Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Showing posts with label boyfriend. Show all posts
Showing posts with label boyfriend. Show all posts

Tuesday, 10 April 2012

kurang asam punya motor!!!

entah apa la malang nasib ku pada hari ini!!! dengan tiba2 ada sebijik mototr telah melanngar side mirror ku yang cantik itu..  dah la bawak laju macam pelesit!!! moto lain lalu kat sebelah aku ni takde apa pon. apasal tetiba kau pergi langgar lak kete aku ni!!!

cermin tercabut

cover belakang pon tercabut
apa pon, terima kasih kepada abang ku sayang kerana sudi membelanja membetulkan telingga kereta ku ini. huhu.. mahalnya. nasib tak terkulai layu telinga itu. kalau tak mesti lagi mahal kan. kalau korang nak tahu sebelah telingga itu berharga 360. kalau sepasang 700++... ni nasib cermin n cover je. setelah merayau satu ampang (abnag la yang merayau.. hehe) dapat 222. huhu.. cermin sahaja pon dah 170. waaaa duit terbang melayang2 seperti ditiup angin. thanks abang. thanks. thanks.... sayang abang... :P

sampai ofis, meja penuh... owh
sampai je kat ofis.. owh bayk nya kerja menunggu tapi its better like this than kosong..

Monday, 13 February 2012

10 feb 2012 setahun bersama mu

sekajap je rasa kan.. dah setahun kita bersama. mengharungi hari yang indah ini bersama-sama.. huhu... tapi maafkan daku sekiranya aku telah melukakan mu satu ketika dahulu. tapi lukamu itu telah ku rawat kan?? hehe.. harap kamu sentiasa sihat selepas ini. kalau tak, ke mana lagi kah tempat untukku menumpang kasih sekiranya suami ku menjalan kan tugas....

ahaks... bunyinya macam skandal lak...

sori.. bukan skandal ok. i masih waras. dan i masih menyayangi husband i sepenuh jiwa dan raga ku ini.. hehe... sebenarnya dia yang ku maksudkan adalah vios 1782 ku... (tarikh lahirku tersemat di situ.. heheh)... walaupon best dia ada bersama ku tapi agak 'tertelan air liur' bila nak membayar roadtax nya. huhu...

kalau roadtax je takpelah jugak.. ni dan dan je time tu pulak datang bil2 lain.. waaaaa... memang agak semput aku pada bulan ini. lambatnya terasa gaji. tiba2 datang bil indah water la. cukai pintu la.. huhu... nampaknya tahun ni memang tak dapat la aku nak menyimpan. selagi tak siap rumah ku itu.... hhu...

tak sabar nak berskandal dengan yang baru pulak...

hahaha

p/s: sila baca perenggan pertama dengan intonasi yang menggedikkan supaya pembacaan anda lebih ceria... hahahahaha (gelak jahat)

Tuesday, 27 September 2011

sudah sihat

sebenarnya kereta ku yang sedang sakit tempoh hari telah pon sihat. minggu selepas kene eksiden aritu aku bercuti. agaknya kereta ku itu merajuk sebab abang cakap nak bawak kereta dia bila bercuti nanti. hehe.. lepas balik dari cuti pon aku bawak kereta abang jugak. rasa takot masih ada. waaa...

thanks to my abang kerana telah bersusah payah memulihkan kereta ku itu. huhu. kalau abang takde, sapa saya nak mintak tolong ni. mmmm... kawan2 je la akan menjadi mangsa ku. hehe. tapi tayarnya masih tidak berpakaian. di manakah harusku mencarikan pakaian mu wahai tayar. abang... tolong... (abang lagi.. huhu)

pagi tadi kengerian eksiden terimbau kembali. tiba-tiba bas yang telah memenyetkan kereta ku berada di situ lagi. di tempat yang sama. memang tak syak lagi sebab aku tahu. bas star shuttle itu. kusangka kan bas lain. tapi bila tengok plet nombor dia. sama!!!! bjg 2270. biarlah. nak bitau jugak dalam ni. geram nih. memang laju sgt dia bawak. ciluk sana n sini. sekejap dia ke depan dan hilang dari pandangan mata ku ini.

disebab kan eksiden itu, aku telah menjadi seorang yang penakot untuk menukar lane. menjadi takot bila ada je objek besar di tepi ku. kurasakan seperti gorgon sedang menyerang gaban. seperti raksasan sedang bertarung dengan ultraman. huhu... (banyak pulak pengaruh tv di dalam ini)..

sampai bilakah fobia ku ini akan berakhir????

Wednesday, 7 September 2011

eksiden

kemek... pintu pon kene. sedihnya

cover tayar pon dah terbang

owh... keretaku
waaa.... arini aku kene kepit. dengan bas n pajero. adoi. pajero tu aku tak nampak. tapi bas tu la. geraaaaammmm.. bila dia dah langgar aku, tau pulak dia slow kan bas dia. tapi aku akde kekuatan nak benti n marah2 orang yang bawak bas tu lagipon jalan tengah jem giler. adoi.... camana ni. abang. mana abang ni dah berjuta kali saya tepon. adoi.

sebenarnya aku dah memang menjangka menda macam ni akan jadi. sebab sepanjang aku bawak kereta, mesti aku akan mengeksidenkan kereta itu. sebijik kereta sekali. masa bawak kete abah paling teruk. kemek ya rabbi. ye la kan tu la kete pertama yang aku bawak lepas dapat lesen

yang kedua nya kereta abang. masa tu betul2 baru balik dari cuti bersalin. sakit balik rasanya perut aku masa tu. Tuhan je yang tahu. akak yang terlanggar kereta aku tu nak ajak aku g wat report polis la apa la. dah la nak raya. adoi. lepas aku cakap laki aku polis, terus je dia diam. aku bukan nak berlagak tapi sebab aku tahu mende tu leceh. bila cakap kat abang pon, dia gelakkan je. aku setel kan kat luar je. bagi dia duit. huhuhu

dan yang ni, yang ketiga. kereta aku sendiri. adoi. abang. abang. abang. bangunla. mesti abang baru tido kan. saya tepon pon abang tak angkat. camana la kalau saya eksiden yang parah. hope lepas ni takde eksiden lagi. sebab biasanya sekali je eksiden. waaaaa

terbang lagi la duit ku...

arini jugak annivesary aku kat ofis ni yang ke dua tahun. memang 7 september ni hari malang aku kot.

Monday, 5 September 2011

accord vs vios

sesiapa yang pernah terbaca blog aku yang bertajuk honda ni, mesti tahu apakah maksudnya kan. huhu.. sekarang perasaan aku kepada honda dah takde sangat dah. dulu kalau tengok honda kat jalan tu, mesti aku akan pandang sampai hilang dari pandangan. aku akan tengok sampai ekor mata aku ni. hehe. kalau tengok accord lagi la. rasa macam nak peluk je. rasa macam cantik giler. nampak gah. kalau dapat bawak memang orang kata itulah kepuasan sebenar.


sekarang??/
perasaan tu dah hilang. adakah itu semua tandanya dulu tu aku mengidam. ada ke orang mengidam nak membawa kenderaan. selalunya orang mengidam nak makan2 itu dan ini je.kalau tengok accord tu takde rasa gah mana pon. rasa dia besar gajah je. dah la besar. memang tak sesuai la dengan aku. nasib baik tak terbeli (waaah bunyi macam banyak duit je).. huhu... sebab takde duit la aku tak beli. setakat yang mampu je aku beli. vios la menjadi teman ku ke tempat kerja sekarang. hehe.. opsss... pakwe ku itu.. (eh.. abang. jangan marah yer... is pn pakwe baru jugak. ramainya pakwe.. hmmm)


padahnya
sekarang ni is punya air liur meleleh aja. adalakah itu merupakan satu lagi petunjuk bahawa aku benar2 mengidam. huhu... adik, agak2 la. kalau ye pon, jangan la sampai nak honda. ibu ayah lum mampu lagi la sayang. ayah. apa lagi, nanti kalau abang rajin, bawak la is naik kete honda sapa2. mudah-mudahan air liur dia yang meleleh tu hilang. huhu. nampak sangat kan selera orang lelaki n i. kecik2 lagi dah tunjuk. bukan kecik. dalam perut lagi. hihi.. apa2 sajala anak ku. ibu rindu is la... waaaa

qis..
ibu bukan tak sayang. tapi kan. qis suka lawan cakap ibu. hehe. asyik2 ayah. ayah. ayah. ibu jeles tau. huhu. wan pon jeles tau. qis cakap qis cucu atuk je. hahaha. qis memang. terlalu berterus terang. jagala hati sikit. (hihi... budak2 memang begitu kan). qis jangan nakal2 sagt ye sayang. ibu tak larat nak layan. tiso awal macam baby is, senang ibu nak mengemas. huhu.. kalau qis rajin tolong ibu, takpela jugak. qis nak tido lambat pon ibu tak kesah. kalau qis senang nak kejut pagi2 pon, ibu tak kesah qis tido lamabt. huhu

alamak. dah melalut cerita lain pulak kan. hehe

k la.