Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Monday, 30 April 2012

persiapan


owh.. diam tak diam, jadi jugak adik aku si adi tu kawen... penign dibuatnya melayan karenah dia yang bukan2. orang nak kawen dia pon nak kawen, tapi 'supply' tak bagi... hish.. kesian kat mak je sebenarnya. huhu... aku pon jadi serba tak kene. akhirnya aku n abang buat keputusan nak bagi mak duit sebab mak selalu bising tak cukup duit. so, alhamdulillah lepas tu  nampaknya mak lebih tenang membuat persiapan. pada aku, duit tu tak la seberapa tapi aku harap, cukupla sebab tu je yang mampu kami nak bagi. kalau kami takde buat persiapan rumah baru kami, insyaALLAH, boleh bagi lebih dari tu.

jadi hujung minggu hari tu, aku pon buatla sikit2 persiapan yang aku boleh tolong. aku tolong mak buat bunga telur!!!.. hahahaha.. tak tahu macam mana aku bole buat mende2 macam ni. kalau ikot, aku memang tak suka wat kerja2 pompuan macam ni. tapi entahla. mungkin aku dilahirkan dengan bakat dan memang dilahirkan untuk membantu dan kebetulan juga ramai adik2 lelaki dari pompuan. huhu.. yang pompuan pon dah macam lelaki. apa pon, bersyukur dgn bakat yang ada. sekurang2nya dapat membantu di kala ia diperlukan.
barang2 untuk membuat bunga itu... ada dua kaler.. yang merah tu, aku punya dulu.. hihi.. balance
tada!!! nila dia kalau dah siap... hehe.. tengok budak kecik tu.. kesian dia. jadi anak terbuang kejap. pandai dia bawak diri.. cayang adik kan... tu adik aku tengah print kad jemputan (kad jemputan pon wat sendiri sebab budget takde)
zoom sket...
adik aku tak bangun lagi tu.. selalu dia yang bangun paling awal...

ni keje qis.. huhu.. sukatila qis.. asalkan tak kacau ibu
bunga yang kaler biru tak dapat ditunjukkan.. dah siap lawa jugak kalernya. tapi lupa lak nak amek gambar...

adik aku si maria tu keje dia mengepek makanan kerepek2 di dalam plastik. rasa tak sangka pulak dia nak menolong. hihi... mungkin sebab ada sealer yang baru mak beli untuk melekatkan plastik itu.. adam pon sibuk nak tolong tapi mak tak bagi. hahaha... kesian.

minggu depan kami akan ke terengganu!!!!







Sunday, 29 April 2012

bersih

cerita kali ni takde pon berkaitan dengan politik... cuma nak menyatakan kekesalan ku sahaja. kesedihan aku kerana kemanan negara ini telah sedikit sebanyak mula tergugat... aku sebenarnya takot. takot jika sekiranya perang tercetus dan negara tak aman lagi. jadi macam negara thai... (ye ke.. yang diorang tak puas hati dengan perlantikan perdana menteri tu.. hehe.. aku bukan terer sangat pasal mende2 macam ni... tapi tahu la jugak sikit2)..

aku tak tahu apa motif perhimpunan sabtu hari tu dibuat. aku pening (ye la kan.. macam aku cakap tadi, aku bukan tahu pasal politik ni).. huhu.. tapi pada aku. takde ke cara lain yang lebih aman. dari cara berhimpun macam ni. tak terfikir ke diorang mende macam ni boleh buat orang yang tak tahu apa2 (orang macam ku lakot) yang ni pergi KL ke (aku memang tak la pergi KL time hari minggu...) tiba2 ada huru hara..

gambar ihsan pakcik google

  • kata nak duduk tapi kenapa jadi merusuh macam tu??? sampai kereta pon boleh diterbalikkannya?
  • kata bersih tapi kenapa at last, tempat tu jadi kotor... diorang ada upah orang nak bersihkan balik ke jalan sekitar KL yang kotor itu..
  • kata nak menuntut keadilan.. tapi bukan ke ada cara yang telah ditetapkan
  • kata orang2 yang mengikut perhimpunan ni islan.. tapi bukan ke islam itu agama yang baik kenapa tunjukkan kepada orang lain yang Islam tu agama yang ganas.
  • kata juga yang 'kepala' perhimpunan itu adalah seorang yang bencikan islam.. (ambiga tu.. ye ke.. aku pon tak tahu dia benci atau tak suka Islam) tapi kenapa ramai orang Islam yang setuju dengan perhimpunan yang dibuat....
kotor kan?? (ihsan pakcik google juga


entahla..

kesimpualnnya aku pon tahu. aku sebagai rakyat Malaysia danjuga umat Islam, aku cuma mampu berdoa semoga keadaan ini akan beransur baik suatu hari nanti...

Saturday, 28 April 2012

fesbuk

kawan-kawanku yang membca blog ini...

huhu.. sedih pulak rasanya sebab yang membacanya cuma sedikit... huhu....
mulai dari hari ini, fesbuk ku dengan rasaminya telah ditutup... ini adalah kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. owh... agak sedih di situ.

tadi dengan tak tahu kenapa. aku menggatalkan diriku untuk mengecek fesbuk ku itu. padahal banyak kerja yang hendak kubuat.. (padan muka aku!!!)..

babai fesbuk

lepas je log in, terus jem.. entah apa ntah dia suh aku buat. tiba2 je suh aku tentukan umur aku.. eh.. suka suki dia je... aduh.. lama pulak tu. lepas tu sebab aku tak sabar, entah apa aku klik dia terus link aku punya fesbuk dengan video tak senonoh. siap tag kat kengkawan aku tuh.. ya ALLLAH.. jangan la taging itu still boleh buka walaupon aku dah delete akaun.

aku yang still bimbang...

biarlah buat masa ni aku takde fesbuk untuk sementara waktu
....
,...
...

Wednesday, 18 April 2012

EL

semalam aku tengah sengaja meng EL kan diriku.. hahaha (gelak agak jahat..)

aku dah terlalu pening dari keadaan di ofis.. hehehe.. sebebnarnya aku tak boleh lari pon dari masalah itu semua. tapi takpelah. aku just nak berehat. jadi aku pon meng EL kan diriku... kebetulan malam itu, tiba2 abang kata dia free esok. jadi apa lagi aku pon menghabiskan masa bersamanya... hehe.. macam la selalu tak habiskan masa dengan dia. ni lain la. ni menghabiskan masa berdua. selalu berempat. huhuhu..

mana aku pergi???
kali ni ke KLCC.. memang dah lama gila tak tengok wayang bersama... bak kata orang sejak ada anak la kan.... aritu ada try bawak qis.. tapi last2 tak dapat tengok pon. membazir je...

pandangan dari tempat duduk ku.. hehe.. nampak kepala orang pulak

tiket wayang.. waaaa dah lama tak nampak tiket ni.. hahaha

lepas balik tengok wayang.. penaaatttt... pastu perasaan gembira sebab dapat dating... pasal cerita tadi, aku tak kesah pon sedap ke tak sebab aku ni jenis yang takde perasaan kalau tengok cerita. sedap ke tak ke aku ok je..cuma kalau cerita sedih je la aku nanges.. hahaha... tapi kesian kat abang sebab dia tak puas hati dengan cerita tu... hehehe.. sabarla abang ye.

perasaan lepas masuk kerja harini.. waaaa... tambah penat... sebab macam2 masalah pulak timbul. tiba2 aku membuat keputusan untuk sambung phD.. ok kah??? tapi sambung dalam negara je la.. hahaha

Monday, 16 April 2012

perasaan hari ni

hmmm tak tahu apa nak cakap. tapi agak stress di sini sebab dua orang dari orang ofis ini telah berjaya mengeluarkan dirinya. tinggalla aku.. huhu.. takpe. hidup mesti diteruskan. harap diorang berbahagia hendaknya.

hujung minggu aritu, ingat nak mengangkut barang2 hadiah kawen 5 tahun dulu ke rumah baru. tapi semuanya tergendala. pasal apa pon tak tahulah. tapi agak kecewa jugaklah.. huhu..

haah kan. dah lama tak bercerita pasal budak2..

qis mcam biasa la dia. dengan hobinya. nanges. hehe.. apa2 la qis. selagi qis rasa bahagia. tapi kadang2 kesabaran ayah ibu pon tercabar. lagi2 ibu ni sebab ibu bukan jenis yang sabar. owh.. bilalalh di anak berubah.. tapi tu la kan. orang kata, budak2 tyang banyak buat peel ni selalunya akan menyenangkan ma bapak di masa akan datang.

is??
hehe.. dia seperti biasa la... selalu kene buli ngan kakak tapi dia cool je. tak de melawan sangat. kalau kakak amek barang dia dia tengok je kakak dengan muka sayu. kesian kan?? pastu, dia pergi la cari barang lain nak maen. kakak pon satu. kedekut. tapikan kadang2 tu adik pon melawan jugak. hehehe.. cute.

dan paling best sekrang ni, dia dah pandai jalan!!!
minggu lepas dia tiba2 bangun/ diri sendiri pastu jalan 2-3 langkah pastu dah banyak langkah sekrang ni. hehehe... seminggu je dia amek lesen. well done!! kalau tengokkan seppupu2 dia yang sebaya, dorang ni dah pandai jalan banyak langkah tapi tak reti bangun sendiri. at last, sama2 je 'dapat kaki'. bagus2.. tu dah kira tak mahu ketinggalan. bagus sayang... orang lelaki kene la tunjuk kehebatan. (heheh sepupu dia yang lain semua pompuan- dia satu2 nya cucu lelaki buat masa ni)

muka bangun tido

pantang tengok ibu amek gambar adik, dia pon nak...

sibuk nak menconteng dah

adik saja mengacau kakak.. tengok muka dia muka tak bersalah tu... hehe... kakak pulak.. "ibu... tengok la baby ni"

mak ai.. dah pandai panjat

sepah kan rumah ini

bersama-sama menyepahkan baju yang baru diangkat.. huhu....

pose....

main 'dut dut' kata kakak... adik pon nak jugak tu.. tak takot dia,.... kakak dulu takot naik ni.. dah 3 tahun baru berani.. hehehe

Thursday, 12 April 2012

mengangkut pinggan mangkuk

hari pertabalan agung semalam sangat la best.. kalau cuti tengah2 minggu ni memamng aku suka.. tapi tu pon kalau abang ku sayang tidak bertugasla kan.... kebetulan semalam dia off duty, jadi bole kami menghabiskan masa bersama.

semalam kat rumah baru kami la kami menghabiskan masa. mana lagi kan... penat. tapi entahla. rasanya abang lagi penat kot sebab dia je yang banyak mengagkat barang. aku mengangkat baby je. hehehe... rasa macam banyak gila bawa barang tapi bila dah kemas. alahai sikitnya... sekejap je masa kuambil. huhu





qis pulak sibuk main kat fridge... jangan main kat situ bila fridge tu dah on tau sayang.. huhu


sampai muncung2 mulut dia mengecilkan kertas yang dah kecil

tempat istirehat

panjat sayang panjat.. huhu.... jangan jatuh sudah

Tuesday, 10 April 2012

kurang asam punya motor!!!

entah apa la malang nasib ku pada hari ini!!! dengan tiba2 ada sebijik mototr telah melanngar side mirror ku yang cantik itu..  dah la bawak laju macam pelesit!!! moto lain lalu kat sebelah aku ni takde apa pon. apasal tetiba kau pergi langgar lak kete aku ni!!!

cermin tercabut

cover belakang pon tercabut
apa pon, terima kasih kepada abang ku sayang kerana sudi membelanja membetulkan telingga kereta ku ini. huhu.. mahalnya. nasib tak terkulai layu telinga itu. kalau tak mesti lagi mahal kan. kalau korang nak tahu sebelah telingga itu berharga 360. kalau sepasang 700++... ni nasib cermin n cover je. setelah merayau satu ampang (abnag la yang merayau.. hehe) dapat 222. huhu.. cermin sahaja pon dah 170. waaaa duit terbang melayang2 seperti ditiup angin. thanks abang. thanks. thanks.... sayang abang... :P

sampai ofis, meja penuh... owh
sampai je kat ofis.. owh bayk nya kerja menunggu tapi its better like this than kosong..

Tuesday, 3 April 2012

tak sekolah

semalam qis tak sekolah lagi.. masa ambil dia dari rumah pengasuh, mak dia cakap, dia nak ibu hantar. adoi la qis sayang. kalau la ibu tak kerja, boleh la ibu hantar. ibu pon lagi suka tengok qis pergi sekolah dan selamat sampai sekolah sendiri. siapkan qis ikut cara ibu tapi bila ibu bekerja ni, ibu terpaksa serahkan semuanya kepada orang. buat masa ni, tentula dengan mak qis...

tapi, kalau ibu tak kerja, boleh ke ibu bawak kereta. entah2 lesen pon ibu takde. semua nak kene mengharap dengan ayah. tapi ibu harap qis akan faham. memang hidup sekarang perlu untuk kami bekerja. semuanya perlukan duit sayang..

haritu, masa ibu kerja jauh, dua hari qis tak sekolah kan. qis memang terlalu ayah manjakan. tapi aku tak salah kan ayah. sebab kalau aku tegas, kenela ayah nya lembut. huhu. kalau tak nanti, bimbang qis cepat memberontak. budak2 sekarang ni lain sikit kan. memang budak2 macam tu ke?? kalau tak nak sekolah, senang2 je cakap tak nak. huhu.. ibu rasa ibu dulu takde pon macam tu sayang. ke ayah macam tu. hehehe... ibu memang pantang sangat orang ponteng. rntahla. mungkin ibu dididik macam tu.


apa pun, ibu harap qis akan memahaminya suatu hari nanti. faham pentingnya menimba ilmu. bukan bermaksud kalau kita pandai, kita dapat kerja bagus. sebab rezeki semua di tangan TUHAN... tapi kita ni manusia kene berusaha. sebab kita tak tahu apa akan jadi masa depan.

eh
kenapa aku berbicara begini......

bakal menantu lagi

diam tak diam dah masuk bulan 4 dah kan. haish. adik aku jadi ke nak kawen ni... kalau ikot tarikh dia nikah bulan depan 5 mei. tapi senyap sunyi sepi. takde berita apa. kad jemputan ke. persiapan kawen ke? dia ni nak kawen ke tak. kalau ikot kebiasaan, patutnya sekarang ni dalam fasa (eceh.. fasa tuuu) penghantaran kad jemputan kepada rakan taulan, sahabat handai. tapi nampaknya dia ni nak kawen macam tak beria. orang nak kawen beria -ia. aku pening dibuatnya. pening bila mak tanya camana. camana dan camana. huhu...

susah la dia ni. nak cakap karang terasa. aritu mak dah tanya tapi dia pulak marah mak. katanya mak macam tak percaya kat dia. dia kata tahulah dia cari duit. huhu.. pada aku, kalau tahu kenapa tak hantar duit belanja? dia ingat bapak dia tu kaya ke. dia terlalu nak ikut cara aku. aku memang la takde bagi apa2 sebab duit belanja sume laki aku dah bagi kat mak abah. huhu... camana ni. takkkan dia tak tahu aku ni perempuan. dia lelaki.

mak tanya jugak, kat belah lelaki tak nak buat ke??? dia kata kalau tak nak buat pon takpe. ada ke cakap mcam tu. aku tahu kalau tak dibuat kan mesti sampai mati dia akan mengungkit. silap2 sampai tua tak balik umah. pada aku, ada aku kesah kalau dia balik ke tak. menyusahkan je. tapi mesti mak aku sedih. rindu kan anak teruna dia tu. hati mak kan. jahat mana pon, anak dia jugak.

entahla. aku pon sebenarnya tak tahu nak cerita macam mana. tapi yang penting, cepat la habis semua urusan ni. dah kalau bole adik2 lain nanti, kalau nak kawen, pandai2 la uruskan. carila duit dan kumpul la duit secukupnya. takdela mak pening.

aku??
hanya mampu berdoa. harap lepas kawen, takde la dia bawak masalah lagi. huhu... aku bukan nak cakap dia bawak masalah tapi entah la. dah tak tahu nak cakap apa dengan diorang. kalau nak diikutkan hati, memang tawar sgt hati ni nak pergi kenduri dia. takpela. ni last aku jaga hati dia.