Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

Tuesday, 14 June 2016

Bertugas di tempat baru

dah masuk 4 bulan di sini.. tapi masih rasa tidak serasi dengan kerja yang ditugaskan.. tak tahu apa nak buat. kadang-kadang terfikir beruntung nya orang yang stay kat tempat kerja dia dalam masa yang lama dan tak perlu bertukar skop kerja.

mula-mula rasa macam nak bertahan je kat sini.. tapi akhirnya terluah juga kat sini. tak tahu nak luah kat mana lagi. cuma berdoa semoga diri ini tabah menghadapi dugaan Allah ni. ye la.. memang dah dinyatakan.. Allah cuma bagi dugaan bagi hambaNya yang mampu sahaja. masalah nya mampu ke aku.

semoga aku tabah

sekurang-kurang kamu masih ada kerja daripada orang lain yang takde kerja. jangan merungut.

#blogniuntukdirisendiri
#taksukabacajanganbaca

Tuesday, 26 January 2016

dapat pink form

setelah 4 tahun di cawangan sekarang..

akhirnya 19/1/2016.. dapat pink form.. naik pangkat sekali.. siap naik pentas kau.. huhu.. bila petang.. ambil pink form.. dapat masuk BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT. hambek kau.. tak atau nak gembira ke sedih.. kita tengok nanti camana..

tahniah kepada kawan2 semua yang sama-sama naik pangkat.. semoha sakses di tempat baru.

aku?
sedih.
sabar ye umi


Monday, 24 August 2015

sambutan raya 2015 di ofis

tahun ni tahun pertama raya di ofis baru.. start pindah november 2014 lepas..

sesungguhnya rindu midveli di kala stress..

14.8.2015
eh.. sori.. ni cerita raya... hhehehe.. sebenarnya tak ada apa nak diceritakan.. sebab tahun-tahun sebelum ni, di ofis lama, ada gerai yang perlu setiap unit buat.. tapi tahun ni takde pulak.. tempat yang disediakan pon tak berapa menarik sebab ada dua side yang berlainan.. jadi macam kami terbahagia dua pulak untuk satu cawangan..

ok la kan daripada takde

dapat la bergambar bersama kawan-kawan opis dan pengarah.. dapat makan.. hahaha..


Monday, 1 June 2015

outstation

cerita bulan lepas.. baru nak cerita sekrang.. hehehe..

lepas cuti pekerja tu, masuk opis terus kene ke kelantan.. sebenarnya kene join meeting sebab bos suruh gntikan dia.. kesian pulak sebab dia ada anak kecik.. so pergi je la walopon sebenarnya risaukan qis.. nanti malam-malam sapa nak ulangkaji dengan dia.. so kene la suruh abang amek alih sekejap tugas ku..

pergi kelantan.. tapi tak dapat shopping.. sedih kan..

rasa dah bawa baju seminima boleh.. tapi rasa nak patah pinggang bawak beg..

malam tak boleh tido sebab bilik bau asap rokok.. eee benci tau.. selalu nak tido sedap, kat hotel.. tapi ni tak boleh tido pulak.. sesak nafas




Tuesday, 3 March 2015

kesibukan tugas

Sejak dua menjak ni, terasa sangat la sibuk.. staf ditarik satu persatu. aku pon tak paham apa orang atasan pikir kan ni.. mula- mula aku cuma jaga negeri melaka.. lepas tu tambah satu lagi.. negeri sembilan.. lepas tu satu lagi staf ditarik keluar.. dan ada dalam sebulan je orang ganti untuk negeri johor.. lepas tu staf tu pon keluar.. ada staf baru masuk pula tak berminat nak duduk KL.. nak usaha balik johor juga.. adoi.. skrg ni memang terpaksa jaga semua negeri daerah selatan.. memang kelam kabut hidup aku.. bertambah kelam kabut bila kene turun johor.. jauhnya.. kebanyakan projek banyak johor belah selatan pulak tu.. kalau setakat johor belah-belah utara tu, boleh tahan lagi..

setakat ni, aku masih mampu nak harung.. aagaknya ni la ganti 'tak kerja' selama dua tahun dulu tak? buat masa ni rasa nak mintak tukar je.. tapi bila pikir balik, tukar pon nanti akan ada masalah lain pulak.. so, aku cuma berdoa agar aku dapat mengharungi dugaan ni dengan sabar je..

alangkah baiknya dapat bercuti masa ni..

kursus pon tak start lagi ni.. hadoila.. dah bulan 3..

bersabarlah wahai hati
ni site kat rembau
ni site kat batu pahat johor

Thursday, 27 November 2014

perpindahan opis..

diam tak diam dah lama jugak pindah opis ni.. cuma tak sempat nak update sebab kelam kelibut dengan semua benda yang entah la.. tak tahu nak describe.. tapi boleh la nak citer sikit-sikit.. hahaha.. tapi yang pasti, perasaan masa kat ofis midvalley lagi best la.. best sebab boleh beli keperluan dapur dengan senang dan dekat dengan rumah. huhu.. nak bershopping kat sana still tak sempat sebenarnya.. beli barang dapur pon siap2 dah ada list so tak payah nak piker panjang masa kat mall.

ofis baru dan lama... proses perpindahan
ofis baru
 

ofis baru?? hmmm setakat ni ofis ok la memamng semua serba baru.. tapi ruang kecik sikit. tapi tak kesah pon pasal ruang kerja tu sebab kerja kerani ni tak perlu pon ruang besar-besar kan?? hahaha..

rasa nak cerita banyak.. tapi bila dah buka ni macam tak reti nak cerita apa..

ok la.. 1st pengalaman nak pergi kerja
penantian satu penyiksaan
ada ladies coach.. selesa juga.. takde la bau-bau yang tak menyenangkan dalam keadaan berhimpit tu..
disebabkan katanya takde parking untuk kami gred bawahan ni.. so, aku pon try la naik tren. sebulan juga try.. eh 3 minggu tu sebulan ke.. 2 minggu komuter.. 1 minggu star lrt. perasaan? penat weh.. pagi2 nak kene sampai kat stesen pukul7.. kalau lambat, kene tinggal la ketapi.. dah la jenis jalan slow motion.. walopon dah jalan laju, rasa ada orang lain lagi laju. mengah rasanya.. waktu balik lagila stress sbb nak kejar asar lagi.. dengan lif yang lambat.. rasa nak pitam kejar train. yang paling tak best.. siiiikit je nak sampai, tren dah sampai.. adoi mak aiiii.. nak tggu tren yang berikutnya, lagi setengah jam.. memang sampai rumah malam la..

pastu, tak tahan.. try naik star pulak..
yang  ni ok je sebab sampai je mesti dapat tren yang dinanti.. kalau terlepas pon, tggu tak lama. cuma jauh la pulak nak jalan. pastu dengan pengemis sepanjang jalan.. rasa sebak je hati sepanjang jalan.. haish.. ada lagi pengemis kat bumi KL yang kata maju ni.. sedih.. sampai rumah penat.. huhu.. kesian rumah tak terurus..

dan
semakin tak tahan, akhirnya aku beralah naik kereta juga.. sampai rumah macam biasa.. dan budak-budak happy.. aku pon happy.. bermulalah hidup seperti biasa...

:)

Tuesday, 2 September 2014

angkasaraya

itulah tema majlis hari raya cawangan tahun ni.. memang rasa pecah la kepala otak memikirkan keadaan beraya kat angkasa.. sapa la yang bagi cadangan masa meeting jamuan raya ni.. haihhhhh.. sabar ajala..

eh.. still cerita raya?? hehe.. ('mcm la bizi noooo')

bertungkus lumus kami siapkan gerai unit kami.. sampai satu tahap rasa down sangat sebab tengok gerai orang lain memang voogie da bass.. huhu.. tapi terpaksa jugak siapkan hingga ke titisan terakhir.. bak kata orang.. pantang mengalah sebelum berjuang.. huhu.. sebenarnya memang nak mengalah je.. hehe.. tapi disebab kan bos pon tiba2 bersemangat.. so, terpaksalah kami bangkit semula berjuang.. (eceh.. ni mcm semangat hari merdeka tak hilang lagi ni)..

aku pulak ditugaskan buat buah tangan untuk vip (tengok blog dapur sebab malas dah nak donlod gambar lagi).. owh.. tak vip pon ada jugak yang dapat... hehe.. .. malam sebelum hari kejadian tu, dengan malas sangat nak buat sebab rasa macam tak menang.. tapi Berjaya gak siapkan semuanya.. Alhamdulillah..












dan

akhirnya kami juara lagi untuk tahun kedua berturut turut.. wiii... hilang segala penat...

*eh.. xde pulak gambar satu unit.. malas pulak nak cari*

Thursday, 20 February 2014

konflik diri

mm.. kenapa tajuk macam tu???

memamng.. memang sedang mengalami konflik dalam diri.. pada aku pada usia 30-an macam ni, sepatutnya semua konflik dalam diri dah berakhir.. dah berkeerja untuk tahun yang ke-8, sepatutnya dah menjadikan aku seorang pekerja yang berdedikasi.. orang kata kalau doctor tu, dah boleh jadi doctor pakar la.. dan yess.. kalau tengok kawan-kawan doctor, ada yang bergelar doctor pakar.. tapi aku?? ..

entahla...
tak tahu  nak salahkan sapa.. kalau aku, memang aku salahkan human resource tempat keje aku la.. sapa lagi aku  nak salahkan kan.. aku tahu sikap aku memang macamni.. so, dari awal.. dari habis belajar, memang aku dah tetapkan aku nak spesifikkan kerja aku.. aku nak jadi engineer struktur.. tu aje.. tak mau buat kerja lain.. betapa susah aku nak meminati kursus aku sepanjang berada dekat u.. bila time kerja, HR suruh aku jadi engineer serba boleh la konon.. pandai management.. pandai design.. pandai itu, pandai ini.. owhhh.. amat tidak boleh masuk dek akal aku ni.. rasa nak nangis. menda macam ni mengambil masa.. mungkin tak bagi orang lain.. tapi yessss bagi aku.. so, sampai sekrang, aku tak suka bekerja.. tak nak bekerja.. tapi kalau tak kerja, aku nakk bayar hutang dengan apa?? kalaula takde hutang, memang aku dah lama berenti dah.. kecewa dengan dasar yang entah apa-apa...

macam ada kawan aku cakap, kene pandai adapt.. yes.. im trying.. tapi susahnyaaaaaaaaa Tuhan aja yang tahu..
my love.. my soul

antara cara untuk aku menggembirakan diri sendiri.. masak.. buat sesuatu yang Nampak hasilnya.. contoh kalau deko kek.. Nampak cantik.. diri terasa puas.. dan kalau orang suka kepuasan berganda.. yes.. im still trying.. menghepikan diri sendiri.. dan tentunya keluarga  merupakan satu-satunya dorongan buat aku...

mungkin ni cara Allah untuk aku dapat menerima keadaan apa sekalipun.. dan aku masih percaya setiap apa yang diberi mesti ada hikmah disebaliknya..

aku redha.. tapi ya Allah.. bantulah hambaMu ini untuk bersabar... sabar dan terus bersabar.

Thursday, 17 October 2013

kerjaya

work station
mmm.. semakin hari semakin blurr dengan kerja harian aku.. semakin hari semakin tak pandai dengan kerja.. dah berpa tahun kerja tapi rasa macam asyik kerap tukar... semua ni buatkan aku rasa makin komfius.. memang la sepanjang 7 tahun kerja ni baru dapat berapa kali je surat tukar tu tapi perpindahan dalaman tu belum amek kira lagi... entah la.. setahun sekali ada kot aku transfer.. huhu..

orang kata, pindah tempat kerja  ni bagus.. leh tambahkan pengetahuan.. tapi bagi orang jenis aku ni.. memang tak boleh la  nak belajar dalam masa sesingkat setahun walopon macam2 tempat dah aku keje kan.. so, jawab  nya macam ni la aku

pulak tu, sekarang ni entah apa jenis penilaian pulak kene lepas... nak ada IR la.. doc la.. master la.. masterpisss bole la. huhu.. tapi yang ni sikit je kot markah dia tapi bab2 sumbangan tuh.. (macam aktiviti ko-q masa zaman sekolah2 dulu).. hadoi.. memang tak dapek la aku  nak join.. aku memang jenis macam ni.. susah tau nak tukar-tukar... dah memang tak minat.. so, sekrang ni aku rasa biarla aku kat jawatan aku skrg ni je.. tak naik pangkat pon takpela.. biarlah kawan2 dulu naik pangkat.. lagipun, aku rasa aku tak saanggup nak tanggung tanggungjawab yang lebih besar..

so, aku doakan semoga abangku sayang je la yang dimurahkan rezeki naik pangkat.. aku.. hmmm.. cari rezeki tambahan dengan cara laen la kot.. cara apa tak tau lagi.. mungkin jual goreng pisang tepi jalan ke.. huhu..


my everything
haritu bos ada offer aku jaga projek yang baru nak start..jaga kat site.. interested jugak.. sebab nak jugak belajar.. lepas tu bole la buar ir ke kan.. tapi jauh la pulak.. so, nampaknya aku terpaksa jugak lepas kan.. semuanya kerana anak-anak.. aku pon tak nak stress stress semata-mata nak kejar kerja yang tak menjamin aapa-apa.. huhu

Thursday, 5 September 2013

kito monang. kito monang!!!

alhamdulillah..

majlis hari raya cawangan berjalan dengan meriahnya semalam.. aku excited.. huhu.. tak pernah dalam sejarah hidup aku suka dengan majlis2.. mungkin usia menyebabkan aku kene bersosial jugak.. hope berjangkit hingga rajin buat rumah terbuka.. tak kira la rumah terbuka aku ke.. mak aku dan especially umah mak mertua la. huhu...

dah yeaaaayyy!!! unit kami menang untuk gerai tercantik. hahaha.. memang tak sangka sangat sebab gerai unit lain pon cantik.. preparation untuk buat gerai dalam 3-4 hari berbaloi jg laa.. hilang segala penat bila dinobatkan juara... hahaha.. cam kelakar je bunyi nya.. konsep gerai adalah merdeka raya mengikut zon projek masing-masing. hehehe.. kami zon selatan (melaka, negeri sembilan dan johor).. kami amek kota a famosa sebagai elemen paling besar kat situ di samping kuda kepang (johor) dan lomang (negeri sembilan).. dan gambarnya seperti di bawah... gerai  kami pon letak gambar2 yang disuperimpose.. alahai.. den jadi orang tuo..
gerai kami

kalo terer cari gambar den.. huhu



makanan
gerai kami dah ditetapkan dapat lemang bersama rendang.. memang sesuai dirasakan. hehe. tapi kalo dua makanan tu je mang kosong sekosong-konsong nya la meja kami dan nak memenuhkan meja semua kene bawak makanan masing-masing.. aku bawak kek and cupcake (silalah jenguk dapur saya ye.. hehehe)..

kami.
selapas menang kami dikenali dengan nama geng 04.. berlagak sket bila dah menang. hahaha... gengster


dan tadi dapat emel dari bos... rasa dihargai pulak.. hehehe.. tq bos!!


"KEPADA SEMUA KAKI TANGAN HOPT4, TAHNIAH!!!

KEPADA SEMUA YANG CONTRIBUTE KEPADA KEJAYAAN GROUP SEMASA JAMUAN RAYA, YOU ARE THE BEST! DAH TERBUKTI. DAN KEPADA SEMUA KAKI TANGAN HOPT4 TERIMA KASIH ATAS SEGALA SUMBANGAN DAN USAHA, SAMADA MENTAL, FIZIKAL,MASA ATAU RM, KEPADA PRESTASI DAN KEJAYAAN HOPT4 SELAMA INI, TERIMA KASIH!

SEMUA NAMPAK HANDSOME, SMART DAN BEAUUUUTIFUL!!!! YANG PALING HANDSOME, EN ISMAIL, TAK MAU MASUK GAMBAR SEBAB TAKUT DIA OUTSHINE DAN OUTDONE ALL THE REST OF YOU YANG ADA DALAM GAMBAR (yang ni bos bergurau... huhuhu)!!!

TAHNIAH SEKALI LAGI!"

tahun depan kita cuba lagi ye (tu pon kalau masih di cawangan ni)....

gambar lain-lain tak amke lak.. penat nak berjalan.... huhu 


 

Wednesday, 28 August 2013

semakin malas

gambar ihsan pakcik gugel.. hiasan semata-mata
mmm.. rasanya masalah pasal hospital alor gajah tu dah selesai kot.. bos mungkin pikir balik. hehehe.. dia kalau boleh nak letak eng meki atau elektrik sebab masalah negara yang berlaku kat sana banyak melibatkan M&E.. so dah lega di situ

di sini
keboringan melanda la pulak.. sebab projek takde.. tapi sebenarnya aku suka.. hahaha.. makin lama kerja jadi makin malas lak nak keje ni kan. huhu terasa macam malas dah nak keje2 yang berkaitan dengan projek ni.. tapi takmau keje2 yang berkaitan dengan human resource.. rasa macam nak keje kat bahagian IT ke.. nak jaga latihan je ke. hahaha.. memang malas nak mengembangkan ilmu di dada.. huhu..

atau
aku kene sambung belajar lagi? eh.. tak paham ke tajuk entry kali ni.. kan dah malas. so camana nak sambung belajar. muahahahaha..

sekarang ni
tak tau nak buat keje apa
and
tengah excited nak tunggu majlis hari raya tempat koje ni.. eh.. cop.. rasa cam pelik lak.. selalu aku tak suka la ngan mende2 macam ni.. camana aku tetiba leh excited lak ni.. pertanyaan yg aku sendiri tanya dan aku sendiri jugak takleh nak jawab.. korang le yang jawab kan (ada ke orang baca blog ni).. huhu..

sori
entry kali ni bengong.. hahahaha

Wednesday, 21 August 2013

hospital alor gajah??

tadi tengah duduk2. tiba2 bos datang cerita itu ini paastu dia tanya aku....

rasanya ni pagar hospital lama (aku pon belum tngok site tuh)

'kalau i hantar u ke hospital alor gajah macam mana... since en. tuuuut tu pengarah macam dissapointed la dengan dia.. dia  nak retired dah.. so dia tak berapa perform.. pihak hospital pon tak puas hati sebab macam takde sebarang progress pon.. bukan setakat pihak hospital.. jabatan kesihatan negeri pon sama.. so, bila jkr tak berapa monitor, kontraktor amek kesempatan...' (aku terkedu dan terdiam.. melaka tu bukan selangor ke putrajaya ke kl ke)

mmm.. rumah u kat mana ye. bos tanya lagi.. aku jawab la sepatah.. sungai besi... ooo i ingat u duduk seremban.. (sebab sekali aritu aku pergi site dari seremban... kebetulan masa tu memang abang cuti so dia nak duduk rumah mak dia.. pastu bos beranggapan rumah aku kat semban pulak)... mmm takpelah.. u pikir la dulu ye.. kata bos lagi

dilema ni

apa aku nak buat ni...

aku tahu projek tu banyak masalah.. kalau pergi sana macam 'bunuh diri' la pulak.. projek dah siap tapi tengah dalam defect liability period.. kalo xde problem takpe lagi.. huhu... ni bukan main panjang list komplen dari hospital. sampai perabot kene cakar kucing pon dia listkan. adoi.. mati la den. sedang berfikir. kalau pergi sana pon, aku tak rasa aku bole handle dengan kontraktor tu. baru sekali masuk meeting dengan dia pon aku rasa menyampah. ni kan lagi nak mengadap hari2...

kalo kata yes dekat bos... budak2 camana. abang dah la keje nya macam tu. nak berulang camana.

tolooooooooooooonnnnnnnnggggggggggg




Friday, 16 August 2013

7 tahun berlalu

16/8/2006 - 16/8/2013

tak sangka dah 7 tahun rupanya aku bekerja.. rasa sekejap je. rasa belum banyak lagi ilmu di dada.... kalau orang lain dah boleh gah dengan pengalaman yang ada.. tapi entahla.. kalo ditanya kadang2 rasa macam tak nak mengaku dah lama bekerja. macam banyak sngat mende yang aku tak tahu dari yang aku tahu. tapi aku cuba untuk menjadi pekerja yang serba tahu. huhu...

so, azam sempena mencapai 7 tahun ni

takmo sambil lewa bekerja. cuba menambah ilmu dengan membaca apa yang berkaitan dengan kerja disamping dengan kerja seharian la kan. eceh. boleh ke aku ni. selalu hangat2 tahi ayam je.

bila nak pencen ni???
nak benti keje bole tak.. huhuhu..

Monday, 24 June 2013

hopt 4

akhirnya dapat jugak surat yang dinanti setelah sekian lama...

hati ni??
hanya Allah yang tahu apa rasanya.. gembira tapi takot memikirkan tugas baru.. hope tak menganggu waktu balik aku. huhu...

setelah ditendang sana dan sini akhirnya ke hopt 4 aku ditempatkan.. hopt 4 ni jaga projek kesihatan zon selatan. rasa nak jaga negeri sembilan je. hahaha.. malas nak travel jauh2 dah tua2 ni kan...

semoga semua nya berjalan lancar lepas ni.


Friday, 7 June 2013

tukar

selepas bercuti aku diberitahu akan dipindahkan.. ya Allah hanya Engkau sahaja yang mengetahui rasa hati ni... aku gembira juga tapi ada sedihnya juga.. huhu..

gembira:
  1.  sebab dapat keluar dari unit yang semua orang tak suka. kenapa?? tak payah la diceritakan.. biarla orang2 yang merasa nya tahu.. atau kalau ada yang dah baca entry sebelum2 ni yang tahu.. skrg dah malas nak cerita.
  2. dapat belajar benda  baru walopon hati ni gundah gelana dengan tugas yang baru
sedey:
  1. sejujurnya aku suka dengan kerja aku sekarang.. sebab dulu2 memang berangan nak jadi akauntan tapi entah.. tak tahu kenapa jadi engineer ntah.. walopon aku tahu akaun yang aku buat ni tak betul. tapi bole la merasa. ala-ala akauntan gitu..
  2. tak banyak outstation n keje lebih masa... so boleh habeskan masa dengan budak2 m emandangkan abang keje nya amatla bz.. hope kalau tukar nanti takde la bnyk kene wat keje lebih masa. amin
tapi
kenapa surat tukar aku tak keluar2 lagi ni.. huhu.. rasa takut tak keluar surat tu aje. mula2 patutnya aku masuk hopt1 (projek utara) tapi bos kat situ macam susah nak lepas anak buah dia yang sepatutnya tempat dia aku amek tu.. hmmm.. aku paham memang susah bos nak tukar dengan orang baru sedangkan orang lama dia, dia dah boleh harap... so kesudahannya mungkin aku akan ditukar ke hopt2 (projek tengah... KL selangor ja).. kalau ikot memang bos hopt1 tu bos terbaik la kat cawangan ni.. bos hopt2 ok je cuma banyak mulut sikit.. aku rasa aku boleh tahan.. huhu.. ye ke boleh tahan?? moga-moga la kan.. dan kalo outstation pon around KL dan selangor je.. dan secara otomatiknya orang hopt2 la ditarik naik ke penhause ni.. huhu

tu je la kot

xoxo

gundah gulana

Wednesday, 13 March 2013

rasa macam doc pulak.. hihi

semalam pergi lawatan kat site institut kanser negara... ikn

sangatla seronoknya. hahaha.. dahla isnin aritu el. pastu selasa masuk keje kuar gie site balik. hahaha.. pastu tak bitau bos pon. malas aku nak cakap walaupon bos aku nampak macam agak bersemangat untuk bekerja tahun ni. adakah kerana nama dia tercalon untuk APC!! ahhh.... dapat tapi tak buat keje buat apa... keje tu bukan dinilai tahun ni tapi tahun lepas. memamng amat menyakitkan hati... dan membuatkan aku bertmabha malas untuk keje. keje tak rajin pon dapat APC kan??

dahla tak bitau bos. aku dengan suka suki je bitau urusetia nak gi sana tamba bitau bos. hahaha..

sampai je sana.. mula dengan taklimat oleh bos yg jaga site sana. dia arkitek. tapi cakap dah macam doktor. tapi kalu doktor yang explain, aku rasa aku tak faham. so bila technical peaople yang explain.. i can understand better. eceh speaking u!!

apa yang buat aku teruja!!... tengok sendiri la equipment for cancer kat bawah ni.. mintak jauh la dari masuk dalam ni suatu hari nanti. dan terima kasih Allah sebab memberi aku ruang untuk tengok mende ni semua. he.

ke excited tan semua masuk ikn... hihi...
ni nma dia ct- scan
ni nama dia gamma camera... aku pon tak tahu apa fungsi dia... ada diterangkan tapi aku macam tak dapat nak process untuk masukkan dalam database aku ni. hahaha.. database la sangat
ni  tak sempat nak tulis nama dia apa.. cari2 kat gugel pon tak reti sebab tak tahu nama. hahaha.. fungsi pon macam biasa tak dapat. huhu.. fokus takde masa visit. hahaha


ni diorang kata MRI. aku pon tak dapat beza dia ni dengan ct-scan. nampak sama je. tapi diorang kata mende ni sensitif. tak boleh ada gegaran langsung. slab tu pon terpaksa buat post-tensen.. kene buat tebal sket sebab takut ada gegaran. hmmm.. sound intersting. tapi malang tak dapat tgk masa buat ni
ni.. katanya ct simulation.. nampak sama kan... huhu.. aku semakin kompius
 
ni katanya radiation machine. katanya mende ni guna untuk pecahkan kanser dalam badan.  cara dia??/ masuk kan radiasi dalam badan pesakit. huish ngeri kan bunyi nya. diorang kata jugak. masa diorang nak radiate patient, patient tinggal sorang je dalam ni. dahla sakit. kene tinggal sesorang lak. huhu...
dah lepas keje radiasi tadi.. pesakit kene duk dalam ward. tapi ward spesel. takde orang leh masuk situ. selagi radiasi dalam badan patient tak hilang. dan doc pon monitor dari luar je. huhu.. rasa macam penjara..
eh
ni bukan ward.. ni toilet.. ni bukan sebarang toilet tau. flush guna vakuum sebab bahan kumuh pesakit ada radiation. so kene buang dengan segera jauh. jauh. huhu

ni nak moniotar segala bagai gas. oksigen la. hiddrogen la.. apa2 gen la.. aku pon mana tahu pasal gas ni
dan dapat cap!!!... 


Tuesday, 12 March 2013

keje jadi jalan2 ???

6-8 mac 2013

1st time outstation untuk tahun ini. dan kali ketiga di cawangan ini... sangat susah hati bila nak meninggalkan si kecik.. sejak dapat tahu kene outstation.. selalu cakap dengan dia. nanti tido dengan ayah. jangan nangis aja... dia dengan gembiranya cakap oteyyy... angguk dan oteyyy!!.. huhu.. senyum ibu melihatnya... tapi kusangkakakn dia memahami tapi dia hanya sekadar budak kecik yang memang tak memahami keadaaan lagi.. hari malam pertama abang ceritakan dia tak dapat tido. setiap setengah jam menangis. abuuu,... ebu... ibu.... dan kadang2 jadi aibuuu... sedihnya hati ibu.. ibu pon tak boleh tido sayang... 

malam kedua, abang kata dia dah ok sikit. cuma merengek bila bangun malam.. huhu.. nasib baik bila siang dia ok.. hmmm ye la kan. siang dah biasa sepanjang hidupnya 2 tahun ni...

qis??
dia memang sentiasa ok asalkan ayah ada. 

hari kedua jugak tiba2 abang kata dia nk datang. yesss!!! bestnya.. dengan tak sengajanya kami telah melarikan diri dari kesibukan KL walaupon kuantan juga agak sibuk. huhu... tapi tinggal di impiana cherating cukup mendamaikan. bunyi ombak sangatla bestnya. :-D

sampai je sana. nampak laut... ya ALLAH!!! cantiknya. damainya
ngeh ngeh ngeh.. urusetia la sangat

huish.. minum petang bawah pokok.. tebaik la. tapi 2nd day makan dalam bilik meeting je.. sadissss

day two: lawatan tengok KK (klinik kesihatan ye,... bukan kota kinabalu).  ni la penagarah i. hehe.. kecik2 je orang nya. yang baju kuning tau

dental chair.. selalu pergi kk tak pernah pon naik atas.. opsss... sori kawan. termasuk pulak gambar u

menikmati keindahan pantai sambil menunggu abang dan budak2 sampai
muka bosan.. huhu... lambatnya bang sampai
(tapi abang cerita dia tak boleh bawak macam biasa sebab budak kecik tu nakal kedepan kebelakang...kesian abang kan. nasib adik ipar ada nak jaga si kecik tu)

mmm.. gmabr berjalan2 kat kuantan takde la pulak... semua dalam kamera.. malas nak donlod. huhu

Friday, 15 February 2013

sedikit gembira

seperti biasa.. hari jumaat adalah hari meeting cawangan.. hmmm..

apa yang gumbira??

hehe.. di akhir meeting pengarah kata dia nak tukar aku!!! wahh.. seronoknya... tapi kalau kene pindah negeri aku lebey rela duduk kat unit sengal ni. huhu... tu sebab tajuk hari ni sedikit gembira.. sebab sebelum tu dia ada cakap projek perak takde sapa jaga. perak!! owh... tidak. dah la abangku kerjanya tidak menentu. bila2 kene panggil. boleh jadi kitorang akan tak berjumpa berbulan lamanya.. budak2 lagi. camana?? aku tak sanggup nak jaga sorang. walaopon abang selalu takde tapi sekali sekala ada cukup menenangkan. huhu.. rasa nak nangis..

pas meeting kuar..

wahhh. jumpa ha. lama giler tak jumpa dia. tapi nampaknya stills ama seperti dahulu. cuma takde apa nak diborakkan. aku setakat jadi pendengar. hehehe... sebab diorang (wani n baiti) pernah duk umah sewa sesama masa bujang. jadi diorang menceritakan nostalgia dolu2... he. ye la masa kat utm pon bukannya rapat sangat. aku pon suka lone ranger kan..

gambar??

alamak lupa la nak amek. rugi.

Tuesday, 8 January 2013

owh meeting

semalam ada meeting unit. dan seperti biasa aku buat muka tensen. muncung semuncung muncung nya. sebab nya?? aku memang tak suka meeting dengan bos aku tu. cakap bukan main lagi tapi habuk pon takde. ofismet aku cakap sebelum meeting tu bos nak buat itu ini.. pastu aku cakap la.. hmmm ye la tu.. mungkin dia macam teruja. bos nampak bersemangat baru di tahun baru. huhu.. (dia lambat sket masuk unit ni dari aku)...

masa meeting tu sempat la dia cakap. aku tak tahu la dia puji ke perli aku. tapi dia cakap 'you've done a good job'.. dalam hati aku.. hmmm nak harap kat kau. jawabnya takdela cawangan ni dapat duiet utk projek.. pastu dia sambung lagi 'i tak tahu la kot u dah bincang ngan bos b ni'.. ceh.. ada gak mention nama m amat tu. dia pon lesap (dalam hati aku lagi).

pastu bincang. bincang, dan bincang.. or lebih senang cakap. dengar je pon. sebab semua orang cam malas nak bagi komen. sebab kalau cakap memang dia  takkan dengar. TAKKAN ok... pastu uk sebut sepatutnya kita buat camni. camtu.. memang la (dalam hati aku lagi...) kau je yang tak tahu.. duk memerap je dalam bilik tu.

dahla. aku nak gie meeting dengan Kementerian ni. harapnya ok la. eee rasa nak buat2 sakit perut je. tak nak pergi ok. malu ngan orang sana. asyik nak menunjukkan kelamahan kita je.

apa tengok?? ada hutang ke!!!



Monday, 24 December 2012

macam-macam la

teramat-amat la tak best nya hari ni...


pagi2 je kewangan dah tepon kata hari ni last hantar2 duit ke negeri. aku stress.. duit dari kementerian pon tak dapat lagi. camana aku nak hantar ke negeri. huhu... penat dah jari ni mendail ke kementerian tapi takde sorang pon angkat. last2 aku beranikan diri sms bos dia. huhu.. nak harap bos aku??? huh!!!... nasib baik dia balas. aku tak tahu la apa citer tapi lepas tu anak buah dia call aku. agaknya dia suh anak buah dia balik keje kan. ya Allah... lega satu perkara. nasib juga pengarah mengucapkan terima kasih pada aku yang bersusah payah ni.. terasa terubat jugak la kepenatan yang aku rasa ni...

bos aku??
aku kompiius la.. sejak kebelakangan ni yang aku rasa ok sket aritu dah mula buat perangai. sebelum aku cuti panjang aritu, aku tengok dia buang nama kat pintu bilik dia. aku ingat aku berkhayal... so aku abaikan je la... lepas tu aku bercuti dengan gumbiranya (6/12-12/12). balik cuti, dia takde... kata kengkawan. dia cuti jugak. so, ok la... dengan bestnya aku mengira berapa kali dia masuk meeting pasal belanja cawangan... cuma sekali??!!! huhu.. sekali out of berapa kali banyak nya la...

minggu depannya..
tetiba kementerian pulak panggil meeting 18/12. aku cuak....cari bos tak jumpa2 emel tak jawab. mesej tak jawab.... katanya datang ofis tapi tak nampak batang hidung.. pagi isnin tu 17/12 tetiba ada pompuan cari dia. lorrr... kecoh lagi. agaknya dia menyorok dari pompuan tu dalam bilik kot. sebab bila aku hantar surat untuk sign, surat tu bersign tapi tak dihantar kat meja aku macam biasa. tak bertanya itu ini macam biasa. dia cuma sign dan letak je balik kat tray dia. haish. so terpaksala aku meeting sesoprang. nasib baik ada team lain dan bos lain ikot sekali. huhu.. rasa nak nagis

lepas balik meeting dilaporkan oleh PA pengarah yg bos aku cakap dia g putrajaya. so sume orang ingat dia meeting sekali. eeee sakitnya hati. 19/12/12.. tiba2 pentadbiran kata dia cuti pulak. owh tidak. tahun depan mungkin dia cuti sebulan tanpa gaji. tengah2 genting camni... bole dia cuti... sabar ajala....

lantakla...

hmmm... tu jela... sekadar luahan. sapa2 yang tak paham citer ni abaikan je. hehehe...