![]() |
| hehhe.. suka hati je nak letak gambar sendiri... |
Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”,
mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri,
seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah
terhadap mereka. Dengan kata
lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.
Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai
baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar
kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun
tak bagitau kita takpe pulak.”
Keluhan remaja
perempuan B:
“Jika kita ikut
faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan
lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah
jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita
rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung
sendiri!”
Keluhan isteri C:
“Islam kata kita
perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada
isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai
je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya?
Kenapa?”
Keluhan remaja
perempuan C:
“Wanita takleh
nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak
solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
Dan kemudian
datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak
samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya
dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..!
Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang
lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil.
Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran,
namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk
menjawab soalan-soalan melampau itu.
Lelaki beriman
menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam
lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan
dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan
permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan
dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan
perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan
tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak
dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan
terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau
sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika
tengok awak pakai hanya seluar pendek!”
Lelaki beriman
menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu
taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya
tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri
tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami?
Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
Lelaki beriman
menjawab keluhan remaja perempuan B: “Betul ke wanita menerima warisan pusaka
lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu
dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan
sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan
harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak
dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
Lelaki beriman
menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab
awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu
didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak
meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya
syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!
Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”
Lelaki beriman
menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti,
saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat
jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya
dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan
dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau
abang malah anak lelaki awak!”
Lelaki beriman
menjawab Keluhan remaja perempuan C: “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah
ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu
syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat
cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan
dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
Lelaki beriman
menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang
lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan
suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut
menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata!”
Lelaki beriman
bertanya:
“Sebenarnya, apa
lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Namun,
wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah,
sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka
yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”
Demikianlah
dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.
Musuh Islam tidak
akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada
cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang
menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga
segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia
dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki,
jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana
Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu
(lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Berbahagialah
wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...















































