Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Monday, 30 June 2014

alhamdulillah

setelah hampir 3 minggu, akhirnya ibu mertua dapat keluar hospital (26/6/14).. Alhamdulillah.. kalau tengok keadaan masa ibu dalam wad, doc pon cakap minimum duduk dalam wad 6 minggu sebab kena masuk antibiotic directly.. tak boleh pakai ubat telan.. tapi ibu dapat recover cepat.. kuasa Allah.. begitulah doa anak-anak soleh dan solehah.. (huhu.. aku je menantu hantu di situ.. rasa diri ni kerdil).. ayat-ayat quran memang membasahi bibir diorang.. Alhamdulillah..

gambar setelah keluar dari HDW (ward kedua serius selepas ICU). ni anak sulung perempuan family abang.... tak sanggu nak letak gambar masa tengah tenat..

so, sabtu lepas.. diorang adik beradik buat la makan-makan.. tak panggil sapa pun, cuma adik beradik je.. tapi aku sampai lambat sket. sebab abang kerja malam.. so, lepas abang bangun tido baru leh gerak.. sementara tu, boleh la aku buatkan makanan sikit-sikit. aku buat puff daging je.. ingat nak buat tart telur tapi macam tak sempat..

saambil-sambil tu selit sambutan qis birthday yang ke-6.. besar dah anak ayah ibu ni kan.. hehe.. so, semakin besar anak, semakin tua pulak rasa diri ni.. dapat buat kek princess untuk qis. dah setahun lebih qis mintak.. tapi baru tahun ni dapat buat.. sapa ingat lagi entry aku sebelum ni... (cuba klik sini).. dari tahun lepas qis minta.. hehe.. tapi tahun lepas ibu letak edible image je.. gambar princess. puas hati dengan kerja tangan sendiri tapi rambut princess tu kene touch up dulu kot sebelum pacak kat kek.. ok.. next time yer qis.. hehehe..

masa tengah buat tu, sibuk je qis

qis: ni kek sapa ibu
ibu: ni kek kawan ibu la.. jap lagi ibu nak bagi dia
qis: ala...
ibu: qis nak kek macam ni ke
qis: nak.. nanti bila besday adik, ibu buat macam ni yer ibu.. please.. please.. please.. (bukan main banyak lagi please dia)
ibu: ok (sambil tahan gelak sebab ni memang kek dia)
 
sementara tu, yang kecik tu pon sibuk pulak nak potong kek.. nak makan time tu jugak.. hadoi.. selama ni ibu buat kek, takde pon nak kesah.. huhu

bergambar kat rumah sebelum bawa seremban

bunga-bunga dah jatuh letak dalam kereta..comot.. rambut tu memang tak puas hati..

qis potong kek disaksikan sepupu-sepupu

smile qis.. smile
adik sibuk nangis nak pisau.. spoil betul




#nicumadiarielektronikku
#sapataksukabacajanganbaca
#akunakbaca2ke3tahunakandatang
#naksuruhanakanakbacabiladiorangdahbesarnanti

Monday, 23 June 2014

buah hati baru

tq my lovely abang sebab tolong carikan kedai nak beli mesen jahit ni.. hehehe.. memang rasa teruja nak buat itu ini.. tapi masih agak terbatas sebab takde mesen jahit tepi.. so, masih kene balik rumah mak untuk jahit tepi. hehe.. tapi tetap gumbira.. beli lepaas kenduri ke sebelum kenduri kawen adik ipar aritu? dah lupa.. hehehe.. keterujaan nak menulis pon tak berapa ni.. kikiki.. pastu g jalan2 Terengganu.. tapi hati asyik teringat mesen jahit je.. hahaha.. (opss.. abang dah tahu rahsia)..

balik je dari Terengganu, balik rumah mak jap.. terus shoot gi nilai 3.. hehehe.. nak buat langsir.. bukan apa, hari tu teringat mak mertua duk bising-bising. langsir kat bilik kitorang tido kat semban tu jarang pastu ada jugak yang dah terkoyak-koyak.. kalau ikut aku dengan abang, tak kesah je keadaan langsir camana. asal dapat tido.. kuikuikui.. dia kata penat dah dia bising dekat anak-anak dia suh cari langsir tapi budak-budak ni buat tak tahu je.. huhu.. aku diam je la.. sengih sengih.. huhu.. nak janji apa-apa takut nanti tak terbuat la pulak.. dapat je kain, terus buat.. sehari dah siap.. (ala.. untuk 3 tingkap je pon).. dah siap terus pasang.. huhu..

raw material

bofren baru

proses jahit

yeayyy!!!.. dah siap


bila dah siap, aku menganggur balik la.. memang bosan kalau takde keje.. tv pon asyik kartun je. nasib la badan.. mesin jahit pon simpan semula... lama tak bersentuh, ibu masuk hospital.. dugaan buat kami..

masa pergi Terengganu haritu, ibu macam demam. sejak dari hari kenduri lagi.. tapi dia kata sikit aja.. lepas makan ubat, ok la.. tak lama lepas tu, asyik on off je.. dua minggu.. anak-anak ajak pergi hospital/ klinik semua tak nak. sampai satu masa, ayah yang paksa.. so, kene tahan la ibu dekat wad (12/6/14).. sejak haritu, lepas balik kerja je mesti balik seremban nak melawat.. so, masa kat rumah memang takde. sebab sampai KL balik dah kul 10 lebih..  sampai satu hari, masa kami melawat, tengok ibu macam tenat sangat.. susah nya dia nak bernafas (nak terang apa yang doc cakap tak reti).. orang-orang yang dating melawat pon semua mata dah berair.. huhu.. aku ni lagila.. tengok orang mata merah, hidung merah.. cepat je nak ikut sama.. huhu.. semoga semuanya baik baik aja.

hari pertama di hospital. Nampak ok lagi


#nicumadiarielektronikku
#sapataksukabacajanganbaca
#akunakbaca2ke3tahunakandatang
#naksuruhanakanakbacabiladiorangdahbesarnanti

Friday, 13 June 2014

jalan-jalan terengganu

lepas penat kenduri, jalan-jalan Terengganu pulak..

mulanya cuma pergi separuh dari family.. tapi at last, semua pergi kecuali keluarga abang long.. hope dapat bercuti mcam ni lagi.. :D

2 jun
malam: bertolak ke Dungun (umah adik ipar).. sampai subuh 3 jun. dapat tido rehatkan badan.

3 jun
petang: bertolak ke kenyir.. sampai dah nak malam.. so rehat-rehat aja.. malam makan2 pastu tido

4 jun
aktiviti berbot.. pastu jalan-jalan Terengganu nak makan2.. tapi iskandar pulak buat perangai.. nangis.. camtula dia kalau tido di ganggu

5 jun
pergi kaytee jap beli kopok untuk buah tangan, pastu balik.. sempat singgah kuantan dinner...

kenyir lake resort

pemandangan yang mendamaikan
kolam budak2 nak mandi





penuh!!!







#nicumadiarielektronikku
#sapataksukabacajanganbaca
#akunakbaca2ke3tahunakandatang
#naksuruhanakanakbacabiladiorangdahbesarnanti

Tuesday, 10 June 2014

kenduri hadi & aida

Alhamdulillah.. kenduri sebelah lelaki telah berjalan seperti yang dirancang..

1 jun 2014.
semoga pasangan bahagia hingga ke akhir hayat.

family portrait yang tak berjaya

sepupu sebaya.. - iskandar yang gembira dapat tukar baju

ibu ayah bersanma adik2 ipar  comel yang masih single.. hehehe

iskandar yang tak reti duk diam

pengantin

qis.. hehehe.. ofkos still single.. sapa nak try, ayah sedia dengan interbiu

kami seperti biasa akan feeling2

qis & besfren.. husna

family ku yang dating  memeriahkan majlis.. -apabila qis buat perangai takmo bergambar