Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Wednesday, 26 February 2014

lawatan kerja ----> buat-buat pandai

sharing is caring

isnin lepas.. dengan mengejut kena pergi hospital seremban dengan hospital Melaka.. sebab surat sampai hari jumaat. so, pagi2 bos dah cari. so, pergi jela dengan sorang member dan sorang lagi intermediate bos. ok la jugak kan daripada duk ofis.. hehehe..

so, sampai sana diorang bagi la penerangan sikit pasal projek yang bakal diorang nak buat ni.. pong pang pong pang doctor doctor ni membebel. rasa terkebil kebil je bijik mata aku kat situ.. kenapa member dengan bos aku ni macam faham je.. huhu.. aku pon dengan best buat muka kompiden jugak la.. hahahaha... hakikat nya sedih..

tapi aku paham la.. diorang nak besarkan department darah diorang.. sebab kesempitan ruang kat spital sekrang ni... dengan peti sejuk darah yang tak tau nak letak mana.. skrg ni pon letak kat laluan je.. pastu kat lab pon bersesak.. kesian pulak tengok.. dengan keadaan sempit camtu, nak tambah fridge pon tak dapat.. so, banyak jugak darah yang dah derma tu kena buang.. rugi kan??.. sedih pulak rasa..

ni antara perkataan-perkataan yg aku dapat tangkap.. ada lagi perkataan lain tapi dah lupa.. takpela.. lenkali, dengar lagi.. gugel lagi.. adohai.. ingat kan tak amek medic dulu aku dah terlepas dari dugaan ayat-ayat pelik ni...rupanya sangkaan ku meleset...

MAKSUD PATOLOGI

Sumber



Pathology is the precise study and diagnosis of disease

(Patologi merupakan cabang bidang kedokteran yang berkaitan dengan ciri-ciri dan perkembangan penyakit melalui analisis perubahan fungsi atau keadaan bagian tubuh.

Bidang patologi terdiri atas patologi anatomi dan patologi klinik. Ahli patologi anatomi membuat kajian dengan mengkaji organ sedangkan ahli patologi klinik mengkaji perubahan pada fungsi yang nyata pada fisiologi tubuh.

Patologi adalah kajian dan diagnosis penyakit melalui pemeriksaan organ, jaringan, cairan tubuh, dan seluruh tubuh (autopsi).

Patologi juga meliputi studi ilmiah terkait proses penyakit, disebut patologi umum.

Patologi medis dibagi menjadi dua cabang utama, patologi anatomi dan patologi klinik.

Patologi umum, juga disebut investigasi patologi, eksperimental patologi atau teoretis patologi, merupakan luas dan kompleks lapangan ilmiah yang berusaha untuk memahami mekanisme cedera sel dan jaringan, seperti tubuh sarana untuk menanggapi dan memperbaiki cedera.

Bidang studi termasuk adaptasi selular cedera, nekrosis, peradangan, penyembuhan luka dan neoplasia. Itu membentuk dasar patologi, penerapan pengetahuan ini untuk mendiagnosis penyakit pada manusia dan hewan.

Istilah umum patologi juga digunakan untuk menggambarkan praktik patologi anatomi dan klinis.)

Ooo.. patutla masa lawatan semalam tu nmpaak banyak mikroskop bersama dalam lab.. huhu.. pening..

MAKSUD FRAKSINASI

Sumber


Fraksinasi sel atau fraksinasi subselular ialah teknik untuk memisahkan bagian-bagian sel. Secara umum, teknik ini melibatkan homogenisasi, yaitu pemecahan sel secara halus, dan sentrifugasi, yaitu pemisahan komponen-komponen sel oleh gaya sentrifugal dalam alat sentrifuge. Pemutaran homogenat di dalam sentrifuge akan memisahkan bagian-bagian sel ke dalam dua fraksi, yaitu pelet, yang terdiri atas struktur-struktur lebih besar yang terkumpul di bagian bawah tabung sentrifuge, dan supernatan, yang terdiri atas bagian-bagian sel yang lebih kecil yang tersuspensi dalam cairan di atas pelet tersebut.[1] Supernatan dapat disentrifugasi kembali dengan kecepatan yang lebih tinggi untuk mendapatkan pelet yang lebih ringan atau kecil daripada pelet pertama. Dengan sentrifugasi diferensial, supernatan disentrifugasi dengan kecepatan yang makin tinggi sehingga didapatkan komponen yang makin kecil dalam pelet yang berurutan. Pelet tersebut dapat diresuspensi dan dimurnikan lebih lanjut dengan sentrifugasi densitas gradien.[2]

Fraksinasi sel memungkinkan para ilmuwan mendapatkan komponen tertentu sel dalam jumlah besar dan mengidentifikasi fungsinya.[1] Teknik ini pertama kali dikembangkan dan diperkenalkan pada tahun 1930-an dan 1940-an oleh Albert Claude serta Robert Bensley dan Normand L. Hoerr, dan kemudian sudah diterima secara luas pada akhir tahun 1950-an dan tahun 1960-an.[3]

Macam lagi banyak ayat yang memeningkan je.. huhu.. takpelah.. yang penting sekarang, dah tau maksud fraksinasi tu adalah memisahkan.. adoila.. kalau amek medik dulu ni, mesti FAILED!!

MAKSUD IMMUNOHEMATOLOGI

Sumber


Immunohematology, more commonly known as blood banking is a branch of hematology which studies antigen-antibody reactions and analogous phenomena as they relate to the pathogenesis and clinical manifestations of blood disorders. A person employed in this field is referred to as an immunohematologist. Their day to day duties include blood typing, cross-matching and antibody identification.

Ooo.. ni rupanya maksudnya.. adoila.. kat sini la diorang tentukan jenis darah ye.. nak  tengok antibody seseorang tu dan nak cek samada darah yang didermakan sesuai dengan darah pesakit yang akan menerima darah tadi tu.. ingatkan main bagi je.. rupanya kena cek (cross-matching) dulu darah tu sesuai ke tak ye?.. hahahaha

Friday, 21 February 2014

selfie

hari ni.. nak menambahkan koleksi cerita sengal aku.. hahaha.. sengal ke? belek-belek fon, banyak pulak gambar muka aku kan.. opss.. terbocor rahsia.. gambar tu semua aku snap bagi kat abang.. suka bagi gambar muka aku  ni kat abang.. tapi kat sini takleh la shar e gambar yang tak menutup aurat kan.. hehehe.. lagi pon gambar2 tu semua aku dah delete.. takut orang tertengok pulak.. maklum la suka letak fon bersepah...

ni sebenarnya lanjutan dari entri aku ni.. (klik sini yer)



hahahaha
sengal kan??

Thursday, 20 February 2014

konflik diri

mm.. kenapa tajuk macam tu???

memamng.. memang sedang mengalami konflik dalam diri.. pada aku pada usia 30-an macam ni, sepatutnya semua konflik dalam diri dah berakhir.. dah berkeerja untuk tahun yang ke-8, sepatutnya dah menjadikan aku seorang pekerja yang berdedikasi.. orang kata kalau doctor tu, dah boleh jadi doctor pakar la.. dan yess.. kalau tengok kawan-kawan doctor, ada yang bergelar doctor pakar.. tapi aku?? ..

entahla...
tak tahu  nak salahkan sapa.. kalau aku, memang aku salahkan human resource tempat keje aku la.. sapa lagi aku  nak salahkan kan.. aku tahu sikap aku memang macamni.. so, dari awal.. dari habis belajar, memang aku dah tetapkan aku nak spesifikkan kerja aku.. aku nak jadi engineer struktur.. tu aje.. tak mau buat kerja lain.. betapa susah aku nak meminati kursus aku sepanjang berada dekat u.. bila time kerja, HR suruh aku jadi engineer serba boleh la konon.. pandai management.. pandai design.. pandai itu, pandai ini.. owhhh.. amat tidak boleh masuk dek akal aku ni.. rasa nak nangis. menda macam ni mengambil masa.. mungkin tak bagi orang lain.. tapi yessss bagi aku.. so, sampai sekrang, aku tak suka bekerja.. tak nak bekerja.. tapi kalau tak kerja, aku nakk bayar hutang dengan apa?? kalaula takde hutang, memang aku dah lama berenti dah.. kecewa dengan dasar yang entah apa-apa...

macam ada kawan aku cakap, kene pandai adapt.. yes.. im trying.. tapi susahnyaaaaaaaaa Tuhan aja yang tahu..
my love.. my soul

antara cara untuk aku menggembirakan diri sendiri.. masak.. buat sesuatu yang Nampak hasilnya.. contoh kalau deko kek.. Nampak cantik.. diri terasa puas.. dan kalau orang suka kepuasan berganda.. yes.. im still trying.. menghepikan diri sendiri.. dan tentunya keluarga  merupakan satu-satunya dorongan buat aku...

mungkin ni cara Allah untuk aku dapat menerima keadaan apa sekalipun.. dan aku masih percaya setiap apa yang diberi mesti ada hikmah disebaliknya..

aku redha.. tapi ya Allah.. bantulah hambaMu ini untuk bersabar... sabar dan terus bersabar.

J.I.W.A

gambar ihsan pakcik gugel

sekarang ni, slot AKSI kat tv3 tengah siarkan cerita tajuk JIWA.. bukan nak promote cerita tu.. tapi nak cerita perbandingan yang aku buat.. cerita tu baru 3 kali kot.. 3 kali maksudnya 3 minggu... tapi tak kira la.. nak cerita jugak.. mungkin cerita akan datang ni watak akan berubah.. so, cerita yang aku nak cerita ni berdasarkan cerita yang 3 minggu je la yer.. hehehe (apa ku cakap ni.. macam pening)

nak bagitau macam mana peribadi seorang ibu tu memainkan peranan penting untuk anak-anak.. dan aku berharap, aku dapat jadi macam ibu jiwa tu... lembut je tutur bahasa walaupun suami dia garang.. (suami den tak garang.. kadang2 je garang kalau budak2 buat perangai.. hehehe)... garang bukan jenis garang yang biasa. tapi garang jenis takmo dengar cakap orang la... tapi aku kagum sangat dengan isteri dia tu.. sentiasa lembut.. walaupun anak dia selalu cakap pasal perangai ayah dia yang selalu marah2 tu.. tapi si ibu tu pandai cakap cara lembut.. dan aku tengok peribadi tu ada dalam diri anak dia.. hope anak2 ku jugak begitu.. tapi.. aku kene ubah sikap aku dulu.. ya Allah.. bantulah hambamu ini....

yang sorang lagi.. opss.. si suami tu ada dua bini... (part ni memang tak best.. pasang dua.. askar je pon).. sikap mak dia sedikit pemarah.. suka membebel.. suka melawan balik bila husband dia naik marah.. so, Nampak si anak yang nama iskandar (kenapala dia bagi nama iskandar) tu sedikit tak berfikir panjang oraang nya.. mmm.. suka melawan juga..

memang ni cerita dalam tv.. cuma lakonan.. cuba hayati.. memang ni semua terjadi kat luar sana.. cuma yang tak berapa logic perangai bapak (faizal husin) dia je la.. hehehe.. nama pon cerita...


satu je la aku respek bapak dia dalam cerita ni.. takde pulak pukul bini.. hehehe

Monday, 10 February 2014

perkelahan

air terjun sungai congkak

hujung minggu lepas memang menyeronokkan.. dapat berkelah!!.. rasanya lama sangat dah tak berkelah. sejak dari zaman bujang.. zaman bujang pon pernah ke berkelah?? hahaha.. takde kot.. tapi masa kecik pernah la. abah bawa pergi air terjun sekayu... kadang-kadang kat kampong pergi air terjun gunung ledang..

hari jumaat, tiba2 abang kata kawan dia ajak pergi berkelah kat sungai congkak. aku tak fikir apa terus cakap  nak. pastu kawan dia request cream puff.. mmm.. part ni lemah sikit sebab lama tak buat. pastu terfikir jugak macam rindu nak makan krimpaf jugak. so, setuju aja la. hope menjadi kan. qis pon dah lama minta... dia kata, bila ibu nak buat kuih ayah.. hehe.. sebab ayah dia suka sangat krimpaf ni. so kitorang panggil kuih ayah je. so, Alhamdulillah menjadi..

semuanya 3 family pergi.. kawan2 polis abang la. kalau kawan2 aku tak tau la dapat join ke tak kan. rasanya tak dapat nak join kot. huhuhu.. tapi tak dapat la nak diceritakan kenapa dan bagaimana.. hehe.. satu family  bawak makanan berat+air.. aku bawak krimpaff dan satu lagi bawak sandwich. macam segan nak bawa krimpaf je so aku buat kek sekali. tapi memang expected kek tu tak bermakan jadi boleh bawak balance balik rumah mak. tengok abah pon suka kek tu kan.. cuma balance krimpaf je bagi kat orang yang request sebab family aku tak makan sangat krimpaf tu..

so bertolak dari rumah pukul 730.. jmpa kawan abang kat rumah dia pukul8. sampai kat sungai congkak dalam 9 lebih.

masa dalam perjalanan tu, lalu kawasan kampong.. tiba2 aku touching2 lak. rasa rindu kampong yang amat sangat. lama rasanya tak merasa waktu pagi kat kampong yang memang sangat best.. tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.. pastu sampai je kawasan air terjun.. sejuknya.. best sgt rasa sejuk tu. tu belum sentuh air dah sejuk yang amat.. menyesal tak bawa baju sejuk kan.. tapi mana tau tempat tu sejuk. hehe..

budak2 pulak.. Nampak air terus tak sabar-sabar nak mandi. penat pujuk ayah. hehe.. aku memang tak berhajat nak mandi. pakai pon sopan je kan. tapi kalau nak mandi pon kene sopan jugak.. tapi tula.. rasa macam leceh pulak nak mandi.. risau terselak sana sini.. so, ambil keputusan takpelah.. biar anak-anak mandi dengan ayah dia je la.. sampai terus susun makanan paastu pasang khemah.. pssssttt... kami takde khemah tapi nasib bos abang bawa khemah lebih.. hehe.. lepas siap pasang khemah, ajak budak2 mandi.. dalam 10 lebih macam tu kot.. pastu berenti makan... pastu sambung balik berendam.. dah dekat pukul 12 kot baru diorang berenti mandi.. memang kecut la kaki tangan semua.. dah mandi, semua masuk khemah... zzzzzzzzzzz..

bangun tido, kemas-kemas balik.. dah pukul 3 jugak la time tu.. rancangan awal kul2 balik.. hehe.. on da way keluar tengok ramai nya orang.. kami masuk dalam sangat sampai tak terasa tempat tu ramai pengunjung.. tapi ok la privacy kan kalau mcm tu

k lah.. tak mo cerita panjang... tengok gambar je.
sibuk nak ajak mandi.. sejuk ni sayang oiii

mula-mula takut nak sentuh air.. kan ibu dah cakap.. sejuk


main syampu rambut.. hehehe

berhenti makan

berhenti makan.. adik tak nak makan nasi

suka dapat masuk air!!!

sesi kedua lepas makan.. masuk dlm kolam bawak dr rumah.. ni la semua anak2 kawan abang.. yg palin gkecik, yang dokong.. mengeraskan diri mak dia nak masuk kan dalam air.. comel sgt
da siap mandi... masa untuk tido. hehehe


Tuesday, 4 February 2014

celaru

hari ni baru masuk kerja lepas cuti yang panjang.. walaupun cuti panjang, tak ke mana pun sebab abang sayang tu kerja kan. so, lepas balik rumah mak, rumah mak mertua, balik rumah sendiri habiskan sisa-sisa cuti..



budak-budak
so, harini macam takde mood nak kerja. malam tadi pengasuh anak minta cuti lagi untuk esok. so, aku macam takde mood sangat nak kerja. mulanya abang kata nak jaga. tapi entah. bukan tak percaya abang. tapi tak percaya dengan kerja dia yang selalu tiba-tiba.. risau.. tengoklah esok camana. harini pon abang dah jaga waktu pagi sebab nak bagi pengasuh berehat pagi ni.. katanya dia demam malam tadi. hope dia cepat baik. yang aku perasan, mak budak2 ni kalau balik kampong, mesti baliknya dia akan demam. huhu.. tapi dia jela tempat harapan nak jaga budak2  ni. orang lain, takut tak tahan dengan perangai diorang ni. mak aku pon tak tahan. huhu.. mak mertua entahla.. dari pemerhatian aku, mungkin ok kot sebab mak  mertua ni jenis yang suka puji2 budak. budak-budak ni kalau kene puji suka la diorang. huhu..

risaukan qis pon ye juga.. hope dia dapat membaca tahun ni. tengok budak darjah satu dah kena buat ayat buatkan aku seram.. aidil pula tak  nak sekolah. macam-macam la perangai budak-budak ni. kakak dulu tergedik-gedik nak sekolah. huhu..

pasrah je la
kerja
dua tiga menjak ni asyik dengar nama aku naik lagi untuk ditukarkan unit. aku rasa dah tak best nak kerja. bulan dua ni baru masuk 8 bulan kerja dengan bos sekrang. aku bukan jenis orang yang pandai nak cakap dekat pengarah aku tak nak dan berikan berpuluh sebab kenapa tak  nak. pening tau. entah la.. aku tak tau la nak cakap camana.. tapi pertukaran memang tak best. nak sesuaikan diri adalah sesuatu yang baru adalah tak mudah bagi aku yang tak banyak cakap ni. mana nak kenal hati budi bos. mana nak amek hati anak buah.. waaaa.. rasa nak nangis. berenti kerja boleh tak???  hope pertukaran yang digembar gembur cumalah khabaar angin.. tapiiii pengarah sendiri dah cakap dengan aku. khabar angin apa lagi... nangis balik

menjahit
setakat ni  belum dapat beli mesin jahit. huhu.. semuanya terpaksa ditangguh.. tapi tetiba beli gelang untuk mak pula. lama dah berhajat. sejak gelang  mak hilang dulu. tapi tu je la mampu beli mak. mak doakan supaya murah rezeki anak mu ini. kalau ada rezeki lebih lagi boleh belikan yang lagi besar.

semoga segalanya berjalan lancar.

owh ye.. mak abah dah selamat balik masa cuti thaipusam haritu. Alhamdulillah semuanya baik-baik aja. cuma Nampak diorang penat. mungkin penat sebab transit. kalau flight terus takde la penat sangat kan. pastu batuk ngan selesema. huhu.. orang kata, balik dari Mekah memang macam tu. dah seminggu ni Nampak dah baik sikit. semoga semuanya baik-baik aja.