Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Thursday, 31 May 2012

abang berkursus



owh sedihnya rasa hati ni.. lamanya abang berkursus.. jauh pulak tu... waaaa... camana ni. boleh ke aku. sekarang ni si kecik tu asyik buat perangai je. asyik nanges je. nampak gaya macam sama jugak peel nya dengan kakak dia. adoi... agak2 leh kururs la aku sepanjang abang takde ni. nak bangun makan susah. nak buang air susah. nak solat pon sama jugak. semua ditangisi oleh si kecik. tak tahu apa yang sedih sangat bila ibu bangun je dia nanges. owh

lepas tu, terpikir nak ikot mak pergi terengganu... tapi lepas call mak rasa macam malas. banyak songeh lak adik aku tu. suruh itu  ini.. malas la aku. time aku dulu takde pon dia nak ikot apa aku nak.. haish. geram pulak rasanya. baru je nak meredakan diri dari menggeramkan diri kepadanya.

pastu terasa jugak nak ikot abang ke langkawi. kebetulan jugak abah pergi sana jugak sampai 6hb. huhu... mak pon ke sana dari terengganu. tapi bila tengokkan jadual abgku.. rasa berat je nak pergi. rasa susah sangat.

ya Allah.. mudahkan la segalanya.




Monday, 28 May 2012

perabut dah sampai!!!

katil @ room 2

meja makan (saiz kecil)

meja makan (dibesarkan)....
:-D

Sangat best pada hujung minggu haritu kerana perabot yang kami beli telah pon sampai... bertambah rasa tak sabar untuk masuk ke rumah baru. insyaAllah kalau takde apa2 aral, kami akan berpindah lepas raya ni.

budak-budak
kami masih hantar kat rumah pengasuh dia seperti biasa... hope semuanya dipermudahkan. amin

Wednesday, 23 May 2012

anak dara den

ibu.. amek la gambar....

tengok tu.. kepala si kecik kat bawah tu... dengan lajunya dia datang kat kakak bila kakak pakai tudung. agaknya dia ingat kakak nak g jalan ke


zoom sket bagi dekat
haritu dengan tak disengajakan.. aku saja la nak pakai kan tudung kat si qis ni.. tetiba dia posing2lak.. aku pon amek la gambar... ish2.. dah besar dia kan.

Monday, 14 May 2012

kenduri

balik je dari jb.. aku berulang alik la dari seremban dengan rumah mak... bukan tak nak tido rumah mak. tapi dengan keadaan orang yang ramai, tak dapat rasanya aku tido rumah mak. budak2 pon nampak nya tak selesa dengan keadaan tu. jadi kami buat keputussan untuk balik umah seremban bila malam... nampaknya budak2 dapat tido dengan nyenyaknya...

pagi hari ahad tu 13 mei 2012, ingat nak datang awal. tapi biasalah qis tu banyak perangai nya bila pagi menjelma. apa lagi, tak dapat la kami datang awal... tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. rasa lega sangat bila semuanya dah selesai... adik2 ku yang lain, harapnya jangan la nak kawen dalam masa terdekat. semput den

gambar kami berempat.. rupanya dah lama tak ambil gambar berempat ni kan

bacaan yasin sebelum majlis bermula.. (kaum wanita sahaja) - tu mak den
tengah setup alat muzik

ayah bersama anak bujangnya


tengah setup meja makan... qis bersama pak udanya... adik aku no. 3

ni la pengantin nya... gambar blur pulak
kawan abang bersama anak dan isteri
bapa mertua ku

ibu mertua ku

adik2 iparku

adik ipar juga.. dengan anaknya...

bersama pengasuh qis dan kakak2 nya

qsi dan 'pokok kelapa' - budak tu sebenarnya tak tahu sapa. huhu

berehat selepas kenduri habis.. depan pagar rumah... - yang kiri tu, adik no. 4

penat ke abang sayang

hehe.. tak tinggal bunga telur ku....



terima kasih kepada yang hadir. sori kepada yang tak dijemput. tapi memang tak sempat sangat sebab bz nya minggu haritu...

Friday, 11 May 2012

ke JB

baru je balik dari terengganu kene pulak ke jb.. kalau ikotkan macam tak nak pergi tapi sebab kakitangan cuma dua orang. takkan aku nak biarkan member buat kerja sesorang. kesian pulak kat dia. tapi aku rindu sangat jb. so, dapat pergi jb tu memang dapatla lepas kan kerinduan aku pada jb.

budak2
huhu.. memang kesian tapi apakan daya.. tapi nasib baik abang ku bercuti. at least lega sket... si baby tu bukan nak orang sangat... so, bila abang ada nak jaga dia aku rasa sikit nak bekerja... qis macam biasa la dia. ok je. tapi baby nampak nya agak susah nak handle. malam pertama dia susah sket nak tido tapi bila malam kedua dah ok.. tu apa yang diberitahu abang la... thanks abang...

pandangan dari hotel thistle - traffic light kat hujung sana dah takde... jb sekarang dah banyak berubah. flyover sana sini

sempat pekena murtabak singopore yang digemari abangku.. dan otak2 jb

lawatan ke ciq

jalan-jalan (tanpa disengaja kan telah terambil gambar x-bos cawangan lama.. (dua2 tu)

dah habis melawat.. berkumpul.. pastu makan. pastu balik
masa nak balik ada peristiwa lucu terjadi. tapi tak sempat dan tak teringat nak ambil gambar... bas tak boleh lepas sebab ada kereta park kat tepi. last2 semua bos2 yang ada turun dari bas dan angkat sikit bontot kereta tu.. hehehe....

tapi bila balik rumah je.. si baby tu kalau aku bangun sikit je mesti dia nanges. mesti dia takut kene tinggal ibu lagi. cian dia...

Saturday, 5 May 2012

percutian tahunan

hmmm.. budak2 dah pon tido.. aku pulak melayan mata.. nak tido, macam tak nak tido... haish... jadi carila aku laptob untuk mengisi masa terluang.. (almaklumla dah tak berapa nak sempat menulis semasa waktu pejabat)..

seperti tahun2 sebelum ni,
2007- pre-honeymoon kat tioman
        -honeymoon kat bali (oppsss masa ni x isi borang kebenaran kuar negara.. ib x jadi pape)
2008-x g mana sebab bersalin qis (okeyla.. dah ganti kat 2007)...
2009-g terengganu
2010- g langkawi
2011-g port deksen je sebab baby kecik tu  x suka jenjalan.. dekat2 bole
2012- terengganu semula (takdirancang pon)... :(

kalau ikotkan percutian tahunan kami mesti bulan 7... tapi kali ni, tak dapat la kami buat... 1st sebab qis sekolah dan 2nd sebab dah over budget. yela kan. dah alang2 turun terengganu, kami pon meneruskan percutian kami la kan... abah, macam biasa kalau dah habis je majlis, memang segera pulang. takde istilah pusing2. jadi, bila kau dah berkeluarga, memang aku suka kalau dapat pusing2.. lagi2 bila abang pon turut bersetuju dengan aku...

percutian kali ni, memang mencabar. dengan is yang baru dapat kaki. tak reti nak kene pegang. asyik nak minta dilepaskan. nak berlari sepuas hati. tapi tak boleh la nak biar. ye la kan... bahaya. dah la jalan pon terhuyung hayang lagi....

dah la malas nak bercerita... letak gambar je la... :)

STAR ke tasik selatan

ERL ke KLIA



dah sampai mana ni??? tengok tu qis bukan main bergaya

dah dalam flight

gambar ni mcm kene rotate je...
tengok qis tu sibuk je ngan tali pinggang... nak amek gambar pon bo layan

kat rumah pengantin pompuan

merah sangat tak mak ngah

bersama mak ku

setelah dicari.. ni je gambar abang masa kat rumah pengantin.. hehehe

masa berjalan2


dialah budak paling bersedia bila suh pakai kasut sebab pakai ksut=jalan2

meh meh... kita g jalan

budak tak reti diam... kan dah kene tangkap ngan ayah.. nak amek gambar je sayang

sibuk nak makan sendiri

breakfirst sebelum pulang

hero ku berdua

ewah budak bujang tu..... qis usha sapa tu sayang

kita nak balik dah!!!!

sibuk pulak dia menulis

menantu sudah

akhirnya dapat la mak menantu sorang lagi....

jangan la dia jadi anak hantu macam aku. hahahaha...




memang terasa kepenatannya bila berjalan jauh dengan anak kecik dua orang tu. Tuhan je yang tahu. lebih2 lagi melayan si kakak tu. adik pula yang lebih cool berbanding kakak nya. ye la kan. Allah tu berikan kita apa yang kita termampu aja. kalau la dua2 buat perangai.. aduhai.