Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Sunday, 30 June 2013

sukan qis

tahun lepas...sukan qis buat pada 1 julai... tahun ni 29 jun... lebih kurang jugak la.. tahun lepas ada sorang budak tu buat sambutan besday masa kat sport day tu.. jadi tahun ni terasa nak buat jugak kat sport day qis.. sebab 5jul nanti rasanya tak dapat nak sambut kat sekolah...

aku pon dengan gigihnya membuat cub cake.. khamis malam start la buka kilang kek kami (rabu dah buat sebenarnya tapi nak bawak kat ofis sebab minggu depan nak pindah ofis dah.. hehehe).. dapatla dua adunan.. 60 lebey jugak cupcake yang terhasil.. penatnya... pastu esoknya baca buku mesej qis. takde pulak acara makan2 macam tahun lepas.. call tecer dia. tecer dia kata ISN tak bagi bawak makanan dalam tuh. owh.. terus kepenatan yang buat cake malam tu terasa. mungkin kehampaan tu membuat kan keterasaan penat tu bertambah.. buntu... sapa nak makan kek sampai 60 bijik nih!!?? pastu tangan tergatal post kat fb.... grup apartment ada orang nak beli.. ya Allah.. syukur sgt..

dua kotak ni la dapat terjual.. 50 bijik semuanya

di hari kejadian... seronok tanpa memikirkan kisah kek.. yuhuuuuu....
qis pagi2 dah bangun... excited.. selalu nak pergi sekolah nak kene mandikan.. ni dia mandi sendiri

sarapan dulu yer

berkumpul berbaris

lari qis.. lari.. lambat la qis ni.. (hehehe.. maap ibu emosenel) - gambar lain takde amek lak.. huhu

adik pon sibuk berbaris.. melekat je dengan kakak

tahniah qis.. dapat nombor satu.. rumah merah menang!!

qis menang dapat nombor satu!!! tahniah sayang...

gambar ibu  mana :( lupa nak bawak kamera.. leh upload.. tapi kalau  nak tunggu ingat  lagi lambatla menceritakan sport day qis ni

(kerja banyak tapi nak jugak menyelit kat sini)

Monday, 24 June 2013

hopt 4

akhirnya dapat jugak surat yang dinanti setelah sekian lama...

hati ni??
hanya Allah yang tahu apa rasanya.. gembira tapi takot memikirkan tugas baru.. hope tak menganggu waktu balik aku. huhu...

setelah ditendang sana dan sini akhirnya ke hopt 4 aku ditempatkan.. hopt 4 ni jaga projek kesihatan zon selatan. rasa nak jaga negeri sembilan je. hahaha.. malas nak travel jauh2 dah tua2 ni kan...

semoga semua nya berjalan lancar lepas ni.


legoland!!!

mmm.. baru nak bercerita kisah percutian haritu... dah sebulan..

tak tau kenapa lambat.. lepas cuti kene pergi kursus.. lepas tu kene meeting.. lepas tu lupa nak bawa kamera nak upload dalam ni ler.. huhu.. masa cuti aritu amat jarang menggunakan henpon.. malas nak keluarkan henpon.. dah cuti buat cara cuti.. segala urusan kerja ditolak tepi.  hahahaha....

mula2 kami cadang nak ke utara.. penang.. tapi last minit ubah haluan ke selatan.. ke jb lak.. semuanya gara2 nak makan murtabak singapura kegemaran kami dan nak makan otak2, stemaboat dan jalan2 ronda2 jb.. hehehe... disebabkan juga legoland dan johor premium outlet (JPO)

27/5/2013
bertolak dari rumah kul10 terus ke legoland...

kami.. di pintu masuk

adik2 abang yang ikut sama memeriahkan suasana
iskandar memang suka tengok mende2 yang bergerak ni.. tengok kereta. bas.. kapal. kapal terbang

qistina nampaknya bergaya aja la.. 



gembira naik tren

budak ni la yang memaksa naik tren.. nangis2.. tak sabar nak naik tren.. sib baik beratur sekejap je

gembira bermain

qis masuk driving range.. siap dapat lesen... hehehe

naik kuda.. cian baby tak dapat naik.. tak cukup tinggi


ni je la yang baby leh naik.. huhu.. kesian
ibu menunggu budak2 ni main.. merangkap penjaga beg dan barang



eh.. tetiba ada show pulak.. qis gumbira

nampaknya.. adik ipar je la main semua permainan dalam tu... aku?? huhu.. gayat

duduk kepenatan... hehehe
 28/5/2013
takde gambar la pulak rupanya.. tak ke mana pon... cuma jalan2 kat CS je... pastu tengok wayang.. tengok citer apa ye.. rasanya citer bikers kental.. ok la citer tu.. pastu makan. makan. makan...

29/5/2013
check out and balik!!! sebelum tu singgah JPO jap.. tapi rupanya kat situ tempat untuk barang2 branded je rupanya... beli jugak la sikit.. tapi banyak menegok dari membeli la...
di lobi hotel
posing ngan anak dara jap


anak teruna pulak

seronoknya cuti!!!


Friday, 21 June 2013

kerana nila setitik

Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus.

Penyumbang Utama Stress Dikalangan Anggota Polis:

  • Lambakan beban kerja 
  • Kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau Rocall setiap pagi jumaat malam dan sabtu malam
  • Kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi. 
  • Dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman 

Sebab Berlaku Stress:

Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu:

    Profesion kepolisan
    Peraturan atau polisi dalam organisasi
    Masalah individu.

Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan Rocall oleh Ro pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis. Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga.

Kesan

Anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam.

Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah.

Namun, stres dalam kerjaya kepolisan juga boleh berlaku kerana mereka sering dilabel sebagai perasuah dan prasangka negatif masyarakat terhadap mereka. Sedangkan mereka menjalankan tugas, tetapi tuduhan sesetengah pihak kononnya pasukan polis korup sama sekali tidak berasas kerana jumlah yang terbabit adalah kecil.

Pengiktirafan

Di Malaysia, masyarakat jarang memuji polis, sedangkan merekalah yang menjaga keselamatan sehingga kita selesa untuk bergerak ke mana-mana. Jika dibandingkan di Amerika Syarikat, ia tidak sama seperti apa pasukan polis kita nikmati di negara ini.

Tuesday, 18 June 2013

puasa

tak berapa lama je lagi nak puasa dah..

alhamdulillah aku dah selamat mengganti pose selepas dua tahun tak ganti pose (2010-pregnant, 2011-menyusu badan so tak datang bulan..hehehe).. tiba2 tahun lepas tak bole pose.. so, kene la ganti tahun ni kan.. hehehe... entah kenapa sejak jadi mak orang ni, susah sangat nak pose. memang susah ke?? ke aku sorang je yang rasa camtu.. huhuhu...kita tengok tahun depan camana.. tahun depan takde kesusahan (pregnant atau menyusu badan yang membuatkan kelaparan yang amat.. hihihi) sgt..

puasa kali ni adalah pose pertama kat rumah sendiri.. so tak tahu tahap sampai kat rumah camana kalau time bulan pose.. setakat aku ganti pose aritu sempat la masak kat rumah sebelum maghrib menjelma. tapi tu time tak pose kan.. biasanya kalau pose jem nya lain macam. akau harap semua nya berjalan lancar.. dah la tak tahu kat mana param.. nak beli kuih2 kot tak sempat masak, bole buka kuih dulu... berserah la kepada Allah.. semoga semuanya dimudahkan.

dan tahun ni jugak... walopon dah dekat pose baju raya tak siap2 lagi.. tahun2 sebelum ni memang semuanya dah siap sebelum pose lagi.. haish. pening kepala pulak memikirkannya.. ada yang tak berbaju raya nanti.. tapi kesian kan budak2 je la.. so, nampaknya kene la bershoping time bulan pose... haish.. tak suka nya.. tahun2 depan jangan buat lagi yer umi.. ingat nak buat baju sndiri...tapi macam dah tak sempat nak bereksperimen (orang lain sibuk gi kelas menjahitla.. kelas masak buat kek la.. aku buat eksperimen je)

raya tahun ni rasa macam nak buat biskut raya sendiri.. tapi balang kuih raya takde... camana tu.. huhu.. tengoklah nanti camana...

kenapakah cerita2 kebalakangan ini macam emo-emo je.. hahaha.. emosi tak stabil kot ni... lenkali kita citer gumbira2 pulak yer..

huhu


Sunday, 16 June 2013

aku...diam

tinggal beberapa minggu je lagi usia perkahwinan menjejak ke 6 tahun.. sekejap je kan masa berlalu.. huhu.. tapi aku?? mmm still rasa kekok dalam serba serbi... sepatutnya seklarang dah ok semua dah tapi ni tak...

apa yang aku merepek?
huhu.. sukatila nak merepek. blog aku kan.. huhu

takdela.. kekadang tu terasa macam bukan menantu yang baik. bukan kakak ipar yang baik.. adik ipar yang baik juga. huhu.. sampai sekarang still tak reti nak bergurau senda nak berborak dengan diorang. huhu.. ye la kan.. orang kata kalau nak layan keluarga mertua ni layan macam family sendiri.. tapi tu la caranya aku melayan family sendiri.. haish.. memang tak betul la perumpamaan tu.. memang tak kene langsung. aku memang tak banyak cakap kalau dalam family sendiri.. cakap bila perlu je (betapa tak bestnya kan family aku- tak happenign langsung)

orang selalu jugak cakap.. 'aku dah anggap ko macam adik aku sendiri'.. haish.. nipon macam tak best je dengar dek telinga aku ni.. kalo dah mcm adik aku.. memang aku lantakkan aje. huhu.. dulu abang pon selalu merungut. 'nak cakap ngan adik sendiri pon susah', 'nak cakap ngan abah sendiri pon susah'.. bla bla bla..... ye abang. memang susah. susah sangat. huhu.. rasa nak nangis. sampai ayah mertua aku tanya mak mertua aku. aku ada masalah dengan abah aku ke.. huhu.. tak tahu nak gelak ke nak sedih. tapi itu la family ku.

so, macam mana ye nak atasi masalah ni.. ya Allah.. aku dah cuba yang terbaik. kadang2 rasa macam family abang kekok dengan aku.. tapi thats me. huhu..

kadang2 terasa seronoknya tengok orang ramah2 ni.. teriiiingin sangat nak jadi macam orang tu. senang nak cakap kalau nak apa2. bila kerja pon kadang2 selalu rasa terbuli sebab mulut ni berat sngt. haish..

apa pon
Allah lebih mengetahui setiap kejadian nya...

dan
diam itu lebih baik kan?? (sedapkan hati)


Friday, 14 June 2013

Makan

Dulu...
sebelum kawen.. memang tak pernah bermimpi nk kawen.. jadi memang aku tak pernah teringin nk belajar masak. Aku memang malas. Memang tak dinafikan. Huhu..tapi aku tak berapa suka makan luar.. banyak yg kurang menepati selera dari yg sedap...mungkin x pndai pilih kedai.. mmm... entah la... dan perut senang meragam. Kalo bulan pose tu memang kelam kabut la dibuatnya sbb x suka beli kat param. Biarla orang kata aku meyusahkan diri tp kalo aku sakit ada korang kesah?...aku rela makan nasi kicap dengan telur mata je.
Tapi....
Tiba2 jodoh aku tiba... ye la..orang kata jodoh di tangan Tuhan kan. Tak tahu kenapa aku tak menolak. Padahal sebelum tu byk juga yg aku tolak. Sebab?? Aku tahu kekurangan diri.. byk yg kurang dari yang lebih.. huhu... memang risau jg pasal bab2 masak ni..risau kot2 mak mertua suh masak.. dalam hati. Matila aku...
Kini...
Alhamdulillah sebab Tuhan telah memberikan aku suami yg cukup sabar. Tak marah walopon masak tak best.. fisrt time masakkan abg pon masin kan. Kesian abg kepeningan makan ayam masin saya.. tapi skrg dah improve kan abang..huhu.. siap dpt masak kek dan entah apa makanan pelik2 lagi.. memang tak pernah aku fikirkan dulu.. dan bnyk jg masakan yg dpt request dr keluarga mertua.. tapi bila rumah mak sndiro jadi malas. Itu je belum improve.. semoga suatu hari nanti... amin..
Syukur Allah sebab memberikan ku kekuatan mengharungi hidup ini....

Friday, 7 June 2013

tukar

selepas bercuti aku diberitahu akan dipindahkan.. ya Allah hanya Engkau sahaja yang mengetahui rasa hati ni... aku gembira juga tapi ada sedihnya juga.. huhu..

gembira:
  1.  sebab dapat keluar dari unit yang semua orang tak suka. kenapa?? tak payah la diceritakan.. biarla orang2 yang merasa nya tahu.. atau kalau ada yang dah baca entry sebelum2 ni yang tahu.. skrg dah malas nak cerita.
  2. dapat belajar benda  baru walopon hati ni gundah gelana dengan tugas yang baru
sedey:
  1. sejujurnya aku suka dengan kerja aku sekarang.. sebab dulu2 memang berangan nak jadi akauntan tapi entah.. tak tahu kenapa jadi engineer ntah.. walopon aku tahu akaun yang aku buat ni tak betul. tapi bole la merasa. ala-ala akauntan gitu..
  2. tak banyak outstation n keje lebih masa... so boleh habeskan masa dengan budak2 m emandangkan abang keje nya amatla bz.. hope kalau tukar nanti takde la bnyk kene wat keje lebih masa. amin
tapi
kenapa surat tukar aku tak keluar2 lagi ni.. huhu.. rasa takut tak keluar surat tu aje. mula2 patutnya aku masuk hopt1 (projek utara) tapi bos kat situ macam susah nak lepas anak buah dia yang sepatutnya tempat dia aku amek tu.. hmmm.. aku paham memang susah bos nak tukar dengan orang baru sedangkan orang lama dia, dia dah boleh harap... so kesudahannya mungkin aku akan ditukar ke hopt2 (projek tengah... KL selangor ja).. kalau ikot memang bos hopt1 tu bos terbaik la kat cawangan ni.. bos hopt2 ok je cuma banyak mulut sikit.. aku rasa aku boleh tahan.. huhu.. ye ke boleh tahan?? moga-moga la kan.. dan kalo outstation pon around KL dan selangor je.. dan secara otomatiknya orang hopt2 la ditarik naik ke penhause ni.. huhu

tu je la kot

xoxo

gundah gulana