Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Friday, 30 March 2012

wahahaha

tak sempat nak bercerita mengenai pembengkelan hari tu.. aku sebenarnya buaknnya jadi peserta bengkel pon. jadi urus tak setia je. huhu.. kalau ikot kan hati, memang xmo pergi..tapi aku ni tak reti nak beralasan. jadi aku pergi je la dalam keadaan terpaksa. mungkin aku dah diajar dari kecik jangan suka bagi alasan kalau diberi sesuatu tugas. mmm... memang ajaran tu dah sebati dalam hidup. sampai aku pon tak suka kalau orang beralasan dengan aku... entahla. perangai tu elok ke tidak..



hari pertama... aku mengelat untuk tidak datang awal. bukan aku beralasan tapi aku terpaksa. hantar qis ke sekolah. tiba2 pengasuh cuti n abang ada keje. pastu jemput sekolah n hantar rumah mak. pastu try untuk tidokan is. tapi hampa. dia buat perangai. macam tahu je ibu nak pergi. hiba perasaan ibu masa tu tak dapat nak digambarkan. memikirkan macam mana dia nak tido dgn aku sebab dia memang minum susu ibu bila ibu ada kat umah. malam??? apatah lagi. selama setahun hidup dia, tak pernah tido dgn org lain selain ibu.. (ternangis pulak di kala ini)

opsss... apa pulak ceritapasal tu kan.. aku sebenarnya nak menceritakan tentang kejakunan aku ni... aku tak tahu perkataan tu dalam BM yang sebenar. kalau terengganu kata darat ulu.. huhu... so, untuk menghilangkan kesdihan, aku menceriakan diri sendiri dengan ....... jeng jeng jeng...

(penceritaan selepas ini hanya dengan gambar)




masuk je bilik hotel.. waaa besarnya (opsss beg tu enteprem pulak)

waaa.. pintu toilet siap ada dua.. (alamak nampak pulak muka si pengambil gambar.. aku la tu.huhu)

ni pintu lagi satu

waaa... siap ada sink kat luar... ini sudah bagus.. tak payah masuk bilik air

siap ada sofa lagi tu.. tempat tengok tv.. eh.. tak amek pon gambar tv. flat screen tu

jalan2 kat luar lak.. waaa.. ada kapal besar.. tanya punya tanya, nak naik ni 2 jam 7k hengget.. habis gaji aku.huhu

jalan lagi... waaa cantiknya kolam.. kalau qis nampak ni mesti dia suka. huhu.. rindu

ke depan lagi.. waaaa.. banyak nya kapal layar...

alaaaa... dah malam.. pembengkelan bermula.. nape i amek gambar lampu??? i tak suka la lampu ni... sungguh tak cantik. apa kata anda??


day 3
eh.. mana day two?? hahah.. takde citer menarik... tetiba hari ke tiga abah n mak datang bawak bebudak dua orang. sukanya.. :) :) heheh.. aidil memang nampak kegembiraan nya. qis pulak suka. katanya best pergi rumah baru ibu. huhu



day 4
balik!!!!

Wednesday, 21 March 2012

sedih

entry kali ini agak pendek2...
(sebenarnya aku mencuri masa menulis sewaktu berbengkel)

rindu pada baby. kesian pada dia. uhuhu.. mak ceritakan kepada ku dia nangis semahunya pada waktu tidor malam pertama tanpa aku... pada mulanya husband cerita semuanya berjalan lancar dan ok. memnag lega tapi lain pulak cerita nya bila aku telefon mak. huhu. rasa air mata ni dah mengalir mengenangkan si kecik yang tak tahu apa2..

day 2
mak kata dah ok.. huhu.. hope malam ni pon semakin ok...

tak sabar menunggu balik.. esok balik!!!!

jahat kah aku

hari tu aku diberitahu bahawa seorang orang tu isteri dia sakit tenat. diberitahu juga bahawa yang sakit tu dah sampai stage 4 cancer. which mean that memang dah critical sangat..

tapi
entah kenapa hati aku tak terasa apa2. dan malas untuk bertanya apa2 apatah lagi untuk mendoakan. adakah kerana dendam aku kepada orang itu masih di dada tapi pada zahirnya aku menyatakan bahawa aku telah memaafkan nya.. huhu..

aku bercerita juga tentang perkara ini kepada abang ku, dia pon sama. huhu

jahat kah aku.. huhu... tapi memang aku masih geram. geram segeram geram nya. sebab aku masih ingat dia sampai hati untuk berkata sebegitu (tak perlu la diceritakan sapa orang itu dan apa yang dia buat.. sebab aku rasa tak perlu.. aku just nak meluahkan perasaan kepada e-diary ini) kepada ku.

owh.. berdosakah aku

Tuesday, 13 March 2012

hujung minggu yang best

hujung minggu aritu memang best sebab dapat menghabiskan masa bersama yang tersayang. selalu orang tu bz je kan bekerja. kalo duk umah pon, tepon tak habis2 bunyi... tapi takpe. dah kalis dah. hehehe..

yang best nya kali ni sebab abang membawa ku ke rumah baru kami. setelah berkali2 aku memujuk dia. akhirnya dia bawak jugak kami. nak mintak tidor kat situ tapi sebab ada budak2 tak jadi la (aku tak meminta lagi lagi dan lagi).. ye la takde apa rumah tu. kosong. nak tido kat mana. kalau nak makan camana. tong gas pon takde. kita orang tua ni ok la. budak2 camana...

ini adalah cerita tanpa kata ku...

bersantai selepas penat mengemas

qis lap kaki.. adik sibuk kacau kakak

rajin nya

tengah basuh kaki

melepaskan penat ke

dapur dah siap!!!

walk in wardrobe @ master bedroom

2nd bedroom

3rd bedroom @ bilik qis

H.A.P.P.Y

habis akhirnya

akhirnya habis juga meeting yang mendebarkan..

12/3/2012
memang tersangatla penatnya meeting kali ni. tu la. satu hari tak makan. sampai pukul 4 lebih tangan dah menggigil kelaparan. tapi takpe. ku tabahkan hati. memang nak sesangat makan tu tapi tak berkesempatan. ye la kan takde orang nak backup. entahla. bairla. mungkin dengan cara ni aku akan lebih cepat belajar (ayat penenang hati lagi ni).... hehehe..

sangat aku tidak berpuas hati dengan meeting tu. huhu. dengan kesempitan yang melanda. dengan wifi tak dapat. owh.. ini kan kali pertama aku meng arrange meeting. bos tak pulak menerangkan apa yang perlu dan apa yang tidak. semua atas inititif aku sendiri. entahla. takpelah. next time aku akan buat yang lebih bagus. malas dah nak pikir tentang bos yang tak ok. biarlah dia dengan dunianya.

tapi
aku nak marah jugak hari ni. kene leter pulak dengan orang cpk. tadi memang bos c tu tepon orang cpk tu. panjang lebar jugak la penerangan dari cpk. lama aku menunggu dari bilik bos itu. tapi bila dia letak telefon, xde apa yang disampaikan. alih2 bila dah dekat nak balik, orang cpk terangkan kat aku... ooo begitu rupanya. senang je tapi kenapa bila sampai kat dia jadi berputar alam. huhu.. apa2 je la.

owh bos b kemakah dikau menghilang satu hari ini. anak buah mu ini memerlukan khidmat nasihat dari mu.

aku yang weng.

hahaha

Friday, 9 March 2012

tenangkan hati

ihsan pakcik google lagi
mungkin mulai hari ini aku kene tabahkan hati ku untuk meneruskan hari2 yang mendatang di tempat kerja ku...

teruskan berdoa semoga bos mendapat petunjuk untuk menjadi seorang pemimpin. bukan lagi bos. bak kata dr fadzilah kamsah.. kene selalu doakan bos. huhu.. disamping itu memperbaiki diri...

ketahuilah wahai bos, saya ini orangnya adalah orang yang suka bekerja. jadi tak kiralah apa pun kerja yang diberi, akan kulaksanakan dengan sebaik mungkin. tapi kalau sekiranya aku salah, janganla kau salahkan aku. berikanlah aku tunjuk ajar...

diriku bernasib baik kerana sentiasa ada pendengar yang setia untuk mendengar segala rintihan aku selepas Tuhanku... Allah SWT. thanks to u my abang. my sweet heart... segala penat bekerja habis bila sampai di rumah (tu pun kalau abang ada kat rumah la. :P huhu).. budak berdua itu masih belum mengerti kepenatan kita untuk dibawa berborak. yang diorang tahu mintak2 je. tapi takpelah.. kecik lagi... selagi boleh diturutkan, turutkanla. tapi tidaklah terlalu memanjakan ...

semoga hari mendatang lebih baik

aku masih menunggu data untuk meeting isnin ni.. tapi hampa... pasrah jela. bos pon macam tak hirau je. aku pon, apatah lagi. kalau fikirkan pon, buat sakit otak je.

baik tengok gelagat mereka ini...

gembiranya mereka

macam ge-girl

kakak yang marah bila disuruh posing

Wednesday, 7 March 2012

owh bos - part two

aku tersangat-sangat la geram dengan bos aku. bos C dan bos A....


gambar ihsan google

geram sesangat. gerammmmmmmm (so, kalau bahasa agak kurang menyenangkan dalam entry kali ini, harap maaf la yer...

dear diary
hehehe...

isnin aku pergi meeting. tersangat la tensen sebab bos c asyik tanya aku macam2. sampai aku malas nak jawab. kalau aku jawab pon, ada dia amek pot. sama macam aku tak payah cakap apa. kalau la mulut aku boleh zip. time2 tu jugak aku zip mulut aku depan dia nak bitau dia yang aku tak nak cakap!!

sesungguhnya aku malu bila pergi meeting takde sebarang preparation dibuat oleh dia. aku setakat tu je la yang aku boleh siapkan. tapi biasa kalau pergi meeting dengan ex2 bos, tu je la yang boleh aku bantu. dalam meeting kan. tu kira elok la sebab dia tak suruh apa2 pons ebelum pergi meeting. kalau aku wat bodo je?? pergi tangan kosong camana??

masa dalam meeting, aku dah tengok dah orang kementerian nampaknya agak upset dengan kedatangan kitorang. aku rasa, kalau bos aku tu jenis berkaliber, diorang ok je kot. ye la kan nak jaga duit diorang yang berbilion tu mestilah nak kan orang yang ..... (korang sendiri tahu kot apa aku nak cakap)... tanya pasal satu projek takleh jawab. projek baru tak masuk lagi pon dia takleh nak jawab. tanya pasal projek lain, terkial2 nak cari dalam list... pastu mc aritu pon jump la projek lain walau pon si c tu tak jumpa projek tu sebab dia tahu memang nampak sangta ketidak tahuannya... lagi dan lagi dan lagi semua takleh jawab... lepas tu banyak alasan diberikannya. alasannya katanya bos b aku bagi dia keje mendadak.. di kata masa dia kat tempat lama lebih baik bla bla bla... haish. kalau lebih bagus, apply la kat tpt sekarang ni.. tak perlu lagi tengok ke belakang. entah2 dulu pon sama.. amek tau sipi2 je kot... ya ALLAH.. malunya aku masa tu. Tuhan je yang tahu.. cerita 'dalam kain' tak payah la nak cerita kat orang. organisasi dalaman, biarla orang2 dalam sahaja yang tahu. tak perlu hebahkan satu duni. huhu... last sekali, mc cut off je meeting tu. buat lain kali. mintak bos sediakan yang lebih bagus.. boleh ke dia. huhu.

sampai ofis...
cerita kat bos b tapi nampaknya bos b sudah dikhabarkan oleh org2 kementerian. huhu.. sedih. lepas lunch bos a tanya aku. dia tanya kenapa aku tak masukkan senarai projek baru.(dah kau tak suruh, memang la aku tak buat.. ngok). kenapa aku tak masukkan projek tu (projek yang bos c tak jumpa masa meeting tadi).. eee tolong sikit.. apa ni bos c??!!! bawak cerita eh??!!! takpe . kau bagi aku tahi aku balas tahi.. hahaha... pastu bos a sound lagi. camana bos b ajar u bagi keje kat u. ewahhh.. salah kan bos b pulak. kau tu yang tak reti nak belajar. aku tahu, report2 yang aku buat pon kau tak pernah tahu.  betul tak.. memang aku hangin sangat aritu. tak sangka bos c tu cerita yang bukan2. harap kupiah je tak lekang dari kepala. vudus.. vongoksss...

opsss.. astaghfirullah...
huhu... entahla sedih tau tak. keje penat2 tapi orang kata tak buat kleje.

entah apa aku merepek. sorila kepada pembaca.. huhu