Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Monday, 23 December 2013

cuti di JB

seronoknya bercuti... rasa malas nak bekerja.. kat ofis sekrang ni pon sunyi sangat.. mungkin ramai juga yang becuti kan.. atau... jeng. jeng. jeng.. entah la.. bersangka baik aja la kan.. so, sekrang ni aku tengah mencari mood untuk bekerja..

khamis jumaat lepas tiba-tiba amik cuti. perasaaan malas bekerja amat la kuat.. bila abang kata kalau dia tak dapat cuti minggu ni, dia tak dapat cuti lagi sampai tahun depan jugak membuatkan aku berfikir banyak kali walaupon bercadang nak bawak cuti aku tahun depan je. huhu.. harap urusan tahun depan dipermudahkan dan tak perlu ambil banyak cuti emergency..


so, kali ni dengan drastik pergi bercuti ke JB... ni sebenarnya cadangan bapak mertua. mula-mula ingat nak bawa adik ipar je untuk jagakan budak berdua tu memandangkan kantung duit tak berapa nak penuh. hehehe. tapi adik2 ipar pulak excited cerita kata kitorang nak bawak ibu ayah sekali.. mula2 ayah mertua request nak pergi pulau sibu.. tapi bila survey harga tk mampu.. so, ke JB ajala.. pulau sibu, postpone tahun depan.. kita cari  kat mattafair ke. bolehla dapat murah sikit. huhu.. no shoping and no masuk taman tema mana2. hehehe.. sebab ayah cakap nak berehat..tema percutian hanyalah berehat. makan-makan. 
lunch
dinner
tengok qis tunjuk perasaan tu.. hish.. aidil lak tunjuk perasaan masa orang tengah makan.. sabar ajala


tapi balik semban kali ni tak bawak kuih apa2. maklumlah bila nak cuti kena la siapkan kerja kan.. bila penat, balik rumah pon nak berehat ajala... huhu.. cita-cita nak buat cheese tart pon tak kesampaian lagi ni. hehehe. eh.. melalut cerita lain lak.. hehehe.. so, hari 1st, sampai jb, makan tengah hari, check in.. pastu kuar minum petang.. malam pulak keluar makan malam la kan. mula2 abang kata nak pergi kedai kawan dia. tapi tutup pulak.. tapi ok la makan dekat situ..
breakfirst
budak berdua yang hepi dapat tido hotel
bergambar bersama depan hotel
kami berempat
makan petang.. of course murtabak singapura dan otak2
ayah begitu berselera :)
dinner @ senibong
hari kedua pon sama je.. sarapan.. tengah hari makan piza.. konon2 sambut besday ibu juga 20 disember 2013.. petang makan lagi.. malam makan lagi kat senibong. sedap. sampai ketat perut tak boleh berjalan. penuh dengan makanan.. hehehe... dah lama nak abang datang sini tapi selama ni duk cakap ngan dia stulang. rupanya senibong. hadoi..
breakfirst on last day
hari ketiga lepas sarapan terus balik sebab ayah ada urusan petang tu. nak bincang tarikh kahwin adik ipar dengan bakal besan. hmm.. akhirnya dapat jugak tarikh.. lepas bertekak sana sini.. legala sikit walaupon masa tu raya.. daripada dia nak buat kenduri bulan mac kan. dapat la aku bernafas.. pastu kami setiap family kene sponsor duit jugak.. hmmm.. tu yang tak berapa sedap nak dengar. hehehe.. so, dengan ini, nekad untuk simpan duit untuk budak berdua tu memandangkan kos kenduri tinggi. tak nak menyusahkan orang lain pulak bila anak nak kawen. walaupon, orang yang nak disusahkan tu anak sendiri, tapi ye lah kan.. takut diorang pon baru nak mulakan hidup.. kadang, nilai tu walaupon dikatakan tak banyak tapi kalau duit gaji yang dapat pon cukup2, kesianla nanti.. huhu.. qis and is, InsyaAllah.. korang doakan ibu ayah senang ye.. boleh simpan duit korang banyak-banyak.. duit belajar korang pon ibu ayah dah start simpan sejak korang baby.. hope korang takde hutang untuk belajar nanti.. amin..
bakal pengantin yang nak kawen bulan 3.. muka nampak tak puas hati

tak saabar nak bercuti lagi

huhu.. baru masuk keje nak cuti?? apadaaaa


Tuesday, 17 December 2013

cerita bosan. hahaha

kerja tengah banyak tapi malas nak buat sebab teringat nak bercuti je ni. pastu esok pengasuh budak-budak ni cuti pulak tu. lagi la macam malas nak buat apa-apa sekaarang ni. for sure esok petang tak dapat buat kerja langsung sebab budak-budak nak datang ofis kan.

so, macam biasalah rutin setiaap hujung minggu. kali ni balik rumah emakku pulak. so, bawakkan la snowy cheese cake ku. alang-alang buatkan qis kek untuk parti hujung tahun dia kan. tapis eperti yang dijangka, diorang tak suka. mengomplen kata masin la apa la.. ada ke kek masin bla. bla. bla. dah nama pon cheese. memang ler masin. hadoi.. so, kesimpulannya memang tak boleh bawak mende-mende pelik untuk diorang ni. makaroni bakar rejek. red velvet pon diorang rejek. hadoi. kalau beli tu puluh2 hengget tau tak. karang taak bawakkan apa baru tahu. tapi tu la. tak sedap tak bawakkan apa2 kan. mak semban tu kalau jumpa mak mesti cerita aku rajin bawakkan dia macam-macam. keang kecik ati pulak mak sendiri. haish. susah kan bila jadi macam ni. sabar ajala... huhu.. tapi senang bawak kek sebenarnya sebab boleh buat sehari sebelum. kalau makanan yang family aku suka macam puff ke pavlova ke, pada aku, aku suka yang fresh. huhu.. pavlova tu boleh je buat sehari sebelum. tapi malas nak buat sebab nak bakar tu bukan main lama. huhu.. takpelah.. tengokla lepas ni nak bawak apa ke tak bawak ke.. (bunyi dah macam merajuk ni)


masa balik rumah mak pon bosan jugak sebab budak2 asyik ikut atuk diorang gie kenduri je. tinggal la aku kat rumah. apa lagi. tido je la keje aku. dengan suasana hujan yang sejuk. aamat la best tido. sampai pening kepala aku asyik tido je.


nak cerita apa lagi?

dah la tu aja. merepek ke keje... sorila kepada pembaca. huhu...

Monday, 9 December 2013

gembira atau komfius

jumaat lepas ada parent teacher's meeting day.. mulanya macam malas nak pergi sebab mengingatkan teacher qis yang kitorang pergi yang tak best masa pertengahan semester hari tu. tapi demi qis, kami pergi jugakla. dan. alhamdulillah, teacher lain yang kami jumpa haritu. teacher melayu. macam racist je aku ni kan. biarlah!!.. huhu.. memang best dengar penenrangan dia. dia kata qis ok. cuma malay je tak berapa ok. huhu.. she's malay but weak in bahasa.. owh qis.. kami tanya jugak qis pandai ke baca english.. teacher tu kata ok. pandai. sememangnya aku tak percaya.. tak percaya sangat. huhu.. dan dia very good in math.. huhu. ayah nya kata dia mengikut ibunya.. owh.. ayah tahu tak betapa ibu tak pandai BI, ibu kene pergi kem bahasa inggeris dulu.. memang pengalaman mengerikan. ok la kan daripada kene pergi kem bahasa melayu. wakakakaka....
sarapan sebelum ke ssekolah qis (bukan senang nak dapat bergambar dengan qis ni)
budak kecik yang suka roti canai

dekat sekolah. baby memang excitedla



pastu hari jumaat pon dapat anak sedara baru.. eh.. masuk jugak cerita
baby x (lum tahu nama)

hujung minggu kali ni, balik seremban. so, macam biasa akan balik dengan apa-apa bahan yang ada kat dapur. disebab kan teringin nak buat snowy cheese kek, maka mencarila aku cheese dalam aeon kat bawah. mak ai, harga cheese memang mahal ke? tertelan air liur memandangnya. huhu.. tapi nak juga buat kan, so belilah aku dengan jayanya. (tengok la dekat dapur saya hasilnya ye).. hehe.. untuk kek saya buat dua acuan sebab nak bawa ofis dan sebijik kek lagi bawa balik seremban. kebetulan ada besday dua adik ipar, so, tulisla nama diorang. huhu.. tak bermaksid nak buat kan kek harijadi cuma nak buatkan kek untuk family seremban je.. kalau macam ni jenuhla setiap harijadi kena buatkan kek. huhu.. aku tak berapa suka cheese so bagi aku kek tu biasa-biasa aja.. tapi respon dari pemakan-pemakan kek aku, diorang kata sedap. alhamdulillah.. cubaan pertama berjaya. hehehe..
perjalanan ke seremban.. jauhnya perjalanan

berhenti ssarapan
sabtu dapat makan durian. dengan tak ingat dunia aku makan. huhu.. nasib tak jadi apa-apa. pening-pening ke kan. huhu.. mungkin sebab musim sejuk, jadi kepanasan memakan durian dineutralkan dengan cuaca di luar. huhu. aidil yang hantu durian tu lagi la. makan memang banyak. sepupu-sepupu dia yang sebaya dia pon makan banyak. huhu.. risau jugak menengoknya. tapi nasib baik tak jadi apa-apa.. disebabkan kesedapan memakan durian, macam biasa tak ingatla nak amek gambar. ingat nak buat repeatation hari ahad tapi macam perut terkenyang dengan makanan lain.
konon-konon majlis besday

sabtu malam ada buat solat hajat untuk ibu mertuaku. dia selalu sakit kat bahagian perut. semoga semuanya baik-naik aja. dan abah emak yang kebetulan balik kl dari kampung singgah masa kitorang tengah baca yasin. kelam kelibut orang rumah seremban. huhu..
baca yasin

baca yasin - sebahagian kaum lelaki.. tak dapat amek full participan sebab tukang amek gambar adalah abangku.. xkan dia nak bangun tengah-tengah orang baca yasin. huhu
inilah kerja budak2 selain main, gaduh.. hahaha
hari ahad, takda apa yang spesel. taapi mungkin disebabkan musim hujan ni perut asyik lapar je. jadi aku bercadangla buat roti john.. husih sekali hadap 19 ketul roti john satu family. mana taknya. aku pon melantak sampai dua ketul. huhu.. sabar ajala.. kenapa 19? sebab satu ketul lagi roti malaas nak goreng sebab malas nak pecah telur.

Monday, 2 December 2013

cuti masak.. heheheh.. best

hujung minggu lepas memang amat best.. lama sangat rasa tak menghabiskan masa bersama family berjalan-jalan.. selalu kalau hujung minggu asyik balik rumah mak.. mak mertua.. walaupon seronok jugak sebab tak payah nak masak beria-ia tapi entahla.. rasa penat.. rumah mak sendiri lagila tak masak.. hahaha.. setakat potong bawang aja.. huhu.. takot nak kacau mak masak sebab nanti abah komplen. mintak la cuti masak dengan abang.. permohonan diluluskan.. yahooo!!!... tapi kene buat sarapan jugak.. huhu.. orang tu teringin nak makan spaghetti goreng la pulak.. huhu.. padahal baru je buat hari sabtu.. ahad nak lagi.... ok la.. lepas ni nak cuti satu hari tau. hehehehe.. jangan marah ye abang

nak dijadikan cerita, kami plan nak tengok wayang. tengokla kalau jadi hari sabtu. kalau tak hari ahad.. lepas tu jalan-jalan la mana2 sekitar kl.. pada aku, aku memang suka jalan-jalan je.. tak beli apa pon takpe.. entah.. aku suka tengok-tengok.. huhu.. ni ajak abang tengok-tengok mesin jahit dia tak bawak lagi pon.. nak buat perbandingan harga dulu  (eh.. tetiba melalut lak)

tiba-tiba hari jumaat malam.. sedang aku bermalasan, abang mesej kata nak kuar tengok wayang.. aku dengan tak mandi (opss terbocor rahsia lak).. dengan tak bagi budak makan lagi.. dah dekat pukul 9 tu. huhu.. kesian budak2.. terus segar dari kemalasan.. cepat2 suap diorang makan.. solat isyak siap-siap.. tunggu abang balik pastu terus mewayang kan diri.. so far, cerita frozen tu memang best.. dan aku olaf dengan keldai dalam cerita tu memang menarik perhatian budak2.. prince n princess sebagai watak utama takde la sangat.. hehehe..

hehehe.. muka ngantuk dan penat.. dah tengah malam
nampak aidil macam dah besar dalam gambar ni....
olaf adalah menatang yang hidung carrot tu.. hehehe


jadinya plan utk tengok wayang dengan jalan-jalan tinggal jalan-jalan je la.. mula-mula ingat nak tengok wayang barang satu cerita lagi.. tapi kepenatan melayan kerenah budak-budak membuatkan kami terus balik lepas makan malam pada jam 6lebih petang.. hehehe... aidil yang tak reti berjalan.. asyik berlari dengan melompat aja kerjanya... penat. sangat penat. singgah balai mandikan budak-budak.. on da way balik dioraang dah tido dah.. nasib dah siap mandi semua... tapi amat menyeronokkan sebab budak-budak seronok.. :)
sayang ayah la tu konon..
he.. nak menyamakan baju dengan anak bujang.. sanggup pakai inner walopon sebenarnya tak berapa suka pakai macam tu.. huhu.. qis takmo amek gambar dengan ibu..

bila lah lagi nakberjalan ni... abang hutang jalan-jalan bukit cerakah lagi ni.. hahaha.. dari sebelum kawen lagi.. :p

owh ye... nak melalut ke cerita lain.. lanjutan dari cerita nak menjahit hari tu.. hehehe.. dah beli mende2 ni semua.. kikiki.. tapi nak jahit dengan apa ni.. takpe.. kita potong dulu..ada satu seluar qis yang qis dah koyakkan tu, bolehla ibu buat mockup.. hahaha.. tetiba mockup pulak.. macam kat site pulak.. kalau tak sbar sangat, nanti bawak rumah  mak.. hahahaha..


keinginan buat cheese tart dan snowy cheese cake juga.. huhu...