Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Thursday, 11 November 2010

kekosongan

aku tetap tak berputus asa untuk mengepost kan blog ini. tadi telah selesai menulis tetapi error. owh. sememnagnya aku amat la tensen. dan sememangnya aku tensen selalu di sini... sebenarnya kau nak cerita kat korang apa aku buat dekat ofis ni sepanjang setahun ni. huhu.. sedih nak diceritakan dan agak memalukan jugak tapi inilah hakikat yang haru s kuterima.

1. main FB
fesbuk ni memamng seronok kalau ada aktiviti yan kiter buat dan kiter ada follwer. tapimalangnya aku tak tahu aku ada ke tak follower. huhu.. mungkinlah sorang dua. dulu masa mula2 memang seronok sebab banyak aktviti buat dan best bila berjumpa dengan kawan2 yang dah memang bertahun2 tak jumpa. pastu sempat lagi wat reunion. wlaupon perancangan untuk melakukakan grand reuinion. tapi semuanya terbantut bila semua ada hal masing2 tapi aku tetap seronok dan berpuas hati. thanks to all yang hadir. rindu pada korang dah terubat. sekarang. semuanya hmabar sebab perasaan nak meng arrange reunion aku dah malas. huhu.

2. internet
dah itu lah memang kerojenya.

3. dating dengan abang
sesuatu yang paling best ever. huhu.. tapi tak boleh la abang melayan semua kehendakku sebab sememangnya dia bz dengan tugasnya. tapi kadang2 aku berdegil sebab aku terlalu bosan. maafkan aku abang. huhu. thanks sebab sudi melayan karenah yang ngok ngek ni.

4. YM
hehe.. cuma ada sorang kawan setia YM aku. wani. thanks wani ye. tak tahula kalau takde wani.s ekali-sekala ada jugak kawan lain yang meluangkan masa menchatingkan dirinya dengan aku. memang aku gembira dan kecik tapak tangan ini. nyiru aku tadahkan untk melayan diorang

5. keluar jalan2 ngan member
biasanya ni hanya akan terjadi pada hari jumaat sahaja. sebab time ni jelah masa rehat terpanjang dalam seminggu. tapi seminggu sekali amat la lama untuk ku tunggu. tapi oklah daripada takde kan. dan kalau hari lain, ada yang nak mengeluarkan tanduknya dan mengajak aku untuk keluar. pastinya aku akan sudi walaupon sebenarnya aku ni memang tak berapa gemar untuk menjalan-jalankan diriku ini. tapi sejak kat sini aku terpaksa sebab aku terlalu boring. aku terpaksa. owh... semmalam, wani telah mengajak aku. aku dengan rela hati pergi sebab nak makan kat bawah ni. dah bosan la. semalam jugak aku dapat idea untuk memblog. tapi aku dah lupa. aku suka dengan idea kau semalam tu. tapi mana kau wahai idea. huhu..

6. tido
yang ni bukan setiap masa boleh buat. dan selalu aku akan buat pagi2 masa masuk keje dan tengah hari. itu je waktu yang aku ada peluang nak tutup pintu. bestnya kalau boleh buat bila2 masa.

7. tengok tv online
takde la tengok tv memanjang. aku akan tengok tv kalau aku ter miss cerita yang aku follow. tapi sekrang ni dah takde sgt cerita yang aku follow. so, kepada tv3 dan tv9 harap korang dapat mengeluarkan cerita yang dapat menarik perhatian aku. huhu... sekarang ni kalau miss pon, aku akan buat tak tahu je sebab cerita yang aku tengok tu aku rasa macam tak best je nak tengok sepenuhnya. huhu

8. baca novel
buku aku dah habis stok!!! bila kah abangku hendak mencari buku baru untuk aku baca. bosannya

9. menghadiri kursus.
ni pon kalau permohonan aku diluluskan. dan apabila diluluskan. akulah orang paling bahagia sebab aku dapat mengisis masa lapangku dengan benda yang lebih berfaedah dari perkara2 di atas. huhu. abang pon tentu sekali suka (betul tak abang??) sebab saya tahu kalau saya kusus, saya tak kacau abang. dan abang mestila dapat concentrate keje abang. huhu.. sorilah abang. saya tak berniat nak kacau abang. tapi abang je yang saya ada. kalau saya kacau orang lain?? hihi...

10. memblog
nilah sekrang. tengah aku buat. blog hari ni. tapi ni pon kalau aku rajin. idea memang akan ada tapi bila malas nak menaip tu. yaALLLAH beratnya rasa

11. pink
ini sememang nya rutin yang aku buat. huhu... setiap kali surat masuk mesti aku akan cek ada tak sehelai kertas / surat yang berwarna pink masuk dalam box aku. tapi penantian hanya tinggal penantian. aku akan tetap setia menanti....

ni jelah kot. tapi ada lagi rasanya mende lain. tapi tak terpikir si kala ini..
thanks to all yang selalu mengisi masa lapangku especially my abang. love u abang... miss u kalau abanag takde. (sekarang abang pulak kusus.) kalau saya kusus, abang suka. tapi kalau abang kusus, saya bosan. huhu.. sedihnya rasa hati

buat kawan2 yang membaca. doakan la yang terbaik untuk ku.

Wednesday, 10 November 2010

kerugian telah ku alami

sejak aku masuk tempat keje sekrang ni. aku telah mengada-ngadakan diriku. saja sebab nak memenuhkan masa aku walaupon apa yang aku buat ni langsung tak memenuhkan masa pon. sebab bila dah lama2 aku dah jadi terer nak buat mende tu. dan dalam seminit dua je semuanya dah selesai. apa mendenya??? jeng. jeng jeng

pakai konteks lens.
haha.. saja menggatalkan diri. abang pon cakap dia suka aku tak pakai spek aku tu. he. lagipon si kecik tu (pada masa tu lah) suka sgt nak tarik spek aku ni. jadi aku amek keputusan nak pakai. lagipon masa kenduri kawen aku dulu dah pernah pakai. jadi takde masalah. tapi masa tu pakai konteks lens yang free je. dan secara kebetulan lagi spek aku patah. dah nak dekat masa kenduri lak tu. masa tu kuar dating. singgah kat masjid. entah macam mana masa berjalan dari amek air semayang tu, spek aku tercicir dan lagi sekali kebetulan. ada orang kat belakang aku terus terpijak spek aku tu. adus. alangkah hibanya kerana 'mataku' telah pecah. remuk. huhu.. malam tu jugak aku pergi kedai spek. ye la kan. kalau tak, macam mana aku nak melihat alam ciptaan ALLAH yang indah ni. walaupon semuanya telah dicemari dengan kerakusan manusia. huhu. nasib baik encik tunang (masa tu la) sudi meluangkan masanya. hehe. sememangnya dia la yang kene teman sebab sapa lagi yang boleh aku harapkan. kalau dia tak nak teman, mesti aku menangis. huhu.. memang tak malu je aku nak menangis.

eh. mangimbau kenangan lama lak. huhu. apa yang ruginya kan?? rugi sebab sekrang ni dah lama tak pakai lens la. dah beli tapi asyik ngantuk je. mata sakit bila pakai lens. huhu. nasib baik yang last ni aku beli yang pakai untuk sebulan je. sebelum ni aku beli untuk 3 bulan. memang sgt la nasib baik. huhu.. ada 2 set lagi tak pakai kat umah tu. ingat nak pakai balik pas raya haji ni. tapi entahla. merancang je. TUHAN menentukan segalanya.

rugi lagi??
dah setahun.. rugi memang rugi. aku hanya duduk termenung depan pc aku ni tak tahu nak buat apa. hari2 kalau ada surat, aku minit. pastu sambung ngan FB. itulah je la kejenya. rugi kan?? kalau macam ni baik belajar sampai SPM je. tak payah susah2 nak belajar tinggi2. tak patutu betul diorang hantar aku ke sini. tapi takpelah. aku redha. anggapla ini satu percutian panjang buatku.

kalau kat ofis lama, aku rasa mungkin aku dah nak buat PE aku dah. mungkin dah sampai final stage untuk dapat tittle IR aku. tapi. semua tu dah takde lagi dalam kepala sebab aku macam hari2 meratapi nasib. (tak baik kan??). semamngat untuk itu semuanya dahhabis. hancur luluh. macam sebuah rumah kayu yang telah terbakar hangus.

dah tak tahu nak tulis apa......................

Tuesday, 9 November 2010

di tinggalkan kekasih hati

seperti biasa. aku mesti cerita mende merepek-repek dulu sebelum aku ceritakan mende yang sebenarnya. bertambah tensen bila sesuatu yang berwarna pink tak kunjung tiba. macam2 cerita dah aku dengar tapi semuanya hampa. menunggu macam menunggu kucing bertanduk. bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba dan bagaikan macam2 lagilah yang menghampakan. tapi aku akan tetap setia menanti. entahla. bagi aku. kalau tak nak bagi kenaikan tu cakap aja la. senang aku nak teruskan niat aku nak isi borang pertukaran. tak nakla nanti kene tukar banyak2 kali kan.

untuk 2 minggu ni, aku bertambah tensen sebab aku asyik memerap je kat ofis. tupon nasib baik minggu lepasa ada kusus. kalau tak nak mengharingi 2 minggu yang serba kosong tu. aku rasa, aku tak mampu. abang tiba2 kene kusus. takpernah2 dia kusus sepanjang dia keje ni. huhu. sedih nya akuhanya TUHAN je yang tahu. ye la kan. tahu ajalah kalau kusus. memang kalau sms pon lambat balas. kalau nak tepon pon kene tunggu time dia rehat. adoi. sememnag nya aku kehilangan semangat aku. dan sepanjang ni jugak aku terpikir. sanggupnya orang yang berjauhan suami isteri ni kan. aku kalau diberi pilihan. memang pilihan aku muktamad. TAK NAK!!!.. tapi kalau dah terpaksa. apakan daya.

dulu pernah jugak abang tinggalkan aku. tapi masa tu aku tak terasa sgt sebab aku bz kat ofis. aku pon tak tahu nak salahkan sapa sekrang ni. salahkan diri aku?? semestinya tidak. aku akan tetap menyalahkan tempat keja aku sekrang. huhu.. kadang2 tu rasa nak nangis je. kalau dipikir2 kan balik. bengong je aku ni. nangis je keje. tapi sukati aku la. air mata aku. huhu.. abang. cepat la pulang. 1-13 nov. suatu masa yang lama abang tau. waaaa..

kepada abangku sayang:
abang, saya rindu la kat abang. jangan la tinggalkan saya lama2 lagi. tak tahan la menyendiri. lagi2 kat ofis ni walaupon kiter tak duduk satu ofis tapi kalau abang ada, at least leh gak menjenguk saya kat sini. sayang abang selamanya. huhu

eh. terluahan perasaan lak. malu i. tak kira.n ak jugak meluahkan perasaan walaupon memang dah luahkan nya pada orang yang dituju tapi nak jugak mende ni tersimpan untuk tatapan dan bacaaan dia sekali lagi..

si kecik tu pulak. nampak memang happy tapi kadang2 ternampak jugak dia sedih. huhu.. cian dia. dia dahla manja ngan ayah banding dengan aku. rasanya kalau aku yang tinggalkan dia kusus. dia tak kesah kot. nasib baik la jugak mak abah aku dah pindah duk dekat. leh gak aku berulang sementara abang takde ni. adoi. memang tekanan yang teramat la.