Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Friday, 6 August 2010

cerita ramadhan yang best

setiap kali ramadhan tiba. aku mesti tersenyum sendiri. bulan inilah aku ditemukan dengan suamiku. abangku yang tersayang. memang aku tak dapat lupakan saat itu. tapi aku tak tahu la macam mana perasaan suami ku kan. malu la nak tanya. ngeh. ngeh. ngeh. (kalau abang baca ni, abang bitau la ye. hehe)

masa tu, bulan pose bulan 10. tahun 2006. hari tu, kawan aku (merangkap kawan abang juga) ajak kami kawan2 yang satu kursus buka pose. dia nak belanja. katanya dapat projek besar. jadi dia nak meraikan nya. hehe. aku apa lagi. ok je la kan. orang nak bagi makan. makan la kita. jadi semua kawan2 perempuan setuju. yang kawan2 lelaki semua tak dapat nak pergi. ye la kan. setahu aku, diorang semua tak duduk KL. so, kawan aku tadi tu sorng je la lelaki. untuk menemani dia. dia ajak la kawan dia. kami ni ok je. hehe. semua bujang masa tu. kak shafinaz je la sorang dah kawen. sporting betul laki dia. hehe. kitorang buka pose kat palace of golden horses. POGH ni dekat je ngan umah aku. so, setiap kali nampak, mesti peristiwa tu teringat kat kepala ni.

masa 1st time jumpa tu takde perasaan sgt. tapi sebenarnya aku memang tengah nak mencari seseorang. memandangkan semua kawan2 yang suka kat aku tak berani nak berterus terang. jadi aku dengan ini beranggapan. babai je la. ada sorang yang berani, tapi aku tak suka. huhu. takot aku masa tu. kalau la dia betul2 hantar rombongan meminang masa tu, tak dapat aku bayangkan macam mana. (sebenarnya masa tu, disebabkan aku dah fedup sgt dengan 'pengacauan' lelaki2 ni, aku dah berniat dalam hati aku. sapa2 yang masuk meminang, aku nak terima je. senang cerita). so, memang seram sgt masa dia cakap nak masuk minang aku. dan pada masa yang sama, aku jumpa dengan abang. dan pada masa yang sama jugak, aku rasa macam suka je ngan abang. tapi aku tak mengharap pon. malas. nanyi kalau tak dapat, sedih je kan. tapi aku tak bertepuk sebelah tangan.  (malu nya) dah la masa makan tu zana telah merebut kerusi untuk tidak duduk kat sebelah abang. jadi, terpaksalah aku duduk sebelah abang. majlis berbuka puasa tu berjalan dengan baiknya. memang aku tak berkenalan dengan serius pon. ye la kan. kitorang pon sibuk borak2. lama tak jumpa lepas kursus tu.

(tak tahu sebenarnya nak susun cerita ni. malu pon ada ni. tapi nak cerita gak)

2-3 hari lepas tu, dapat satu mesej. aku ni memang biasalah. mesej sapa pon aku layan. hehe. jangan marah ye abang. dah kawen dah tak buat tau. semua mesej bertapis tau. hehe. tapi satu je aku terkilan. aku tak simpan mesej pertama abang tu, kelakar jugak bunyi ayatnya. pengenalan diri dari abang. walaupon kelakar. tapi aku rasa sweet je. so, semenjak dari itu, mesej2 call2. memang tak lepas la telefon ni dari tangan. mula2 takot jugak. tapi kawan aku tu cakap, kawan dia tu ok. nampak je ganas. tapi ada bunga dalam taman. ni ayat dia tau bang. bukan ayat saya. tapi betul apa yang dia cakap tu. hihi. saya suka. pandai betul dia promeote kawan kan. apa pon terima kasih pada dia sebab buat kiter berjumpa. dengan izin ALLAH.

lepas dah lama2 berkawan tu, mulalah rasa rindu. huhu. rindu sgt. pelik sgt rindu tu.

imbas kembali:
dulu masa kat UTM. dalam tahun 2 ke 3 macam tu. aku termimpikan sesuatu. aku mimpi aku kawen. aku nampak suami aku tu nampak mcam tu je. muka memang tak nampak la. memang nak sgt tengok muka tu. tapi apa yang aku pasti, aku nampak kepala dia. memang macam abang aku sekarang. sejak dari itu. aku mula rindu. entahla. aku tak tahu. aku rindu sesorang yang langsung aku tak kenal. kadang2 memang menyeksakan. ye lakan. tengah belajar. lepas tu astik sibuk je rindu orang yang tak tahu sapa. tapi aku ni suka nak melawan apa yang aku nampak. sejak dari tu, memang aku mengelak dari jumpa or tersuka orang yang berkepala macam tu. huhu. aku tak nak la nanti aku ni sebuk nak bercinta pulak. belajar pon belum habis. huhu. aku tak tahu la mimpi tu petunjuk ke apa. tapi sebenarnya memang aku selalu berdoa agar aku di tunjukkan sapa jodoh aku. sebab aku malas nak pikir calon2 yang menyesakkan kepala aku.

sejak dari itu, aku rasa rindu. lama2 makin kurang. tapi bila dah nak habis belajar, terasa lagi. rindu yang amat sgt. sampai la aku jumpa abang. dan aku yakin. itulah rindu yang aku rasa selama ni. aku tak tahu la. agaknya aku buat keputusan untuk menerima abang sebab rasa rindu aku tu. atau apa. tapi yang pasti, tentulah dia adalah jodohku yang ditentukan oleh Allah. aku bersyukur.

kepada abangku:
tahun ni dah ramadhan yang kelima semenjak ramadhan yang pertama kita jumpa. dan ramaadhan yang ke4 kita sebagai suami isteri. saya harap sangat hubungan kita ni akan berkekalan hingga ke akhirnya. dan berdoa semoga abang tak bz lagi dengan kerja2 abang. huhu... saya sayang abang selamanya.



“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah bahagian yang teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru berpesan-pesanlah tetang wanita (dengan kebaikan).” Hadis Sahih Riwayat Bukhari Dan Muslim.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena
tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI
mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya,
tidak lagi merasakan sakit di hatinya…



ada lagi satu ayat yang aku suka. tapi tak jumpa. huhuhu

Monday, 2 August 2010

ramadhan

nampaknya bulan puasa akan sampai dalam masa terdekat ni. minggu depan jangka NYA. sesungguhnya aku gembira dengan kehadirannya. tapi kali ni, aku rasa takut. takut tak sempat lagi nak ganti puasa yang ada 3 hari lagi ni. aduh. aku sekrang ni cuma menyalahkan diri aku. suka bertangguh. padan muka aku. aku cuma mengharapkan keampunan ALLAH je. harap2 DIA makbulkan doa aku. doa untuk menghabiskan puasa yang aku tinggalkan. siksa rasanya ganti puasa sejak ada anak kecik ni.

pada masa yang sama jugak... aku terpikir. macam mana la keadaan jalan masa balik keje nanti ek? maklum la 1st time berpuasa dari ofis ni. aku harap jalan tak la jem. dan aku rasa, aku tak sanggup untuk mengharungi jem dalam keadaan aku sekrang, keadaan yang sentiasa pening sebab takde keje. bilakah masa ini akan berakhir agaknya. macam mana sambutan raya tahun ni agaknya. abang awal2 dah cakap tahun ni dia tak dapat cuti raya. entahla. aku takde perasaan sgt pon. bagi aku raya sama je. cuma yang lain, pakai baju baru dekat rumah. (jahat kan aku). tapi itulah yang aku rasa. sama je. raya ke tal raya ke. bilalah aku nak berubah. nakberubah menjadi seorang yang sukakan sesuatu yang berbentuk macam ni. kumpul family ramai2. hakikatnya aku tak suka keadaan yang crowded. huhu... semoga ramadhan kali ni memberi kan ruang untuk satu perubahan.

abang aku pulak??
huhu.. sedih tu memang tak leh nak cakap la. makin dekat nak puasa. makin dekat nak raya. makin menjadi2 orang jahat ni buat keje. nak cari duit lebih la katakan. tapi cara nak cari duit tu memang grrrrrrrrrrrr.... tak boleh ke diorang pikir, apa yang diorang buat tu menyusahkan orang lain. menyusahkan banyak pihak. samada yang langsung dan tak langsung. susah sangat ke nak cari keje secara halal. kalau dah tak mampu, buat la cara tak mampu. adoi. kalau keadaan berterusan macam ni. alamt nya. hari2 la aku beli je makanan kat pasar ramadhan nak berbuka. budak kecik tu bukannya bagi ibu dia ni nak masak.

kuih??
tahun ni tak nak la beli kueh. nak beli kerepek je. dan sudah tentu, aku nak mintak adik aku yang tengah belajar kat batu pahat tu belikan. satu je kuih yang aku suka dan memang setiap tahun aku cari. tat gulung. kuih lain, aku tak leh nak makan sangat. setakat sekeping tu boleh la. tapi mak hari tu dah cakap nak buat biskut raya. hmmm... mentang2 la dah duk dekat ngan aku kan. cepat je mak booking aku suh tolong dia. nak harapkan adik pompuan aku yang sorang tu, memang jangan harap la. harapnya aku dapat balik la bulan puasa nanti,

apa lagi nak cakap ek? rasa nya takde dah kot. lepas ni, cerita pasal raya pulak. hihihi