Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Wednesday, 29 February 2012

syukur

hehehe... arini bos xde. ingat nak merelaxkan diri sehari ni. xde la relax selrelax-relaxnya... relax otak je kot. tapi kerja kene buat seperti biasa. hehe...

hari 29 feb.. bukan senang nak dapat tarikh ni.. sekali setiap 4 tahun tuh,... so, saja la memasukkkan entry dalan blog yang tak seberapa ni.

sebenarnya nak menceritakan kesyukuranku bila baby n qis dah baik. cuma tinggal batuk2 sikit la. minggu lepas ada baca entry wani... yang bertajuk ilmu.. yeah.. memang setiap yang Allah buat tu semuanya ada sebab musababnya kan. cuma kiter ni kadang2 sebagai manusia tak mau nak fikir. macam baby aritu.. dia tu tak tahu kenapa. kalau makan ubat je. mesti berak2. so, sebagai ibu, itu adalah sangat menyusahkan sebab dahla dia panas. tapi bila bagi ubat dapat sakit lain pulak. aku dah buntu sesangat masa tu. kejap panas kejap ok badan dia. pastu, hujung minggu aritu, aku pon memang tak berlengah balik rumah mak. hehe.. sebab memang aku tahu kalau aku sesorang, memang aku tak dapat buat apa2. ye la kan. abang ku itu kerja. huhu.




termenung tengok ibu.. cian... takleh tido ye...
sampai je kat rumah mak aku citer la kat mak. mak pon dah tahu. aritu pon dah pernah jadi. tapi aritu batuk je tak demam. memang stopkan dia amek ubat batuk tu sebab dia berak2. huhu.. cian. tiba2 mak suh aku basahkan kepala dia dengan air yasin. ya ALLAH.. syukur sangat. lepas tu ok je dia. masa lapkan air yassin tu atas kepala dia terus tak meragam. macam best je kene air tu. tidor dengan nyenyaknya. tapi kalau kering, dia merengek balik... mak kata kene mandikan dia ngan air yasin 3kali... tapi sempat buat sekali je. huhu.. kalau ku tahu, mesti dah basahkan kepala dia ngan air zam-zam.. kat umah ada air zam-zam sikit tu. huhu...


lena dia tido
sebelum2 ni pon pernah terbaca pasal ni. tapi bila jadi kat anak sendiri, dah tak ingat apa dah. mungkin panik. huhu... banyak jugak artikel yang cerita pasal molekul air yang telah dibacakan dengan ayat Quran ni sangat cantik.... molekul

sesungguhnya... ALLAH maha mengetahui...

sterel

hehe.. sebenarnya tak tahu nak eja camana....

just nak say thanks kepada yang menghadiahkan ini kepada kami.. ia amat berguna. kalau tak, tak tahula tiap2 hari nak menyeterel botol2 budak yang banyak secara manual.....

Friday, 24 February 2012

minggu huru hara

hari ni dah jumaat... seperti biasa, setiap jumaat ada  meeting sepanjang pagi. jadi pagi ni aku nak berelax2 sebelum bermeeting dan memikirkan apa yang akan terjadi akan datang walaupon tak dapat nak menyelesaikannya.

kat ofis??
seperti biasa. terlalu banyak politik pejabat. aku mengambil jalan untuk malas memikirkannya. orang suruh buat, aku buat. orang tak suruh aku diam dan aku banyak habiskan masa aku dengan membuat sesuatu yang aku kira best. hahaha... apa mende tu??? access.. best ke?? ok la kan dari takde keje. lagipon aku rasa mende ni perlu untuk kerja aku. untuk kemudahan aku di masa akan datang... :) anak buah pulak?? aku pon malas pikir. lantak kau la. huhu...

terbaru!!!'
baru je diorang ni kelam kabut tanya saya camana buat. apa ni?? mana aku tahu. aku budak baru belajar. baru 2 bulan kat sini yop. apa celop. hahaha... heloooo!!! sapa bos ni.

kat rumah??
huhu.. minggu ni seminggu dah baby demam tapi aku tak mampu nak mencutikan diri sepanjang minggu ni. sori sayang. ibu kene kerja. kalau tak, nanti takde sapa nak buat kerja ibu ni. esok cuti ye sayang. nanti baby cepat baik tau. dah banyak minggu ibu tak berapa tidor malam ni... minggu aritu baby demam. minggu lepas qis pulak asyik batuk2 n muntah. minggu ni baby demam balik.... harap minggu depan semuanya berjalan lancar. ibu teringin nak tido nyenyak. dapat sehari pon cukupla. huhu... (bole ke ibu tido nyenyaari dulu tido tak nyenyak pon.. hahaha)

dalam sibuk2 diorang demam semalam dapt mencuba resepi baru. udang butter!!! best. best. tapi telur nya tak berapa menarik. tak jadi la buat sampai jadi berjala-jala tu. jadi hancur. huhu... takpelah. asalkan rasanya jadi. telur bungkus aku pon jadi semalam. best. best.

hehehe... gambar tak sempat nak amek sebab dah lapau

Thursday, 16 February 2012

owh bos

sekarang ni dah petang... aku dah malas nak buat apa2.. tunggu waktu untuk pulang sahaj... sekarang ni tengah pening dalam pergelutan, konflik 'rumahtangga'... atau lebih senang cakap, konflik politik pejabat yang tak sudah-sudah...

entah la... tak tahu nak mula macam mana. tapi, apa yang aku boleh cakap adalah, bos aku ni kurang pandai... nak cakap bodoh karang nanti kecik ati pulakkan (diorang tak baca,... hopefully la).. hahahaha...

macam ni la..
aku ada 3 bos... bos A, B dan C (Susunan mengikut pangkat).. selama unit aku kat tempat aku ni, bos B aku yang jaga... jadi sebelum ni, semuanya berjalan lancar. tapi entah macam mana, tiba2 bos B aku tu dapat la bos... si A tu la. ingatkan makin menyenangkan kerja tapi makin menyusahkan adalah. dia ni pada aku, suka ambil tahu perkara2 yang terlalu remeh. benda besar2 tak nak pulak dia amek tahu. macam status projek ke.. duit cukup ke tak ke... ada ke patut dia tanya pasal mende macam sapa yang lantik.. kenapa orang tu di lantik (ni kalau macam ada AJK apa2 la kat ofis tu... jabatan la kot).. isi borang pon nak begitu detail. sampai kene cari buku, sekular yang ntah mana nak korek. haish. mende tu semua sebagai syarat je.. tak isi betul2 pon takpe kot. wa!!!! ada banyak lagi keje yang penting yang perlu dia tengok...

ada sekali tu, dia tukar minit mesyuarat... kenapa perlu tukar. dah memang tugas orang tu. biar la orang tu buat. takkan nak tukar orang lain. dah tentu masa meeting orang tu kata ok. mesti orang tu dah cakap sesuatu kat bos A aku ni....

bos C aku??? sama la macam bos A... dah tak tahu tak reti nak tanya. masa penstrukturan semula aritu, bos B aku dah tanya betul ke nak buat keje tu. dia kata ok. tapi bila bos B bagi keje tu kat dia, dia kata bos B aku lepas tangan. betul la kan!!!! tengok aku dah marah. kalau aku tanya semua tak tahu. apa salahnya dia belajar dari bos B aku yang memang dah expert pasal ni...

aku yang hangin...
aku berharap aku boleh bersabar dengan perkara ini...


gambar hiasan sahaja hasil dari google

Monday, 13 February 2012

10 feb 2012 setahun bersama mu

sekajap je rasa kan.. dah setahun kita bersama. mengharungi hari yang indah ini bersama-sama.. huhu... tapi maafkan daku sekiranya aku telah melukakan mu satu ketika dahulu. tapi lukamu itu telah ku rawat kan?? hehe.. harap kamu sentiasa sihat selepas ini. kalau tak, ke mana lagi kah tempat untukku menumpang kasih sekiranya suami ku menjalan kan tugas....

ahaks... bunyinya macam skandal lak...

sori.. bukan skandal ok. i masih waras. dan i masih menyayangi husband i sepenuh jiwa dan raga ku ini.. hehe... sebenarnya dia yang ku maksudkan adalah vios 1782 ku... (tarikh lahirku tersemat di situ.. heheh)... walaupon best dia ada bersama ku tapi agak 'tertelan air liur' bila nak membayar roadtax nya. huhu...

kalau roadtax je takpelah jugak.. ni dan dan je time tu pulak datang bil2 lain.. waaaaa... memang agak semput aku pada bulan ini. lambatnya terasa gaji. tiba2 datang bil indah water la. cukai pintu la.. huhu... nampaknya tahun ni memang tak dapat la aku nak menyimpan. selagi tak siap rumah ku itu.... hhu...

tak sabar nak berskandal dengan yang baru pulak...

hahaha

p/s: sila baca perenggan pertama dengan intonasi yang menggedikkan supaya pembacaan anda lebih ceria... hahahahaha (gelak jahat)

Thursday, 9 February 2012

3 hari yang penat

curi masa lagi pagi ni (edisi amek mood)

hmmm... nampaknya lepas ni dah takde lagi cuti panjang yang free.. kalo nak cuti kene la isi borang cuti la pulak yer lepas ni. rasanya lepas ni cuti free terdekat adalah 1 mei. huhu.. lamanya... tapi nampaknya aku mungkin akan bercuti panjang pada mei itu. adik nak nikah.. (hmmm nampaknya jadi jugak dia nikah n buat kenduri asing2,... menyusahkan sungguh. dahla jauh)

abaikan cerita dia...
cerita aku kali ni, pasal baby lagi.. huhu.. dia demam 3 hari hari tu.. huhu... tapi kali ni cuma demam je. lepas tu asyik nak menepek je kat ibu. nasib baik duk umah mak. kalo tak, tak tahu la aku nak buat keje pon sume tak boleh. bangun nak cin pon nagis. huhu.... apatah lagi membuat keje. ayah dia cakap. anak ibu. huhu... anak ayah jugak tau. huhu.. cian dia.

gambar blurrr menampakkan lagi kelesuan cayang bucuk ibu tuh

ari sabtu dia ok je. tapi tiba2 bangun pagi ahad tu badan panas. huhu.. dahla nak pergi kenduri. kat tampin. (ye ke abang.. ngeh ngeh.. saya sampai sekrang sebenarnya kompius kampung abang tuh. hahaha.. jangan marah tau).. tapi nasib baik dia ok je. cuma tak mau orang lain selain ibu dia... huhu.. tak muntah2 macam aritu... tak batuk2 cuma panas je. badan panas sampai hari selasa. hari rabu dah ok. macam tau2 je ibu keje kan sayang.

qis.. cam biasalah kalau ada kawan lain selain ibu, memang dia takkan hiraukan ibu dia. pandai dia bawak diri. kesian kakak tu kan. nanti besar kiter jalan2 ye sayang. ayah keje kita jalan2 yer. hehehe... kita jalan2 ngan adik... (ayah jangan jeles tau)

tiba2 dah takde idea... tadi macam banyak.. mungkin kerana kerja menanti.. takpelah..berjumpa kita di lain masa.... :)

Friday, 3 February 2012

boboi boy




adala yang cakap muka si kecik ni macam boboi boy.. ye ke?? hehe... adala kot.. tang rambut.. tang mata sepet??? keh keh keh...

haish abang ni. nk frame gambar baby... (tetiba menyelit satu permintaan di sini kan)

lambat je

rasanya seminggu ni aku asyik lambat je bangun tido.. xtau kenapa. rasa malas sedap giler tido. pastu bila bangun tuh badan rasa penat ssesangat. owh kenapakah. apakah yang terjadi kepada ku. adakah kesihatan aku dah mengurangkan dirinya sekrang???


jumpa gambar ni dalam google.. comel.. cian budak ni... aku??? belum sampai tahap ni lagi kot... ngeh ngeh ngeh
adakah kerana aku kepenatan menjaga budak yang demam minggu lepas. huhu... adakah kerana aku kepenatan bekerja di siang hari. terkejar sana terkejar sini. mengira duit tak habis2. kalau la duit itu semuanya aku yang punya. alangkah bahagianya. tapi itu kalau la kan. hehehe...

yup...
mungkin penat bekerja. ye la kan dah lama aku tak bekerja. hmmm.. aku bekerja tapi macam tak bekerja. apa pon, aku harap aku semakin sehat untuk menjaga orang yang sentiasa disyangi. abangku. dan buah hati kecilku berdua itu. mereka semakin besar nampaknya semakin nakal. adik dah pandai tak nak mengalah dengan kakak. ... tapi comel. heheh.. :)