Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Wednesday, 30 November 2011

baru ku tahu

hati ku memang terlalu gembira dengan kehadiran pink ku

tapi
dalam masa yang sama aku merasa agak gementar untuk ke tepat baru. huhu.. entah macam mana la keadaanya kan. entah2 lagi teruk dari kat tempat sekarang ni. tapi aku dah fikir habis2 untuk menerima apa sahaja yang berlaku selepas ini. huhu

setelah difikirkan kembali, baru ku tahu Allah itu telah memberikan yang terbaik untuk aku. kini baru ku tahu kenapa aku tak ditukarkan masa aku naik pangkat januari lepas. rupanya memang terlalu banyak sebab dan musababnya. tapi ye lah kan. memang Allah buat kerja dia dalam diam dan bila dah terjadi, barulah kita tahu kenapa. semuanya ada hikmah yang tersurat dan tersirat.

1
aku dapat tempat kerja yang lebih dekat dengan rumah. kalau aku dapat tempat lain masa bulan satu haritu (sepertimana yang telah kuceritakan dalam blog ku yang lepas... yang menyatakan betapa gembiranya hatiku... tapi bila dapat berita yang sebenarnya, semuanya hampeh dan menyebabkan aku menanges berhari2 lamanya)... mungkin aku akan merasakan kepenatan yang 'dahsyat'. maklumlah berita itu menyebabkan aku ditempatkan ditempat yang menyukarkan aku membawa kereta ke tempat kerja dengan alahan yang agak teruk daripada qistina haritu. (masa tu mengandung. hihi)

2
tak dapat la aku melihat2 keadaan rumah baru dengan lebih kerap dan memantau kerja2 kontraktor

3
tak dapat nak menguruskan persekolahan qistina.. alhamdulillah.. semuanya berjalan baik sekrang

4
mungkin bekalan susu untuk baby agak berkurang kerana didapati di sini agak sukar untuk mengepam susu.

sesungguhnya aku berterima kasih kepada MU ya Allah kerana memberikan yang terbaik untuk aku. dan terima kasih kepada abangku yang juga sentiasa sudi mendengar semua rintihan walaupon ianya adalah perkara yang sama diungkit setiap hari. maafkan aku ya Allah kerana selalu merungut walaupon aku tahu semuanya kejadian ada hikmahnya.

terima kasih Allah... terima kasih

Tuesday, 29 November 2011

sudah cat dan grill

huhu..
nampaknya pasni takleh la nak menjenguk rumah ni selalu. nampaknya abang je la yang tengok sampai la rumah ni siap... maklum la dah gie tempat keje baru. hahaha... dah cat. dah pasang grilll...

kat bawah ni ada gambar tapi agak blur.. tapi nak letak jugak. hahaha.. gambar kenangan nih.

master room

bilik qis. pink... tapi gambar ni gegar la pulak. haish

ruang tamu

bilik 2nd

gambar dapur??? dapur tengah bersepah.. takde mood nak amek. hehehe

tak sabar nak duk sini

Wednesday, 23 November 2011

mr pink

owh... aku amat hepi hari ni.. mood ku begitu baik hari ni.. tak dapa tdi gambarkan setelah mendapat ..... (gambar di bawah)

mmuah... mmmuah.. sambil mencium surat ini... owh. sayang kamu

apa pon, aku tetap takot nak ke sana. berdebar2. camana la keadaan baru yek. camana kawan baru. bos baru. anak buah baru. semoga semuany a berjalan lancar...

ops... lupa nak cakap.. ke sana 1 dis ni.. no tangguh2 ok. i lama tunggu.

(aku yang hepi)

Tuesday, 22 November 2011

bola, manja, beskal

tentunya cerita terhangat hari ini adalah mengenai bola. tahniah kepala pasukan harimau muda telah berjaya merankul emas dalam final bola malam tadi. walaupon namanya kecil jika dibandingkan dengan garuda yang nyata burung raksasa, namun harimau yang masih baru bertatih berjaya menewaskannya. eceh. ayat macam pelapor berita lak. dan tentunya KFC malaysia opsss... khairul fahmi che mat adalah idola bola sepak mesia sekarang ni. matanya cukup tajam untuk menangkap bola yang laju walaupon sepet. ehemmmm.. ada gaya macam baby is ni. mata sepet. hihihi... walaupon tak dapat nak tengok keseluruhan permainan, kemeriahan nya tetpa dirasakan sebab kedai mamak kat depan tu dah macam stadium bisingnya. (sibuk menguruskan rumah tapi tertinggal gak satu kerja iaitu membasuh dan menyidai baju. huhu..)

balik kerja semalam pergi la beli barang2 dapur sebab semuanya telah kekeringan. tapi tak membeli secara besar2 an la. sikit2 je sebab gaji lum masuk. huhu.. tapi yang tak bestnya tiba2 qis mengamuk mintak beskal. adoila. camana dia leh ingat pasal beskal yang dia main rumah atuk hujung minggu aritu. rasanya takde sesapa janji nak belikan dia beskal. mula2 cakap baik2 tapi lama2 dia menangis. qis ni kalau menangis bukan boleh dihalang. dia akan menangis sekuat hati sampai sakit tekak kemudian batuk2 sebab tekak dan sakit seterusnya muntah yang memang disengajakan. dan dia tahu ibu dan ayah tak mahu perkara itu terjadi dan akan mengikut semua kehendaknya. adoi la. macam2 helah kami buat. mula2 bawak dia pergi kedai. tunjuk kedai tu takde beskal (rupanya dia lebih bijak dan tahu ada kedai lain. huhu).. maka terpaksalah kami pergi walaupon maghrib dah menjelma. waaaa... qis ni. tak kesian ayah ibu ke....
inilah basikal yang telah qistina berjaya perolehi daripada ayah. suka nye tak dapat digambarkan. jangan langgar adik sudahla sayang.


baby is pulak, lain kesahnya.manja sangat. asyik nak menepek kat ibu je. minggu ni dia dah pandai nangis bila dihantar ke rumah pengasuh. sayunya hati nak pergi kerja. huhu.. semalam balik rumah pon penat sangat nampaknya. tanya qis. qis kata baby nangis aja. mesti dia penat nangis aja kan. sedihnya. tapi ibu kene keje la sayang. hari2 ibu pesan jangan nangis kat umah 'mak'.. main dengan kakak. minum sus banyak2. makan banyak2 kalau tensen.. hehehe....

Monday, 21 November 2011

baby.. jangan la sakit

budak manja.... bila sakit lagi la. menepek je keje dia

selasa 15 nov...
aku tak kerja. mula2 sebab pengasuh budak2 ni mintak cuti sebab mak dia sakit. last2 cuti tu jadi mc lak. huhu.. budak2 ni tak sehat la pulak. baby batuk n seme2.. cian dia. sampai susah nak bernafas. sampai sekali tu sampai termuntah. abis keluar lendir2 semua. kira bagus la kan. kurang sket aku nampak kesengsaraannya. qis?? nasib baik dia ok je. kalau dua2 sakit, pengsan aku. qis memang dari dulu kurang sakit. adalah batuk sket2 tapi masih dapat dikawal. kalau seme2 boleh suruh dia hembus kuar hingus dia. (tu pon kalau dia nak dengar cakap ibu ni.. hahaha.. suka hati dia la nak hembus ke tak kan)

disebabkan suhu badan budak2 ni macam tak mengizinkan. kami pon bawak la dia ke klinik. so, aku dapat la mc. hahah. suka sangat (suka bab tak pergi keje je).

tapi, bila dah makan ubat, lain pulak ceritanya. huhu.. baby lak kene berak2. kesian dia. samapi merah punggung dia. kadang2 ada keluar darah jugak masa dia berak. risau aku dibuatnya. kalau setakat berak biasa, aku tahan lagi. memandangkan dia takde minum susu formula, aku bertambah bingung. kalau minum susu tepung, boleh la stop kan sesi penyusuan tu. tapi dia minum susu badan je. lepas menyusu je berak. lepas menyusu je berak. adoi. bertambah buntu. huhu. akhirnya abang terpaksa balik jugak dari bekerja walaupon teramat sibuk dengan tugasannya. demi baby. huhu...

alhamdulillah... last dia berak pagi semalam. lama jugak dia berak2. khamis, jumaat, sabtu... owh. nasib baik walaupon sakit, dia masih aktif.

mak kata, dia nak ringan kan badan nak cepat jalan. huhu.. biasanya budak2 nak ringankan badan, muntah2. ni berak2 pulak. owh baby is. jangan sakit lagi ye sayang.

lepas pada tu, aku tak bagi lagi dah ubat batuk tu. kalau nak buat eksperimen, tak sampai hati pulak. kalau dia sakit lagi, aku jugak yang susah dan susah hati jugak. kalau aku yang kene, boleh je aku buat eksperimen kat diri sendiri. qis ok pulak bagi ubat tu.

(ibu bingung)

Monday, 14 November 2011

Jangan Tegur Isteri Depan Anak-anak

aku dapat mende ni dari fesbuk. dan aku rasa betul sangat mende ni. so, just want to share... sebabnya ada pengalaman sendiri. huhu.. bukan dengan anak sendiri. tapi takpelah. tak perlu diceritakan dengan lebih detail sebab ia seperti membuka pekung di dada kan. (sebenarnya banyak kisah duka aku yang tak perlu la diceritakan di sini... cukupla untuk aku seorang saja tahu. dan mungkin share bersama orang tersayang. tentunya abang ku sayang... abang. thanks kerana sentiasa sudi mendengar luahan hati saya. dan tentunya ALLAH lebih dan maha mengetahui. thank u ALLAH)...

so, dengan pengalaman yang aku ada, aku tak nak la kawan2 merasa kannya. lagipon, syurga seorang anak kan di telapak kaki ibu. jadi kita kene buat anak tu patuh apa cakap kita. kan. kan. kan.

so, kepada para suami.. hayati la. kepada para isteri juga.. beritahulah suami anda.

Jangan Tegur Isteri Depan Anak-anak

Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kena kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak.

Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!

Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudak boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.

Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.

Promotelah Isteri Depan Anak-anak

Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.

Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!

Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!

Thursday, 10 November 2011

is.. sabarlah sayang

senyum je kalau ajak jalan/ tateh

penat sungguh menjaga si kecik bujang teruna ku seorang itu. agaknya memang baby boy macam ni kot. lasaknya bukan main. baru 7 bulan.dah sibuk nak berdiri sendiri. kerusi meja semua dia panjat. nak bangun. yang penatnya ibu la kene jaga belakang dia. sebab dia ni kalau dah berdiri pastu suka2 hati dia je lepas tangan. kalau la terbalik ke belakang tak ke haru sayang oi. badan tengah menggigil gigil tapi berangan tak hengat.

ada satu hari tu. merengek je. masuk walker tak mau. letak tak mau. bagi susu tak mau. rupa2 nya nak ajak ibu tateh kan dia. sabar ajala. dapat berjalan. sengihnya bukan  main. sampai ke telinga. kita yang jaga dia la penat sebab kene tunduk.

cepat jalan k. nanti leh kejar kakak. hehe

progress rumah

gambar ni konon2 diambil untuk tiru kak mas amek gambar. hehe.. tapi ni versi ibu. kak mas punya versi ayah dan anak.
nampak semua highway dari rumah. huhu

pemandangan kawasan perumahan sungai besi

setakat ni baru siapkan plaster siling, wiring n cat. xtahu nak tulis apa..letak gambar je la. hehehe... selain pada tu. duit pon sedang laju berjalan. oh Tuhan ku.. waaaaa. nak wat camana kan. kata nak wat umah ala hotel.

'bos' sedang membuat pemantauan

wiring di bahagian dapur

ceiling kat ruang tamu dah siap

dalam bilik pon

kita sembunyikan lampu kat sini... :)

wiring at master bedroom

abang tengah pening.. kenapa ciling dia ditebuk untuk wayar itu... (sekrang dah setel masalah tu.. he)

2nd besroom

wiring bilik qis

'kita cat dulu keliling sebab nak pasang lampu cepat' kata abang. hehehe

Friday, 4 November 2011

qis naik 'bas kecik'

kenapa bas kecik??? dah banyak kali ajar dia qis naik van ye?? dia tetap cakap tak nak gie sekolah. bila cakap bas kecik nak pulak. so, terpaksalah kitorang panggil van tu bas kecik. hehehe

cabaran sebenar adalah semasa nak membiasakan qis untuk ke sekolah sendiri. memang aku lah insan yang paling risau. ayah nampaknya dah tak risau sangat sebab dia kata, dia tahu ibu boleh handle qis sebab qis biasanya akan dengar cakap ibu berbanding ayah. owh abang. abang tahu tak, saya risau sampai tak boleh tido malam. kalau saya yang hantar sendiri, saya tak serisau ini. huhu.

maka di pagi isnin, abang meng arrange kan untuk meng ada kan dirinya di rumah sebab sepatutnya dia keje pada hari itu (setelah semakan dibuat, dia tak keje pon, penat je kan pergi keje malam tu abang..apasal diorang tak bitau abang ada orang nak mengganti). pagi tu aku try mandikan qis. tapi memang keadaan kelam kabut la di pagi hari. tahu je la baby tu bukan nya boleh bising sikit. dia sure terbangun punya la. bila keadaan macam tu, abang menyarankan aku suruh qis mandi umah mak dia je. aku diam je. aku sebenarnya risau jugak sebab qis ni banyak peel nya. aku takut mak dia tak tahan dengan dia. marah2 qis. kalau aku yang marah takpe. hehe. dalam aku mendiamkan diri tu, aku mengiyakan juga apa yang abang cakap walaupon aku terasa amat berat. huhu... sedey la. kan best kalau aku tak keje. memandangkan keje aku kat sini pon tak seperti keje. owh aku pasrah

eh tersedih sedih pulak..
pagi tu aku pergi keje dulu semntara abang meng handle si kecik dua orang itu. lepas punch je aku terus balik semula ke rumah. (ada meeting sebenarnya pagi tu.. tapi aku malas nak masuk.. hahaha dengan gelak jahatnya). aku naik van sekali ngan qis pagi tu. segalanya berjalan lancar. kalau diikutkan kepada jadual, aku akan balik semula untuk menemankan qis naik van untuk pulang.  tapi tak dapat sebab kene masuk meeting. jadi abang kata dia akan perhatikan dari jauh. sebab kalau abang teman naik van, dia akan mengada2. hehe. so, akhirnya berjalan lancar.

hari selasa, aku kene handle sendirian kerana abang betul2 bertugas dan tak dapat balik. kami fikirkan qis akan ok sebab dia dah janji semalam nak mandi dengan kakak. tapi bangun je tido terus nangis. tak nak pergi tumah mak. nak pergi sekolah terus. luar pintu rumah berguling2 dan menagis tak mahu berjalan. tapi aku ugut nak tinggalkan dia. dia jalan juga akhirnya tapi menangis still tak benti. jadi sepanjang perjalanan rumah mak menangis tak berhenti. owh. malunya ibu. semua orang tengok tau qis. sampai je rumah mak. dia nangis guling2 lagi. kali ni luar rumah mak dia pulak. owh. terpaksalah aku pujuk. pujuk dan pujuk. lambat la arini jawabnya. huhu... keranamu qis. pujuk pujuk. last2 dia cakap nak susu. lepas tu baru diam.... pastu terus mandi dengan kakak. aku pon tanyalah ibu gie keje boleh??? nanti uncle bas kecik amek qis ye.. dia pon kata ok dan hulurkan tangan nak salam. aku pon melangkah pergi keje walaupon berat rasanya.

sampai je ofis, aku terus tepon mak dia. mak dia kata ok. dah pergi sekolah pon. lega sangat rasa. hilang kepanatan 'mengheret' qis pagi tadi tau. huhu

dan sehingga hari ni, qis dah tak nangis2 lagi. nangis bangun tido tu biasalah. memang dah jadi hobi dia. eh. hobi ke tabiat. apa2 la qis oiii...

semoga semangat qis untuk bersekolah sentiasa membara. amin. ibu doakan qis berjaya dunia akhirat.

qis sekolah

qis yang keriangan untuk  bersekolah (qis sedang memanggil ayahnya)
inilah antara salah satu sebab mengapa aku bercuti seminggu pada minggu lepas. mencuba untuk menghantar qis sekolah setelah sekian lama dia meminta kami untuk menghantarnya ke sekolah.

aritu masa aku meng gigi, sempat lagi kami berenti kat sekolah qis ni untuk bertanya pasal nak hal2 sekolah la kan. walaupon kepala aku dah pening sebab kesakitan gigi yang amat sgt, tapi demi qistina, ku gagahkan juga. cerita punya cerita, kami rasa berminat pulak nak menghantar qis kat situ. cikgu nya pulak begitu friendly n willing to help us due on transportation. memang amat menyukarkan kami untuk menghantar qis ke sekolah kerana kami ni bekerja. huhu. berat hati nak biarkan qis naik bas sendirian. kecik2 lagi dah kene berdikari... sabarla wahai anak ku.

selepas lama berdiskusi, the teacher sarankan agar kami try hantar qis dulu. for two days. its free!!!... bila dengar free je mata aku pon terasa bling2... hehehe... if she like, its depends on you whether want to send her to school or not... so, we decide to try... eceh speaking lak. (kenelah berlatih sebab nanti kalau qis speaking berabuk xkan kitorang nak nganga je).. maka aku pon menambah lagi cutiku selama dua hari. (mula2 just apply cuti lepas deepavali je.... hehehe)

jadi, pada hari kejadiannya, selepas menghantar baby kat rumah pengasuhnya, aku pon kejutla si kakak untuk ke sekolah. dan tanpa diduga, dia bangun tak menangis you!!! ouch. ibu terharu. cepat je dia bangun nak mandi sebab nak sekolah. lepas mandi terus je ajak ibu g sekolah. huhu. awal lagi la sayang. aku pon tanya dia nak makan apa2 tak. semua dia tak mau. adhai qis. jangan la excited sgt. hehe. last2 dia mintak jg susu sebab ibu lama sgt bersiap (ibu saja je lambat2 sebab masa banyak lagi)...

'bersarapan'

masa yang ditunggu pon tiba kami ke sekolah.. muka dia agak ketakutan tapi still nak pergi. perasaan nak tahu tu membuak kot.  sampai je sekolah dia nampak sgt teruja dengan lego yang bertaburan di lantai. cepat je dia ikot cikgu dia nak main. tapi cikgu tu agak tak mesra alam. langsung tak menolong qis untuk menyesuaikan diri. cikgu yang mesra alam hari tu sedang bz. huhu.. aku terpaksa dudk sekali sekejap biar dia bermain. lama2 dia pon suka untuk menunjukkan skilnya.. owh. ibu lega. tapibila budak2 semakin ramai dia nampak macam tak selesa. ibu risau balik...

tiba time perhimpunan pagi (hari tu hari isnin, biasalah kan. semua sekolah ada perhimpunan pagi.) dia dah mula duduk dekat kerusi. dari duduk ke baring dan akhirnya nak ajak aku balik. huhu.. aku tahankan hati juga. tak mau dengar cakap dia (kalau ayah ni mesti qis tak sekolah lagi sampai sekrang.. hehe. ayah ni). dalam hati aku, cepat la habis. cepatla masuk kelas.

lepas masuk je kelas, aku hantar dia ke kelas. bila nampak dia macam dah tak hiraukan aku, cikgu pon mengisyaratkan aku keluar.. so aku pon keluar. (tengah lapar ni... nak makan. hehe). aku cakap ngan cikgu, kalau ada apa2 call tapi nampak nya takde yang call. ujian di hari pertama habis!!! :D

balik sekolah
naik tanya cikgu, dia kata qis kencing. huhu... mesti dia takot nak bitau cikgu...

qis menunjukkan skill nya melego.. hehe

dia dah mula nak buat perangai n ibu semakin cuak

qis dah masuk kelas. ibu lega

hari kedua
sama macam semalam. tak sabar nak ke sekolah. sepanjang perjalanan ke sekolah
aku:
ibu hantar kat bawah je tau
qis:
ala.. ibu naik la. teman adik main lego
aku:
mana boleh... ibu kan keje (saja je cakap keje padahal aku cuti. hahaha)
qis:
ala.. ibu teman la qis. (dengan muka nak nangis dah. itu je la modal dia. nangis)
aku:
qis. ibu keje sayang. qis naik dengan cikgu ye. cuba qis tengok tu kawan2 qis semua naik dengan cikgu. mana ada ibu dia hantar
qis:
(diam je... xtahula apa dia pikirkan...) cepat la ibu. qis nak sekolah ni... (eh. budak ni nak aku hantar jugak ke... aku dah pening. camana ni).. cepat la ibu (sekali lagi dia suruh ibu cepat)
ibu:
ok. ok. tunggu jap ye. ibu buka pintu

sampai je kat depan sekolah. cikgu terus sambut dia bawak naik atas. dia tak hiraukan aku dah lepas tu. hampeh betul budak kecik ni. dan masa balik, cikgu cakap she's okey. but still very quiet. but its ok. its normal. she will get use to it. YESSSSS!!! day two done. alhamdulillah....

cabaran sebenar adalah pada hari nak suruh naik bas sekolah. memang mula2 dia cakap tak nak. dia kata bas busuk. ada2 ajalah qis ni. pastu entah kebetulan kot. Tuhan nak menolong kami. dia tunjuk depan2 ada budak sekolah naik bas. ayah pon tanya qis nak naik sekolah tak?? sambil menengok orang turun dari bas, dia mengangguk.... hehe.. aku suka!!!

Thursday, 3 November 2011

mendidik anak

puas aku belek2 balik koleksi majalah wanita aku. aku nak scan sebab aku tak reti nak tulis kat sini. tapi disebabkan aku tak jumpa terpaksalah aku menulis kat sini. kalau tersilap maafkanla ye. saya cuma budak baru belajar. budak ke?? mak budak adalah. hehehe.

apa yang best???
dalam majalah tu, tajuk dia. kalau nak anak berjaya jangan kacau ibunya. (kalau tak silap la...)

best kan tajuk dia. aku ingat apa la maksud dia. ingatkan ayah tak boleh masuk campur langsung dalam urusan menjaga anak ni. aku dengan perasaan marah ni baca la artikel tu. rupa2 nya. jangan kacau emosi ibu. huhu. artikel tu kata, orang perempuan ni hebat kalau emosi nya bagus. hehe. ye ke. so, bila dia ceria, dia dapat mendidik anak dengan baik dengan bantuan suami. (aku pon tersenyum meng iyakan apa yang dikatakan tu). so, sebagai suami, kenela jangan buat isteri marah, terlampau letih menguruskan rumah tangga supaya emosi yang baik dapat membuatkan si ibu tadi melayan anak dalam keadaan tenang. ye la kan. banyak juga buku yang aku baca jangan marah2 anak semasa kita menjaga dia terutamanya dalam 7 tahn pertama dia. dlm waktu tu dia adalah king yang boleh menyuruh kita apa aja. disamping tu kenelah mengajar mereka. jangan la diikutkan sgt kan. (ni pendapat aku la). sebab nya pernagai tu akan meresap dalam diri diorang secara tidak sedar. kita cuma akan sedar mende tu bila anak2 tu dah besar nanti. sebab tu sekarang kita tengok banyak masalah2 sosial terjadi. ibu bapa sibuk bekerja. dan tanpa menyedari sesuatu yang kita lakukan menjadi ikutan anak2. anak2 tak tahu kita keluar mencari rezeki. so, diorang pon keluar jugak. tapi tak tahu mencari apa. sudahnya mencari teman untuk mencari teman berborak dan.... nauzubillah....

tapi, kadang2 kalau ayah tak kacau pon, ibu beremosi jugak. bila beremosi, perasaan marah mudah memuncak.. camana tu???

sayang ibu dan ayah yang semakin membesar

sesungguhnya, takot dengan keadaan tu, anak tu jugak akan menjadi pemarah satu masa nanti. owh ALLAH. sesungguhnya Engkau maha mengetahui segalanya. harap aku menjadi seorang yang penyabar dari semasa ke semasa supaya anak2 ku qis dan is menjadi insan cemerlang di masa akan datang samada yang berkaitan agama atau pon tidak. semoga terpelihara dari perkara yang tidak elok....

dua dunia

hari ni aku rasa amat tak best. rasa macam nak marah je. rasa sedih dengan keadaan diri. aku tahu ni semua ada hikmah dan mungkin adalah kerana kesilapan aku sendiri yang tak pandai nak bawak diri, jadi sekrang ni aku tengah memujuk diri la ni. huhu. memujuk diri dengan tidak memikirkan hal itu dan memikirkan hal yang lain walaupon hal yang lain tu sama je bebannya.

aku tak tahu macam mana nak mulakan cerita dua dunia aku ni tapi aku nak tulis jugak. aku akan menulis untuk memaham kan diri aku jugak. kalau sesiapa yang baca ni tak faham. abaikan je la... ni bukan cerita pasal amfibia yang duduk dalam dua alam ke apa ke. just nak membawa kita berfikir. huhu

apa ek perasaan orang kalau sudah 20thn lebih duduk dalam satu dunia yang lain. duduk dalam dunia yang dirasakan penuh dengan something yang negative berbanding dengan sesuatu yang positif. dunia ni macam apabila kita tengok tv pastu kalau cerita tu kelakar ke apa ke kita takleh nak bising2 gelak2 macam nak gila kerana boleh mengganggu kosentrasi orang lain atau dengan senang katanya takot dimarahi. sedih kan??? tapi dunia tu memang ada. dan bila ada orang berborak2 jangan sesekali menyampuk. nanti dikatanya budak2 jangan nak sibuk hal orang tua. apabila mendapat arahan tidak boleh sessekali mmberikan pandangan kerana pandangan itu akan ditolak mentah2. owh terasa macam kewujudan langsung tak dihiraukan. keadaan ni boleh membuatkan seseorang yang mempunyai potensi akan takot untuk menonjolkan dirinya kerana telah terdidik dengan keadaan duni yang sebegitu. agak malang orang itu.

dunia satu lagi pula begitu terbuka. sentiasa riang. boleh usik mengusik sesama sendri tanpa ada yang merasa tersinggung. boleh memberikan pendapat walaupon pendapatnya kadang2 memang bodoh dan tak masuk akal. sesungguhnya orang yang terdidik dengan suasana sebegini akan dapat dan senang bergaul juga senang untuk menyesuaikan diri di mana sahaja dia pergi.

bila kedua2 dunia bertemu dalam satu2 perkara dan contoh yang amat dekat adalah perkahwinan, tentunya yang daripada dunia kedua lebih selesa berbanding di dunia yang pertama. kesian orang tu. dah la susah nak menyesuaikan diri dan terpaksa menahan sabar dengan gurauan dari dunia kedua yang pada mereka gurauan itu adalah biasa bagi mereka. sentiasa dibayangi ketakutan. malu.....

jadi kesimpulannya....kesian kan kalau anak anda terdidik dalam dunia yang pertama tadi?? so,  jangan la mendidik anak anda dengan keadaan yang stress. tapi manusia sememang nya lemah. dia kene sentiasa dibantu jika dilahirkan dalam dunia yang pertama tadi. dia mudah untuk merasa marah kerana tak boleh kata2nya dibantah. dan kalau tiada pegangan agama yang kuat, akan senang untuk mengikut2 orang lain untuk mencari hiburan diri sendiri.

betul ke??
renung2 kan lah.....

Wednesday, 2 November 2011

meroti

setelah sekian lama menerjah tesco. akhirnya aku berjumpa jugak dengan mesin roti a.k.a bread maker atau juga lebih dikenali dengan BM... walaupon terlambat sedikit membelinya kerana tarikh harijadi mak dah lama terlepas. aku dapat jugak beli BM brand tesco yang pernah aku cakap dulu... dan dengan bangganya. inilah BM yang telah berjaya aku rembat dari tesco kajang pada 27/10/2011 (khamis) aritu....

ceh.. nasi sejuk tu pon nak enteprem kat situ

BM tu memang duduk dalam kereta je la selepas dibeli sebabnya esoknya aku nak balik umah mak dah. huhu... sampai je kat umah... petang tu jugak kitorang buat roti. roti sosej tu. 1st time buat tak berapa nak naik sebab aku letak sikit je yis. hehehe.. tak reti nak budget. mak suh letak sume tapi aku tak dengar. degil tul aku ni. roti pon tak berapa nak naik tapi still sedap. memang tak cukup la kitorang makan. almaklum la keluarga besar. sekelip mata je dah habis. dah la buat sikit. percubaan la katakan.

sabtu pon buat lagi sebab tak puas hati. kali ni buat dengan sekilo tepung (amekau). kali ni buat roti sosej tu lagi campur dengan roti sardin. roti sardin tu basah sket sebab sardin tu basah. lenkali buat kene keringkan dulu la. hehehe... ni la hasilnya. dapat dalam 20 bun roti sardin, 10 roti sosej. 3 ban roti kong dengan 3 roti pintal2... berbaloi2. kalau beli kat kedai tak ke berpuluh2 duit habis. eh belas2 kot. hari tu jugak habis. (diorang ni mcm buaya. semua ngap je. kali ni adik aku yang masukkan bahan. aku tengok je. hahaha... baby asyik nak melekat je ngan aku. tak dapat nak membuat walaupon aku nak buat sesangat)...

ni la hasilnya (tak amek sume gambar. huhu)

baru je kuar dari oven dah lesap 4 ketul. huhu.. roti sardin.

roti pintal2 sebab sosej dah habis. sedap cicah ngan air

lagi satu loyang bun sardin...
abang ngan adik aku yan tak dapat nak makan. abang bekerja dan yan berkonvo... takpe. masa masih panjang. lenkali leh buat lagi.

konvo

lama tak bersiaran!!!! (ayat poyo) wahhh.. teruja lak rasanya nak memblog lagi. minggu lepas sibuk engan persekolahan qistina dan men kontraktor kan rumah baru. hehehe... mcm2 hal.

k lah... berbalik pada cerita konvo... rasanya dah habis kot sesi berkonvo bagi IPTA seluruh mesia. tapi sorila kalau salah. alhamdulillah dua orang adik aku telah berjaya mendapat degree mereka. sama2 pulak diorang ni habis. yang nombor 3 dan 4. yang no. 3 tu lambat sket sebab ada masalah teknikal dan tak dapat dielakkan. semoga diorang menjadi engineer yang bekaki lebar. eh. berkaliber.

tapi diorang berkonvo aku tak dapat nak ikot sebab aku rasa tak mampu nak ikot dengan anak kecik. menyusu badan pulak tu. malas nak menyelak2 tengah2 crowd.... bestnya. (tetiba aku teringat masa aku berkonvo dulu).. eh best ke. macam biasa2 je. hehehe

alkisahnya.
adik aku balik di tengah malam isnin tu dengan membawa dua jambak bunga (adik yang no 4 sebab dia duk umah aku). jadi aku pon terus mesej kat abang...
bukan sejambak bunya yang sebenar. hehehe....

aku:
abang. yan balik bawak bunga. nak jugak. masa konvo dulu abang takde pon bagi bunga. (hahaha.. macam la aku dah kenal abang masa aku konvo dulu)
abang:
abang bukan anak orang kaya. tak mampu (poyo je ayat abang aku ni. aku baca sambil tersenyum je - cerita ni berkaitan dengan cerita aku yang lepas.)
aku:
nak jugak (mengada2 kan.. huhu)
abang:
tunggu sayang konvo lagi sekali lg la.... (dia memang dari dulu suruh aku sambung phd)
aku:
tak nak....

takde pape pon nak cerita. saja je nak menceritakan kesengalan aku. hahaha. ye la kan. dulu masa aku konvo sesorang je. selalu berangan nak berkonvo bersama insan tersayang. (dua kali konvo lak tu. iskh.- masa kat mrsm tak masuk la sebab masa tu masih remaja hingusan...) pastu, tu la time nak kenal kan dengan mak abah. haha. berangan tak hengat. tapi TUHAN maha mengetahui segalanya. aku berjumpa dengan abang ku sayang bila aku dah keje. tapi masa konvo dulu mak ada belikan aku bunga tapi sekuntum je la. mak pon bukan ada duit. tak keje kan. time kasih mak. dapat jugak bunga... :)

ni pon bukan gambar sebenar.
 aku yang bengong. hahaha