Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Friday, 21 October 2011

meng gigi

semalam aku tak masuk kerja. ada wat apppointment doktor gigi yang memang dah lama tapi asyik bertangguh. kali ni memang dah tak boleh tangguh lagi sebab dah kesakitan  yang amat sangat.

bukan aku yer.. gambar ini telah berjaya kuambil dari google. thanks pakcik google. :)

memang hati ku berdebar sebelum masuk bilik doktor tu. sebab aku tahu aku memang seorang yang tak tahan kepada sakit terutamanya bila sakit gigi. abang pulak berkali2 pesan kat aku jangan menangis. dia dah tahu aku memang suka menangis. mana ada suka tau. just senang menangis. huhu. nak aja suruh abang tunggu aku kat dalam macam masa bersalin dulu. at least, bila abang ada tak terasa sangat sakit. sesungguhnya abang memang ubat aku yang paling mujarab. entahla. aku pon tak tahu. selalu kalau aku cakap aku pening, bila abang balik tiba2 je sihat. terima kasih Allah sebab berikan abang kepadaku. :D (dengan muka malu) huhu. mcm mengada2 pulak kan. tapi itulah kenyataan. cuma kadang2 je sakit tu tak surut walaupon abang ada, mungkin itu adalah sakit yang terlalu sakit.

bila dipanggil je. doktor pon tanyala aku sakit camana. so aku cerita la aku sakit gigi. nak makan sakit. takleh minum air yang terlalu panas or terlalu sejuk. pastu gigi aku patah masa pregnant haritu. huhu. kesian aku... bila doktor tengok2 n tekan2 (ya Allah... masa ni memang sikit lagi nak pitam. kalau doktor tu tekan lama sikit lagi je memang aku rasa aku dah pengsan. kepala dah mula sakit berdenyut2. hanya Allah yang tahu betapa sakitnya aku masa tu. air mata dah mula keluar. well as usual.)

lepas dia cek2 tu, dia diam kejap. aku pulak tengah melayan kesakitan aku yang tak terhingga tu. rupa-rupanya doktor tu tengah melukiskan gigi aku untuk diterangkan kepada aku. huhu. macam mana la aku nak concentrate dalam keadaan aku yang macam tu. tapi yang aku leh concentrate adalah kos treatment tu je. huhu. doktor kata kira2 rm2500. huhu. rasa bertambah sakit rasanya. disebabkan ketidakfahaman aku, aku pon menggugel la hari ni untuk mendapat maklumat mengenai rawatan akar gigi yang dikatakan. so, bolehla baca kat sini untuk korang tahu juga. atau mungkin juga boleh baca dari kementerian kesihatan ni. huhu....


so, sekrang ni tengah terpikir macam mana. mungkin mencari klinik lain untuk mendapat rawatan yang cheaper. untuk ke klinik kerajaan, aku rasa aku memang tak mampu untuk menahan sakit. huhu. dan decision aku yang terakhir adalah untuk mencabut sekiranya takde klinik yang boleh bagi harga yang lebih murah. owh. aku tak nak gigiku dicabut kerana aku taknak gigi yang tinggal akan beralih dan menyebabkan ketidak selesaan kepada mulutku (ni semua berdasarkan pengalaman kawan2 yang menceritakan pasal gigi mereka kepada ku)

harini... nak sambung buat minit untuk meeting hari tu dan menengok akaun untuk renovation rumah ku. hehe. tengah hari nanti mungkin aku akan keluar kerana ada barang yang perlu kubeli. lama jugak aku tak keluar yek.. :)

Wednesday, 19 October 2011

entah. blurr kot

hari ni xde apa yang istimewa. aku tak tahu kenapa. aku rasa semakin hari semakin suram kurasakan dunia ini. aku telah cuba sedaya upaya untuk positif seperti yang selalu dikatakan dalam mana2 nota/ blog/ ceramah motivasi. tapi aku gagal. dan sebab utama aku gagal adalah kerana aku tak dapat nak meminati semua ini. owh Tuhan. tolongla. aku rasa aku kat sini asyik nak menyusahkan orang. aku sedih dengan keadaan diri aku. tak boleh nak diceritakan macam mana yang dimaksudkan dengan menyusahkan orang tu. tapi itulah apa yang kurasakan. aku berharap sangat aku dapat segera bertukar ke tempat yang aku suka. supaya aku akan lebih ceria dan menceriakan orang sekeliling.

tadi padi, pergi ke majlis inovasi kementerian. saja la nak menghabiskan masa lapang aku kan. at least dah separuh hari ku terisi. :(

lepas tu, aku telah nekad menghantar surat permohonan untuk mendapatkan si 'pink'...

malam tadi baby macam tak sihat. dia tak leh tido. tapi yang pelik, aku tak pulak rasa ngantuk. mungkin kepala ni asyik berfikir mengenai diri ini. aku harap dia okla. biasanya kalau dia tak boleh tido, dia akan banyak tido rumah 'mak' dia. tu yang aku tawakal untuk ke ofis jugak. teruk betulla aku. semoga baby ok di rumah emaknya.

esok nak ke klinik gigi untuk membetulkan kerosakan gigi aku ni. dah lama aku menderita kesakitan gigi. masa pregnant aritu patah tapi masa pregnant tak dibenarkan untuk 'menggigi' kerana darah pada waktu tu agak cair dan merbahaya untuk membuat sebarang treatment gigi. tapi selepas habis pantang, asyik ku tangguhkan sehingga gusi mula senang berdarah, akhirnya terpaksa juga ku teruskan berjumpa dengan doktor yang paling kutakuti di dunia ini. huhu...

dan sekarang, aku kene buat minit mesyuarat. (bosan kean keje aku).. ni meeting semalam punya.

k lah. daaaaaaaaa

Tuesday, 18 October 2011

like this picture

gambar ni aku dapat dalam fesbuk. aku suka sangat. nampak memang la gambar ni tak betul tapi cute sangat.
macam ni ke baby ibu duduk dalam perut ibu. ala tomeinya.

gambar yang sungguh kiut

dan inilah kedua bucuk ibu yang dah pon besar. itulah muka budak yang suka tendang perut ibu dulu kan. lagi2 si adik ni. aktif betul. kalau ibu lepas makan, bukan main lagi dia tendang2. suka makan ye sayang??.. sekarang ni pon aktif dan kuat. juga kuat makan. kalau boleh semua dia nak makan. tak sedar diri la tu dia kecik lagi. hihi... baru enam bulan lebih dah nampak begitu agresif. dah boleh nak memanjat dah. cepat ke dia berjalan???  kakak dulu selalu diam je dalam perut ibu tapi suka aktif time ibu tido malam2. sampai sekarang kakak tido lambat setiap malam. huhu. apa sahajalah wahai bucuk ibu ni. 10 bulan dah pandai berjalan sikit2 dan masa umur setahun, dah boleh lari. dia bagi hadiah untuk diri dia sendiri. :D

bermain bersama
tido bersama

Monday, 17 October 2011

graduasi

hari ni aku terlewat. huhu. penat. kali ni memang terlewat betul selalu setakat lewat ngam2 kul 8 tapi kali ni dah terlajak. huhu. apa la nak jadi ngan aku semakin pelupa dibuatnya. huhu.apa pun, lantak la. yang penting aku datang keje hahahaha. (gelak ala jahat gitu).

pagi tadi, aku bangun mcm biasa tapi tiba2 sampai kat lif blok 'mak' budak2 ni tiba2 aku terperasan aku terlupa sesuatu. susu baby!!!! owh tidak. gelap ku rasakan duniaku. (haha poyo seh). sebenarnya rasa biasa je tapi yang aku bayangkan cuma jalan yang jem. hohoho... kalau ikotkan hati nak aja aku ponteng lagi di hari ini tapi owh... aku baru buat minggu lepas. segan dengan bos je. kalau la muka aku tak tahu malu, memang aku tiada di kerusi yang aku duduk sekrang ni. masa patah balik tadi, aku terus je la bawak kereta ke rumah mak dia kan. dah tak larat nak berjalan ala carli caplin. tapi masuk je satu lorong tu, aku tak berani la pulak nak masuk. terpaksa keluar balik n amek lorong lagi satu. huhu... sabar ajala. parking sesuka hati je. tapi nak wat camana. kawasan tu memang takde parking.

tiba2 berdebar lak teringat meeting transfer berlangsung minggu ini (eh.. apa lak citer pasal transfer lak ni. huhu)

dalam kelam kabut aku di pagi hari, sempat pulak mak budak2 ni mintak cuti 28hb ni. huhu. tiba2 je aku sedih la pulak. aku suka cuti tapi aku tak suka. huhu apa ayat aku cakap ni. entahla. so, nampaknya terpaksala aku cuti minggu depan ni. cuti. cuti. cuti. raya haji nanti cuti lagi. cuti. cuti. cuti. dia kata, dia nak cuti sebab anak dia nak grad (anak dia sekolah mrsm sekrang ni).

sebenarnya pagi ni aku nak emel kan bos aku pasal taklimat produk yang aku kene attend hari jumaat aritu. tapi disebab kan aku tengok dia takde, jadi aku melengahkan hasratku itu. nanti la aku buat. hahaha.


majlis graduasi mryt-mara dungun
masa tu jugak aku tetiba teringat suatu masa dulu sewaktu aku form 3. (kenapa aku teringat form 3 je. form 5 pon aku ada grad jugak)...  rindunya rasa. rasa nak terbang balik ke sekolah tu. mungkin sebab itu adalah graduasi ku yang pertama jadi ia lebih terkesan di minda ku berbanding yang lain. dikesempatan ini, aku ingin berterima kasih kepada cikgu2 (walaupon, cikgu2 tak baca blog  ku ini) kerana mendidik kami semua menjadi orang di waktu kami berjauhan dengan ibu bapa kami. owh syahdu pulak ku rasakan di pagi hari ini. kawan2 jugak sebab sudi berkawan dengan aku pada masa itu aku agak tidaklah peramah. sekarang pon sama. hahaha. terima kasih semuanya.

xde cerita pasal anak2 hari ni??? takde kot. sebab aku tengah beremosi sket hari ni. asyik merindu kepada masa2 lalu. kenapa aku selalu macam tu ek? padahal semua benda tu dah lepas. sudah2 la kan.

Friday, 14 October 2011

masak ala romantik :)

aku masih di sini
hari ni 14/10 dan aku masih di sini. memang telah gelap semuanya semuanya musnah bak cermin yang pecah berderai. ya Allah, berikanlah aku petunjukMU agar aku lebih ceria dalam menghadapi hari mendatang seperti sebelumnya.

oklah. itu adalah doa sebelum memulakan bicara hari ni. semalam aku telah bercuti. so, tiadalah entri untuk kali ni. petang ni aku kene pergi taklimat produk. adoi. kalau ikotkan malas sebab aritu dah pergi tapi rasa macam alien je duk situ (kalau tak pergi pon takpe sebenrnya.. aku pon kompius dengan bidang tugas aku). apa pon, aku nak pergi sebab aku memang tak suka duk dalam ofis. lantak la. mcm alien ke. mcm apa2 ke. aku nak keluar. nampak nya takdelah joli2 di tengah hari jumaat yang mulia ini. hehehe.

dah la pagi2 buta tadi aku nampak lagi bas yang langgar aku tu. memang dia bawak macam pelesit la. laju giler. takot sgt. memang aku seram dengan bas sekarang. waaa.. sampai bila fobia ni nak berakhir...

lampu letak kat tengah2....

lampu kene alih untuk menerangi kat meja pulak. huhu

k lah.. berbalik pada tajuk. hehe.
baru2 ni lampu dapur rumah aku terbakar. pagi tu aku buka lampu tiba2 tup. bunyi letupan kecik. huhu.. so petang tu adik aku berusaha untuk membetulkannya memandang kan abang berugas haritu. mula2 tukar mentol. pastu tak hidup jugak. try tukar starter pn sama. huhu. sedih. sudah pastilah sebab musabab nya adalah kerana wiring. adoi. camana nak masak ni. tiba2.. aku mendapat idea untuk menggunakan lampu tido. nasibn baik la ada lampu ni. thanks kepad sapa yang bagi lampu ni. (ni hadiah kawen aku sebenarnya)... pastu aku sms gambar ni kat abang. dia kata romantik. hahaha... romantik tak?? sebenarnya risau jugak sebab takot wayar tu kene api. huhu..

lepas memasak, biasalah main2 ngan si kecik ngan kakaknya.
baby yang tak sabar nak naik mende alah ni

bergambar bersama sambil si kecik menghisap pelam dalam fruit feeder dia.

bila dah dapat naik, tak cukup lantai dia berlari ke sana dan ke masir

*penat aku pikir macam mana nak masukkan  gambar2 dalam tepon ni masuk dalam pc. penat jugak aku mengorek kotak2 lama nak mencari kot2 ada perlu menggunakan cd. sebab seingat aku sebelum ni (kat ofis lama) rupanya tak payah. cucuk je usb tuh. huhu. penat tau mengangkat kotak2 tu sume. berpeluh peluh dibuatnya. tapi apa nak buat. aku ni dah nyanyuk rupanya. so, lepas ni boleh la meletakkan blog bergambar. hahaha.. apa la aku ni.

malam tadi, terdengar kereta yang membingitkan. eee geram sgt. risau kot baby bangun sebab aku banyak lagi keje nak buat. nak lipat kain la apa la kan. kakak memang tak hirau aku la. dia wat hal dia. tunggu dia besar sket baru la nak mintak tolong. huhu... kenapa la ada orang suka nak modify kereta dia sampai bunyi begitu. bukan ke dah elok kereta yang diorang beli tu. tak paham aku!!!!

misi mencari pembuat roti untuk mak masih belum tercapai. :(




cara mendidik nafsu

Sebagai manusia kita memang ada macam-macam jenis nafsu. Nafsu amarah, nafsu makan, nafsu shopping, nafsu mahukan kuasa, nafsu seks, nafsu nak kejar "glamour" dan macam-macam lagi. Namun, jauh dilubuk hati yang masih terpalit dengan iman ini pula mahukan keadaan yang lebih baik. Persoalannya, bagaimana caranya agar kita boleh mendidik nafsu?

Ini adalah suatu kisah yang saya sendiri kurang pasti akan sumber dan kesahihannya. Semasa Allah mencipta Nafsu maka Allah tanyakan kepadanya "Wahai Nafsu, siapa kau dan siapa Aku?". Maka Nafsu pun menjawab dengan angkuhnya pada Allah yang menciptakannya "Kau adalah Kau dan aku adalah aku".

Lalu Allah campakkan Nafsu ke dalam neraka Jahanam yang menyala-menyala selama sekian waktu. Lalu Allah berkeluarkan Nafsu dan bertanya lagi "Wahai Nafsu, siapa kau dan siapa Aku?". Namun, Nafsu yang Ego, Bongkak, lagi Angkuh menjawab "Kau adalah Kau, dan aku adalah aku".

Lalu sekali lagi Nafsu dihumban ke Neraka Jahanam agar dia bertaubat untuk sekain kalinya. Kemudian Allah keluarkan Nafsu dan bertanya lagi "Wahai Nafsu, siapa kau dan siapa Aku?".  Namun Nafsu masih dengan jawapan yang sama "Kau adalah Kau, dan aku adalah aku". memang tak makan ajar sungguh si Nafsu untuk tunduk dan mengakui Allah sebagai Tuhan yang Esa.

Lalu Allah biarkan nafsu dengan lapar dan dahaga untuk sekian waktu. kemudian Nafsu ditanya lagi, "Wahai Nafsu, siapa kau dan siapa Aku?" Lalu Nafsu menjawab dengan rendah diri dan patuh "Sesungguhnya, Engkau adalah Allah tuhan yang Maha Esa, dan aku adalah hambaMu".

Demikianlah perihal bagaimana Nafsu dapat dididik agar tunduk dan patuh kepada Allah. Maka, marihal kita sama-sama mendidik nafsu kita dengan berpuasa. Wallahua'lam

Wednesday, 12 October 2011

tawaf

banyak mende yang bermain difikiran ku ini. tapi tak terkeluar. tapi aku paksa jugak supaya dia keluar sebab aku rasa aku kene meluahkan segalanya supaya lepas. nak meluahkan kat orang takot orang bosan takpelah. sini pon jadila kan.

berbalik cerita mengikut title kat atas (dah rasa nak tergelak dah ni).. semalam tengah nak semayang maghrib, tiba2 qis nanges.. terus je aku tengok. apa sudah terjadi. adik aku kata bukannya sakit pon. aku pon takde dengar kepala terhantuk.

ibu: 
dah duk betul2. meh duk atas kerusi yer. sambung makan jagung ni (masa tu dia tengah makan jagung)
qis:
(terkelip-kelip tengok ibu) waaa... (aduh nanges makin kuat lak. buat2 tersungkur balik)
ibu:
tula.. sapa suruh main adik punya walker. kan dah jatuh (dia letakkan kaki dia kat walker tu kot. bila walker jalan... dia pon jalan la. terus tergolek dog).. dah2 duduk makan jagung yer. ibu nak sembahyang maghrib ni. qis diam ye. makan ye.
qis:
(nangis lagi2 lagi dan lagi)
yan (adik aku):
dah2. makan meh. duduk ngan cik yan ni. adik tengok ni. malu la. (dia dokong baby is. aku pulak solat la sebab dah lambat. huhu)... berlakulah sesi pujuk memujuk di situ.

aku pon solat la. pastu aku tengok qis pergi merangkak kat meja (haish.. tengah sembahyang pon menjeling2. astaghfirullah.. nampak sgt tak kusyuk). aku ingatkan dia nak amek sesuatu atau pon amek jagung dia yang bersepah ke (sambil menangis). tengok2 dia pusing2 meja tu sambil menagis. adik aku dah mula gelak2 sambil bertanya qis buat apa tu tapi dia tetap menangis sambil membuat pusingan baru. dah masuk dua tiga pusing adik aku dah ketawa terbahak2. aku pulak rasa nak gelak jugak je. huhu.. aku tengah solat. hai la. qis. qis. agaknya dia nak cover malu dia jatuh tu. tu yang buat ntah apa2. hahaha.. aku nak gelak guling2. tapi adika ku berjaya memujuk dia dengan mengalihkan perhatian dia. ajak dia main lego. buat rumah. syabas yan. hehe....

lepas solat je aku meneruskan rutin biasa. memasak. memasak simple2 seperti biasa

pagi tadi.. pukul 6 baby dah bangun. huhu... agak payah jugak nak menguruskan diri bila si kecik dah bangun. tapi aku berjaya. abang bangun bila aku kejutkan dia untuk jaga si kecik tapi tido balik pastu. huhu... penat sgt la tu. huhu. sabar aja la.

di ofis... seperti biasa. tak tahu what to do. pagi tadi dah call cawangan negeri. pastu dah entah.. termenung lagi lagi dan lagi. bloging la. apa lagi. fesbuk dah suram. twitter yang baru ku kenali jugak memeningkan kepala. huhu. dah la minggu  ni not in mood. tak tahu la kenapa. tapi aku rasa aku masih berharap dengan itu 'pink' walaupon selalu ku pujuk diri untuk redha. Allah tahu apa yang Dia buat... ya Allah.. tabahkanla hati hamba Mu ini... meeting pulak batal. entah apa2.

dah la. kalau sampai bab tu, mesti rasa nak marah. sebelum kemarahan keluar dengan lebih membara. baik lah aku stop. semoga luahan ku ini tidak membosankan walaupon aku tahu luahan tang ofis tu agak menjengkelkan.. huhu. aku pasrah

thats all. thank u

mari menyanyi

rasa nak menyanyi la pulak. huhu.. tengah layan lagu ni. best. terbawak2 dengan cerita cinta elysa. layannnnn.. zasssss,....

Lirik Lagu Stacy – Kisah Dongeng

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
(korus)
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
(ulang korus)

Lirik Lagu Hatimu Milikku – Nera AF9

Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku
[*]
Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu
[**]
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu
Kan kuabadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
Ulang [*][**]
Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku
Ulang [*][**]
Aku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini

Tuesday, 11 October 2011

pot pet pot pet

hari ni?? tak tahu nak tulis apa. tapi yang pasti aku mengantuk. huhu. kan best kan kalau dapat tido sekejap. huhu. nak buat keje tak tahu nak buat apa. owh. kalau tidak mesti tak terasa kengantukan ku ini. apa pun, itulah hakikat kehidupan.

malam tadi, semua balik lambat. ayah balik lambat. adik aku si yan tu pon balik lambat. huhu. bila xde yang menjaga si kecik seperti biasalah aku makan nasi ngan telur je la. nak tak nak. sedap tak sedap kene telan jugak sebab aku kelaparan. malas nak dengar si kecik tu menjerit semata2 nak memenuhi nafsu nak makan lauk best sikit. makan telur pon jadila.  bestnya kalau ada keropok makan ngan telur pastu kicap. tapi keropok xde pulak. bukan tak mo beli tapi tak semua keropok tu sedap. huhu...

abang balik je terus menggodek pam susu aku. pastu dia jumpa sesuatuu. rupanya boleh laras kuasa sedutan pam itu. hahaha... setelah qis besar baru aku tahu. hai la badan. sib baik lum beli pam baru. macih abang kerana menserviskan pam kecik itu.

pagi tadi tiba2 qis tak nak pergi rumah 'mak' dia. huhu. tak pernah dia berperangai begitu. selalu kalau diajak mesti dia suka. otak aku mula fikirkan yang bukan-bukan (tak baik kan aku???). mula fikir apa yang mak dia buat kat dia. apa yang kakak ngan abang dia buat kat dia sampai dia tak mau pergi sana. dah la aritu dia kata mak marah baby. sedih aku bila mendengarnya. baby pulak kebetulan aritu muka monyok je. xde mood tak seceria selalu. owh sedihnya. hanya Allah sahaja yang tahu,

tapi, ku kuatkan hati. pujuk hati. budak2 biasanya cerita yang bukan2. aku pulak memang tak suka nak terjah2 rumah orang tak tentu pasal ni. huhu. aku fikir semula. mungkin dia takmo pergi rumah sebab dia ingat ibu tak keje. ayah tak keje.

ibu: 
jom kakak kiter pergi rumah mak
qis: 
tak nak... (sambil menangis) ayah... (menjerit memanggil ayahnya yang sedang buang sampah).. ayah nak pergi mana. ibu nak pergi mana
ibu: 
ibu nak pergi keje la. ibu kan keje hari ni.
ayah: 
ayah pergi keje sayang.jom kita pergi rumah mak
qis: 
tak nak (nangis bertambah kuat) nak susu (saja nak melengah kan keadaan kami yang memang nak cepat di pagi hari)
ibu: 
tu la ayah. gatal lagi nak tengok bola. tengok anak ayah ni (ibu pulak bebel kat ayah)... dia tak puas lagi nak manja ngan ayah dia...
ayah: 
(diam je sambil mendokong anak kesayangannya tu) tak tahu lah mengiyakan atau mentidakkan apa yang aku bebelkan tu
baby: 
tersengih2 dan tergelak2 kecil bila diagah. dia memang tak banyak ragam kalau perut dah kenyang.)

tula sikit2 kekalutan yang berlaku pagi  tadi. hehe. macam best pulak buat blog versi dialog macam ni kan.... macam mana la keadaan dia nanti kalau sekolah. berperang la kami berdua nak mandikan si kakak yang kuat nangis ni. adoi.. camana. camana. semoga baik2 aja nanti.

hari ni??? buat tak tahu je. esok adaa meeting tapi meetung hala tuju??? apa kes?? macam bahagian ni baru buka. baru nak pikirkan hala tuju. apa?? selama ni buat apa. ahhh.. pedulikan la. yang penting aku siapkan keje aku (ada ke??)

alkisahnya laporan untuk hari ni.

10 KELEBIHAN COCA COLA????

10 KELEBIHAN COCA COLA????



" Fakta seperti yang tersenarai
dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains
kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia
mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam
kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2
gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku
kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba
tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah
diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang
dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama
sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2.
Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan
selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang
dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian
untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh
tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta
jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan
Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan
'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin
Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6.
Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.
Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi
berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/
melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna
tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8.
Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti
suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan
tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam
lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti
dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis
: bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan
untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta
berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah
bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para
pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin
lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10.
Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntahKenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi Disampaikan
oleh seorang sahabat.....

Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada
ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat. mesir dulu, dia
punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang
egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara
fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dianak carik jalan untuk serang
cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok
study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of
the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce
coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the
reproduction organs for both men & women. menurut mamat tu, kat
israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat
dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak le mandul!
kalau korang pernah terima forwarded email pasal bertapa cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cucitoilet!
and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a
wee bit late.

so kalau minum banyak & atthat time baru lekat
zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat
Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies, Masih
tidak pasti kesahihan artikel ini, namun jika ia benar bayangkan
apabila ia masuk kedalam perut kita, bertambah sihatkah kita.. jika
tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah
untuk agama kita..

Monday, 10 October 2011

7C Sebab Suami Benci Isteri

dari dr Fadzilah Kamsah




C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri.... Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...


C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...


C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.


C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.


C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...


C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.


C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....


7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Renungkanlah.....
~LB~

cerita ku hari ni 10.10.11

hmmm... apa nak cerita hari ni ek..
aku kene buat sesuatu juga hari ni.. kalau tak mesti aku mabuk kalau balik umah  nanti. huhu.. opsss... bukan mabuk tu yer. tak tahu kenepa kalau tak buat pape dekat ofis , mesti aku balik umah akan kepeningan. so, kene menyibukkan diri. hhu.. tapi tula. sibuk pon setakat sibk memerah otak untuk memblog. haha... at least ok la daripada xde wat pape. dan kene bagi assignment kat diri sendiri contohnya cari menu untuk petang nanti ke. tapi balik2 lauk sama gak masak. haha. survey2 harga barang kat internet ke. huhu. sedih betul rutin harian. tapi takpe. aku akan hayati setiap detik ku bersenang lenang di sini. (haha.. ayat memujuk diri)

pagi tadi, macam biasa baby akan bangun pukul 630 pagi.. so seperti biasa aku kene bersiap sebelum dia bangun. dah 3 bulan macam tu kan diam tak diam (selepas habis cuti bersalin). tapi sekarang dia dah pandai. nampak aku cantik2 (cantik ke. haha.. ala pakai baju kurung pakai tudung, kira cantik la tu bagi seorang anak. kan kan kan), dia tak senang duduk (baring) dah. mesti nangis. mintak dokong. huhu... aku tak kesah kalau ayahnya ada tapi bila ayah takde aku jadi kelam kabut. jumaat lepas aku terjaga kul 630. ya rabbi!!! aku masuk bilik air je baby dah nangis. huhu... penat rasanya pagi tu. tapi keadaan masih boleh dihandle. hehehe. :)

ni la saya punya. huhu... jangan la rosak dulu. tunggu baby is besar ye.. huuhu


dah la agi tadi tak dapat nak pam susu. hhuhu.. pam ni dah buat hal ke?? agaknya sebab jatuh haritu kot. sedihnya aku. malas nak beli baru sebab aku memang tak berhajat untuk mempunyai anak ramai. tu yang aku beli biasa2 je. ingat sempat la untuk 2 orang anak. aduhai. camana ni. perlukah aku menukar yang baru. oh tidak.. nanti aku yang rasa tak berbaloi sebab pakai sekejap je (dalam setahun lebih je lagi).. waaaa.... sedih pulak. dulu qis aku tak payah nak susah2 pam susu pagi2 sebab dia bangun lambat. dan susu yang beku pon dah dapat dicairkan bila dia bangun pagi. tapi baby ni tak boleh. sebab dia memang bangun awal dan memang kene bagi susu di pagi hari. takpela.. aku akan pikirkan nya semula dan berbincang dengan abang ku sayang. huhu...

hari ni aku nak servey bread maker-BM (yeah... itulah assignment utnuk diriku pada pagi ni). dengan servey pam susu jugak. in case kene cari baru. huhu.. (sedih pulak rasa). opsss tapi bread maker tu bukan untuk aku. haha. seperti sedia maklum aku ni malas. saja servey sebab tengah berkira nak belikan mak apa.(15.10 ni besday mak) ingat nak belikan mesin jahit. tapi aku rasa tak kesampaian pulak. sebab mesin jahit mahal la. huhu... kene saving sikit lagi untuk menyampaikan hasrat ku itu. setakat ni, aku rasa macam nak beli BM brand tesco jugak je macam yang dalam blog liza. hehe.. dan mencari2 resepi untuk membuat roti bersama mak. hehe.
bread maker jenama tesco
dapat buat roti ni best ni.. huhu


insyaAllah, bila budak2 dah besar, boleh la aku pulak buat sendiri dan masak best2 untuk semua. untuk abang, qis dan is dan sesapa yang rasa nak makan masakan aku la (haha.. ye ye ooo ye aku ni). bukan apa, sekrang ni masak simple2 aja. sebab lama sikit je si kecik dah menjerit. huhu. duduk dapur tu bukannya penat pon tapi bila kene jerit macam tu penaaaaat sgt rasa. semuanya rasa terkejar-kejar.

apa lagi nak cerita ek... huhu.. dah dulu la buat masa ni. aku nak meneruskan cita2 ku membaca buku dan membuat 'assignment' tadi. hehe. malas nak bercerita mengenai sesuatu yang tak best.

Friday, 7 October 2011

emosi 2

"Emosi negatif seperti dendam, marah, sakit hati, benci, dengki, cemburu, kecewa, hampa, meruntuhkan motivasi. Kesemua rasa negatif ini membuat Anda merana. Anda tidak ada dorongan untuk bertindak melakukan apa-apa.

Rasa cinta (love), rasa seronok (passion) dan rasa kesyukuran adalah getaran emosi positif yang paling kuat. Kebanyakan orang berjaya ada ketiga-tiga emosi ini dalam diri mereka"
sesungguhnya aku telah cuba sedaya upaya aku untuk tidak beremosi negatif tetapi aku gagal. aku telah cuba sedaya upaya aku untuk sentiasa gembira tapi semuanya sia-sia. luaran  ku mungkin nampak tenang dan bersahaja tetapi hakikatnya aku memberontak. 
ya Allah.. berikanlah kekuatan kepada hamba Mu ini.....

tip perkahwinan

TIP PERKAHWINAN

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ...ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Thursday, 6 October 2011

kisah dua budak kecik

lama juga aku tak menulis pasal budak2 dalam ni kan. asyik bercerita pasal aku. pasal masalah aku yang entah pape. pasal rumah. pasal kereta. huhu.. buat sakit otak je semua mende tu. baik cakap pasal budak2. lagi best. kan. kan.

tapi, bila nak tulis xde idea lak. hmmm.. nak tulis gak.
dah besar sayang bucuk ibu. qis sekarang dah 3 tahun 3 bulan. is pulak dah 6 bulan seminggu. tak sangka kan dah dua anak. rasa macam baru je jumpa abang. huhu. kalau difikirkan apa yang jadi, memang tak pernah aku menyangka. tapi inilah kenyataan. dan aku berharap agar aku akan menjadi seorang ibu yang berjaya. super mak. juga seorang isteri yang solehah. huhuhu. amin.

ayah bersama anak bujangnya

malam tadi
dalam pukul 3 lebih. baby macam resah gelisah. hisap susu sket lepas. pastu banyak kali jugak la dia buat macam tu. dalam hati aku, kenapalah budak kecik ni. takleh tido ke. tula sapa suh tido awal. hehe. kata ibu dalam hati. (apala ibu ni, tido awal salah. tido lambat pon salah). tiba2 aku teringat. dia berak kot. aku pon bangunla dengan malas. tengok2 betul dia berak. dah 3 kali dia berak malam2 macam ni. hehe. is. is. kan dah kene siram pagi2 buta. tapi dia macam biasala. bukan tahu sejuk ke apa ke. senyum2. siap nak main air lagi. huhu. pas siap pakai pampers semua, aku pon suruh la dia tido balik. tapi dia macam tadi jugak. suh menyusu pon tak nak. dia macam nak ajak aku main. huhu. sabar ajela. tak pernah dia wat macam ni. sayang.. tido la. esok ibu keje. nanti esok kita main lagi ye. pastu dia diam kejap. pastu dia sambung main lagi. siap nak kejar lampu tido lagi. last2 terpaksalah tido bergelap. nasib baik kakak dia tak sedar. kalau tak, mesti dia menjerit suh pasang lampu. dah tutup lampu, dia tertarik ngan suis2 yang menyala kat extension lak (tengah charge tepon).. huhu.. terpaksa aku mengalih kan kedudukan supaya dia tak nampak mende tu... akhirnya dalam kegelapan, dia tertido semula. esok subuh2 dia dah terjaga bila terdengar suara ayah. bangun je sengih2. memang susah nak dengar dia nangis. agaknya dia hari2 dengar ibu cakap kat kakak, ibu tak suka budak nanges... alhamdulillah.. kalau dua2 suka nanges, tak tahu apa nak cakap

ibu dengan anak daranya

qis pulak
malam tadi tido awal. kata 'maknya' (pengasuh dia), dia tak tido siang tadi. tu yang dia tido awal. tapi aku suka kalau dia tido awal. sebab pagi2 dia tak menangis. qis ni, memang hobi dia menangis. tak tahu la. kenan aku ke??? mak aku kata, aku kuat nanges kecik2 dulu. qis kalau nak nasi n lambat sket, nangis. susu nanges. nak tido nanges. bangun tido nanges. huhu. entah la. selalu kene marah sebab suka nanges. hehe. sekrang dah kurang la nak marah2 sgt kecuali kalau aku memang nak cepat pastu serabut... huhuhu

bila dah ada dua orang anak ni, mcm2 dilalui. huhuhu.. tapi masih dapat diuruskan lagi memandangkan qis anak ayah. jadi banyak la ayah yang kene uruskan dia. hehe. aku pulak, lebih kan konsentret pada baby. dan aku boleh rasakan aku dah dapat mengurangkan kemarahan. tapi bila dah tak tahan sgt, aku jadi marah juga. tapi aku tetap berdoa semoga aku menjadi insan yang penyabar suatu hari kelak. tapi kalau qis tak kuat nanges, aku rasa aku tak akan marah. tapi camana ye nak buat dia tak nanges. macam dah jadi tabiat dia la. huhu... apa pun, semoga semua nya berjalan dengan baik suatu hari nanti



to my abang
thanks for everyting. hope hubungan bahagia ini berkekalan selamanya. sori kalau saya asyik nak marah2. hehe. saya memang seorang yang garang. :P love u


DARJAT SEORANG ISTERI

DARJAT SEORANG ISTERI

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa... dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..

●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●●●

semoga aku menjadi seorang isteri yang baik... amin....

Pesanan Buat Suami..

Pesanan Buat Suami..

1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutam...a isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
 
 
Peringatan Untuk Semua Lelaki Muslim

Wednesday, 5 October 2011

tak tahu nak cakap apa dah

aku baru je nak memulakan semangat baru ku di tempat ku ini agar ku tidak lagi bersedih dan bermuram durja.. namun....

bila bos mengatakan bahawa kebanyakan pegawainya yang berkaliber terlalu cepat ditukarkan meningalkan pegawai2 nya yang 'biasa2 aja' membuatkan semangat ku yang baru sahaja ditanam beberapa hari yang lalu terus layu bak benih yang tidak mendapat air dan baja. owh..

tiada apa yang dapat kukatakan lagi. hanya tangis sendu di dalam dada berlagu.

info diet

teringin untuk berkongsi sesuatu yang berbentuk fakta tetapi diriku ini tidak pandai mengarang. jadi, beginila hasilnya.... sila la baca yer. just untuk share.

Monday, 3 October 2011

pasrah

oktober sudah menjelma. tapi aku masih di sini. termenung mengisi hari ku seperti biasa bila berada di ofis. jadi, aku rasa dah memang tiada harapan bagi ku untuk mendapat sebarang berita gembira. aku rasa, mulai pada hari ini, aku mesti membuang segala harapanku yang tinggi menggunung itu. dan aku harus memikirkan kerja2 yang perlu kupenuhi untuk melayari hari2 mendatang di sini. (ceh. ayat tak hengat... maklm la. ayat macam ni memang agak keterlaluan bagi seorang jurutera kan. kan. kan. kan)

bak kata ayu dalam fesbuk nya...

"You cannot help the world by focusing on the negative things. As you focus on the world's negative events, you not only add to them, but you also bring more negative things into your own life" - The Secret
(sorilah ayu.. copy paste tau... pernah dengar ayat ni tapi tak tahu nak cari kat mana.... ayu bagi memang rite on time... ) 
so, mulai hari ni... aku akan cuba mengisi masa lapang ku dengan kerja2 tanpa memngingatkan 'harapan' ku itu. semoga aku tak lagi murung dan bermuram durja. huhu... (doa2 kan la yer semoga aku sentiasa hepi dengan kehidupan ku ini)
so, buat permualaan, aku akan cuba untuk menghabiskan buku aku yang setebal 4 inci itu... buku mengenai Rasulullah kita. semoga dengan mebaca buku itu minda aku akan sentiasa lebih terbuka. huhu. amin... dan seterusnya aku nak cuba untuk mendesign rumah aku. memang dari dulu menyimpan hasrat untuk membuat rumah sendiri suatu hari kelak. mana la tahu nanti pada masa tu ada rezeki, leh la guna terus je design tu. alang2 takde keje ni, baik buat keje2 macam tu kan. huhu... dapat la aku refresh balik apa2 yang tak ku ingat setelah sekian lama duduk memerap. kan. kan. kan.
disamping tu, macam biasala.. berfesbuking dan berbloging la aku.
lalalalalalala.
sekian, wasalam