Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Monday, 31 December 2012

hasilnya... (bakal menantu lagi)

lepas pergi muar.. apa cerita sambaungan nya??

jeng jeng jeng...
kami bertolak dari rumah mak dalam kul 10 lebih... pastu kat muar dalam kul 12 lebih.. benti masjid solat zuhur barula gerak gie umah pakcik tu. huhu.. sebenarnya pakcik tu kawan abah. tu yang abah beria benar nak pergi. katanya segan anak dia kawan anak kawan dia tapi tak pergi menjenguk mak bapak dia. huhu... so sepanjang perjalanan pergi ok je. semua tido. kesian abang. katanya ngantuk benar masa memandu. huhu.. sori abang. tangan da krem. kalau x tido mesti terasa kesakitan tangan tu. baby dah besar tapi menyusu badan lagi.. tangan ibu dah tak mampu nak menanggung. huhu...on da way balik qis menangis tak hengat sebab nak mandi sebelum balik. huhu.. nangis punya nagis last2 tertido. hehehe.. baby lak sibuk ke depan ke belakang... tak penat ke dia. huhu...

ap ceritanya???
hehe... sori...
sampai je rumah.. fuyyo... memang besar rumah seperti yang diceritakan mak dulu.. (soriler.. aku memang jakun sket. sebab duk umah kecik je).. tetiba rasa segan tapi nasib baik mak bapak budak tu orang nya ok. bincang punya bincang diorang kata hantaran 10k (mak dah lega sebab takut hantaran mahal. hihi). pastu tunang dalam cuti sekolah bulan 3 pastu kawen pas budak tu abes master dia dalam hujung minggu raya... raya?? oh no.. aku tak setuju. terus aku mesej adik aku.. pleassseee buat tahun depannya. susah wo nak buat masa musim raya. jadual tight. huhu...tapi keputusan semua di tangan diorang. hahaha.. padan muka adik aku. mesti dia pening. abah duk asyik tanya je. dahla dia baru ilang moto. bajet da lari. huhu... tapi cerita bakal menantu kali ni tak la se stress cerita sebelum ni. cerita sebelum ni semuanya nak cepat. kehendak pengantin pompuan.. kali ni santai. hope adik aku pikir panjang sket kali ni.
huyyo.. besar kan rumah ni... (tu la mak awekss adik aku).. huhu
 perut balik dengan kenyangnya... banyak nya makanan

so, habis cerita tu.. hehe..
sampai je rumah aku mintak mak buat bubur. huhu.. hampeh kan aku. aku tak tahu nama bubur tu, tapi yang penat nak menggentel je. so aku gentel la. pastu habis je gentel, aku ingat nk buat sendiri. baby lak ngs. suskan dia pastu gi dapur balik mak dah siap buat. ceh. huhuhu.. sedap.. hari tu biras aku beli. dapat makan sikit je. terus aku berazam nak buat sendiri n melahap sepuasnya. hahahaha...

bubur apa ni ek?
pastu esok nya balik semban tengok baby jap. hmmm.. abang aku tu kalo x balik jenguk mak dia memang tak puas hati dia... aku ikot je. hehe.. takde masalah pon.. dekat je pon.
sofea batrisya

cerita yang berkaitan: cerita 1cerita 2 dan cerita 3...




Friday, 28 December 2012

muar aku datang


eceh.. tajuk tu macam kenal kan. istanbul.. aku datang.. sweet sangat citer tu. tapi bagi yang tak suka citer ala2 comel macam tu tak suka la kot. lagi2 tomok yang berlakon kan. kaku sket... takpe. bagi peluang. baru belajar la katakan. tapi suka la lagu yang dia nyanyi dalam lagu tu.. lagu tema...

opsss..
tersyayul sampai ke situ pulak.

esok aku akan ke muar... rombongan utk kenal2 dengan bakal biras. huhu... lama jugak rasanya tak balik kan. seingat aku, sejak kawen, balik time raya je. tu pon sehari je. aku pon tak tahu kenapa... tapi aku macam takde hati nak balik lama-lama sgt... (mmm sukala abang kan).. dulu pon sebelum kawen, kalau time balik raya memang aku stress.. huhu.. tak baik kan aku. tapi aku memang tak suka. sedara2 aku tu kalau cakap lepas je. kot ye pon jaga la hati sket. hehehe... lain la kalau aku ni membesar dengan korang. ni balik jarang2 pon cakap main lepas je.. hihihi... apapon, aku takde la marah. marah sekejap je. pastu da maafkan dah. so untuk mengelakkan kemarahan aku malas la nak balik lama2.. ada ke patut. huhu...

k la. hope baik adanya perjalanan esok. budak2 tak meragam dan macam2 lagi. maklum la lama tak jalan jauh.

Thursday, 27 December 2012

owh adik-adik ku...

hmmm.. malas dah nak pikir pasal keje...

semalam call mak.. lama jugak tak borak ngan mak. nak blik umah mak pon tak sempat je.. mak pon asyik balik kampung n pergi kenduri sana sini. malas la aku nak balik kalau takde orang. banyak jugak mak bercerita pasal adik2 ku.. semua nya agak menyakit kan kepala aku... (tanpa aku sedari lama jugak aku tak berpikir pasal diorang ni)

si adi (dah masuk gambar entry sebelum ni)
mak cakap dia tak suka duk KL... huh.. dah duk free umah abah pon tak suka. kalo duk tempat lain, sah-sah kene bayar sewa. dia kata kalo kontrak bini dia dah habis, dia nak suh bini dia cari keje tempat lain.. hellooo... ingat senang ke nak cari keje. huhu...dia ni susah la.. pikir tak panjang. kalau tegur dengar. baran pon ada..

si aizat.. 
budak ni lagi la. membawa diri.. lama jugak tak balik. tak tahu silap sapa. huhu

si alfian (dah masuk gambar entry sebelum ni)
budak ni duk umah aku.. setakat ni perangai dia ok la cuma selalu kuar dating. aritu dia gi johor jenguk awek dia (awk dia tengah buat master).. pastu sampai tengah malam tak balik2 sms call tak jawab... pastu dengan tenang dia kata dia tertido dalam bas. ceh. hampeh. kita ni punya la risau kot jadi apa2.. pastu bila tengah malam, abang cakap moto dia kene curi lak. kesian pon ada. tapi tak dapat nak tolong apa. patutla kerisauan agak luar biasa hari tu... tu la kuar lagi tak bitau... pastu abah kata sabtu ni nak gie muar. jumpa mak bapak aweks budak ni. huhu... tunggula budak tu habes master dulu baru kawen.

si akmal
adzmi (kiri) akmal (kanan)
baru abes buat dip akitek.. duk 'tanam jagung' kat umah... pastu asyik marah2.. pastu nak suh orang lain mintak kan keje untuk dia. hadoi... ni dah macam perangai abang dia si adi. mengharap dan terus mengharap....

maria... (susah nak amek gambar dia ni.)
adik aku sorang pompuan ni... tak tahu apa citer spm dia. sekarang tengah keje kat taska.hahaha... anak sedara pon takle urus.. jaga anak orang. apa2 la maria oi. tu yang abah hot je bila tengok akmal tak keje2 lagi... aduhai...

adzmi
baru lepas pmr. tapi dapat 6a je... memang tak power. haish. sadis. ni pon keje nya internet!!...

adam
mak abah aku n adam

ni lagi sorang.. baru lepas sunat awal cuti sekolah hari tu.. nampak gaya macam nak sama jugak perangai nya macam si adi. sebab dia rapat betul dengan adi nih. haish. harap2 nya tak macam tu la. pastu pantang mak abah tak perasan. lesap je. merayau je keje.




adzmira??
aku ler tu.. mana aku tau nak komen pasal aku. yang aku tahu aku ada husband aku yang best ngan budak dua orang yang comel tuh.. hehehe.

hihi...

Monday, 24 December 2012

macam-macam la

teramat-amat la tak best nya hari ni...


pagi2 je kewangan dah tepon kata hari ni last hantar2 duit ke negeri. aku stress.. duit dari kementerian pon tak dapat lagi. camana aku nak hantar ke negeri. huhu... penat dah jari ni mendail ke kementerian tapi takde sorang pon angkat. last2 aku beranikan diri sms bos dia. huhu.. nak harap bos aku??? huh!!!... nasib baik dia balas. aku tak tahu la apa citer tapi lepas tu anak buah dia call aku. agaknya dia suh anak buah dia balik keje kan. ya Allah... lega satu perkara. nasib juga pengarah mengucapkan terima kasih pada aku yang bersusah payah ni.. terasa terubat jugak la kepenatan yang aku rasa ni...

bos aku??
aku kompiius la.. sejak kebelakangan ni yang aku rasa ok sket aritu dah mula buat perangai. sebelum aku cuti panjang aritu, aku tengok dia buang nama kat pintu bilik dia. aku ingat aku berkhayal... so aku abaikan je la... lepas tu aku bercuti dengan gumbiranya (6/12-12/12). balik cuti, dia takde... kata kengkawan. dia cuti jugak. so, ok la... dengan bestnya aku mengira berapa kali dia masuk meeting pasal belanja cawangan... cuma sekali??!!! huhu.. sekali out of berapa kali banyak nya la...

minggu depannya..
tetiba kementerian pulak panggil meeting 18/12. aku cuak....cari bos tak jumpa2 emel tak jawab. mesej tak jawab.... katanya datang ofis tapi tak nampak batang hidung.. pagi isnin tu 17/12 tetiba ada pompuan cari dia. lorrr... kecoh lagi. agaknya dia menyorok dari pompuan tu dalam bilik kot. sebab bila aku hantar surat untuk sign, surat tu bersign tapi tak dihantar kat meja aku macam biasa. tak bertanya itu ini macam biasa. dia cuma sign dan letak je balik kat tray dia. haish. so terpaksala aku meeting sesoprang. nasib baik ada team lain dan bos lain ikot sekali. huhu.. rasa nak nagis

lepas balik meeting dilaporkan oleh PA pengarah yg bos aku cakap dia g putrajaya. so sume orang ingat dia meeting sekali. eeee sakitnya hati. 19/12/12.. tiba2 pentadbiran kata dia cuti pulak. owh tidak. tahun depan mungkin dia cuti sebulan tanpa gaji. tengah2 genting camni... bole dia cuti... sabar ajala....

lantakla...

hmmm... tu jela... sekadar luahan. sapa2 yang tak paham citer ni abaikan je. hehehe...

Monday, 17 December 2012

sedara baru

alhamdulillah...

dapat lagi sorang sedara baru pada 14/12/12... hmmm... anak yang sulung baru setahun lebih. sebaya dengan aidil. in fact, muda seminggu dari aidil tapi dah dapat adik.. hehehe.. kakak kecik...

takde apa nak diceritakan cuma kesian dengan si kakak sebab bila ada orang baru, dia nampak macam kurang diberi perhatian oleh si ibu dan si ayah... teringat masa qis dulu.. dah besar pon dia buat perangai, yang kecik apatah lagi. hope semuanya berjalan lancar

mula2 dapat baby, memang qis agak terabai. tapi nasib baik aku tersedar. sebenarnya dia ok je cuma aku tak berapa nak layan. tapi bila aku tersedar, aku peluk dia sikit, tu pon dah meredakan dia. sori ye sayang...

budak2 ni bukan apa... memang la ramai mak2 sedara dan atuk nenek nak jaga tapi dia lebih nak kan mak ayah...sedikit peluk cium sudah cukup untuk mereka... sebab dalam tak sedar, dia faham kita sakit cuma jangan la abaikan terus sebab dia still anak kita.... so, itu dah memberikan pengajaran bagi aku...

insaf.....

Friday, 14 December 2012

makan2 kedua

lepas je balik dari tioman terus pergi care4.. beli barang dapur... tiba2 pulak kawan2 abang nak berkumpul hari ahad lepas sebelum sepak mula bola mesia thailand bermula pada malamnya...

aku pon iya kan aja walaupon dalam hati ni rasa takut nak masak banyak2.. nak panggil mak lagi rasa macam malu. huhu... so, aku pon buat keputusan masakla sendiri... tak cuba tak tahu kan... tapi seperti biasa kene la import adik abang nak tolong sikit2.

tiba hari kejadian, syukur semua makanan menjadi...

nasi ayam
sup ayam
ayam bakar
spageti
makaroni bakar
caramel
puding koktel....

semuanya habis licin kecuali spageti sebab lauk da habis nak makan bersama dengan spageti tu.. huhu... ada satu family kawan abang tu datang banyak yang da habis... nasib dia memahami.. anak2 dia pon takmo makan kalau kat umah orang. nampak dia dah bawak bekal siap2... hehehe... budak2 ni dah nak gi makan pon kene bawak bekal... macam2 perangai.

bila geng kawan2 ku pulak??? soon.. ok...

(seperti biasa tuan rumah dah kepenatan lupa untuk menggambar)

Thursday, 13 December 2012

setelah 5 tahun, kembali semula

owh 1st time datang sini dulu adalah 5 tahun lepas.. tahun 2007... masa tu honeymoon.. hihi.. malu ler pulak... nampak tak pipi i merah. hehehe...

dulu berdua. sekarang berempat.. teramatla suka budak2 tu dapat berjalan. paling nampak excited adalah si kecik. huhu... lain kan pe'el budak lelaki n pompuan nih.... penat menjaga dia je. tak reti duk diam...

yang best bos tak kacau i masa cuti... tiba2 rasa best dia tak kacau. rupanya dia pon cuti. ceh. ku ingatkan dia dah berubah. and seperti biasa.... cerita percutian hanyalah melalui gambar... hehehe...

tioman.. here we come

bekfes sebelum berjalan meninggalkan KL

dalam ni pon x reti duk diam... mentang2 banyak seat... si kecik pon dapat seat. ngeh ngeh

budak kecik yang menikmati naik bas... selama ni tengok dalam kete je.. hehehe

da sampai kat resort
berjalan2 jap.... lepas makan tengah hari

da petang, kita mandi kolam pulak... wohooo

ibu pon nak posing gaksss... hihi

day two: lepas mandi2 kolam.. ajak m ain2 pasir kat pantai (macam ibu je yang lebih)

ayah ajar budak2 layan ombak

lepas makan tengah hari: kita jalan2 sekitar tioman: tempat penetasan telur

qis sibuik kata kasut dia masuk pasir

wahhhh.. kat tioman pon ada kebun durianssss... tapi diorang ni tak tahu pasal durian crepe kot.. kalo tak leh jual kat pelancong kan.. he
tengokla... banyakkkan durian

ada waterdall jugak kat sini??!!! hahah.. agak jakunss di situ.. xtahu pon

tengok qis yang kepenatan 'jungle tracking' hahahaha

tempat terakhir.. tengok ikan dan bagi makan ikan kat pantai....

day 3: sebelum balik melayan is mengejar burung n butterfly.... tertonggek2 dia tengok burung tu melarikan diri bawah rumah... cian dia... kalau la burung tu jinak kan best


yeah... kami nak balik dah

Wednesday, 5 December 2012

cuti

oooowh.. tak sabarnya nak bercuti ni...

hari ni jasadku sudah tiada di ofis.. esok akan bercuti selama 7 hari (termasuk sabtu ahad k)... qis pon ada kat sini petang ni. ayah dia amek kat sekolah (owh.. ayah da cuti sejak isnin... ibu je tak dapat cuti sebab cuti da tinggal sket). lepas makan dia tinggalkan budak ni kat sini. huhuhu... entah apa dia suka sangat duk opis ibu nih....

bos baru ku???

kepada ayu....
selamat menyambut putera baru.. sorila tak sempat nak melawat. agak bz menghabiskan sisa2 kerja yang ada. esok dah out dari KL... selamat berpantang ye ayu (hope ayu bacala entry kali ni)...