Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Showing posts with label cuti kami. Show all posts
Showing posts with label cuti kami. Show all posts

Monday, 22 June 2015

cuti-cuti sabah

setelah sekian lama planned nak jalan-jalan sabah.. akhirnya dapat juga pergi.. sebab nya adik kene keje sana dan bajet untuk tempat tido kami dah save.. hahaha.. tapi jalan-jalan kali ni memang betul2 save sbb abah yang belanja semua.. adoila.. rasa macam tak sedap dan serba salah juga dibuatnya.. ada sekali kami bayart untuk makan, abah marah pulak.. sabar ajala..

satu pengalaman yang tak dapat lupa kat sana.. kene gempa bumi.. ya Allah, masa tu, Allah je tahu betapa takutnya kami.. rasa bergegar yang kuat.. masa tu cuma terpikir apa jadi kalau bangunan ni failed.. aduh.. tapi Alhamdulillah, kami selamat.. walaupon kat KK, gegaran tu rasa kuat.. Subhanallah.. Allah maha kuasa.. kalau dia nak menda tu jadi, maka jadi la.. malamnya pon kene lagi gegaran.. masa tu kami kat kundasang.. memang dekat dengan pusat gempa.. huhu..sebab memang dah planned lama, takkan kami nak cancell percutian kitorang kan.. so kami proceed je la pergi.. bertabah je la

4/6/2015
sampai-sampai je.. terus pergi pulau.. best pulau tu cantik.. pulau sapi ke namanya.. hehe.. laa.. ingat sampai pergi rumah yan dulu.. tak mandi lagi ni.. hahaha
menunggu bot untuk ke pulau sapi


sukalatu dalam main pasir


5/6/2015
lepas je kene gegaran kat KK,
terus bersiap pergi kundasang.. jalan -jalan kat kaki gunung kinabalu.. tanpa rasa bersalah. hahaha.. masa nak turun.. nampak orang nagis2.. pastu bila nak turun terserempak ngan abang bomba.. baru tau ada orang tersangkut kat atas.. dan yang nangis2 tadi sebab dia rasa takut dengan gempa pagi tadi.. ya Allah, kalau kami tau.. takdela kami sibuk jalan-jalan kat kaki gunung tu... tapi kalau tak, tak dapat la rasa sejuk kat sana.. memang rezeki kami agaknya.. ingat lepas tu nak pergi air panas.. tapi tak dpat sebab diorang kata air jadi hitam lepas gempa.. so masuk hotel je la.. tido.. haha.. pastu kami jalan-jalan jg kat kawasan sekita.. nampak la polis bomba semua berkumpul nak hantar bantuan kat atas sana.. pergi ladang lembu yang dikatakan macam new zealand pon tutup.. huhu.. oh ye.. lupa.. sebelum ke kundasang, singgah rumah terbalik.. tapi tak masuk.. tengok dr luar je sebab diorang kata ada sebijik rumah je.. laaa.. ingatkan ada banyak menda terbalik dalam tu.. huhu.. singgah juga tengok jambatan tamparuli yang glemer tu.. dah uzur.. tapi masih ada orang yang gunakan.

jambatan tamparuli


gunung kinabalu


comel kan tupai tu

iskandar tak lepaskan peluang bagi tupai m akan

pemandangan dari hotel.. gunung kinabalu

tutup.. 

6/6/2015
malam tadi ada tiga lagi gegaran.. tapi cuma rasa dua je.. he.. dah penat sgt.. tido.. nasib takde apa.. lepas bersiap.. sarapan.. kami pergi tempat ikan kelah.. huhu.. ikan gigit kaki.. tapi aku tak masuk sebab geli dn takmo angkat seluar.. haish.. ramai orang kot.. kalau famili kita je ok la.. lepas tu try pergi air panas.. dan diorang dah buka.. so, dapat la bebudak mandi.. tapi diorang kene bogel sebab tak tahu boleh mandi.. hahaha.. lepas tu lunch dan terus balik KK.. singgah beli kerongsang.. gelang.. ya Allah rasa nak bolot semua.. cantik-cantik pastu murah..
bergambar sebelum balik KK.. gunung berkabus pulak

geram la haihhhh budak kecik ni

mak abah.. tengok ikan-ikan tu.. tak takut orang

kami

melepaskan penat sekejap


pemandangan sini pon cantik.. rambut qis tu.. alahai

sampai KK

7/6/2015
pergi labuan.. naik feri.. ok la.. hehe.. takde gelombang sangat.. sampai labuan, rehat-rehat.. kebetulan ada kenduri kawan abah.. pastu abah mak pergi rumah kawan dia.. aku dan abang pergi jalan-jalan dengan kawan abang.. budak2 apa lagi.. suruh join atuk la... hehe..

makan seafood denkat sabah.. labuan memang bestla
bila nak pergi lagi ni...


Monday, 19 May 2014

malaysia, mu tunggu aku balik...

hari ketiga, hari ynag ditunggu-tunggu!!!..

betulla kata orang, semakin banyak kita melancong, semakin sayang kita pada Negara kita.. hari ni takde aktiviti apa.. cuba menunggu untuk orang pickup bawak pergi epot.. hehehe.. sementara tu, berjalan-jalan kat pantai ao nang lagi.. haritu berjalan belah atas, kat jalan, ni jalan kat pantai.. filing-filing macam orang baru kawen gitu.. hehehe (tak sedar diri anak dah dua)...



lupa cerita pasal budak-budak kan??

1st day, dah malam baru dapat call budak-budak.. tak tahu kenapa tak bole  nak call henpon. last baru teringat nak call phone rumah.. baru dapat.. mula-mula si kecik dua orang tu ok je cerita pasal aktiviti diorang.. hari kedua, si kecik tu dah tak nak cakap dengan ibu.. dengar suara ibu terus cam sentap.. adeh.. apa la budak kecik ni.. ibu terus rasa tak best.. rasa nak terus balik.. hehehe...

lamanya menungu nak balik.. dah berjalan, masuk bilik.. sampai epot, pusing-pusing lagi.. habiskan baki duit yang lum habis lagi.. huhu.. akhirnya balik!!!... sampai rumah.. seronoknya.. pastu mak kata adik kepada adik ipar dating bawak nasi dagang Terengganu.. waaaahhh.. sedapnya.. makan la apa lagi kan. hehehe..

iskandar terus buat perangai.. ibu ke sana ke mari semua dia ikut.. takut kene tinggal lagi ler tu.. hehehe.. aiyak.. mak cerita iskandar ok je masa kitorang takde.. yang tak ok qis je.. bila duk diam-diam.. tiba-tiba meleleh je air mata.. bila Tanya, dia cakap nak ayah.. huhu.. syahdunya.. anak ayah la katakana.. ingatkan adik yang tak ok.. ni dia lak yang emosenel lebih-lebih..

esoknya, bawak budak-budak beli apa yang dijanjikan sebelum tinggalkan diorang jaritu.. hehehe.. family time..



#nicumadiarielektronikku
#sapataksukabacajanganbaca
#akunakbaca2ke3tahunakandatang
#naksuruhanakanakbacabiladiorangdahbesarnanti

day 2 @ krabi

di hari kedua adalah full day to 4 island tour..

malam sebelumnya kami diingatkan akan ada orang pickup pukul 830 esok pagi..

so, 830 pagi kami dah menunggu orang amek.. ok la.. on time juga kan.. sampai kat pantai untuk naik bot tu, lama juga tunggu sebab diorang pick up orang dari merata hotel kat krabi tu.. bila dah cukup orang bermula lah pengembaraan kami naik bot ke 4 pulau.. gambar tak banyak pula dalam simpanan ku.. takpelah.. boleh je gugel 4 island tour.. banyak je gambar keluar.. cantik sgt.. huhu..
sebelum naik bot
1st stop dekat phra nang beach.. pantai memang cantik.. tapi panasla sikit.. macam semua sedia maklum kan masa belajar geografi masa zaman sekolah dulu... Thailand memang panas sikit dari mesia ni.. tapi disejukkan dengan pemandangan yang cantik.. yang tak cantik cuma 'dugong' banyak.. hehe.. :P.. macam-macam aktiviti tengok diorang buat.. ada yang kayah.. mandi-mandi laut.. sun bathing. ada jugak mat-mat saleh duk baca buku bawah pokok.. bila tengok dalam cave, ada yang tengah buat wall climbing.. aku?? menengok keadaan je sambil abang mandi manda.. malas nak terjun dengan tudung segala  ni.. hehehe..
dalam bot

1st stop

2nd, tengok chicken island.. diorang benti jap je kat situ.. amek-amek gambar pastu pergi stop seterusnya,,,

seterusnya, snorkeling near koh khai.. hehe.. aku cam biasa setia menunggu atas bot sebab kat situ takde pantai.. abang je la snorkeling sesorang.. tapi abang kata tak best sangat sebab dalam tu gelap.. mungkin sebab dalam kot.. sebab tu gelap.. orang yang bawak bot kami tu kata kedalaman boleh sampai 7m.. dalam kan?? 30  minit masa diberi..

next, lunch at koh tub.. hehe.. lepas makan, mandi lagi.. aku setakat celupkan badan sampai paras pinggang je la.. tu pon sebab dah basah masa nak naik bot.. dah alang-alang.. celup..  jugak la..

lepas makan sambung lagi pergi tub island.. sejam jugak masa dia bagi.. dah tak larat nak masuk air.. tapi ni cantik sebab ombak dating dari dua arah.. (gambar pon kat abang jugak... kalau ingat, nanti edit semula yer)..

dan last sekali.. berenti kat poda&tub island..

pegalaman tak best masa trip ni, tak tahan nak kencing.. adoila.. dari lepas lunch celup dalam air sebab nak cin, tapi bila masuk dalam air tak boleh pulak.. serius rasa nak pengsan.. on da way balik terkucil gak atas bot.. hihi.. pastu sampai je kami terus cari toilet.. fuhhhh lega.. terus gembira semula.. hahaha.. lenkali kalo nak kencing takleh celup dalam air kot.. (bukan orang  nmpk pon kan).. dah siap baru celup.. kikiki.. (syyhhh jangan cakap orang yer).. huhu..

sampai hotel, cam biasa.. mandi, tido pastu petang jenjalan lagi.. misi kami seterusnya malam tu, makan malam pastu habiskan duit thai.. terbanyak pulak tukar.. orang tak biasa shopping ni agak seksa jugak nak menghabiskan duit tu.. tapi akhirnya Berjaya jugak.. hehehehe





#nicumadiarielektronikku
#sapataksukabacajanganbaca
#akunakbaca2ke3tahunakandatang
#naksuruhanakanakbacabiladiorangdahbesarnanti

krabi aku datang

argghhh.. sungguh lemau bekerja selepas lama cuti ni kan.. update blog dulu la yer.. huhu..

15/5/2014
asalnya kami ingat nak ke krabi ni time cuti hari buruh hari tu.. tapi disebabkan flight masa tu mahal, kami try contact agent tu.. tukar tarikh.. lahamdulillah, boleh tukar tarikh tanpa bayaran tambahan.. bagitau diorang konon-konon ada hal.. sebenarnya takde pon. hahaha.. tapi nasib juga kami tukar tarikh.. tengok-tengok adik ipar tukar tarikh kawen dia aritu kan.. janji dulu bulan 8 tapi end up on mei..

malam sebelum
tak dapat nak lelapkan mata lak mengingatkan nak meninggalkan budak berdua.. risaukan si iskandar sebab dia sebelum kami cakap 'nak gie kerja jauh' dia dah start buat perangai manja-manja dia tu. macam dah tau kitorang nak tinggalkan dia.. hehehe.. pagi tu bangun 430 pagi.. huhu awalnya bangun.. tapi mata tak pulak mengantuk.. sampai eport kul 5 pagi.. ingatkan takde orang.. rupanya penuh.. klia2 yang sebesar alam tu boleh penuh.. kagum pulak rasa.. jalan selengang-lengang nya.. tapi bila sampai epot orang ramai??!!.. kitorang sarapan.. pastu subuh baru masuk flight.. antara orang terakhir masuk flight.. hehe.. (kami memang suka camtu.. malas rebut2). mula-mula macam malas nak makan sebab ramai orang beratur panjang lak tu.... takut nak makan makanan yang tak biasa yang kedainya kosong.. nanti meragam dalam flight.. naya lak.. tapi at last.. makan jugak.. byk lak tu.. huhu..
dalam flight

sampai je bumi krabi...
dah ada orang pick up.. memang dalam pakej ada half day tour.. sebab masih pagi.. baru 730 kot time tu kat sana.. kat mesia dah 830.. adoi.. awalnya lagi.. nak check in hotel 1pm.. huhu.. so orang tu bawak jalan-jalan dulu la.. kitorang dua orang je dalam van yang besar gedabak.. syok tu van dia.. rasa nak beli satu. haha.. tapi sure mahal kan..
katanya masa nk bina kuil ni ada rimau besar jaga kawasan

dalam kuil.. huhu.. layan ajala

mula-mula dia bawak kitorang gie kuil dia.. hadoila.. apa kejadahnya la bawak kitorang g kuil.. bawak la g masjid ke.. 'sejuk' sikit.. hehehe.. pastu (alahai.. ak ingatla susunan.. apa-apa je la eh).. pastu bawak gie sarapan.. ada  roti canai tau tak kat sana.. rasanya tokei kedai tu orang Kelantan.. nasi dagang.. nasi kerabu semua ada.. cakap pon cakap melayu je ngan diorang.. kitorang je macam teragak-agak nak cakap bahasa apa.. aku amek roti canai.. abang amek nasi dagang.. aku tak minat sangat nasi dagang Kelantan.. roti canai cukupla.. lepak lama sikit kat kedai.. saja kan buang masa.. huhu.. lamanya masa berlalu...

pastu driver tu bawak g tepi pantai ada patung crab hitam besar.. amek-amek gambar pastu pergi pecan.. shopping.. hohoho.. tapi barang kat semua kedai cam sama je.. dah habis shoping kitorang dibawak ke kedai makan.. ada sign halal sebelum masuk kedai.. tapi macam meragukan sebab ada patung sembahan diorang lak kat dalam tu.. minum air je la jawabnya.. tak yakin.. tapi tu dah masuk dalam pakej kitorang.. adoila.. nasib dah melantak banyak pagi tadi kat epot.. plus dengan roti canai. kalau tahu camni, bungkus je roti canai tadi.. huhu..

dah makan, kitorang beralih ke fish farm pulak.. cuaca dah start panas.. kitoerang membayang kan fish farm diorang macam aquaria.. tapi tak pon :( sedih lak rasa.. tapi ye kan ajala.. buat muka excited.. kesian pulak dengan tourist guide tu..hihi.. dan.. last sekali tempat kedai kraf... tapi macam sama je barang yang ada ngan kat Bandar tadi.. pastu lagi mahal lak tu harga dia..

last sekali.. tempat yang dituggu.. HOTEL!!.. masuk bilik, mandi, pasang ekon.. tido..

dah petang, jalan kat sepanjang pantai ao nang.. cantik.. banyak kedai jugak.. hehehe..

salah satu kedai
aiyak!!!.. kawasan tsunami???
malam, dapat makan malam kat hotel (masuk dalam pakej juga).. tapi tak sedap.. semua makanan macam tak rasa perisa apa.. diorang ni jimat garam kot.. ke jaga badan.. setahu aku, makanan thai  biasanya sedap-sedap.. mungkin selatan thai je kot.. dah semakin ke atas, semakin kurang kot.. huhu..

bersambung.....



#nicumadiarielektronikku
#sapataksukabacajanganbaca
#akunakbaca2ke3tahunakandatang
#naksuruhanakanakbacabiladiorangdahbesarnanti