takde apa yang nak kuceritakan pasal raya kali ini. sebab cuma beraya 3 hari je. jumaat sabtu dan ahad. isnin dah memulakan kerja seperti biasa. kerja yang begitu membosankan hati dan sanubari ku ini. bagaimanapun, aku harus pasrah menerima semua ketentuan dari ALLAH.. abang pula tak dapat bercuti kali ini. tapi macam biasalah. dia sedaya upaya melarikan diri untuk beraya dikampung halaman nya. pada aku, aku tak kesah sebab mak abah n adik2 ada kat kampung, sememangnya aku tak berapa suka duduk dekat kampung itu untuk satu jangka masa yang lama. kalau sekejap, takde masalah bagiku. aku pon tak tahu kenapa. memang perasaan tu ada sejak dari dulu lagi.
raya kali ni, kami memilih tema kaler hijau lumut. semua sama je. dari ibu, ayah dan qistina bucuk. semua hijau plane. malas aku nak mencari naju yang ada corak2. mungkin tahun depan la kot. kalau panjang umurku. huhu. macam biasa, raya pertama aku akan beraya kat kampung n beraya kat umah sedara mara abang. yang paling best qistina la kan. mengutip duit raya. kalau orang tak bagi duit. mesti dia tak mo salam ngan orang tu. kurang hasam betul. buat malu je. huhu. tapi nak wat camana. budak kecik. nanti dah besar, harapanku, paham la dia. malam tu perut aku masuk angin. eh. ke angin tak mo keluar. dengan batuk yang tak tertahan. sampai je umah. aku terus masuk bilik. terlantar atas katil selepas selesai mandi n solat isyak n kemas2 apa yang patut. terpaksalah abang menguruskan si kecik walaupon tak lama lepas tu aku trekejut dari lena sebab mendengar jeritan si kecik tu. bagi kat aku pon takde guna sebab dia tetap mahukan ayahnya. huhu.
pastu, raya kedua, seperti biasa juga, aku akan balik pagoh. balik kampung aku pulak. tak pergi banyak tenpat sebab mis communication pulak ngan pakcik makcik aku. banyak duk umah. mmm.. aku tak kesah la. janji dapat jumpa sebab diorang semua ada kat umah arwah atuk n nenek. cuma nak pergi beraya je tak dapat nak join. dah petang. aku tak nak tunggu sampai malam sebab kesihatan tak mengizinkan. kalau malam, batuk aku bertambah teruknya. huhu. pulak tu masa nak masuk n keluar tol pagoh, jalan jem. adoila. timbalan Pm pulak buat umah terbuka kat pagoh. memang sesak la pagoh yang memang tak vberapa nak sesak tu. sabar je la.
(kenapa ayat aku macam bagus je ni)
tetiba teringat zaman kecik2 dulu. kalau raya mesti abah duduk lama2 kat kammpung sampai la aku rasa agak .... tak tahula apa nak cakap (agaknya sebab tu la aku jadi tak suka nak duk kampung lama) kalau cuti sekolah 2 minggu, jawabnya dua minggu la kitorang terperuk kat kg. lepas tu sekejap kg mak sekajap kg abah. arghhh.. aku pening. (masa tu arwah atuk nenek semua ada lagi).. dengan keadaan rumah yang penuh sesak. pastu yang paling aku tak suka kalau pakcik aku sorang tu menyakat. aku tak kesah kalau orang nak menyakat. tapi kalau dia menyakat, terasa sehingga kedalam kalbu yang paling dalam ni (ceh kalbu tu). pastu ada sorang sepupu aku tu jugak. huhu... entahla. aku ni perasa ke orangnya. agaknya kot. cuma kalau aku terasa memang jarang orang akan dapat tahu sebab aku rasa muka aku muka takde perasaan kot.
tapi yang paling best kalau raya dulu2 mesti ada orang berlawan meriam (meriam ke?? lupalah aku) buluh... kalau sebelah sini bum mesti ada orang lawan bum sebelah sana. he. tapi pada aku bunyinya tak mengejutkan macam bunyi mercun zaman sekarang atau aku yang hilang ingatan.
raya dulu2 jugak. aku rajin nak tolong mak buat kuih raya especially kuih tart, biskut kacang mazola n biskut2 lain kalau lebih rajin... hehe. sekrang. haram. nak belikueh pon malas. hahaha... sebab sepanjang aku berumah tangga ni memang takde orang beraya kat rumah. so, memang tahun ni aku langsung tak beli kueh untuk diletakkan kat rumah. hanya untuk mak aku, mak mertua dan pengasuh sikecik bucuk aku tu.
paling meriah kalau ada aktiviti kejar mengejar ayam untuk disembelih buat hidangan raya. aku tukang tengok je la sebab aku pompuan. biasanya adik2 aku ngan sepupu2 lelaki aku akan menjadi pengejar setia ayam2 tu. hehe.. kesian ayam. penat menyelamatkan diri dari dijadikan sajian kami. aku akan menengok dari atas dan kalau rajin, bitau diorang kat mana ayam2 tu menyembunyikan diri. biasanya aku malas. aku tengok je. hehe...
kalau arwah nenek belah ayah ada lagi, mesti dia yang bagi duit raya paling banyak kat aku. huhu...
entahla. memang lain la raya dulu dan sekrang. masa kecik2 masa sekolah rendah, satu kampung mak aku akan berjalan raya. tak tahulah m ana datang kekuatan berjalan tu. memang muka tak malu la pergi datang umah orang. bagi salam. makan2, minum2 pastu balik. paling best kalau dapat duit raya. dulu 10 sen 20 sen tu dah suka la sgt. budak2 sekarang, jangan harap. minimum pon 2 hengget. duet aku jugak yang melayang. yang paling banyak kalau ada rumah bagi 50 sen. ada sepupu aku tu sampai pergi banyak kali sebab nak banyak 50 sen. haha. kelakar je kalau ingat. memang tetiap tahun aku akan kene cirit birit kalau raya. memang perut ku begitu sensitif. setakat ni lepas kawen ni, belum kene lagi cirit birit. sebab aku kena jaga diri aku sekarang. dulu ada mak nak jaga. huhu... dah kawen ni malu nak manja2 ngan mak. abang je la tempat ku bermanja.
mmm dah takde apa dh kot nak diceritakan. mungkin akan bersambung kalau ada kisah menarik yang aku ingt. kalau tak teringat. sini jelah cerita ni berkubur. huhu...
wassalam.
Pages
Wanita…
Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan
Tuesday, 21 September 2010
Thursday, 2 September 2010
raya
rabu depan kerja meneropong anak bulan akan dilakukan. huhu... takde persediaan bagi aku. cuma qistina je dah belikan baju. baju aku tengah jahit lagi. tudung belum beli lagi. owh. bila nak setel ni. kueh. memang takde. aku pesan kepek je ngan adik aku. sib baik dia baik nak melayan pesanan aku. cuti, aku tak amek. amek pon sebab takde orang nak jaga si kecik. huhu.. apapon, semuanya berjalan lancar walaupon semangatku hilang entah ke mana

kemalasan tahap maksima
aku tak tahukenapa puasa kali ni memang salah satupuasa yang amat memalaskan aku. sepatutnya, bulan pose la kiter nak kene semangat. nak kene buat suatu azam dan tekad baru untuk lebih berjaya. tapi huhu... aku tak dapat melakukan itu kali ini. sedih sgt perasaan ni. tapi memang semua perasaan tu hilang. hilang entah ke mana. aku bersyukur sebab abang aku tak pernah nak merungut dengan kemalasan aku ni. thanks abang. abang memang seorang suami yang paling best dalam dunia. sudi melayan semua karenah isteri abang yang entah apa2 ni.
sepanjang bulan puasa ni, sekali je aku masak kat umah. tupon masak nasi ngan goreng ayam je. huhu. betapa pemalasnya aku. yang lain semua beli. 3 kali berbuka tanpa abang kerana tugasnya, aku beli je kat bazar kat bawah tu. yang lain, semua makan kat kedai atau majlis berbuka puasa atau kat rumah mak aku atau mak mertua aku.
keadaan bertambah buruk bila aku asyik ngantuk je. bila aku tido, dan bangun balik, mesti kepala aku pening sampai rasa mual satu badan. jadi bila balik je dari keje, memang aku flat abis la. kalau abang takde nak jemput anak ku yang sorang tu, memang rasa sgt kesusahannya. nak berjalan dari flat depan ke rumah aku memang sesuatu yang amat menyeksakan.
tapi nilah kemalasan yang palingmaksima pernah aku rasa sepanjang hidup aku selama 28 tahun 2 bulan dan 2 hari ni (semasa blog ini ditulis). aku harap penyakit ni akan beransur bila lepas habis cuti raya. atau ia akan kembali pulih secara otomatik selepas aku mendapat sehelai kertas berwarna pink?? huhu...

cikgu, teacher, lecture
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
ni la satu sajak guru yang paling aku suka. aku dapat sajak ni masa darjah 6 lagi. tak tahu kenapa hari ni aku nak bercerita pasal cikgu walaupon hari guru dah lama lepas. mungkin sebab seorang cikgu aku tu. tapi nanti sket la aku cerita. kiter mula dari kecik sampaila besar ye. hehehe
masa sekolah rendahyang aku ingat cuma cikgu2 yang mengajar untuk UPSR aku je dan beberapa cikgu lain yang jugak mengajar aku. tapi tak semua la. maklumla. dah 28 aku sekarang ni. nak mengenang peristiwa masa 12 tahun, agak sukar bagi aku. huhu.... cikgu BM, cikgu jawahir. cikgu math, cikgu omar dan cikgu Bi, cikgu vincent. cikgu lain yang aku ingat rasanya cuma ustazah aku ni je. sebab dia garang. ustazah Lijah. hehe. yang paling takot masa dia cek kuku. kalau kuku panjang, mesti kene ketuk dengan pembaris kayu. sakitnya. (aku tak pernah kene kot) hehe. lagi satu yang takot, kalau tak bawak buku or tak buat keje sekolah dia. huhu. mesti kene ketuk ketampi sampai beratus kali. lengoh lutut ni TUHAN je la yang tahu. nak balik jalan kaki ke rumah tu punyalah seksa. huhu. aku pernah kene sekali. tak tahu kenapa lupa sgt nak buat keje dia. sedih ada. malu pon ada. tapi tu pengalaman yang berharga untuk aku.
masa lower formmasa ni, ramai cikgu yang aku ingati. aku sayang semua cikgu sekolah ni. diorang ni memang tersemat dalam hati aku. aku tak tahu kenapa. mungkin diorang la yang banyak mengajar erti kehidupan di dunia ini. 1st time berjauhan dengan mak bapak, tentulah cikgu menjadi mak bapak kiter yang paling dekat. owh. rindunya nak berjumpa dengan cikgu2 semua. kalau dapat, rasa nak peluk je. hehe. tapi cikgu lelaki takkan nak peluk kan??
1) pn. norly....
aku rapat masa aku kene wakil ssekolah untuk kuiz geografi se mrsm. memang hari2 kene ngadap teacher ni. huhu... kene cover semua topik dari tingkatan satu sampai 3. dah la kitorang masa tu baru tingkatan 2. luckily, kitorang dapat nombor 3. so proud rasa masa tu. beza dengan orang yang dapat nombor 2 tu sikit sgt walaupon diorang hantar wakil tingkatan 3. so, sejak hari tu memang rapat la dengan maklong (kitorang satu sekolah panggil dia maklong sebab kitorang mengamalkan warga penyayang. generasi gemilang). sampailah sekarang. tiap raya. aku mesti nak pergi umah maklong. bergantung kepada jadual abang ku la. masa kawen hari tu pon, maklong tolong carikan orang buat kek untuk aku. thanks maklong. memang cantik. thanks jugak sebab hadir kat kenduri saya yang serba kekurangan tu. he,
2) ustaz hamdan
dia ni cikgu agama kelas aku. memang jadi kesayangan semua murid. maklumla cikgu bujang masa tu. muda lak tu. mesti senang nak masuk dengan kitorang terutamanya budak2 lelaki. suka sgt time ustaz mengajar. tak payah nak study balik. mesti dah ingat. tapi bahasa arab, aku memang terpaksa study balik. sebab aku memang bengap sikit kalau bab bahasa ni. lagi pulak, kawan aku selalu ajak aku jumpa ustaz ni nak bitau masalah dia pada ustaz memandangkan ustaz ni cikgu h/r dia. huhu. masa tu aku memang terasa kalau ustaz cikgu h/r aku kan ke best. huhu kepada cikgu h/r aku, teacher siti hajar. sori. bukan saya tak suka cikgu. masa tu saya sgt membenci subjek BI. jadi apa2 yang berkaitan BI memang saya benci sgt. setiap kali habis kelas BI, mesti aku menangis. tak faham. huhu. sedih. tapi takde orang pon tahu. diorang anggap aku ni terer. huhu. apa2 je la. so, lama2 aku baik dengan ustaz aku ni.sekali pandang, muka ustaz ada iras dengan laki den. hehe. cayang abang. (eh. tetiba abang masuk dalam ini cerita lak) :P sejak habis sekolah. memang langsung tak dengar khabar. hari tu buat reunion pon ustaz tak dapat nak datang. memang sgt berharap dapat jumpa ustaz walaupon tak dapat berborak. nasib baik ustaz ada akaun fb. jadi taklah terputus hubungan kami.
3) cikgu sharifah
cikgu memang superb bagi saya. huhu. pasal cikgula saya menulis blog bertajuk cikgu ni tau. semenjak cikgu dapat nombor telefon saya hari tu. setiap event mesti cikgu mesej kat saya. selamat berpuasa. selamat hari merdeka. macam2 la. malu saya. patutnya saya yang wish dulu kat cikgu. huhu. tapi kesibukan alam rumah tangga membuatkan saya lupa semua tu cikgu. maafkan saya. thanks sebab cikgu still ingat kat saya walaupon dah lama kiter tak jumpa. last kiter jumpa masa 2002 kan. masa tu saya pergi umah cikgu masa cuti sem memandangkan mak saya duk jauh masa tu. kesian cikgu terpaksa melayan saya ni. hehe. aku dulu suka sgt dengan matematik. atas faktor tu jugaklah aku rapat ngan cikgu sharifah ni. hehe. aku jugak pernah mengidamkan dia sebagai cikgu h/r aku. tapi takdir menentukan segalanya. cikgu. ilove u so much. miss u. kalau datang KL, bagitau la. kalau dapat jumpa, boleh kiter umpa (bolehkan abang??)
masa upper formaku mintak maaf banyak2 memang tak banyak yang aku ingat. mungkin pengalaman manis masa di lower form membuatkan aku merasakan diriku terlalu terasing di MRSM jasin yang memang gah. aku tak bangga walaupon aku pernah menjadi pelajar di situ suatu ketika dahulu. jahat kah aku?? sori sgt.
masa kat UTMsemestinya cikgu (eh. lecture la.) yang paling aku rapat adalah lecture PSM aku. dr. A. Aziz Saim. huhu. pada aku, dia memang seorang ayah yang paling baik pernah aku jumpa. kalau la abah baik macam dr kan best. hehe... abah tetap abah.
anyway... thanks to all my teachers. semua ilmu yang cikgu bagi memang tak ternilai.

Subscribe to:
Posts (Atom)