Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Friday, 29 March 2013

Happy 2nd birthday my son

sempat lagi menulis sebelum meeting.. :D

alhamdulillah...

semalam aidil iskandar bin khairul anwar dah pun berusia 2 tahun. takde apa yang ibu dapat buat. perancangan ibu nak buat kek masa rabu malam tu. tapi apakan daya. kita hanya merancang. Tuhan penentu segalanya.

semalam ibu merayau dengan ayah. cari kek. dengan mainan is la.. tapi kene beli jugak untuk qis. huhu... tu pon muka dah muncung sebab mula2 kami sorok mainan dia. hehehe.. buat muka sedey. sikit lagi nak mengamuk. ish... dah la bukan besday dia tapi nak mainan jugak. so... celebrate sikit2 je la.. macam biasa kalau kat rumah family aku memang diorang ni takde muka excited.. tu yang tak best kalau buat kat situ. tapi takpelah. asalkan budak2 gumbira.

muka aidil kehairanan. hehehe

ni je la mampu ibu buat... tapi dah terbuat awal pulak. hehehe

nanti ahad ibu buat kek ye sayang. kek beli aritu tak berapa sedap la. ibu malas nak buat kat rumah mak ibu. lagi selesa buat kat rumah sendiri. boleh bawa rumah kakak syafika kan. makan sama-sama dengan kakak ye. :)

Wednesday, 27 March 2013

taska

hmmm.. dah berapa hari duduk rumah mak je... sejak jumaat lepas...

kenapa??

hari jumaat pengasuh budak2 mintak cuti katanya nk check-up.. so aku ok ajela.. (memang dasar pemalas bekerja kan... hahahaha).. petang tu pulak dia call lagi mintak sambung cuti. katanya suspek ada batu karang. huhu... aku pon ok la sebab tengah duk umah mak. last sekali aku pon EL jugak ari isnin 25/3 aritu (sila rujuk entry sebelum2 ni.kikiki).. pagi isnin tu, akak tu call lagi saspek kanser pulak.. huhu... sedih.. harap semuanya ok dan hasben akak cepat sembuh
masa kenduri adik aku mei 2012 aritu
pakai tudung pepel tu kakak syafika qis.. yang pink itam tu 'mak' qis. yang merah itam tu kak ngah qis.

dalam kepala aku??

macam mana kalau abang tu terus sakit. takkan nak suruh akak jaga lagi. takkan aku nak hantar budak2 pergi taska. ke kene cari orang lain ke.. perancangan aku nak hantar budak2 sampai diorang sekolah menengah. (huyyooo perancangan tak hengat. hahaha)

aku fobia taska

kenapa

kawan mak aku ada bukak taska.. sebelum ni mak ada tolong dia jagakan taska tu sebab tak cukup orang. walaupon jaga cuma sehari. tapi macam2 mak bawak balik cerita. so, kesimpulannya kau jadi takut.

  1. budak2 nakal kene duduk dalam buai seharian. kalau bangun kene marah
  2. diorang mandikan budak2 pakai siram aje. amat menakutkan aku... selalu mandikan budak2 ni pon kalau  kene siram kat kepala camtu diorang menangis. huhu
  3. kalau dah nakal tahap gaban duduk seharian dalam buai tak dibagi makan. sampai nya hati diorang nih
  4. baby baru lahir pon dimandikan dengan air sejuk je!! sungguh kurang hassam ok!!!
  5. sampai je taska terus diorang salinkan pampers. walopon pampers tu baru ditukar oleh mak2 sebelum bergerak ke taska. satu pembaziran.. and orang yang berkira macam aku tak suka tu ok.
  6. entah apa lagi yang aku tak tahu
waaaa.. semoga abang tu cepat sembuh. seminggu ni kami bagilah diorang bercuti. walopon akak tu cakap dah boleh hantar budak2 esok. kesian la pulak. tadi call katanya diorang tido spital malam tadi. budak2 ni dah la nakal. huhu...


Tuesday, 26 March 2013

rombongan meminang

yeaaahhh.. dah malas nak buat koje

alkisahnya.. pergilah kami ke bandar maharani.... muar ler..

hari jumaat lagi aku dah balik umah mak. hahaha.. konon nak buat hantaran sikit2 lagi. tapi sudahnya tak buat pon. sebab macam takde apa nak buat. yang tinggal cuma barang2 fresh.. bunga dan buah.. so disebabkan esok katanya nak bertolak kul 11. aku pon mengambil risiko buat sabtu je la. hahahaha

selamat bertunang muhamad nooralfian zawawi
ni la hasilnya... pada aku ok la ni... tak melampau dan tak dela kurang.. cukup untuk keluarga bajet macam kami
bertuah betul budak pian ni.. disuruhnya buat jambangan bunga. huhu... terkulat-kulat aku buat. tapi ok jugak la kan. huhuhu.
masuk2 je.. aku terpesona.. siap pelamin ... huhuhu.. dekat luar siap khemah bagai.. tapi kami datang dah takde orang la.. diorang ada majlis kenduri kesyukuran kot pagi. hehehe
 
sesi bercakap-cakap
aku mendengar dengan kusyuk. hahahahaha

inilah dia tunang si pian.. sharina ke nama dia.. panggil ina je
sesi bergambar
budak yang asyik berlari ke sana ke mari

hai.. dah penat ke???

abang tak ikot. tugas membantaskan. membuatkan perjalanan dirasakan terlalu lama dan memenatkan. hmmm.. nasib si adzmi ada jaga budak kecik nakal tuh.

Monday, 25 March 2013

selamat hari polis 206

kepada abangku sayang...

selamat hari polis ke-206.. dengan ucapan semoga abang tak pergi sabah... huhu


abangku yang hencem (biarla orang lain kata tak pon).. ish.. pemandangan belakang tu tak menarik betul..  orang2 yang kene tangkap
gambar sempena hari polis...


dengan tidak sengajanya terpaksa EL hari ni tau.. semua abang punya pasal.. :P

Monday, 18 March 2013

owh oven

hujung minggu kali ni penuh dengan aktiviti buat2 hantaran untuk majlis bertunang adik 23/3/2013 nanti... eh. macam banyak nombor 3 di situ. hehehe. cumanya aku yang belum pasti dapat ikut tak ke majlis tu nanti.
gambar?? takleh tunjuk lagi. buah dengan bunga lum masuk. so next post la ye.. dapat tgk sekali gambar majlis. kalau pergi la. hehehe...

jumaat lepas.. sebab malas bekerja. aku pon baca la manual oven. hahaha.. baru nak baca kata ko.. rupanya  aku silap setting selama ni. patut la kek kadang jadi kadang tak. kiki... lepas baca tu naik balik semangat nak meng kueh kan diri. hehehe... patut la buat kuih kat umah mak lebih jadi bandingkan dengan kat umah sendiri. mana la aku tahu. hahaha... selama ni pakai oven biasa2 je. pusing masa suhu dah siap. ni ada fan la. xde fan la.. dabel heat la. single heat la.. kiki... (jakun kan aku)..
oven ku (opsss... gambar lama...)
hari jumaat mencuba tart telur. kebetulan adik abang datang. so buatla kuih.nak hantar dia esoknya. boleh la bawak ole2. hehehe... wah.. cepat betul masak.. kiki.. tu la ada manual tak nak baca.. selama ni menunggu bukan main lamanya. dan alhamdulillah sampai semban semua suka tart tu walopon masa buat bocor sana sini. kikikiki... orang baru belajar. macam tu la.. bagi mak sikit. dan seperti biasa. banyak komen mak. maklum la mak tukang buat kuih. huhuhu...
inti tak cukup dan malas nak membancuh telur lagi...
malam tadi, macam biasa xde bekalan untuk budak2 aku buat cheese kek. nak habeskan cheese yang dah lama dalam peti ais tu. huhu... dan yesss!!!... kali ni cis kek aku jadi.. memamng salah setting oven la ni. hahahaha... abang kata macam makan cis kek beli kat kedai.. kembang kempis aku dikatakan begitu. hehehe...

yang tompok2 tu mula2 nak masuk dalam piping beg pastu nak spiral kan.. tapi bila nak habis.... penat. terus letak je camtu. hahaha... teruk kan. malaas betul. lupa nak amek gambar yang dah potong. he.

Wednesday, 13 March 2013

rasa macam doc pulak.. hihi

semalam pergi lawatan kat site institut kanser negara... ikn

sangatla seronoknya. hahaha.. dahla isnin aritu el. pastu selasa masuk keje kuar gie site balik. hahaha.. pastu tak bitau bos pon. malas aku nak cakap walaupon bos aku nampak macam agak bersemangat untuk bekerja tahun ni. adakah kerana nama dia tercalon untuk APC!! ahhh.... dapat tapi tak buat keje buat apa... keje tu bukan dinilai tahun ni tapi tahun lepas. memamng amat menyakitkan hati... dan membuatkan aku bertmabha malas untuk keje. keje tak rajin pon dapat APC kan??

dahla tak bitau bos. aku dengan suka suki je bitau urusetia nak gi sana tamba bitau bos. hahaha..

sampai je sana.. mula dengan taklimat oleh bos yg jaga site sana. dia arkitek. tapi cakap dah macam doktor. tapi kalu doktor yang explain, aku rasa aku tak faham. so bila technical peaople yang explain.. i can understand better. eceh speaking u!!

apa yang buat aku teruja!!... tengok sendiri la equipment for cancer kat bawah ni.. mintak jauh la dari masuk dalam ni suatu hari nanti. dan terima kasih Allah sebab memberi aku ruang untuk tengok mende ni semua. he.

ke excited tan semua masuk ikn... hihi...
ni nma dia ct- scan
ni nama dia gamma camera... aku pon tak tahu apa fungsi dia... ada diterangkan tapi aku macam tak dapat nak process untuk masukkan dalam database aku ni. hahaha.. database la sangat
ni  tak sempat nak tulis nama dia apa.. cari2 kat gugel pon tak reti sebab tak tahu nama. hahaha.. fungsi pon macam biasa tak dapat. huhu.. fokus takde masa visit. hahaha


ni diorang kata MRI. aku pon tak dapat beza dia ni dengan ct-scan. nampak sama je. tapi diorang kata mende ni sensitif. tak boleh ada gegaran langsung. slab tu pon terpaksa buat post-tensen.. kene buat tebal sket sebab takut ada gegaran. hmmm.. sound intersting. tapi malang tak dapat tgk masa buat ni
ni.. katanya ct simulation.. nampak sama kan... huhu.. aku semakin kompius
 
ni katanya radiation machine. katanya mende ni guna untuk pecahkan kanser dalam badan.  cara dia??/ masuk kan radiasi dalam badan pesakit. huish ngeri kan bunyi nya. diorang kata jugak. masa diorang nak radiate patient, patient tinggal sorang je dalam ni. dahla sakit. kene tinggal sesorang lak. huhu...
dah lepas keje radiasi tadi.. pesakit kene duk dalam ward. tapi ward spesel. takde orang leh masuk situ. selagi radiasi dalam badan patient tak hilang. dan doc pon monitor dari luar je. huhu.. rasa macam penjara..
eh
ni bukan ward.. ni toilet.. ni bukan sebarang toilet tau. flush guna vakuum sebab bahan kumuh pesakit ada radiation. so kene buang dengan segera jauh. jauh. huhu

ni nak moniotar segala bagai gas. oksigen la. hiddrogen la.. apa2 gen la.. aku pon mana tahu pasal gas ni
dan dapat cap!!!... 


Tuesday, 12 March 2013

keje jadi jalan2 ???

6-8 mac 2013

1st time outstation untuk tahun ini. dan kali ketiga di cawangan ini... sangat susah hati bila nak meninggalkan si kecik.. sejak dapat tahu kene outstation.. selalu cakap dengan dia. nanti tido dengan ayah. jangan nangis aja... dia dengan gembiranya cakap oteyyy... angguk dan oteyyy!!.. huhu.. senyum ibu melihatnya... tapi kusangkakakn dia memahami tapi dia hanya sekadar budak kecik yang memang tak memahami keadaaan lagi.. hari malam pertama abang ceritakan dia tak dapat tido. setiap setengah jam menangis. abuuu,... ebu... ibu.... dan kadang2 jadi aibuuu... sedihnya hati ibu.. ibu pon tak boleh tido sayang... 

malam kedua, abang kata dia dah ok sikit. cuma merengek bila bangun malam.. huhu.. nasib baik bila siang dia ok.. hmmm ye la kan. siang dah biasa sepanjang hidupnya 2 tahun ni...

qis??
dia memang sentiasa ok asalkan ayah ada. 

hari kedua jugak tiba2 abang kata dia nk datang. yesss!!! bestnya.. dengan tak sengajanya kami telah melarikan diri dari kesibukan KL walaupon kuantan juga agak sibuk. huhu... tapi tinggal di impiana cherating cukup mendamaikan. bunyi ombak sangatla bestnya. :-D

sampai je sana. nampak laut... ya ALLAH!!! cantiknya. damainya
ngeh ngeh ngeh.. urusetia la sangat

huish.. minum petang bawah pokok.. tebaik la. tapi 2nd day makan dalam bilik meeting je.. sadissss

day two: lawatan tengok KK (klinik kesihatan ye,... bukan kota kinabalu).  ni la penagarah i. hehe.. kecik2 je orang nya. yang baju kuning tau

dental chair.. selalu pergi kk tak pernah pon naik atas.. opsss... sori kawan. termasuk pulak gambar u

menikmati keindahan pantai sambil menunggu abang dan budak2 sampai
muka bosan.. huhu... lambatnya bang sampai
(tapi abang cerita dia tak boleh bawak macam biasa sebab budak kecik tu nakal kedepan kebelakang...kesian abang kan. nasib adik ipar ada nak jaga si kecik tu)

mmm.. gmabr berjalan2 kat kuantan takde la pulak... semua dalam kamera.. malas nak donlod. huhu

Monday, 4 March 2013

tiada kata

sekarang tengah sibuk pasal cerita sabah dan kerajaan sulu...

macam-macam cerita yang dipolitikkan. aku timas sangat. politik semakin menjadi2. dan aku semakin rimas. semua cerita pada kau memburukkan antara satu sama lain. ish. apa ni!!! yang aku tahu semua pemimpin kita tu orang islam. sebagai orang islam bukan kah kita kene diam kalau dicaci. dicemuh.. teringat cerita Rasulullah S.A.W.. baginda tak pernah melawan balik kalau musuh buat apa2 yang jahat pada baginda. baginda diam. dan kalau mereka ada masalah, baginda akan membantu seikhlas hati...

hmm.. setahu aku

kalau betul pon apa yang dikata merupakan satu fakta. kalau kita bercerita tidakkah ia telah membuka aib orang. kita orang islam kan. orang islam tak boleh nak buka aib orang sesuka hati. dan kalau mende tu salah. lagila dah jatuh kepada memfitnah orang. wallahualam... aku pon kadang2 terlepas. ya Allah... ampunila dosa hambaMu ini.

balik pada cerita sabah tadi,....

setiap kali tengok berita isteri arwah menangis semahunya. aku rasa aku faham sangat perasaan dia. setiap kali tengok mesti aku pon sama menangis. memang tak dapat menahan hiba. tak dapat dibayangkan kalau abang kene ke sana. harapan dan doaku semoga semua ni selesai segera dan abang tak perlu lagi  ke sana. aku tahu abang teringin gak nak ke sana kan. sebab tu abang jadi polis. semngat juang tinggi. owh abang. saya tak sanggup. tapi aku pasti. Allah hanya menguji hambaNya yang mampu sahaja.

k lah.. rasa nakb erlinang semula air mata ni.

ya Allah selamatkan la bumi Malaysia ni... jadikan la pemimpin kami pemimpin yang berada di jalanMu ya Allah. bukan pemimpin yang sering menuding jari sahaja...

dalam kesdeihan mencari semangat untuk bekerja... rabu nak outstation pulak tu...

Allahuakbar..