Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Wednesday, 24 March 2010

cuti vs chicken pox

Tamatla sudah percutian aku untuk kali ni.  Tapi sebelum aku cerita pasal cuti aku kali ni, aku sajalah nak say sori. Blog yang lepas tu agak memboringkan. Terutamanya kat abang. Abang memang kan. Tak menyokong saya pon. Eee tarik idung padan muka. Biar panjang macam pinochio. Aku pon tak tahu kenapa excited sangat pasal kenegaraan tu. Abang lain la. Dah selalu didedahkan pasal semua ni. Tu yang abang macam mende ni cerita biasa. He. Kepada yang lain yang tak suka jugak. Sowi.
Hmm dahla. Malas la nak cerita pasal kenegaraan. Nak cerita lain lak. Cerita pasal percutian.
Mula2 ingat nak duk jb sampai 5 hari. Dari isnin sampai jumaat. Tapi jadi 3 hari je. Tapi takpelah. 2 hari lagi jadi percutian kat cameron pulak. He. Tetiba abah aku ajak kitorang gi sana pulak. Aku mula2 rasa macam tak nak ikot sebab penatla jalan jauh2 ni. Aku kalau boleh nak cuti, nak duk umah. Rehat sepuas-puasnya. Ceh. Macam la keje berat kan. Nak rehat puas2. Entah la. Aku rasa makin tak banyak keje. Makin penat aku. Aku penat nak pikir apa aku nak buat. Tapi abang excited sangat nak pergi sebab katanya tak pernah pergi sana lagi. So, bila aku pikir2 balik, ikotje la. Dah alang2 cuti ni kan. Kalau tak ikot, duk umah pon tak best jugak.
Nak dijadikan cerita. Qistina tiba2 ada bintik2 berair kat badan dia. Bila ek? Dalam hari rabu ke khamis. Khamis kot. Sebelum kitorang cuti. Orang kata, mende tu chicken pox. Orang kata jugak, biasanya budak akan demam sekali bila kene mende tu. Tapi qistina tak demam pon. So, aku mengharap je la. Tapi harapan hanya tinggal harapan. Hari jumaat tu makin penuh badan dia dengan bintik2 tu. Nasib baik dia ni kalau sakit tak banyak ragamnya. Dia pon tahu kot mak dia ni jenis yang tak reti nak sabar. Tu yang dia pon baik je. He. Ikotkan hati memang aku nak cuti je. Tapi segan pulak. Dah la minggu sebelum tu dah cuti. Pastu hari tu aku demam. MC. Takpelah. Sehari je lagi. Nasib baik akak yang yang jaga qistina tu ok. Huhu. Kalau tak, susah jugak. Aku tak nak la bawak budak tu ke ofis. Pernah dulu masa kat ofis lama ada kakak tu bawa anak dia yang kene chicken pox datang ofis. Abis jangkit. Sian kat member aku. Hish. Xnak la  aku. Tak pasal2 jadi penyebab. Tak semua orang kene penyakit tu masa kecik.
Hari cuti dah makin dekat. Aku makin risau. Huhu. Dah la aku pon memang tak berapa sihat. Batuk je. Terkencing-kencing dibuatnya. Batuk yang takde kahak tu. Ya Allah. Perit sgt. So, ari sabtu tu mak n abah aku datang KL. Tapi aku lak yang takde. Aku balik seremban. Kurang hasam punya anak kan. Tapi aku dah bitau dah. Nak balik tukar kereta je. Takot nak bawak wira ni jalan jauh2. He. Kat seremban qistina mengada2 ngan makcik2 nya. Fuh!! Memang aku nak sangat. Aku punya demam pon tak baik lagi. Kejap baik, kejap tak baik. Pastu, balik KL, qistina ngada2 ngan mak aku lak. Bestnya. Bestnya. Dengan aku pon dia tak nak.
Day 1: Trip to Cameron
Pagi2 lagi dah bangun. Tapi still lagi lambat dari mak aku. Huhu. Aku pon tak tahu kenapa kalau mak ada, aku malas je nak bangun. Patutnya aku la yang kene bangun dulu. Duk pikir. Camana la cameron tu kan. Macam genting ke. Ok ke perjalanan dia. Aku duk membayangkan ok je. Aku pon tak ingat qistina bangun awal ke lambat masa aritu. Dia siap tunggu ibu n ayah dia kat kereta dengan atuk. Tapi yang aku tau, abang tak bangun2. Abang ni memang tau. Abah tu dah la jenis yang menepati masa. Huhu. Dah dua kali jadi macam ni. Abah yang kene tunggu. Kalau kitorang dulu dah lama dah kene marah. Ni sebab dia menantu. Ee abang berlagak la tu. Abah tak marah. Malam tadi tak nak tido cepat. Tengok badminton. Sib baik malaysia menang. Kalau tak, sia2 je stay up tau.
On da way. Qistina tido je. Tapi amat malang. Bila masuk kawasan berliku2 dia dah sedar. Agaknya tak selesa.  Huhu. Nak nangis aku dibuatnya. Dalam hati, bila nak sampai. Tekak dah mual. Bila2 masa je boleh keluar. Qistina ni dah merengek je. Dengan badan dia gatal2 agaknya. Bila dia dah ok sket, aku akan tutupkan mata aku. Tapi last2 aku yang kompius. Kene bukak mata ke tutup. Sama je pening dia. Tapi aku tutup jugak sambil menahan loyer di tekak. Akhirnya. Sampai jugak. Wahhh.. sejuknya. Tapi susasana memang lain sangat dari genting. Kat cameron ni macam kampung sket la. Banyak kebun2. Nyaman. Lega sesangat bila dah sampai. Kalau jalan sket lagi ni. Sure aku meluahkan segala isi perut ku. Sampai2 je. Makanan dah ready. Wah. MAKAN. MAKAN. Seronoknya dapat makan. Aku dari semalam tak reti nak makan. Arini baru terasa laparnya. Qistina macam biasa. Asyik nak kat mak aku je. So, aku relax. Best sungguh.
Petang tu. Lepas je abang cukup tido. (Maklumlah driver penat. Sib baik sampai atas baru pening. Kalau dalam kete dah pening. Sapa nak bawak kete. He. Cian abang.) dalam kul5, aku kejutkan abang. Dia jugak yang beria nak pergi tengok ladang strawbery. Bawak qistina dengan adik aku dua orang. Adan n adzmi. Tapi kau paling suka ayat adam ni. ‘kat mesia takde pon strawbery kan’ adzmi pun dengan terpinga2 cakap. ‘ni kat mesia la’ si adam ni dengan bangga nya cakap ‘ni bukan mesia. Ni cameron.’ Hahahaha.. gelak aku dibuatnya. Kesian budak kecik tu. Belum paham lagi kot.
Lepas je balik ladang. Aku pulak dating ngan abang. Qistina macam biasa duk ngan nenek dia. He. Abang siap borak ngan mat saleh. Borak punya borak, mat saleh tu kata diorang holiday for 6 months all over asia. Mak ai. Lama tuh beb. Ni la lagi yang menyebabkan kenegaraan aku bertambah. Tengok mat saleh. Currency duit tinggi. Bawak duit ciput pon boleh merantau lama2. Tapi aku bangga sebab mat saleh tu kata ‘nice to be here’. I’m proud to be malaysian. Wahaha. Speaking la pulak. Masuk hari tu dah 9 hari dia kat cameron. Bilalah currency duit kiter nak tinggi. Jangan jadi macam indonesia dah la.
Dah malam. Tido. Wah sedapnya. Sejuk beb. Qistina lak nyenyak tido. Macam tak sakit. Agaknya cuaca sejuk ni kurang kan gatal dia tak. Tapi dia kesejukan pulak. Asyik nak berkepit ngan aku. Pagi tu kejut bangun pon tak nak. Last2 bawak je dia. Nak bekfes. Kalau tak, lapar.
Day 2: going bact to JB
Perjalanan begitu mencabar bila balik. Jauh tu beb. Dari cameron ke JB tuh. Tapi sebelum gerak, abah cakap nk benti kat kampung je. Kat muar. Abang kata, dia ok. Sebab jb memang teraaaaamat la jauhnya. Tapi. Entah macam mana. Masa kitorang berenti kat RnR Seremban, abah tepon. Cakap terus ke JB. Abang kata dia dah down. Jauh lagi nak sampai. Kesian abang. Tapi aku nak buat camana. Qistina memang kompem nak duk ngan aku je kalau naik kete. Apa pun, thanks to abang sebab sabar mengharungi perjalanan yang panjang. He. Cayang abang.
Day 3, 4 & 5.
Masanya duk kat JB. Takde apa yang menarik pon. Sebab qistina dah mula tak nak ngan orang lain. Asyik nak berkepit ngan aku je. Geram. Kesabaran aku memang tercabar. He. Sib baik mak memang dah tahu perangai aku. Tapi sekarang ni alhamdulillah. Qistina dah beransur pulih. Cuma dia bila malam je gatal2. Kesian. Pastu mula batuk balik. Aritu, dia batuk dulu. Pastu aku kene batuk. Ni dia kene balik. Huhu. Hope dia cepat baik. Penat rupanya jadi seorang ibu ni.
Kesimpulan
Entah la. Percutian kali ni memang mencabar. Mencabar semuanya. Kesabaran aku terutamanya. He. Tapi semuanya telah berakhir. Tunggu bulan 7 ni pulak untuk percutian akan datang. Tak sabar nak bercuti. Cuti raya tak tentu lagi dapat ke tak ni. Tapi yang pasti, aku kene cuti gak. Sebab mesti orang yang jaga qistina nak cuti. Huhu. Sayang cuti aku. Tengokla nanti camana. Mana la tahu kan. Rezki lain pulak ker.
K lah. Tak larat dah nak menaip.

Friday, 12 March 2010

kenegaraan

Baru balik dari Kursus Kenegaraan. Hati kecik aku teringin sangt nak berkongsi pengalaman dengan kawan2 yang boleh baca blog aku ni kan. Walaupon aku tak boleh nak cerita semuanya. Sikit2 tu boleh la.
 
Mula2 perasaan tu memang tak best sangat nak pergi btn. Maklumlah. Qistina kecik lagi. Tapi nak buat macam mana. Dah BTN ni wajib untuk kami. Memang sejak dari aku dapat tahu aritu, dah terbayangkan betapa sakitnya nanti. Qistina ni menyusu badan lagi. Kalau dia tak hisap. Ya Allah. Dia je yang tahu sakitnya macam mana. Perah pon, sama je. Tak sama macam budah hisap. Perah pon macam tak nak keluar. Ada satu hari tu. Aku ternampak sorang tu, husband dia bawakkan anak kat dia. Aku tak tahu kenapa. Aku sedih sangat. Mungkin sebab sakit dah tak tahan. Pastu tetiba lak group LDK aku tanya aku tak sihat ke. Air mata aku otomatik keluar. Tak boleh nak disekat lagi. Tak dapat digambarkan macam mana perasaan tu. Sib baik ada sorang akak tu, belikan aku kobis. Dia suh letak masa tido. Tapi orang cakap, kalau buat macam tu, kemungkinan susu takde lepas tu tinggi. Orang cakap, kalau letak macam tu, susu akan keluar masa tido. Bersedia untuk tilam yang basah bila bangun tido sebab susu keluar. Tapi aku tak kene macam tu. Bangun tido, kering macam biasa je. Aku sedih. Sakit nya still sama. Cuma aku terasa sedikit hairan. Senang je untuk aku perah susu pagi tu. Memang lega yang amat sangat. Sampai sekarang, susu tu dah tak berapa nak ada. Tapi ok la. Qistina pon dah besar. Memang dah sampai masa untuk dia berenti menyusu badan. Dan aku tengok dia baik. Nak pulak hisap botol. Hope semuanya berjalan lancar.
 
Sebelum pergi jugak. Aku dengar macam2 cerita pasal btn ni
 
Cerita pertama
BTN ni banyak aktiviti lasak. Memang tak dapat terduga dek akal. Tapi lepas aku rasa sendiri. Aku rasa, mende ni biasa je. Macam kursus induksi. Dan aku rasa induksi lagi teruk dari ni. Mungkin kalau aku tak sakit, aku boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada semua ceramah yang diberikan. Dan diakui. Sejak dari kusus ni la baru aku paham pasal sejarah. Dulu masa sekolah. Berpuluh kali cikgu terangkan dalam kelas. Aku satu mende pon tak paham. Kalau baca buku sejarah tu. Baca kat mukasurat yang sama je. Baca berjuta kali pon tak paham. Uish. Nak cakap. Aku ni memang bengapla sejarah. Setakat nak paham pon makan masa. Ni kan lagi nak ingat. Tuhan je yang tahu betapa aku tak sukanya subjek ni lepas subjek BI. Aktiviti dia pon just masa pagi dan petang. Tu pon ok la. Setakat senan sikit2. Aktiviti kembara pon just masuk kampong orang. Masuk sungai kecik. Basah pon setakat kaki la. Anyway. I enjoy that time. Lagipon, aku suka ahli grup aku. Sporting sangt. Malah kami semua dipuji sebab senag nak diurus oleh fasi.
 
Keduanya
Orang kata, kusus ni lebih kepada politik. Pada aku kusus ni lebih kepada kenegaraan. Aku pon tak la berapa tahu, mungkin aku ni dari jenis yang tak mengambil tahu isu politik. Jadinya aku lebih bersifat neutral. Dan aku tahu sebenarnya politik tu penting sebenarnya. Dalam kusus ni, aku lebih tahu kenapa ‘itu’ dan ‘ini’ dibuat. Semuanya semata2 untuk menjaga keamanan dan keharmonian negara kita yang tercinta ni. Dan sesungguhnya. Aku berharap sangat agar semua rakyat Malaysia dapat datang untuk kusus ni. Dan memahami semua sejarah penubuhan negara. Baru la diorang akan berpikir banyak kali sebelum buat apa2 perkara. Tapi mustahil aku rasa mende ni. Sebab kiter semua sedia maklum ramai yang membangkang btn ni dari yang menyokong. Sampai sekarang ni negeri selangor mengharamkan btn kepada semua rakyat nya kan?
 
Lagi
Aku dengar jugak yang fasilitator untuk program ni garang. Bak kata terengganu, bekeng. orang utara cengei. Huhu. Betul ke eja ni. Tapi, aku tengok. Baik je. Ya la kan. Diorang pon manusia. Kalau diorang garang sekalipon, apa yang diorang dapat. Dapat maki hamun dari peserta. Nak buat apa kan.
 
Dan lagi
Tak boleh bawak telefon. Setakat ni, yang aku dengar, memang la tak boleh bawak telefon, tapi takdelah sampai diorang tu kejam sangat. Diorang bagi kiter bertalifon. Tu pon Cuma kat bilik. Aku rasa, tu dah cukup memadai. Orang lelaki yang merokok pon, aku tengok, ada tempat yang dikhaskan untuk diorang merokok. Takde la sampai tak boleh merokok. Hmmm dulu punya BTN, aku pasti mende tu memang tak boleh. Tapi masa dah berubah. Jadi peraturan pon berubah. Dikatakan juga kemudahan kat BTN ni tak ok. Tapi alhamdulillah. Aku punya tempat ok. Dapat duk satu bilik 3 orang. Ada yang satu bilik 2 orang. Dalam bilik tu lengkap dengan bilik air. Ada ramai yang kata, kene duk dalam dorm. Mungkin tempat lain kot. Jadinya aku bersyukur sebab kene kat nilai ni...
 
Banyak lagi la kalau nak cerita. Tapi aku rasa ni jelah mende yang penting untuk diceritakan. Dan kat bawah ni ada sedikit yang aku rasa penting untuk dikongsi kan bersama yang aku dapat masa kat sana. Aku tahu mende ni memang kiter dah belajar dulu. Masa kat sekolah. Tapi bagi aku. Nilah baru pertama kali aku ‘belajar’ dan memahami apa mende tu semua.
 
KONTRAK SOSIAL ialah satu bentuk pakatan atau persetujuan untuk mencapai sesuatu maksud atau tujuan antara 2 pihak atau lebih sama ada secara bertulis atau lisan.
 
Isi Kandungan Kontrak Sosial di Malaysia.
i) Orang Melayu menerima dan mengiktiraf orang Cina dan India sebagai warganegara. (Berasaskan prinsip Jus Soli).
ii) Orang Cina dan India mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan.
iii) Orang Cina dan India mengiktiraf agama Islam sebagai agama persekutuan.
iv) Orang Cina dan India mengiktiraf kedaulatan Raja – Raja Melayu
v) Orang Cina dan India mengiktiraf Hak keistimewaan orang Melayu
 
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957.
 
Ianya bermula dari satu persidangan perlembagaan telah diadakan di London 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang telah dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.
 
Artikel 11
Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama rasmi Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkan agamanya sendiri.
 
Artikel 152
Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walau bagimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi. Tujuan-tujuan Rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen serta mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu.
Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang.
 
Artikel 153
Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia , secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera . Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial , dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.
 
Article 160
mendefinisikan bentuk perkataan pelbagai yang digunakan di dalam perlembagaan. Ia memberikan impak penting pada Islam di Malaysia dan orang Melayu disebabkan definisi seorang Melayu pada klausa 2.
 
Peranan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha pihak kerajaan untuk mencapai matlamat integrasi nasional
1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang menganggur.
2. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar).
3. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.
 
Daripada semua nya ni, aku rasa, sekarang orang dah mula nak pertikaikan perlembagaan Malaysia. Tak kiralah. Orang melayu ke bukan melayu ke. Aku tak hairan kalau orang bukan melayu yang sibuk2 nak kata, undang2 ni tak adil tapi aku rasa pelik bila orang melayu sendiri yang cakap undang2 ni tak adil. Pada aku, dalam dunia ni memang akan ada ketidakadilan. Jadilah ikotlah undang2 yang telah ditetapkan. insyaALLAH. Semuanya akan menjadi baik.
 
Masa ceramah tu jugak. Aku dengar penceramah tu cakap. ‘Nabi SAW telah berdoa kepada Allah. Dan ALLAH telah makbulkan doa baginda. Baginda berdoa agar janganlah umat islam hancur di tangan umat lain. Selepas berdoa, baginda menunjukkan muka yang sedih.’ Aku tiba2 jadi takot. Jadi memang kiter ni umat islam akan hancur di tangan orang islam jugak. Dan bertambah sedih lagi bila kiter tengok di Malaysia sendiri, orang melayu (kalau dah melayu, sudah tentu islam kan?) bergaduh sesama sendiri. Bilalah diorang ni nak berbaik. Diorang tak sedar ke perbuatan diorang tu.
 
Aku ni bukan apa. Sebenarnya, keje aku sekarang ni lebih kepada pembangunan bumiputera. Jadi kusus yang aku pergi ni banyak bagi idea dan semangat baru untuk aku memperjuangkan kaum bumiputera di Malaysia ni. Aku sedar. Ni adalah satu tugas yang berat. Tapi aku akan cuba sedaya aku untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Walaupon sebenarnya aku lebih suka kalau aku ditugaskan untuk melaksana bukan untuk memantau seperti sekarang. Ya Allah. Tabahkan la hati hambamu ini.
 
Kerja aku sekarang:
1.   Memastikan 10% daripada nilai kontrak diberikan kepada kontraktor kelas F bagi projek yang melebihi 10J.
2.   Mamastikan sekurang-kurangnya 30% daripada nilai kontrak bagi projek2 kerajaan diberikan kepada usahawan binaan
Sepanjang aku kerja kat sini. Aku tengok, memang susah nak dapat kerjasama. Banyak alasan yang diberikan. Malahan kontraktor utama yang bumiputera pon tak nak bagi kerjasama. Sama jugak la dengan pegawai kerajaan. Bagi mereka, semua ni melambatkan progress kat site. Aku faham masalah tu sebab aku pon pernah jaga projek dulu. Dan aku memang rasa dasar yang dibuat ni mengganggu perjalanan projek. Tapi sekarang aku sedar. Kerajaan buat semua ni untuk kepentingan kiter orang melayu. Orang islam. Kiter tak mintak banyak. Tapi kesan mende ni agak banyak.
 
Kalau kiter tengok sekarang ni. Sapa yang memonopoli perniagaan. Semua pon tahu kan. Tak payah nak sebut. Tak sedih ke kiter sebagai orang melayu. Macam mengemis di bumi sendiri. Kiter tengok pulak jenayah. Yang banyak. Orang melayu yang buat. Sebab apa? Dah takde keje nak buat. Tapi bila kerajaan buat dasar, takde yang nak bagi kerjasama. Dasar yang dibuat adalah untuk mengurangkan perbezaan pendapatan antara kaum macam dalam DEB. Tapi sampai sekarang sejak DEB diperkenalkan pada 1970, ia masih takberjaya. Tanyalah pada mana jabatan yang menganalisis tentang peratusan kerja2 kat malaysia ni. Memang nampak sangat jurangnya. Nak masuk U, dah susah. Meritokrasi konon. Hmm entah. Tepuk dada. Tanya iman. Jangan tanya selera. Sebab, bila tanya selera, memang semua yang senang kiter suka.
 
Banyak lagi nak dibincangkan. Tapi, aku rasa, semua boleh berfikir sendiri. Hope kiter ni pikir sebelum buat apa2.
 
Dan aku tertarik dengan kata2 Tun dar Mahathir kat bawah ni. Walaupon ia berbaur perkauman, tapi aku rasa inilah keadilan. Entahla. Kadang2 aku sendiri pon keliru dengan maksud keadilan ni. Dan memang aku mengkagumi tun semasa pemerintahannya. Mungkin sebab aku dibesarkan dengan pemerintahannya. Tapi aku suka. Walaupon ramai yang kata tun ni kuku besi, tapi bagi aku, kuku besi ni perlu bila kene pada tempatnya dan dia menggunakannya pada tempat yang betul. Pada sapa yang memang tak sokong tun, aku minta maaf. Aku Cuma meluahkan apa yang tebuku sahaja. Bukan bermaksud nak memcah belahkan sesama sendiri.
 
Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan mengapa orang Melayu sering dituntut memohon maaf sekiranya mengeluarkan perkataan dan catitan yang boleh ditafsirkan sebagai perkauman.

Bekas Perdana Menteri berkata, sebaliknya apabila orang bukan Melayu mengeluarkan perkataan atau catitan yang boleh ditafsir sebagai perkauman, orang Melayu tidak pernah menuntut pihak tersebut memohon maaf.

 
Banyak lagi sebenarnya yang nak dimasukkan. Tapi aku rasa. Ini adalah yang terpenting di antara yang terpenting dalam pembentukan negara kiter malaysia. Dan kepada yang tak sependapat dengan aku, aku mintak maaf. Tapi kalau korang dapat kongsi idea dengan aku, i think, that better kan?