Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Monday, 30 January 2012

jumaat yang penat

ada orang tu, dia komplen.. katanya ibu dah tak update blog.. ye la... nanti saya update. :( huhu... (kata ku dalam hati).. hehe.. sebenarnya blog ni merupakan bahan untuk aku bercerita tentang anak2 dan juga luahan hati.. huhu.. ye la.. kadang2 kat rumah tak sempat. bila kat rumah. ada je keje nak buat. bila dah siap semua, time tido pulak. esok pagi ulang mende yang sama (macam iklan dalam radio tu)..  huhu..

eh.. apa pulak aku merepek ni.. nak cerita hari jumaat aritu.. ya ALLAH.. DIA je yang tahu betapa penatnya. malam tu tak dapat nak tido. badan baby panas sesangt. risau sangat, muntah banyak kali. sebelum tido sekali pastu malam tu dah tido sampai 3 kali. banyak pulak tu. rasa macam tak percaya pulak dia muntah sebanyak tuh. sebab aku rasa susu aku tak la bnanyak. tu la kan. kalau dia dah kenyang tu, maksudnya banyak la. syukur kepadaNYA sahaja...

kalau ikotkan hati, memang aku nak EL je. tapi ada mende nak kene buat. jadi aku pergi jela. keje. sebab pagi tu dia dah kebah sikit. tengah hari, aku mintak kebenaran bos balik awal. huhu... tapi bila balik je. baby ok je. tak panas pon. entah la. anak2 ku ini memang macam tu kot. demam time malam. mungkin dia tahu ibu keje. ye la kan. memang dah dikatakan bahawa ALLAH akan meduga kepada hambaNYA yang mampu aja.


budak kecik yang asyik nak menepek kat ibu je...
malam tu, kul 2 pagi baby bangun merengek2 bagi susu resah gelisah. semua serba tak kene. rasa dahi dia dah panas... huhu... terus bangun amek suhu dia. panasnya. dah 38 degree lebih.. bagi makan ubat... muntah.. bagi lagi sikit. ok.. pastu ajak masuk bilik sama jugak resah gelisah.. aku pulak asyik tengok jam je... tik tok tik tok... 330.... tak tido lagi sayangku itu... tengok jam lagi... 430.. huhu.. dah 3 kali muntah ni.. huhu... kul 5 dia mula menangis pulak.. adoi.. apala yang dia rasa sakit kan.. tapi kepala dia dah basah.. berpeluh2.. mungkin kesan ubat dah mula mengesan kan dirinya.... bawak dia keluar.. nangis jugak.. pastu try masuk buai.. nangis lagi... keluarkan balik. dokong jap.. masuk buai balik, baru tido.. aku pon tido jugak... kul 6 aku bangun. huhu.. sejam je dapat tido.. pening kepala ni... cek suhu dah turun skit satu darjah.. ok la walau pon masih panas... cepat2 aku mandi dan solat.. dia bangun lagi.. tapi merengek2 sikit... tapi sempatla aku siapkan diri aku. huhu... masa nak hantar... angkat dia, dia bangun terus duduk dalam stroller macam takde apa2 berlaku. aku cakap dengan dia. sayang tak ngantuk ke?? tido la.. hehe...

si kakak pulak. bawak diri je. biasala ayah takde. tapi malam tu dia sempat cakap ngan aku, teacher suh pakai klip rambut. hehe.. aku tahu.. tu mesti kawan dia nak pakai klip rambut. ye la sayang. nanti ibu beli k.... jumaat tu sebelum balik, aku singgah jap la sinma. beli klip dia.. memang suka la dia.. hehehe.

tengokla dia sengih tu.. tutup mulut sebab gigi dah tak cantik. huhu...
masa amik baby, dia ok je.. aku lega. takpelah. tak yah la g keje. teman kan dia.. cian dia ye... malam tu dah aktif seperti biasa. 'mengemas' seadanya.... bersama kakak tersayang...

huhu.. budak berdua ni...
hati ibu lega.. tapi batuk n selesema masih tak baik.. hope sayang ibu berdua cepat baik ye.

kerja sekolah qis 2

hari2 qis ada kerja sekolah.. hehe.. ibu suka. dan semakin hari qis semakin dapat apa yang cikgu ajar. dan dia mencuba untuk speaking di rumah tapi banyak yang ibu faham dari tak faham... mungkin dia belum tahu camana nak sebut dengan betul.. takpe ye qis.. nanti lama2 qis pandai la.

tapi kan.. dalam banyak2 keje sekolah qis. yang ni la yang paling ibu suka. cantik sangat... mungkin masa ni qis buat dengan perasaan kot. yang lain main hentam keromo je. hehehe... takpe. nanti makin lama mesti makin cantik hasil kerja tangan qis yer...



yang lain tu.. ok ok je.. hehehe... agak2 dia kecik ati tak kalau dia tahu ibu cakap camni. sebab tiap kali dia bawak balik kerja sekolah dia, kitorang mesti puji dia. pastu dia mesti tersenyum dengan lebar... huhuhu....

tangan qis.. ibu tanya kenapa kaler tangan qis biru.. cuba qis tengok tangan qis, biru ke.. dia geleng sambil tersenyum.. hehehe...

ni sebab tahun baru cina aritu kot

ibu.. qis bawak balik meow arini.. dengan gembira dia bercerita

ni apa qis.. huhu

Thursday, 19 January 2012

rumahku syurgaku

haish.. susah betul nak nampak rumah ku ini bersih.. tapi boleh la nak tengok bersih.. time qis tengah baik hati nak tolong ibu kemas atau time diorang tido...


kalau tak, macam ni la jadinya. bila duia budak begitu rajin 'mengemas'

kakak pakai 'topi'

ada lagi buku tak kemas ni

haish.. penatnya mengemas

ek eh.. posing lak dia... suka mengemas yer

kakak yang buat muka seposen bila ibu suh kemas

eh.. adik lak pakai 'topi'
qis cakap kat ayah: 'ayah adik nak wat sepah ni... nanti ayah kemas tau... hihi.. ibu cuma senyum je. kalau cakap ngan ibu cam tu mesti ibu jeling je.. geram. pandai main, pandai la kemas... aduhai sayangku.

frame

blog ini ditujukan khas untuk abangku... hehehe




abang, bila abang nak tambah lagi satu frame gambar untuk baby. kesian frame gambar qis tu tak berkawan kat sini... nanti abang pilih la abang nak gambar yang mana eh. abang dah janji nak buat kan. dua2 macam comel je. tapi yang bawah tu ok kot. tak nampak background sangt..

Tuesday, 17 January 2012

kerja sekolah qis





sorotan 2011

hehe.. aku nak mencuri sedikit masa di pagi hari ini... huhu.. (bos.. jangan cari saya dulu pagi2 ni yer.. hehe.. sesuka hati aku je)

patutnya aku kene tulis mende ni di awal tahun tapi dah lebih tengah bulan 1 ni baru nak tulis. hehe.. baru terpikir la pulak.. (malam tadi termenung.. ops bocor lak rahsia)

bulan jan
aku dapat pink form untuk ke sekian kalinya. mula2 hatiku memang berbunga habis sebab aku dapat tahu sebelum tu aku dapat keluar dari ofis yang 'tuuuuuuuuuut'... tapi bila buka je surat kenaikan tuh. tangan aku terus menggigil. still tempat yang sama!!! aku menangis semahunya. biarla apa orang nak kata... bermula dari hari tu, aku mencuba sedaya upaya aku memohon merayu untuk bertukar... huhu..

feb
still mencuba dan terus mencuba. tapi akhirnya aku mengalah. aku pasrah. dah malas nak menunggu. nasib baik aku ada kawan2 di sisi untuk berkongsi suka dan duka. dan aku rasa cukup bangga dengan aida walaupon terpaksa berulang alik terengganu - KL... dia masih nampak hepi. masih ada yang lebih teruk dari aku kan... aku kene bersyukur. sekurang-kurangnya buah hati ku semuanya masih di sisi... beli kerta baru.. hihi...

mac
28 mac dapat seorang putera... sayang bucuk ibu yang kedua. aidil iskandar.

april, mei, jun...
menghabiskan masa di rumah.. cuti bersalin... (sekurang-kurangnya aku tak sanggup untuk berboringan di ofis....)

julai
sudah memulakan kerja.. owh terasa azabnya. tapi biasala bulan julai, aku mesti meng apply cuti untuk segala macam 'perayaan'... besday aku. besday abang. besday qis dan tentunya annivesary kami. tapi kali ni tak pergi jauh pon. pergi potdeksen je. maklum la ada baby. tu pon susah sangat rasanya sebab baby ni nampak nya tak sama macam kakaknya yang suka berjalan. baby lagi suka duduk di rumah.. tak suka di dokong sangat. dia suka bebas.

ogos, sep, okt
masih seperti selalu cuba dan terus mencuba.. sambil2 tu asyik menghilangkan diri dari ofis. pergi tengok renovation rumah yang sedang berjalan. who cares.. aku takde kat ofis tak pernah pon orang cari. kalau aku pergi punch pastu datang balik untuk punch pon xde yang cari.. sedih kan???

november
terdengar berita2 pertukaran lateral. kali ni, aku buat surat..... tiba2 satu pagi aida dapat panggilan telefon. dia kata dia dapat tukar. owh.. aku rasa nak pitam. aku punya takde ke.. tapi aku redha je la time tu. ikot aida amek surat dia. tapi tiba2 jumpa member kat cpk tuh. dia kata aku punya pon ada... ya Allah rasanya nak menjerit melompat di situ jugak.. tapi aku punya lum dapat keluar hari tu. sebab pegawai incharge cuti.. thank u ALLAH.. thank u....

disember
bermula kerjaya aku di  tempat baru. walaupon bukan la tempat yang diidamkan. aku  mula suka dengan kerja aku ni. dan yang paling penting, bos percaya kan aku dan menyuruh aku untuk membuat kerja.

tu je lah kot....

Monday, 16 January 2012

bakal menantu 3

semalam 15 jan...
akhirnya.. abah aku pergi la menghantar tanda kepada bakal menantu nya yang kedua. adik aku yang aku ceritakan dalam blog aku yang lepas. bakal menantu 2. kenapalah aku rasa tak puas hati. haish. susah jugak kan. niat adik aku tu baik tapi aku rasakan majlis ni hanya berpihak kepada sebelah pihak sahaja. kebnapa aku cakap macam tu???

tarikh nikah n tarikh kenduri jaraknya begitu jauh
haish.. dahla jauh. terengganu tu tau. bukan seremban. atau KL atau tanjung malim. wwaaaa.... nikah sebulan sebelum kenduri. bermakna... tahun ni ada dua kali aku terpaksa turun terengganu. nampak gayanya. memang tak dapat la nak turun kenduri kawen zana. (opsss. adakah zana merahsiakan hal ini. maap ler zana. huhu...).. kenapa ek??/ semuanya gara2 adik aku yang tak nak kawen pada tarikh yang sama dengan adik si perempuan. dah la adik aku yang no. 4 tu dah mengalah. kalau tak, memang abah pon nak samakan tarikh je. teruk betulla. dia tak tahu ke semua mende sekrang ni nak pakai duit. bila buat sekali, kurang sikit budgetnya. dia ingat dia anak raja ke apa  nak demand lebih2. haish. geram sesangat ni. geram. kalau tegur sikit karang merajuk. kat sini je la aku menegur dia. memang dia tak baca pon. luahan perasaaan kakak kau ni. huhuhu

kenapa aku tak puas hati lagi???
jauh tau tak nak pergi sana sini dengan anak kecik. dah la si kecik tu bukan main lagi lasaknya. pastu, banyak nak pakai duit. bukan nak berkira. tapi sejak ada rumah sendiri, kereta sendiri n anak dah sekolah. duit tu begitu bermakna. nanti kat sana nak duk mana. duit lagi. huhu. kalau dia tu kaya sponsor kami ni semua, lain la jugak. huhu.. rasa nak jerit je... for me sekali cukupla.. dengan mak abah yang dah tak larat nak travel jauh2 lagi.

kenapa lagi???
cuti la. kena amek sampai dua kali. kalau aku, aku tak kesah. tapi abang aku tu bukan senang nak amek cuti. aku tak nak la pergi sana dengan anak2 je. aku nak abang ada... huhu

tapi...
nasib baik dia buat makanan sedap semalam. terubat jugak kemarahan aku. sikit jela. nasi dagang tu memang the best. dah lama sangt mencari nasi dagang tuh. huhu... yang paling best. abang kata, kenapa muka bakal adik ipar aku tu nampak lagi tua dari aku... wing wing wing.. aku senyum simpul dengan mata berkelip...

apapon, semoga korang bahagia. n semoga adik aku berubah perangai nya selepas kawen nanti. jangan terlalu sensitif. jangan asyik nak merajuk. kuat sikit bekerja. nak tanggung anak orang bukan senang..

camananla nanti kenduri kat umah belah aku. aku still berfikir dan pening. masa aku dulu, senang sebab ada rukun tetangga. kat rumah sana tu ada ke??? ya Allah.. berikan kemudahan atas segala urusan kami nanti.

Monday, 9 January 2012

mode sedih

hari ni, pagi ni aku dikejutkan dengan satu khabar yang sedih dari abang. huhu... kawan aku, juga kawan abang telah kehilangan baby dia yang masih dalam kandungan. kalau tak silap aku, dah 7 bulan kot. patutnya due dalam bulan 3 ni. rasanya baru je jumpa dia bulan lepas. dia dengan wife nampak hepi nak sambut putera baru dalam keluarga diorang memandangkan dia baru ada puteri di dalam keluarga.

pasal apa? aku tak tahu lah. sebab nak dapat cerita dari tuan punya badan, masih tak dapat sebab dia mungkin masih kelam kabut menguruskan itu ini. ada member telefon, dia masih di hospital. baby dah selamat dikebumikan pagi tadi. dalam pukul 11 kot. setakat ni abang cuma dapat tanya pasal keadaan dan kenapa tu dari adik member tu je. so, mungkin cerita sebenarnya tak dapat tahu. nanti2 la aku tanya. bila keadaan dah reda.

kalau aku?? waaa tak mau berpantang tanpa si kecik. penat mengandungkan. mesti nak rasa hasilnya. huhu.

apa pon, aku harap dia dan isteri tabah menghadapi segala cubaan yang Allah bagi ni. yang pasti, anak tu
akan tunggu dia dan isteri di sana nanti...

Wednesday, 4 January 2012

sweet 17

15 januari 1995 - 15 januari 2012
kalau masih panjang umurnya, mungkin usianya dah 17 tahun kan?? sayang sekali. cuma dapat bertahan selama 8 tahun sahaja. sebabnya?? rasanya biarlah rahsia (eceh.. macam siti lak). sekarang. sekolah tu dah takde. bangunan still ada tapi dah jadi sekolah lain. sekolah agama imtiaz ke kalau tak salah aku.
sekolah ku.. MRYT-MARA Dungun. sayang sanagt sekolah tu  sebab ada banyak sebab. huhu apaye?? sebab di situ lah:
  • tempat bermulanya aku belajar berdikari. jauh dari mak abah.
  • aku kenal cikgu2 yang baik sekali dalam dunia ni. takde cikgu yang baik pernah aku jumpa selain kat situ. (adakah mungkin kerana kami pioneer?? hehehe
  • distu jugak kenal kawan2 yang semacam adik beradik. kami close. especially dengan kawan kelas, dorm, n homeroom...
hari ni
alhamdulillah semua bekas pelajar sekolah tu dah menjadi orang yang berjaya. berjaya pada aku bukanlah bekerja dengan jawatan tinggi dan bergaji besar. berjaya sebab anak2 murid situ telah menjadi insan yang berguna dah sekarang. yang tak bekerja, menjadi suri rumah jugak adalah antara orang yang berjaya. pada aku, aku tak mampu nak jadi suri rumah. susah tu... pada yang keje kecik2 anda jugak berjaya sebab tu semua menyumbang kepada kejayaan negara. (ewah.. hehehe)

tapi, baru2 ni aku dikejutkan dengan berita ombak besar kat dungun. masa tengok berita malam tu, aku rasa terkejut sangat. nampak sekolah aku dulu tu kat situ. huhu.. nasib baik jugak sekolah tu dah ditutup. kalau tak, agaknya ada lagi saki baki cikgu2 aku yang masih mengajar kat situ. tak mau la diorang berada dalam bahaya. nak diorang sentiasa selamat dan dilindungi oleh NYA.
(gambar ambil dari google) habis semua jalan ranap....

masa tengok berita tu, tiba2 aku teringat pulak aktiviti2 yang pernah kitorang buat dulu. sedihnya. rasa macam dah tak selamat lagi je. ye lahkan. mengikut ilmu yang aku dah pelajari, hakisan ni bukan boleh dijangka. semuanya kejadian Tuhan yang Maha kuasa. kalau nak ditambun balik pon pantai tu, mesti tetap tak sama dengan ciptaan Allah yang satu. sama jugak kalau kejadian tanah runtuh. memang kejadian macam ni tak boleh nak salahkan sesapa. sebab tanah tu boleh berubah perangainya. sama macam manusia. yeahhh.. memang manusia dijadikan daripada tanah. kalau hari ni, kita design sesuatu cerun tuh selamat.. tak semestinya 10-20 tahun akan datang ia sentiasa selamat. sebab tanah tu akan dipengaruhi oleh unsur2 lain macam angin, air.. (eh melalut pulak aku ni)

mmm.... dekat pantai tulah:
  • kami berorientasi bersama cikgu kamal. mana ada budak lain berorientasi dengan cikgu. tapi disebabkan kami ni perintis.. dan itulah keistimewaan kami..) owh rindunya.
  • kat situ jugak kadang2 kita keluar beriadah kalau tiba2 warden bagi kami kebenaran keluar
  • tempat aku termenung merenung ombak (macam ombak rindu lak)
  • pada budak2 kelas b.. dulu kita bukak rahsia yang kita main mentor menti kat pantai ni kan.
  • tempat kita kacau kapel2 yang sibuk bercengkerama.. haish diorang tak baik sungguh. (agaknya Tuhan dah tak mau tengok tempat tu jadi tempat maksiat lagi la tu)
  • apa lagi ek?? lupa dah kot
dulu
masa kat sekolah.. kalau hujan lebat malam2 selalu dengar bunyi ombak menghempas pantai (ewah.. ayat tak hengat).. aku takot.. sampai termimpi2. ombak tu jadi besar (eh.. dah terbongkar satu rahsia).. tak sangka selepas 17 tahun, mende tu betul2 jadi. semoga inilah kali pertama dan terakhir.

oklah.. dah la. terhasilnya entry hari ni sebab ulangtahun sekolah tu kalau ia wujud lagi.. cuma terkenang seketika. to all my frens, cikgu. love u so much. entah bila kita boleh jumpa semua beramai2 semula. masing2 sibuk dengan tugasan.