Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 30 October 2012

owh iskandar

astaghfirullah.... mmmm mengucap panjang ibu la sayang iskandar oiiii...

kenapakah terasa budak kecik ini semakin hari semakin 'mengontrol' ibunya....

hari tu (dalam seminggu jugak) aku rasa dia baik sangat. balik je rumah terus main. tak kesah pon ibu masak ke apa ke.... jadi terasa la teramat relaksnya. ku sangka kan panas hingga ke petang. tapi hujan di tengahari. huhu... lepas tu dia balik semula dengan perangai asalnya. menangis bila ibu bangun buat kerja. tolak ibu jauh dari dapur or sinki. ya Allah... berikan la hambaMu ini kekuatan. dia menangis semahunya sampaila ibu b erenti buat kerja. nak solat pon dia akan nangis. nak buang air pon sama.... owh... hibanya... tapi ye la kan. orang kata, anak yang menyusahkan mak bapak ni, bila besar nanti menyenangkan ibu bapa. sabar. sabar. sabar. walaupon kadang2 tak dapat nak bersabar. huhu... sedih.

mungkin sebab budak kecik ni lebey rapat dengan aku... tapi qis dulu pon kuat nangis jugak. huhu.. tapi bila dia nampak aku, dia takdelah sampai suh aku baring je. kalau tengah masak, suh dia sepahkan dapur tu, ok la dia... huhu.... entahla. setiap anak tu lain perangai nya kan... keadaan ni membuatkan aku tak dapat nak 'menambah'... tambah2 lagi denga kerja ayah yang tak menentu. takde orang yang nak kuharapkan...

qis pulak dah berenti menyusu badan baru dia senang sket di handle. tapi stilll bangun malam sampai la umur 3 tahun lebih. aku rasa sampai umur dia dah dekat 4 tahun. owh.. kalau ayah takde n kalau dua2 bangun serentak (kebiasaannya), bingit la rumah sekejap. tapi qis ni pandai pulak kalau ayah takde, jarang dia merengek... syukur ya Allah.

kadang2 jeles dengan cerita anak-anak orang lain yang ank diorang sangat la  baik. mendengar cakap. owh. memang jeles yang amat. setahun lebih dah pandai bawak diri. lagi2 bila dengan ipar duai yang aku tengok dengan mata aku sendiri... relaks sangat tengok diorang. budak2 ni pandai bawak diri. entahla. hanya Allah yang tahu apa hikmah di sebalik semua ni. mungkin bila dirang besar, baru nampak semuanya.... insyaAllah...

k la... hope semuanya akan ok suatu hari nanti. amin.

nangis je la sayang ibu ni

Monday, 29 October 2012

korban atau terkorban.. hehehe

Selamat hari raya aidiladha....

lambat wish.. huhu...
raya korban kali ni agak tak terasa sangat. sebab nya??? semua orang telah jatuh sakit. kecuali abangku sayang sorang itu... aku cuti dua hari awal. konon2 sajala nak kemas2 umah (hmmm biasala aku.. memang tak akan kemas rumah kalau ada si kecik dua orang tu.. aku akan amek cuti n hantar diorang umah pengasuh macam biasa sementara aku mengemas)... tapi malangnya. qis tiba2 badan panas. malam tu dia takleh tido. panas sangat badan dengan batuk tak berhenti. huhu...

jadinya tak jadi la semua plan aku. huhu...duk umah macam biasa melayan bebudak ni.. aku pon hari tu (rabu sebelum raya) kepala pusing dan pening... baby pulak asyik nak melekat macam biasa. biasala bila dah baring tu tido la bila baby tido. bila aku nak bangun je si kecik tu nangis.. aku pon rasa nak menangis jugak. huhu.. aku lapar ni Tuhan je yang tahu. nak masak memang tak dapat. hmmm... tengah hari, ayahnya amek budak2 ni bawak g kinik. masa tula sempat masak sket n sapu umah sket. rasa nak putus nafas.

kesayangan kami

balik je dari klinik, ayahnya cakap dr b itau ada kuman sket kat peparu... so, kene la makan antibiotik. alhamdulillah sekejap je baik batuk qis. tinggal aku je la yang tak baik2.

hari khamis. balik umah mak memandangkan budak2 ni still tak berapa sihat n aku tak dapat nak menguruskan mereka dengan baik...

pada hari raya. kami berehat aja. tak dapat sangat nak menolong mak sebab macam biasa bby tak bagi aku buat keje. dapat bekejar ke dapur time dia tido je la. aku pulak pening. aku rasa aku alahan dengan ubat batuk tu la. bila makan je pening nya (almaklumla orang tak biasa makan ubat). Tuhan je yang tahu. huhu...

sedih jugak la.. dengar cerita kawan2, ada yang dah buat ibadah korban ni. aku je belum. entah la. rasanya bila ada family ni, memang duit tu dilebihkan untuk keselesaaan anak2. insyaAllah tahun depan kalau ada rezeki lebey aku nak berkorban memandangkan dah habis hutang2 renovation rumah yang bermula sejak 2010. semoga cita2 murni kami (abang n aku) dimakbulkan oleh NYA.

Monday, 15 October 2012

putus susu

hmmm.. lama tak bercerita pasal budak2 berdua tu kan. asyik citer pasal keje je. pasal keje yang tak best tu. huhu... sebelum mula citer pasal budak2 ni.. nak betulkan statement sket...

huhu (perlu ke)
aku bukan tak suka orang balik 430 tapi kalau takde keje takpe kot. kalau banyak keje.. macam tak patut pulak. especially keje yang kene berurusan dengan pekerja swasta nih.. haish. entahla. apa pun, berharap semoga jabatn ni akan terus maju... huhu

nak citer lebih sikit pasa AIDIL ISKANDAR

budak ni memang budak manja. manja sangat. huhu.. susah untuk diceritakan. tapi aku rasa dia manja. tak tahu la kalau itu tahap biasa bagi ibu2 lain. huhu.. nak solat tak bagi. nak mandi apatah lagi. nak buang air pon kene bawak dia. huhu.. nak masak pon tak boleh walaupon memang dah design dapur supaya dia nampak aku.. sampai abang tanya aku balik... 'sayang nak abang pasang dinding ni balik ke?''' kiki.. main2 abang ye. saya cakap betul2 abang main....

tak tau ni gambar is ke qis.. hahaha.. main letak je. setahu aku is tak isap jari...
memang tak dinafikan si kecik ni aku tak marah dia. kalau qis dulu time baby dah kena jegil mata ngan ibu.... cian kan qis.. itulah jadinya kalau ibu lum ready nak jadi ibu.... bila dapat baby baru ni, memang belum sedia lagi tapi aku berjaya memujuk hati tapi bila dah aku rasa aku baik, baby lak termanja lebey.. kekadang tu, aku rasa perlu ke aku jadi garang.. huhu... rasa nak nangis je rasanya. garang salah. baik pon salah.

sekarang dia dah setahun setengah.. lagi 6 bulan cukup la dia 2 tahun... tapi makin melekat dengan aku. risau sangat. mcm mana nak putuskan susu ni. ada sesapa ada petua tak.. doa2 yang leh baca ke. tak sanggup dah rasanya. pedihnya... asyik luka je kalau ujung minggu. huhu... rasa time ujung minggu pon nak anta dia gie umah pengasuh, hehehe...

setakat ni masih mampu untuk mengelak pergi outstation sangat.. sepanjang dia hidup, baru dua kali la outstation.... tu pon mak kata dia tak tido malam. mak jaga sebab abang ada keje. sedeynya aku rasa... kali kedua, abang yang jaga. nampak ok sket. tapi masih meragam... aku pon badan je la ada kat situ... otak dah kat budak is tu. huhu...

dahla si kecik ni jenis bangun subuh... memang setiap pagi sepanjang setahun setengah ni berkejar2 je la... dulu masa qis, dia tido je sampaila umah pengasuh dia. entah pukul berapa dia bangun pon tak tahu.. tapi time malam la tak berapa nyenyak... bila dah pagi, dia tido senyenyaknya....

apapon,,, ibu doakan semoga keduanya jadi anak soleh dan solehah... amin

Thursday, 11 October 2012

aku dan kerja

owh.... baru habis dari dua minggu yang bz.... huhu... habis sudah aku bermitingan untuk unjuran projek-projek kesihatan seluruh mesia ni. keh keh.. bunyi cam gempak kan... pening tau jaga duit projek ni. nasib baik aku tak jadi akauntan. (sebenarnya tu la cita-cita aku dulu).... kan padan muka. Tuhan dah tunjuk walaupon tak sepenuhnya jadi akauntan.... just jadi kerani kewangan.. huhu... penat amek degree n masterpissss... akhirnya macam ni keje aku. hahaha.. apa pon, aku enjoy je. asalkan aku ada keje...

entah la. aku pon tak tahu nak cerita apa kali ni... mungkin nak cerita sket perbandingan tempat2 keje kot. huhu...

sekarang ni, aku tak berapa suka dengan attitude (ceh speaking la pulak) kawan2 sekerja aku dan jugak bos. hahaha. sukati aku je nak komplen bos kan.
member2 ofis ni macam dah kebiasaan punch untuk orang lain. aku memang tak suka mende2 macam ni (hahaha.. macam baik je.. aku memang baik pon... hahaha... xde orang puji, aku la puji diri sendiri). pada aku, kalau dah lambat tu, lambat la. kalau nak balik awal, bitau je la bos. pastu punch je la awal. kadang2 bukan kita sengaja kan. dah budak2 buat perangai. budak2 sakit n terpaksa balik awal. nak sorok2 pastu suruh orang lain punch. haish memang tak suka la aku.... diorang ni semua balik awal. ye la amek WP1... aku je terkontang kanteng kat ofis petang2 sebab balik kul5. tapi kekadang tu agak stress bila orang call petang2 mencari orang. pada aku memang tak sesuwai la golongan profesional ni balik awal.. tapi kalo bos pon kul 430 dah terpacak nak punch out, macam mana kan? sabar ajala.... bos pon selalu hilang. entahla. pastu kalau ada pon, nak tanya tak komfiden. last2 kene pikir sendiri. sabar ajala. memang patutla kalau orang awam selalu komplen oang kerajaan ni xreti wat keje. selalu takde kat ofis... tapi pleaseee la... aku bukan macam tu ok!!!

macam mana pegawai kerajaan nak dipandang tinggi oleh orang awam... kalau macam ni, sampai bila pon tak dapat la. dan bukan senang nak mengubah perangai orang ni...

banyak orang keje kerajaan sebab nak bekerja. nak dapat income tetap je. tak payah nak pikir sangat masalah kat tempat keje. entah la. amek mudah bak kata orang tuh. time nak pergi keje tak kesah kalau sampai lambat. tapi time balik nak on time (tu dari pemerhatian aku la)...

mungkin aku dah diajar bos pertama aku masa keje dulu. memang agak respek kat dia. dia jarang keluar tanpa sebab. kalau dia ada hal pon, dia akan bitau anak2 buah supaya kami semua tak tercari2 dia.. dia jarang balik awal, jadi kami boleh merujuk walaupon waktu dah petang jadi senang keje kami semua. dan dia paham betul pasal skop keje. huhu... cuma pening melayan kerenah konsultant je la. karenah supplier yang bukan2.

apa pun, semua pengalaman mematangkan aku. bukan senang untuk jadi seorang bos yang baik. kadang2 bila bos yang baik pon ada orang tak suka kan. dia tak suka sebab dia tak berapa nak baik. so, takleh nak 'menumbuhkan tanduk dan ekornya'... huhu

aiyooo.. apa aku merepek.. huhu.. realiti hidup....