ada kesan. BERSEPAH!!!!.. sabar jela.. bakul sampah aku ni pon, sangatla jarang diambil. hish. sababar. sabar.
2. asyik takde duit kecik je
kafe kat bawah tu!! asyik takde duit kecik je. ala simpan la duit kecik yang bisnes semalam tu!! takkan tiap2 hari simpan bersih duit2 tu semua. nak bisnes buat la cara nak bisnes. entahla.
3. ofis terlalu sejuk
aku rasa ni kat semua tempat pon aku rasa. haha.
dah la kot. malas dah nak menaip. lenguh pulak. hehe... esok la pulak sambung. aku ni baru habis buat assignment. ada sapa2 lagi tak nak bagi assignment. bosan ni.