Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Showing posts with label jahitan. Show all posts
Showing posts with label jahitan. Show all posts

Monday, 23 June 2014

buah hati baru

tq my lovely abang sebab tolong carikan kedai nak beli mesen jahit ni.. hehehe.. memang rasa teruja nak buat itu ini.. tapi masih agak terbatas sebab takde mesen jahit tepi.. so, masih kene balik rumah mak untuk jahit tepi. hehe.. tapi tetap gumbira.. beli lepaas kenduri ke sebelum kenduri kawen adik ipar aritu? dah lupa.. hehehe.. keterujaan nak menulis pon tak berapa ni.. kikiki.. pastu g jalan2 Terengganu.. tapi hati asyik teringat mesen jahit je.. hahaha.. (opss.. abang dah tahu rahsia)..

balik je dari Terengganu, balik rumah mak jap.. terus shoot gi nilai 3.. hehehe.. nak buat langsir.. bukan apa, hari tu teringat mak mertua duk bising-bising. langsir kat bilik kitorang tido kat semban tu jarang pastu ada jugak yang dah terkoyak-koyak.. kalau ikut aku dengan abang, tak kesah je keadaan langsir camana. asal dapat tido.. kuikuikui.. dia kata penat dah dia bising dekat anak-anak dia suh cari langsir tapi budak-budak ni buat tak tahu je.. huhu.. aku diam je la.. sengih sengih.. huhu.. nak janji apa-apa takut nanti tak terbuat la pulak.. dapat je kain, terus buat.. sehari dah siap.. (ala.. untuk 3 tingkap je pon).. dah siap terus pasang.. huhu..

raw material

bofren baru

proses jahit

yeayyy!!!.. dah siap


bila dah siap, aku menganggur balik la.. memang bosan kalau takde keje.. tv pon asyik kartun je. nasib la badan.. mesin jahit pon simpan semula... lama tak bersentuh, ibu masuk hospital.. dugaan buat kami..

masa pergi Terengganu haritu, ibu macam demam. sejak dari hari kenduri lagi.. tapi dia kata sikit aja.. lepas makan ubat, ok la.. tak lama lepas tu, asyik on off je.. dua minggu.. anak-anak ajak pergi hospital/ klinik semua tak nak. sampai satu masa, ayah yang paksa.. so, kene tahan la ibu dekat wad (12/6/14).. sejak haritu, lepas balik kerja je mesti balik seremban nak melawat.. so, masa kat rumah memang takde. sebab sampai KL balik dah kul 10 lebih..  sampai satu hari, masa kami melawat, tengok ibu macam tenat sangat.. susah nya dia nak bernafas (nak terang apa yang doc cakap tak reti).. orang-orang yang dating melawat pon semua mata dah berair.. huhu.. aku ni lagila.. tengok orang mata merah, hidung merah.. cepat je nak ikut sama.. huhu.. semoga semuanya baik baik aja.

hari pertama di hospital. Nampak ok lagi


#nicumadiarielektronikku
#sapataksukabacajanganbaca
#akunakbaca2ke3tahunakandatang
#naksuruhanakanakbacabiladiorangdahbesarnanti

Monday, 14 April 2014

seronok hobi baru

sekejap je dah pertengahan april. awal bulan depan adik ipar akan kawen... hehehe.. sampai kawan-kawan ofis cakap.. asyik adik kawen je umi ni la.. hahaha.. nak wat camana, adik ramai.. mungkin tahun depan pon ada kot ni.. kalau betulla kan.. mesti diorang cakap kawen lagi??!!.. hehehe.. hantaran dah siap.. siapkan khamis lepas. kebetulan cuti sebab nak buat passport.. ala.. bukan nak pergi mana pon. cadang nak pergi Singapore je.. tapi tu la.. bila nya entahla.. harapan dan perancangan memang selalu ada.. hehehe.. lepas buat passport potong rambut iskandar.. hihi.. suka tengok sebab muka dia macam nak marah gila kat orang potong rambut tu tapi tak boleh nak marah.. hahaha.. ibu tengok ketawa terkikik.. hehehe..
tengok muka garang tu.. hahahaha.. siap barber tu pacakkan rambut dia..

hantaran serba sedikit.. isi belum letak

mcm contoh la kan.. hari sabtu lepas.. kami rancang nak pergi tengok wayang.. nak pergi taman burung pastu malam boleh dinner kat kedai.. memang seronok merancang kan.. so, bila dah macam tu, apa lagi.. cepat-cepat la siapkan hantaran hari khamis.. sebab ahad, cadang nk hantar kat seremban. bagi pengantin tengok dulu ke.. hehehe.. tapi kita hanya mampu merancang Tuhan menentukan segalanya.. tiba-tiba hari jumaat ada kes polis ampang kene tembak.. aduh.. so, semua dikerah untuk cari orang jahat tu.. so, takpelah redha je la kan.. mana la tau nanti apa-apa jadi kat abang (haish.. mintak jauh!!!!).. polis lain pon kene buat camtu kan.. memmang bosan gila memerap dekat rumah.. huhu.. makanan pon ada untuk sarapan je.. memang tak beli barang jadi, petang sabtu tu lepas kemas-kemas rumah semua, aku pon pergi la rumah mak... hahahaha.. nasib rumah mak dekat.. tumpang makan (muka tak malu).. sambil2 tu apa lagi menjahit la...hihi..
ni la kerja diorang kat rumah..pastu gaduh.. nangis.. sambung main balik dan seterusnya
 pastu, tiba2 dalam pukul 3-4 pagi camtu abang mesej kata nak tebus semua esok (hari ahad).. hehehe.. bestnya!!!.. tapi kena gerak lambat sikit la kan.. sebab nak kena tido dulu.. huhu.. bila sampai petang ahad, hari hujan pulak, jadi tak dapat la ke taman burung.. dah terbayang-bayang aidil kejar2 burung.. huhu.. kita pergi pagi la bang lenkali.. sekarang kan musim hujan petang.. huhu.. lepas tengok wayang.. nak makan kat kedai feveret pon tutup.. aduh.. makan la tempat lain.. tak sedap.. :( tapi still gembira dan bersyukur sebab dapat makan kat luar.. hihihihi
tengok kartun

ibu nak tengok ni.. huhu.. tapi....
eh.. takde pon cerita hobi baru??

hehehe.. memang sampai je kat rumah mak terus potong kain.. aku dah siap buka jahitan satu skirt qis yang dah kecik.. pastu tekap je (pluss besarkan la sikit).. memang nak siap kan esok jugak kalau boleh... hehehe.. malam tu kalau mesin mak tak meragam.. memang aku jahit sampai lewat  malam kot.. tapi agaknya dia nak suruh aku berehat.. so pagi ahad je la sambung.. akhirnya siap.. yippie!!!.. qis pon suka.. siap Tanya.. ibu.. kenapa ibu  nak belajar jahit (dalam hati aku.. ceh budak kecik ni.. sibuk pulak.. nak ejek ibu ke apa ni).. pastu takpelah.. aku jawab je la yang best bagi dia suka dengar.. aku kata, nanti boleh la selalu buatkan qis baju baru.. apa lagi suka la dia.. hehehe.. takut dah lama-lama nanti aku malas.. hahahaha.. sekrang ni je la teruja..

baju kurung tak siap-siap.. heheh.. tinggal jahit tangan je belum.. malasnya..

qis dah kebosanan asyik kena try baju je.. hehehe.. ni la skirt yang dah jadi..

pastu, sejak kebelakangan  ni, qis asyik ngadu sakit gigi je.. adoila.. kesiannya budak kecik sakit gigi.. so, tadi ayah dia bawa g klinik.. aku tak ikut.. huhu.. biasala ayah nak cepat.. hope lepas ni qis tak sakit gigi lagi.. tapi risaukan aidil jg.. sbb gigi aidil lagi teruk dari qis sebenarnya.. ya Allah, mdahkanla segalanya
ayah dia cakap dia ok.. tak nangis.. cuma genggam tangan.. mungkin tahan sakit

Wednesday, 26 March 2014

hobi baru...

entah kenapa.. sekarang macam malas nak menulis sangat kat blog ni.. entah kenapa macam cerita aku ni rasa macam sama je. boleh menimbulkan keboringan kan kalau orang baca. mm tu la yang aku raasa. asyik nak cerita menda sama je.. skrg macam lagi suka update kat blog dapur ku.. sebab kat situ tak perlu membebel banyak. hehe.. cuma letak gamabar.. pastu ayat sepatah dua dah memadai.

tapi.. takpelah.. cerita la juga kan. untuk kenangan diri sendiri.. nanti bila rasa rindu, sini la jugak tempat nak tengok gambar-gambar yang ada


dua minggu lepas, belajar potong baju kurung ngan mak. hahaha.. akhirnya. tapi seriusly penat weh.. memang potong baju ni nak kene teliti yer? adoi la.. pastu gunting lak tumpul.. rasa nak tercabut tangan aku. tapi takpelah.. mula2 memang macam tu kan.. macam masa mula2 baru belajar buat kek dulu.. rasa susah jugak.. tapi buat kek tak belajar dengan orang.. main hentam. so kesusahan tu tak terasa. sebab takde orang mengomen. adoi. tapi tak sempat nak jahit sebab dah balik KL. so, harapan minggu ni dapat sambung jahit. huhu.. nanti mesti kene komplen jahit senget benget.. waaaaa (nangis jap).. bila fikir2 balik.. macam tak percaya aku leh suka nak buat menda-menda ni semua. hai la kan.. kalau dari dulu minat, leh amek jurusan yang menjurus ke situ.. takdela keje macam sekrang. tapi Allah maha mengetahui.. percaturan dia lebih baik.. kan?.. pasni, kalau  nak pakai  baju leh jahit sendiri.. hehehe.. cpt sikit siap.. nak suruh mak takkan nak paksa suh cepat kan.. kuang ajo la tu.

minggu ni jugak nak cari-cari bahan hantaran untuk adik ipar. aku yang sengaja volunteer nak buat sebab aku bosan. entahla.. tak tahu kenapa bosan. orang lain duk cerita tak sempat nak buat apa bila malam2 kat rumah tapi aku boleh cakap bosan. aku pon tak tahu jawapannya.. mungkin memang jenis yang tak reti duk diam kot. hehe. cuma sekarang ni dilema.. nakbuat kek hantaran ke cupcake hantaran.. aku macam nak try buat cupcake untuk hantaran.. tapi adik2 ipar tu mcm nak suruh buat kek.. so aku dilema.. aku nak belajar buat cupcake.. huhu.. buat dua2 ke kan? tapi nanti camana nak susun kat dulang hantaran tu.. aiyak.. tema purple silver.. kenduri belah pompuan awal bulan mei.. so, akan upload kemudian gmabrnya ye.. hehehe..

qistina
dah semakin boleh membaca.. alhamdulillah.. hope semuanya berjalan lancar bila dia masuk darjah satu tahun depan.. ibu still risau pasal ngaji.. huhu..

aidil
makin becok mulut dan semakin tak dengar kata. suka menyakat kakak. anak dua je pon riuh sesangat. pening jugak kekadang tu. jumaat ni besday anak bujang ibu yang ke-3.. besar dah dia.. patutla makin berat...

minggu lepas
sibuk pergi kenduri kawan abang (khamis malam akad nikah kat ceras, sabtu kenduri kat menara telekom -belah ponpuan & ahad kenduri kat semban - belah lelaki). so, ada lagi sorang la kawan abang yang belum kawen. seronok ada kawan yang berkawan sejak kecik ni. kenal mak bapak semua.

semalam (25/3/2014)
Adalah hari polis.. so, selamat hari polis kepada abangku sayang. semoga PDRM akan sentiasa maju ke depan. terima kasih sebab tempah cupcake dari saya untuk majlis di IPD Ampang Jaya tu.. hepi bila dapat buat kerja yang kita suka ni kan. hehe. dan bertambah hepi bila ramai yang memuji. tq abang bagi support. (gambar boleh tengok kat blog dapur saya yer)

k lah.. banyak pulak bercerita yer.. tadi kata malas bercerita. hahahaha...


Monday, 2 December 2013

cuti masak.. heheheh.. best

hujung minggu lepas memang amat best.. lama sangat rasa tak menghabiskan masa bersama family berjalan-jalan.. selalu kalau hujung minggu asyik balik rumah mak.. mak mertua.. walaupon seronok jugak sebab tak payah nak masak beria-ia tapi entahla.. rasa penat.. rumah mak sendiri lagila tak masak.. hahaha.. setakat potong bawang aja.. huhu.. takot nak kacau mak masak sebab nanti abah komplen. mintak la cuti masak dengan abang.. permohonan diluluskan.. yahooo!!!... tapi kene buat sarapan jugak.. huhu.. orang tu teringin nak makan spaghetti goreng la pulak.. huhu.. padahal baru je buat hari sabtu.. ahad nak lagi.... ok la.. lepas ni nak cuti satu hari tau. hehehehe.. jangan marah ye abang

nak dijadikan cerita, kami plan nak tengok wayang. tengokla kalau jadi hari sabtu. kalau tak hari ahad.. lepas tu jalan-jalan la mana2 sekitar kl.. pada aku, aku memang suka jalan-jalan je.. tak beli apa pon takpe.. entah.. aku suka tengok-tengok.. huhu.. ni ajak abang tengok-tengok mesin jahit dia tak bawak lagi pon.. nak buat perbandingan harga dulu  (eh.. tetiba melalut lak)

tiba-tiba hari jumaat malam.. sedang aku bermalasan, abang mesej kata nak kuar tengok wayang.. aku dengan tak mandi (opss terbocor rahsia lak).. dengan tak bagi budak makan lagi.. dah dekat pukul 9 tu. huhu.. kesian budak2.. terus segar dari kemalasan.. cepat2 suap diorang makan.. solat isyak siap-siap.. tunggu abang balik pastu terus mewayang kan diri.. so far, cerita frozen tu memang best.. dan aku olaf dengan keldai dalam cerita tu memang menarik perhatian budak2.. prince n princess sebagai watak utama takde la sangat.. hehehe..

hehehe.. muka ngantuk dan penat.. dah tengah malam
nampak aidil macam dah besar dalam gambar ni....
olaf adalah menatang yang hidung carrot tu.. hehehe


jadinya plan utk tengok wayang dengan jalan-jalan tinggal jalan-jalan je la.. mula-mula ingat nak tengok wayang barang satu cerita lagi.. tapi kepenatan melayan kerenah budak-budak membuatkan kami terus balik lepas makan malam pada jam 6lebih petang.. hehehe... aidil yang tak reti berjalan.. asyik berlari dengan melompat aja kerjanya... penat. sangat penat. singgah balai mandikan budak-budak.. on da way balik dioraang dah tido dah.. nasib dah siap mandi semua... tapi amat menyeronokkan sebab budak-budak seronok.. :)
sayang ayah la tu konon..
he.. nak menyamakan baju dengan anak bujang.. sanggup pakai inner walopon sebenarnya tak berapa suka pakai macam tu.. huhu.. qis takmo amek gambar dengan ibu..

bila lah lagi nakberjalan ni... abang hutang jalan-jalan bukit cerakah lagi ni.. hahaha.. dari sebelum kawen lagi.. :p

owh ye... nak melalut ke cerita lain.. lanjutan dari cerita nak menjahit hari tu.. hehehe.. dah beli mende2 ni semua.. kikiki.. tapi nak jahit dengan apa ni.. takpe.. kita potong dulu..ada satu seluar qis yang qis dah koyakkan tu, bolehla ibu buat mockup.. hahaha.. tetiba mockup pulak.. macam kat site pulak.. kalau tak sbar sangat, nanti bawak rumah  mak.. hahahaha..


keinginan buat cheese tart dan snowy cheese cake juga.. huhu...


Thursday, 26 September 2013

menjahit

terasa gedik nak menjahit pulak.. dari awal tahun aritu asyik mem baking je.. tapi baking itu menyeronokkan sebenarnya.. lagi2 kalau ada yang suka dan appreciate...

aritu abang menempah kek dan desert untuk kawannya.. tq abang kerana mempercayai diriku ini.. hope suka walopon ada sikit2 comot sebab belum berapa mahir lagi... masih memerlukan latihan..


tapi
abang kata tunggu yan kawen dulu nanti bole letak mesin jahit tu kat bilik dia duduk sekrang siap dengan kerusi meja sekali.. ok umi.. sabar ok. sabar.. kalau dah nak menjahit nanti tak sudah kerja lain lak.. banyak nak buat ni. kenduri dah dekat ok. aritu pon beli barang hantaran tak cukup. haish.. hope bila sampai kedai nanti tak menambah beli barang laen lak. hahahaha...

ok.. ni je entry kali ni...
cuma nak memberitahu keterujaan nak menjahit lak.. apa-apa je budak umi ni. huhu..

#bosantakdekejeanakdabesarcamnilajadinya