Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Wednesday, 25 July 2012

fitrah pendidikan anak-anak


artikel ini juga di kopi pes dari fitrah pendidikan anak
sayang kamu berdua
biarla rumah bersepah begini asalkan perkembangan otak mereka 'berjalan lancar'....

Anak-anak perlu dibelai dan diasuh mengikut fitrahnya bukan mengikut kehendak ibu bapa. Perkara yang selalu gagal difahami oleh ibu bapa tentang anak-anak ialah wujudnya ‘sensitive period’ sepanjang perkembangan mereka.
Contohnya, semasa anak-anak sudah pandai bertatih, ada satu tempoh kita dapati anak-anak ini suka sangat memanjat tangga (sensitive period for stairs climbing).
Selalunya, kita akan halang anak itu sebab takut terjatuh atau tercedera. Lalu kita pasang semacam pagar di tangga untuk halang anak dari memanjat tangga. Secara tidak sedar kita halang perkembangan fizikal mereka yang sepatutnya dipuaskan secara fitrah. Sedangkan aktiviti (memanjat tangga)tersebut melatih perkembangan psikomotor anak-anak. Juga menanam rasa yakin diri pada anak-anak.
Sepatutnya, biarkan sahaja anak-anak itu meniti tangga. Jangan dihalang, tetapi dipantau dari jauh. Ibu bapa boleh sahaja mengikut dari belakang dan apabila anak-anak berjaya tiba di tangga paling atas, berikan ganjaran atas ‘kejayaannya’ itu.
Persekitaran anak-anak juga sepatutnya lebih child-centered bukan adult centered. Maksudnya, persekitaran rumah perlu membantu ke arah mengasuh fitrah anak-anak ini. Jangan terlalu taksub dengan perhiasan rumah yang mahal dan pelbagai sehingga menghalang perkembangan fizikal dan mental anak-anak.
Pada usia 0-3 tahun, anak-anak perlu dibelai dan disantuni. Mereka terlalu kecil untuk memahami jerkahan atau herdikan daripada ibu bapa (terutamanya ketika menyepah rumah dengan kertas atau mainan). Didik dan sentuh jiwa mereka dengan lembut serta kasih sayang. Kekerasan tidak membawa natijah yang positif pada peringkat ini. Pada peringkat usia 4-6 tahun boleh diperkenalkan konsep disiplin secara lembut.
Contohnya, bungkusan makanan perlu dibuang dalam tong sampah, ampaikan tuala di tempatnya atau susun kasut sebelum masuk ke rumah. Anak-anak juga sudah boleh diajar konsep perkongsian pada peringkat ini. Contohnya, makan dengan kawan-kawan bekalan makanan yang dibawa ke sekolah atau pinjamkan pensel warna kepada kawan yang terlupa membawanya ke sekolah, atau masukkan sebahagian daripada duit belanja dalam tabung Palestin setiap hari.
Berikut disenaraikan tips untuk membantu perkembangan anak-anak secara fitrah:
1. Sensitive period: menyonteng
Selalunya: Kita marah apabila anak-anak menconteng dinding. Lalu kita sorokkan pen atau pensel supaya dia tidak dapat menconteng dinding.
Kesalahan kita: Menghalang perkembangan motor halus (penggunaan jari) dan daya tumpuan anak (fokus mata)
Sepatutnya: Salurkan minat menconteng pada tempat yang betul. Sediakan kertas dan melukislah bersama anak-anak ini. Beri ganjaran pada hasil ‘seninya’ dalam bentuk pujian, ciuman dan gosokan di kepala.(At the age of 18 months my little Itqan and Ijlal had already known the correct way of holding a pencil. Little Ijlal can spend hours doodling on her art book (used exercise book)instead of watching cartoons or playing with toys.)
2. Sensitive period: main pisau
Selalunya: Kita halang anak-anak masuk ke dapur setiap kali hendak masak. Apabila anak-anak menunjukkan minat untuk menggunakan pisau, kita marah kerana bimbang tercedera atau terluka.
Kesalahan kita: Mematikan minatnya terhadap kerja-kerja di dapur. Dia mungkin membesar dalam keadaan membenci atau tidak berminat dengan kerja-kerja di dapur.
Sepatutnya: Sediakan set memotong khas untuknya. Gantikan pisau yang tajam dengan pisau mentega misalnya dan sediakan satu ruang khas untuk dia ‘menjalankan’ kerja-kerja dapurnya. (my little Ijlal loves to ‘help’ everytime I cook. So, she has her own butter knife to cut pieces of potatoes or carrots)
3. Sensitive period: basuh pinggan
Selalunya: Kita larang anak-anak kecil untuk membasuh pinggan sendiri kerana tidak mahu mereka main air atau pinggan tak bersih atau takut pinggan pecah.
Kesalahan kita: Apabila anak-anak menunjukkan minat untuk mula membasuh pinggan, bermakna mereka telah faham sedikit sebanyak konsep kebersihan. Jika kita melarang, bermakna kita menghalang perkembangannya secara fitrah. Mereka mungkin cenderung menjadi ‘rebel’ jika keinginan ini tidak dipenuhi.
Sepatutnya: Tunjukkan cara yang betul untuk membasuh pinggan. Gunakan pinggan atau peralatan plastik jika takut pecah. Andainya tidak puas hati dengan kebersihan pinggan yang dibasuh, basuh semula ketika anak itu tidak nampak. Practice makes perfect. Selepas beberapa kali, pasti anak itu telah mahir. Selepas ini mereka pasti lebih bersemangat untuk membantu ibu di dapur kerana telah punyai satu kemahiran baru!
4. Sensitive period: makan sendiri
Selalunya: Kita tidak gemar membiarkan anak menyuap makanan sendiri kerana takut bersepah atau lambat makan.
Kesalahan kita: Secara tak langsung kita halang perkembangan koordinasi motor kasar dan halusnya (mencedok makanan dengan sudu, menyuap makanan ke mulut). Kita desak anak-anak supaya menghabiskan makanan dengan cepat sedangkan ketika makan itu derianya belajar mengenalpasti rasa dan tekstur makanan dan otaknya merekod maklumat yang dikenalpasti oleh deria itu.
Sepatutnya: Sediakan peralatan makan yang khas untuk anak-anak. Tunggu dengan sabar setiapkali anak-anak makan. Beri ganjaran setiapkali mereka berjaya menggunakan sudu atau garfu dengan betul (pujian, ciuman, tepuk tangan). Jangan dimarahi jika makanan tertumpah kerana mereka masih belum mampu mengawal pergerakan sebaik orang tua. (At the age of 3, little Itqan can eat on her own without my assistance. Little Ijlal still learning)

………more tips to come
Sensitive period bagi setiap anak adalah berbeza-beza. Jangan dilabel anak-anak itu sebagai lambat jika dia belum mencapai tahap sebagai mana anak-anak lain. Bukanlah bermakna anak itu lemah tetapi tempoh ‘sensitive periodnya’ masih belum tiba. Jadi, bersabarlah dengan karenah anak-anak kerana mereka bertindak berdasarkan fitrah bukan logik akal. Semoga berjaya menjadi ibu bapa yang dirahmati Allah atas kesabaran antum mendidik anak-anak amanah daripada-Nya.

berhenti belajar... bermain lah


artikel di bawah di kopi pes dari : berhenti-belajar-bermainlah-www-saifulislam-com

“Saya tak suka dengan cara montessori. Banyak main. Belajarnya tidak!” kata seorang ibu.
Tentu sahaja seorang ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya.
Namun, amat rugi apabila seorang ibu tidak tahu apa yang terbaik untuk anaknya.
Kerana sayang dan mahukan yang terbaik, boleh sahaja seorang ibu ‘merosakkan’ si anak, atas nama kasih sayang seorang ibu.
mainla puas2 sayang
Kita mahukan sistem pendidikan melahirkan manusia yang baik. Kita ada idea yang canggih tentang makna BAIK. Tetapi kita sering terperangkap dan keliru dengan makna MANUSIA. Akhirnya dek kerana BAIK yang canggih dan MANUSIA yang keliru, apa yang lahir daripada pendidikan kita adalah ROBOT BAIK.
Sejak tahun 1980′an, Small Wonder sudah secara halus memberi nasihat kepada ibu bapa agar jangan membesarkan anak-anak menjadi Vicki the Robot!

Di era pendidikan ala-ala ‘lebih banyak lebih tidak cukup’ ini, saya dan isteri sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anak-anak saya bermain. Kami tidak kisah mereka lambat membaca, kami tidak kisah mereka perlahan mengira, kami juga tidak peduli anak-anak kami pada usia kecil tidak menghafal doa dan surah al-Quran yang panjang-panjang. Kami hanya mahu mereka bermain.
Bukan kerana apa.
Saya dan isteri percaya bermainlah cara yang penting untuk kanak-kanak belajar.
Di Brainy Bunch Islamic Montessori, sedikit sebanyak saya gembira dengan pendekatan yang digunakan untuk mencapai tujuan ini. Si anak diberitahu supaya datang ke sekolah membawa bunga raya (hingga baru saya tahu betapa susahnya hendak mencari bunga raya pada tahun 2012 ini), ada harinya kena ke sekolah dengan membawa apa-apa jenis rumput. Bukannya buku teks seberat 1kg di dalam beg ala-ala pramugari!
Mungkin bagi yang duduk di kampung, membawa rumput dan bunga raya ke sekolah itu mengarut.
Tetapi bagi anak kampung yang membesarkan anak-anak bandar, saya amat menghargai pendekatan belajar seperti ini. Menggunakan seluruh deria anak untuk menimbulkan rasa seronok mereka belajar. Mereka rasa mereka sedang bermain, lalu mereka gembira. Hakikatnya mereka sedang belajar. Dan pelajaran yang mereka belajar dalam permainan itu, tidak mampu diberikan biar pun oleh silibus krim paling krim, yang memisahkan bermain daripada anak-anak.
SUNNAH
Di dalam Sahih Ibn Hibban, Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menceritakan bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjelirkan lidahnya kepada Al-Husain bin Ali radhiyallahu ‘anhuma supaya anak kecil itu dapat melihat merahnya lidah baginda lalu dia gembira ceria.
Kalau adalah ustaz atau ustazah di sekolah menjelirkan lidah bergurau dengan seorang budak, mungkin ibu robot akan membalas, “Huh, tak tsiqah!”
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra

Thursday, 19 July 2012

birthday celebration

wahh.. lebat sungguh hujan pagi ni.. takot sangat bawak kereta. tak nampak jalan. nak tukar lane pon tak nampak. mungkin sebab aku ni rabun. dan silau aku agak tinggi.. jadi, aku putuskan untuk duk je lane yang sama. kalau ikotkan, tukar2 jugak lane kalau selalu. huhu.. tapi memang tak berani sangt. dan. alhamdulillah, sampai opis dengan jayanya...

hehehe...
seperti biasalah aku merepek je dulu... nak cerita pasal semalam. sampai je rumah, terus aku masak. selalu aku akan tunggu cerita aku habis baru aku masak sebab abang kata dia kene pergi keje lagi... (hampa lagi aku... sebab abang ni keje je kan.. huhu...----> semalam nak beli kek tapi terus aku melupakan hasrat tu sebab abang kata dia kene keje... hampeh kan. bukan ada kene mengena pon....) takdelah spesel pon masak tu tapi saja la masak makanan kegemaran abang. udang butter.. (lupa nak buat sos dia dan telur dia masih tak menjadi lagi.. ishk), kentang tempe sambal kegemaran abang dan sayur kailan masak masin (sebab takde ikan masin, masak masin je la.. hehehe). dan yang best, licin semua makanan itu.. best. best.. adik aku yang demam pon berjaya menghabiskan makanan.. :)  lepas tu, siap nyanyi lagu birthday dengan qistina..

kailan masin
sambal tempe kentang
udang butter


dan abangku...



sekali lagi, happy birthday dari saya untuk abang... semoga berbahagia selalu hendaknya. hope abang gembira dengan hadiah sandal yang diberikan. tu je yang mampu saya bagi untuk abang. sori sebab tak tunaikan permintaan abang yang nak kasut. banyak sangat dah kasut abang kat rumah tu. kalah saya tau. saya ni dah la pompuan, patutnya lagi banyak koleksi kasut... :P

Wednesday, 18 July 2012

selamat hari lahir sayang

kepada abangku sayang...

selamat hari lahir untuk mu... tapi takde surprise untuk abang sebab tak reti. huhu... tapi malam ni saya masak spesel sikit.. hehehe... semoga apa yang abang hajati menjadi kenyataan. semoga keluarga kita bahagia... (eh.. patut yang keluarga bahagia ni ucapan annivesari)....


Monday, 16 July 2012

mahalnya!!!

semalam adik ipar aku ada bagi tudung... hehehe.. rasa macam serba salah pon ada bila dia bagi tudung tu... sebab aku agak2 tudung tu memang mahal.. lagipon, aku bukan jenis yang pakai tudung 'awning' ni... tapi dah orang bagi aku amek je la.... mana la tahu kan lepas dia bagi tudung tu, aku boleh nak tukar style ke kan. dia bagi siap dengan kotak lagi tu.. kompem la mahal.. bila bukak je tag price ada lgi.. huhu.. mahalnya..  aku tak pernah pakai tudung semahal tu... tapi tak tahu la kan orang lain... baju aku pon takde la mahal macam tu... tapi kalau baju, berbaloi la sebab dia baju kan.. hehehe... (apa aku merepek ni)

bila pakai, aku rasa muka aku still tak sesuai jugak bila memakai tudung begitu... tapi apa pendapat orang lain. kawan2 ku??... abangku?? camana.. ok tak....

ok tak???
aku tetap rasa tak sesuai memakai tudung sebegini walaupon cutting dia memang best sebab labuh di depan

terperanjat den tengok walaupon memang dia ada diskaun sebab dia keje kat kedai ni... :)


korang tengoklah sendiri kat link  ni... pearlhaya

eh.. macam promote la pulak.. boleh dapat elaun untuk promotion tak wahai pemilik pearhaya?? hihi.... kalau pasal duit memang takleh nak tolak ansur.. hihii

Wednesday, 11 July 2012

renovation lagi???

dengan tidak disengajakan abangku terpaksa membawa aku ke rumah baru kami... hihi... walaupon telah diajak berkali2 tapi selalu dia kata, tak surprise la kalau dia bawa aku ke rumah tu nanti.. tapi aku memang tak tahan sangat. rasa rindu aje.. mengalahkan bercinta. kalau boleh nak duduk sana dah.. kalau bercinta tu, nak kawen la kan.. huhu
katil qis

sebenarnya aku cuma tak sabar nak tengok katil qis.. hope dia nak la tido sendiri bila ada katil nanti.. lagipon dia dah tido nyenyak.. takde bangun2 malam lagi... cuma masa nak tido je la...

tapi
bila sampai2 je tengok ada renovation... memang la aku tahu abang kata nak buat renovation lagi.. tapi aku fikirkan sikit je kot. tapi bila tengok, banyak jugak. so, berbaloi la dengan harga yang dikatakan.. so, saya suka la abang. (nampaknya citarasa kami tak banyak beza.. jadi memudahkan kami untuk deko2)


tambahan kat bilik tido kami... 

rak buku kat bilik 2nd

rak kasut
hope, rancangan untuk berpindah lepas raya ni jadi la.... tapi kan abang, kita kene tetapkan date. nanti senang la si yan nak bitau kawan dia... kalau saya tetapkan 1/10/201 ok tak.

Monday, 9 July 2012

ibu baik


macam mana nak jadi ibu yang sangat-sangat sangat sangat sangat sabar... huhu... (sedih ku rasakan).....



Antara saranan penulis untuk mendidik anak mengawal kemarahan ialah :
1. Marah kerana Allah SWT.
2. Urus kemarahan anak-anak dengan cara yang hikmah.
3. Sentiasa ingat Allah.
4. Perbanyakkan ta’awwuz.
5. Berdiam diri.
6. Tenangkan dan ubah posisi.
7. Menghukum.
8. Hayati sirah Nabi SAW.
kesayangan ibu
budak kuat nanges

budak apa yek??? lum dapat dikenal pasti.. buat masa ni budak manja

Bagi masalah anak yang banyak menangis dan memberontak apabila kehendaknya tidak dipenuhi, ibu bapa perlu mengajar serta melatih anak menahan emosi. Ibu bapa perlu cipta suasana yang dapat menjauhkan anak daripada emosional seperti menangis.
Amaran atau gertakan seperti jika menangis lagi, permintaannya tidak dipenuhi boleh dikatakan kepada anak terbabit. Misalnya: “Jangan menangis lagi. Kalau menangis lagi, ibu tak mahu penuhi permintaan Haikal.”
Menurutnya, apabila berdepan kerenah anak nakal, antara kebiasaan ibu bapa ialah memukulnya sama ada menggunakan rotan, tangan atau tali pinggang sebagai hukuman.
“Tidak dinafikan cara itu sangat memberi kesan terhadap anak. Apapun, perlu diingat, memukul anak lebih banyak memberi kesan negatif jika salah caranya. Anak yang besar atau remaja tidak sesuai dihukum cara itu kerana menimbulkan emosi buruk, berdendam, trauma atau membentuk peribadi kasar,” kata Wan Akashah.
Menurutnya, terlalu kerap memukul juga membuatkan anak menjadi lali dan sakit dipukul tidak lagi memberi erti kepadanya. Anak hanya berkelakuan baik sementara di depan ibu bapa kerana tidak mahu dipukul tetapi apabila di luar pengawasan ibu bapa, mereka menjadi lebih liar.
Katanya, memukul anak nakal mesti kena caranya. Pada zaman dulu, rotan digunakan untuk mengajar anak iaitu selepas amaran tidak diendahkan, anak itu dirotan. Selepas dirotan, anak itu dinasihati supaya tak mengulangi kesilapan

cerita yang penuh diperoleh daripada alamat di bawah.....

http://anakkusoleh.wordpress.com/2011/01/11/anak-nakal-ujian-allah-swt/

Saturday, 7 July 2012

happy 5th annivesary

nampaknya 7/7 datang semula pada hari sabtu... sama seperti semasa hari semasa tarikh tersebut pada tahun 2007... 5 tahun yang lepas... hmmm...

tahun ni tiada apa2 sambutan.. sama macam tahun2 lepas sebab kami lebih menyambut hari2 lahir kami sekeluarga. hehehe.. cuma yang bezanya, hari ni jatuh pada hari sabtu. tak macam tahun2 lepas yang jatuh pada hari bekerja. rasa janggal pon ada juga. tapi abangku bz pulak...

walaupon abang bz, sempat jugak aku masak sebelum dia pergi kerja.. (gambar tak sempat nak diambil sebab masak rumah mak).. takdela spesel sangat pon.. cuma buat ayam percik ngan sayur campur. hehehe... pada aku, masakan aku tu tak best sebab tak tahu la. mungkin memang aku ni bukannya jenis yang suka masakan sendiri.... tapi aku tengok orang lain makan macam sedap je. huhuhu...


so, ucapan ku kepada abangku sayang...
thanks abang kerana abang adalah suami, kawan dan kekasih saya yang paling rapat.. dan jugak ayah yang sangat baik.. huhu... thanks keranan banyak menolong dalam membuat kerja rumah. thanks sebab banyak tunaikan permintaan saya. saya rasa best sangat. tak pernah rasa macam tu sebelum jumpa abang. thanks abang. thanks sesangat. sayang abang.. love u much... memang abang terlalu memanjakan saya.


sori sebab tahun ni takde buat kad. tak sempat la abang... dalam ni pon ok la kan... :D

Thursday, 5 July 2012

hepi Besday Qis Sayang

genap la umur qistina 4 tahun pada tahun ni...

tak sangka kan umur dia dah 4 tahun... sungguh.. sampai sekarang, aku still merasa macam dalam mimpi.. aku dah berkahwin dan dah ada anak. bukan sorang tapi dua... haish.. sesungguhnya Allah maha mengetahui..

saban tahun
ibu harap qis jadi anak yang baik... nanti dah besar, pandai jaga diri. boleh tolong ibu sebab ibu n ayah bekerja. pada ibu, kalau anak-anak ibu tak pandai ibu ok asalkan semuanya jadi manusia yang berguna. tapi kalau dikurniakan mereka semua mempunyai otak yang cerdas itu adalah bonus untuk ibu dan ayah.

tahun ni
kami berhasrat buat sikit majlis untuk dia kat sekolah. sebab hari2 dia balik bawa party beg. takkan la dia tak buat kan? kesian la pulak. takpela. asalkan dia gembira, kami pon gembira. hari ni, ibu ambil cuti untuk sediakan apa yang patut. pergi sekolah qis sekejap tapi lepas tu ayah dan ibu dating. he. menyambut segala bagai ulangtahun serentak berdua.. (birthday ku, annevasary, besday abang).. hehehe...
party beg yang ibu sediakan pada pagi tu

mainan-mainan.. entah apa la bende ni semua,.... tapi ok la kan dari takde

jajan

hadiah qis dari ibu...
opsss... hadiah ayah lupa la nak amek gambar

qid dengan kawan sekelas

ayah dikerumuni budak2

bersedia sebelum tiup lilin.. tapi tengok2 dia dah tiup lilin tu dulu... haish. sabarla sayang

menyanyikan lagu birtday

ibu...
huhu.. rasa antara percaya dan tidak terkedu di tepi diniding yang nak sama kalernya dengan baju.

Tuesday, 3 July 2012

Qis Sport Day

Just wanna Share some photos here.


bergambar berdua sebelum ke padang

kat luar rumah... bergambar dengan ibu lak

dah sampai

berehat sebelum berbaris

sebelum masuk barisan
dah berbaris

main pas pas belon

baby yang ajak balik agaknya

ni maiapa yek qis

muka dah penat

teacher qis bagi medal

hehe... dia nak tunjuk dia banyak dapat hadiah

baby pon dapat

sampai umah dah

cian [penat
..

Monday, 2 July 2012

Qis's sports day, 30th and fenin

fenin
pada hari khamis baby tiba2 mendemamkan diri. badannya panas sangat. dan hari jumaat terpaksala aku EL... huhu... tak sampai hati pulak nak tinggal si kecik itu. sepanjang malam, panasnya tak surut2. selalu lepas makan ubat, panas dia surut. bila ubat habis, panas balik tapi bila makan ubat, ok tapi tak kali ni.... risau. dengan keadaan cuaca tak menentu ni.. mungkin menjadi salah satu sebab. kepalaku pening tak dapat tido dengan betul sepanjang malam.. tapi alhamdulillah dapat ganti waktu siang.. baby tido je aku pon tido juga.. huhu...

di hari lahirku...
sekolah qis buat hari sukan pulak. huhu.. agak penat jugak. pagi2 dah bangun buat sarapan untuk di bawa ke padang. huhu.. nak mengharapkan port luck orang lain, macam tak sanggup pulak. sebab kat sekolah qis tu ramai cina dan india. dan aku rasa tak selamat. dan aku rela bersusah payah untuk menyediakan makanan diorang.

(gambar bersukan tak diambil dengan henpon sebab baby tak dapat melepaskan ibunya)...

tapi qis, bila ayah dan ibu ada, macam tak pandai nak bawa diri pulak. asyik nak cari muka ayah n ibu je. dan tentunya lebih mencari ayah. huhu.. baby pulak tak suka dengan keadaan yang huru hara dan bising2 macam tu.. bila masuk dalam surau (mujur ada surau) dia suka je. main lari2. kick ball (kebetulan bawa ball) tapi bila keluar je dia jadi resah gelisah.

1/7/2012
genap la umurku 30 tahun.. huhu... entahla.. terasa macam tak percaya pon ada. terasa tak bersedia pon ye jugak. tapi itulah realitinya. dan sepanjang hari terasa blurr... sampai abang bagi hadiah pon aku diam saja. hehehe... muka tersenyum tawar. bukan hati ni tak suka. memang suka sebab jam ku itu sudah putus... terima kasih abang.. mungkin komplikasi dalam diri tentang perubahan umur.. (ada ke???)


putus sudah.. tapi semalam abang dah betulkan... thanks abang.. :)
terima kasih abang ku sayang
qis yang terlebih excited dgn hadiah ibu.. hehehe
kenapa aku rasa macam tu??
entahla... pada aku, orang yang dah berumur 30 tahun dan ke atas ni adalah seorang yang dewasa. dan berani untuk menjadi seorang ketua. ye la kan.. dah bekerja lebeh 5 tahun pada tahap umur seperti ini. tapi entahla. bagi aku, aku belum bersedia. dan aku rasa aku lebih senang untuk jadai pekerja dan bukannya ketua (bersyukur sebab sekarang masih pada tahap pekerja lagi)... semua orang rasa macam ni ke?? sebab aku tengok orang lain macam dah berani untuk bercakap/ meyuarakan pendapatnya.. huhu.. owh.. kenapa aku berperasaan begini??

yang kelakarnya
seperti biasa abang akan membuat kejutan. tapi nampaknya kejutan tak menjadi sebab aku tak nampak hadiah yang diletakkan di atas meja pada tengah malam.. huhuhu.. pagi2 bangun tido pon aku tak nampak jugak. terus je menonong sampai ke dapur sampai kan abang terpaksa letak hadiah kat dapur. huhuhu... nampak sangat kecelaruan di minda.... hahaha.. sori abang. abang pulak yang terkejutan...

pagi tadi.. badan bby tiba2 suam balik.. adakah kerana terlalu penat 'bersukan' semalam.. hope baby tak apa2. ibu takleh nak tiba cuti je sayang. huhu....