Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Showing posts with label rumahku. Show all posts
Showing posts with label rumahku. Show all posts

Friday, 28 September 2012

Inila hasilnya


baru perasan... tak letak lagi kan gambar2 rumah yang telah diisi.. tapi takde apa yang menarik pon. hehehe. cukup semua bende yang asas, bagi aku semuanya dah cukup bersyukur. hmmm.. tapi hutang belum habis lagi. kalau diikut perancangan sampai bulan tiga tahun depan... huhu.. cepat la habis semua hutang2 tu... tak larat dah. gaji je habis. gaji je habis. tak suka tau.

tapi tak tau la kenapa gambar ni. tak bole nak rotate... sorila yer. huhu....  masa ni langsir sume lum pasang. tapi gambar yang complete malu la nak letak. huhu... memang berangan nak letak comfoter bagai. tapi kita ni orang melayu. pastu tido berekon pon nanti budak2 mesti selesema ke batuk ke. so, takpelah. buat macam tu je.... seadanya. 

ok lah.. tu aja.. :)
bilik 2nd
bilik qis
dapur.... kawasan kegemaran
ruang makan
ruang tamu
biluk tido utama
insyaAllah makan2 akan dibuat. kepada kawan2 yang selalu bertanya, tunggu yer. maklumla keje abang tak menetu. kene cari time yang sesuai. huhu...

Monday, 17 September 2012

Selesai sudah

alhamdulillah...
da selamat pindah. tapi penatnya teramat la sangat walaupon cuma pindahkan baju2. dengan barang2 dapur...lepas ni kalo kene pindah lagi... aku akan pikirkan banyak kali.huhuhu...
apa pun,bersyukur sebab telah selamat pindah.hope lepas ni adik aku dapat jaga umah abah aku tu macam jaga rumah sendiri. dan yg paling penting dia x lupa bayar servis2 yang ada kat rumah tu..cukai2 yg kene bayar... (sesungguhnya aku sgt risau).... huhuhuhu....
Akan merindui rumah bukit jalil.....



Sunday, 16 September 2012

Bacaan Yasin

Alhamdulillah...selesai majlis baca yasin di rumah sungai besi...majlis ni cuma dihadiri keluarga sahaja.keluarga mentua n keluarga aku...walaupon dua keluarga.tapi keluarga kami keluarga besar.hehe...belah abang 1family x dtg sebab duk jauh.belah aku,adik aku sorang x dtg sebab sibuk ngan assignment.huhu...
1st time wat mkn2 memang mendebarkan so terpaksalah aku import mak untuk tolong.aku x pandai nk bajet dlm kuantiti besar.huhu...
Menu:
Nasi ayam + ayam bakar
Spagheti ala melayu ok
puding koktel.
Kek cokelat n seri muka (mak buatkan).....
Semua makan bertambah2.syukur sangat.tp bila pikir nak buat untk kawan2 ni yarabi.penatnya.camana ek.dgn baby is yang x bg ibu wat keje...tp insyaAllah akan kami usahakan... :-)
Tu jela..hehe

Tuesday, 11 September 2012

pindah

insyaAllah... minggu ni aku sekeluarga akan berpindah ke rumah kami...(bermakna planning kami dah ahead of schedule.. eceh.. cakap omputeh ko... kami planning nak pindah bulan 10)

tapi
tiba-tiba perasaan ni tak rasa 'semenggah' (betul ke perkataan aku ni) dulu..

dulu
rasa tak sabar-sabar nak pindah. kalau boleh dan-dan time tu jugak nak pindah. terlalu excited sebab dah ada rumah sendiri. tak payah lagi nak menunmpang kasih kat rumah mak abah... suka sebab dah ada dapur sendiri. bole design ikot kesukaan hati. leh letak perabut yang kita suka... banyak la. tak tercerita kalau nak diceritakan kesukaan itu...

sekarang
tak tahu rasa apa dah. semuanya hilang. gembira tetap ada tapi bercampur baur. huhu. lama dah duk rumah sekrang ni rupanya... lebih lima tahun... (lima tahun lepas berumahtangga.. masa bujang duk ngan mak abah dalam setahun lebih kot).. sekrang duk risau camana nak menghantar budak2 pagi2 je lebih terasa. huhu.. lepas ni takkan nak mengharap kat abang lagi. abang bawak moto. dengan kerja tak menentu tu. camana ek. pandai ke budak2 tu duk diam masa aku tengah drive. huhu... sedey la pulak. eh.. tu je ke yang aku sedeykan.. ye la kot. huhuhu



apapun,
hope segalanya akan berjalan lancar.... ya Allah permudahkan la.



Wednesday, 11 July 2012

renovation lagi???

dengan tidak disengajakan abangku terpaksa membawa aku ke rumah baru kami... hihi... walaupon telah diajak berkali2 tapi selalu dia kata, tak surprise la kalau dia bawa aku ke rumah tu nanti.. tapi aku memang tak tahan sangat. rasa rindu aje.. mengalahkan bercinta. kalau boleh nak duduk sana dah.. kalau bercinta tu, nak kawen la kan.. huhu
katil qis

sebenarnya aku cuma tak sabar nak tengok katil qis.. hope dia nak la tido sendiri bila ada katil nanti.. lagipon dia dah tido nyenyak.. takde bangun2 malam lagi... cuma masa nak tido je la...

tapi
bila sampai2 je tengok ada renovation... memang la aku tahu abang kata nak buat renovation lagi.. tapi aku fikirkan sikit je kot. tapi bila tengok, banyak jugak. so, berbaloi la dengan harga yang dikatakan.. so, saya suka la abang. (nampaknya citarasa kami tak banyak beza.. jadi memudahkan kami untuk deko2)


tambahan kat bilik tido kami... 

rak buku kat bilik 2nd

rak kasut
hope, rancangan untuk berpindah lepas raya ni jadi la.... tapi kan abang, kita kene tetapkan date. nanti senang la si yan nak bitau kawan dia... kalau saya tetapkan 1/10/201 ok tak.

Monday, 25 June 2012

hampir siap

lama juga tak bercerita pasal rumah kan.. huhu..

rasa macam dah nak dekat je. lepas raya ni nak pindah dah. tapi macam banyak je tak beli lagi ni... huhu.. abang, tak boleh ke dua barang yang kita tak beli lagi tu kita beli tahun depan je... huhu... rasa kewangan dah tak mencukupi... cukup. tapi cukup makan la. hehehe...

ok.. berbalik kepada cerita asal...

rumahku

huhu... asal ada masa je mesti kitorang pergi ke rumah untuk mengemas dan mencari kelengkapan yang tak cukup... haritu cari cermin dinding idaman abang.. pastu kemas rumah.. buka sticker yang ada. huhu.. budak2 jangan cakap la. memang suka sangat. (baby tak tahu la.) qis memang suka. kalau bole masa tu jugak dia nak pindah sebab dia ada bilik sendiri. qis. qis.

aktiviti mencabut stiker
selepas dicabut
cermin yang dikatakan
ingat nak beli qis punya katil nmacam ni tapi bilik tak muat. hehehe... tapi ok gak. sebab ni mahal. hahaha
mende yang besar setakat ni yang tak cukup sofa n katil kami.. huhu.. tapi nampaknya barang2 kecik memang banyak. yela. dah masuk 5 tahun kawen, ni la kali pertama kami membeli peralatan rumah. periuk kuali pon takde lagi nih. hadoi.. mana nak cari... nak pergi terengganu ke, padang besar ke. jauh tu. hmmm.. tengok la macam mana...

Monday, 28 May 2012

perabut dah sampai!!!

katil @ room 2

meja makan (saiz kecil)

meja makan (dibesarkan)....
:-D

Sangat best pada hujung minggu haritu kerana perabot yang kami beli telah pon sampai... bertambah rasa tak sabar untuk masuk ke rumah baru. insyaAllah kalau takde apa2 aral, kami akan berpindah lepas raya ni.

budak-budak
kami masih hantar kat rumah pengasuh dia seperti biasa... hope semuanya dipermudahkan. amin

Thursday, 12 April 2012

mengangkut pinggan mangkuk

hari pertabalan agung semalam sangat la best.. kalau cuti tengah2 minggu ni memamng aku suka.. tapi tu pon kalau abang ku sayang tidak bertugasla kan.... kebetulan semalam dia off duty, jadi bole kami menghabiskan masa bersama.

semalam kat rumah baru kami la kami menghabiskan masa. mana lagi kan... penat. tapi entahla. rasanya abang lagi penat kot sebab dia je yang banyak mengagkat barang. aku mengangkat baby je. hehehe... rasa macam banyak gila bawa barang tapi bila dah kemas. alahai sikitnya... sekejap je masa kuambil. huhu





qis pulak sibuk main kat fridge... jangan main kat situ bila fridge tu dah on tau sayang.. huhu


sampai muncung2 mulut dia mengecilkan kertas yang dah kecil

tempat istirehat

panjat sayang panjat.. huhu.... jangan jatuh sudah

Tuesday, 13 March 2012

hujung minggu yang best

hujung minggu aritu memang best sebab dapat menghabiskan masa bersama yang tersayang. selalu orang tu bz je kan bekerja. kalo duk umah pon, tepon tak habis2 bunyi... tapi takpe. dah kalis dah. hehehe..

yang best nya kali ni sebab abang membawa ku ke rumah baru kami. setelah berkali2 aku memujuk dia. akhirnya dia bawak jugak kami. nak mintak tidor kat situ tapi sebab ada budak2 tak jadi la (aku tak meminta lagi lagi dan lagi).. ye la takde apa rumah tu. kosong. nak tido kat mana. kalau nak makan camana. tong gas pon takde. kita orang tua ni ok la. budak2 camana...

ini adalah cerita tanpa kata ku...

bersantai selepas penat mengemas

qis lap kaki.. adik sibuk kacau kakak

rajin nya

tengah basuh kaki

melepaskan penat ke

dapur dah siap!!!

walk in wardrobe @ master bedroom

2nd bedroom

3rd bedroom @ bilik qis

H.A.P.P.Y

Tuesday, 27 December 2011

eeee anjing

mmm kelam kabut sungguh pagi ini.. perancangan yang dirancangkan tidak menjadi.

asalnya...
aku kene naik tren berulang dari seremban minggu ini untuk ke kerja. abang ku cuti pada minggu ini. jadi dia berhajat nak duduk kat umah mak dia la. aku pulak??? huhu... segan untuk meng apply cuti memandangkan aku masih baru di sini. sebab tu la kene berulang alik dari seremban. tapi semalam bila balik je seremban. rumah itu senyap sunyi. adoyai... semua orang takde. adik2 abang semuanya takde. jadi kami membuat keputusan untuk pulan semula ke KL. haish. mula2 malam tu jugak tapi di anjak ke pagi tadi. huhu... boleh je kalau nak tinggal kat sana tapi xakan nak susah kan ibu jaga si kecik pulak. kalau adik2 ipar ada, ok la sket. xpelah abang. nak buat camana. lenkali kita cuti sesama yer. tu la abang. lenkali cakap kat diorang betul2 abang selalu memain je ngan diorang. mesti diorang pon ingat abang memain hari tu. dengan saya2 naik kompius ni.
packing is done. hehehe


eh
ni bukan cerita anjing seperti tajuk di atas

hehehe.. sebenarnya cerita ni dah terperam selama dua minggu. memandangkan kesibukan tak dapat nak berblogging sanagt. dua minggu lepas, sajala nak menghabiskan masa mengok rumah baru. lepas tu sajala bawak budak kecik tu mandi. tapi qis je la mandi. si baby tengok je. tanya abang kenapa tak celup si baby macam si kakak dulu. ayahnya cakap, x mola. dia kata, kakak dulu lepas berendam je mesti demam. so, dia xmo perkara sama terjadi juga. (aku pon tak hengat sebenarnya... ibu memang tak prihatin nih)..

tengah sedap bermandi manda tu. tetiba adalah sorang tu bawak anjing.. (bangsa apa.. t ak yah la cakap. tapi sure yang baca tau kan).. "vudus" punya orang!!!!! ada ke patut dia lepaskan anjing dia berkeliaran kat situ. dah la kawasan situ basah. ramai orang pulak tu. orang melayu pon ramai ok. tak faham sensitiviti orang melayu betulla!!! tetiba aku rasa nak marah balik je. eee geram. vudus. vudus. vudus.

ada ke patutu dia lepas kan anjing dia. dia ingat kitorang ni agama sama ngan dia. lepas tu dengan senang hati nya anjing tu pergi kat kitorang. melompat kami semua atas kerusi kat situ. dah la aku pegang baby. kalau aku ngan baby jatuh masa tuh. memang nahas la kau. abang aku dengan geramnya menjerit.. 'oiiii ambek la anjing kau ni!!!!' baru orang tu terhegeh2 nak amek anjing dia. dah la jalan lenggang kangkung. lari la sket oi. eee geram seh.

pastuh.. ada sorang budak tu g salut2 anjing tuh. kalau ikot rupa orang tu n bapak dia. aku rasa dia orang melayu tapi tak tahu kenapa bapak dia leh sengih2 je bila nampak anak dia salut2 anjing tuh. mungkin dia bukan orang melayu kot. takpon orang melayu yang tak mementingkan halal haram. atau mungkin muka je melayu.

masa nak balik tu, abang aku sound lagi mamat tu. pastu ada ke patut dia kata dia dah say sori. hangguk kau. kau ingat menatang tu halal ke ngan kitorang. hangin. hangin. kalau sekali lagi kitorang jumpa anjing kau berkeliaran. nahas la kau.

k la.. habis cerita geram pasal anjing dan tuannya yang vudus. geram. geram aku geram.

Tuesday, 29 November 2011

sudah cat dan grill

huhu..
nampaknya pasni takleh la nak menjenguk rumah ni selalu. nampaknya abang je la yang tengok sampai la rumah ni siap... maklum la dah gie tempat keje baru. hahaha... dah cat. dah pasang grilll...

kat bawah ni ada gambar tapi agak blur.. tapi nak letak jugak. hahaha.. gambar kenangan nih.

master room

bilik qis. pink... tapi gambar ni gegar la pulak. haish

ruang tamu

bilik 2nd

gambar dapur??? dapur tengah bersepah.. takde mood nak amek. hehehe

tak sabar nak duk sini

Thursday, 10 November 2011

progress rumah

gambar ni konon2 diambil untuk tiru kak mas amek gambar. hehe.. tapi ni versi ibu. kak mas punya versi ayah dan anak.
nampak semua highway dari rumah. huhu

pemandangan kawasan perumahan sungai besi

setakat ni baru siapkan plaster siling, wiring n cat. xtahu nak tulis apa..letak gambar je la. hehehe... selain pada tu. duit pon sedang laju berjalan. oh Tuhan ku.. waaaaa. nak wat camana kan. kata nak wat umah ala hotel.

'bos' sedang membuat pemantauan

wiring di bahagian dapur

ceiling kat ruang tamu dah siap

dalam bilik pon

kita sembunyikan lampu kat sini... :)

wiring at master bedroom

abang tengah pening.. kenapa ciling dia ditebuk untuk wayar itu... (sekrang dah setel masalah tu.. he)

2nd besroom

wiring bilik qis

'kita cat dulu keliling sebab nak pasang lampu cepat' kata abang. hehehe