Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 2 August 2011

Arina Qistina


5 Julai 2008. jam 5 pagi (Lebih Kurang) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) lahirla seorang bayi perempuan. Genap setahun usia perkahwinan kami. tak sampai setahun lagi la sebenarnya. 363 hari. dua hari sebelum hari ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. memang tak payah beli hadiah apa2. ni la hadiah untuk abangku sayang. he. Sebenarnya. kalau ikut kan hati aku, aku nak ada anak paling minimum 2 tahun selepas perkahwinan. konon2 nak kenal hati budi abang. maklum la, kenal tak lama pastu kawen. dulu, nak dating pon susah. abang terpaksa telefon bakal bapak mertua dia dulu sebelum keluar dengan tunang dia ni (syarat aku untuk dia. jahat kan aku) tapi rezki kami awal. jadi aku terima dengan redha. he. :p

malam tu, kul 12 lebih dah rasa sakit dah. tapi aku wat2 tak tahu je. sebab minggu sebelum tu dah terasa macam tu. dalam hati aku, lepas ni okla tuh. tapi aku sempat bitau abang. dah rasa sakit macam hari tu. abang takde. keje time tuh. tapi dah kul 3 pagi sakit lagi. aku dah nanges2 tak tahan. tepon abang lagi. barula dia nak balik bila dengar aku nanges2. tapi aku tak marah dia sebab aku tahu dia pon keje. tu la pengorbanan seorang polis. tapi ramai orang asyik menceritakan keburukan polis. aku sedih. polis jahat memang la. polis baik, diorang tak citer lak. eh. ni bukan kisah arina qistina.

masa kat dalam bilik bersalin tuh.lagi la haru. aku dah sakit2 ni lupa nak bawak kad PPUM tuh. dah la jenuh diorang mencari. tanya aku macam2. aku ni kalau sakit, memang aku tak suka nak bercakap. aku rasa nak lempang je orang tuh. macam la laki aku takde nak tanya kat luar tu. helllloooo... tak boleh ke tanya laki aku. sume yang kau tanya sume dia boleh jawab tau tak!!! (perasaan aku masa tuh. tapi kat dalam je la. tak mampu nak dikeluarkan) dah la dia cakap aku ni orang indon. ya Allah. DIA je yang tahu betapa hangen nya aku. yang lain tu, tak nak cerita la.

tido pon pikir masalah negara
ni la satu perangai si kecik ni. tapi sebenarnya sekarang ni dah hilang kot. lepas je keluar melihat dunia, kening dia asyik berkerut je. tak tahu la apa dia pikirkan sangat. masa hari pertama, masa wan dia pegang lagi. dia tenung wan dia ngan muka berkerut tu. kesian dia. ni pembawakan mak dia la ni. asyik bekerja. berpikir je. ye la. time tu banyak keje. agaknya kalau aku selalu senyum, mesti budak tu keluar dengan keadaan senyum kan. hehe. comel je. kerut ke, senyum ke. tetap comel. tengok kat gambar tu. tengah tido pon berkerut. sampai muncung2. ayah dia cakap, muncung macam ibu. eleh. ayah tu jeles. sebab muncung ni la ayah terpikat. haha.

ikot muka sapa ek Masa awal, takde keje nak buat, tengah bercuti. amek gambar kami bertiga. ikot muka sapala budak kecik ni kan.

berdiri dengan segakibu.. jom. dah siap ni22/11/2009. 

selipar baru. dibelikan semata2 tak mau dia berebut dengan selipar ibu.

Tengok tu dah besar. dah pandai nak bergaya. bukan main lagi dia kalau nampak baju baru, kalau pegi shoping kompleks tu, ibu pegang baju, dia dah lari dah nak amek baju. baru nak pilih, dia dah buat keputusan. huhu.. dia ingat mak ayah dia ni cap duit gaknya. huhu....

bila ibu pakai cermin mata, sibuk dia yang tarik. nak pakai. kalau ibu tertido, cepat2 je dia menyarungkan cermin mata untuk diri sendiri. sib baik terjumpa ada spek kat umah tu ntah sapa punya. bagi kat dia. hehehe... besar. takpelah. asalkan dia tak kacau aku punya. bahaya. kalau pecah. melayang lagi duit untuk menggantikannya. lagipon, bahaya kalau dia pakai kan?

selipar aku pakai kat dapur pon, habis dia pakai. huhu. last2 aku terpaksa cari selipar yang memang khas untuk dia. akhirnya. takde dah dia kacau kasut aku.

ha!!! macam tu la. camana pakai tudung ni. nampak rambut. Bila aku pakai tudung jenis yang keras tuh, mesti dia pon nak pakai. paling sadis bila dia tarik je tudung tu. adoila budah kecik. kenapa tarik tudung ibu sayang. tapi bila dah pakai, sekajap je dah bukak balik. kalau time semayang pon sama. sibuk nak semayang jugak. bentangkan sejadah untuk dia. tapi tonggek sekali je pastu dah ke mana2 dah budak kecik tu. asal dia tak kacau aku sudah kan. tapi sekarang ni, makin susah la. aku g toilet, aku nak solat pon dia nanges. aku tak tahu kenapa. susahnya kalau ayah takde kat umah. tapi, tu tak mungkin berlaku. ayah duk umah setiap malam. jadi beruntungla kepada sesapa yang sang suami sentiasa di rumah setiap malam. bilalah masa aku akan sampai macam tu. kebarangkalian tu, nipis.

pastu.... yeah.. baling!!!!!! nila keerja dia yang semakin menjadi2 sekarang ni. 'kemas'. memang tak larat nak kemas. kene tunggu time dia tido. kalau tak, jangan harap. nak masak pon kadang2 tak dapat. nak melepek je keje dia. lepas dia bangun, dia 'kemas' balik apa yang ayah ibu dah kemas. biarkan ajela. kalau dilarang, makin sedap dia buat. agaknya dia ingat larangan tu suruhan. huhu

huhu.. 'tsunami' telah melanda. sapa nak kemas nih?!!ni baru sikit. kadang2 sampai tak nampak lantai umah. sadis sungguh.

its time to cuci keretani la satu perangai ayah yang aku tak suka. suka manjakan budak kecik tu. semua ayah belikan untuk dia. janagn sampai dia naik kepala kiter tau abang. stakat ni si kecik tu dah ada train. ni dibelikan khas untuk dia belajar jalan. tapi yang bagusnya. dia tolak2 mende ni masa dah pandai jalan. huhu. satu rumah dikeliling mende tu. masa suh belajar jalan ngan mende tuh, tak nak la pulak dia. pastu, ayah belikan dia kereta. amboi. bukan main lagi kan. ibu pon belum dapat kereta lagi tau. pssss... ayah. ibu tunggu tau. he... qistina ni, hari2 dia lap kan kereta dia. sayang betul dia ngan kereta tuh. kalau ibu ayah tak layan dia. ke kereta tu la dia melayan dirinya sorang. sambil mem babai kami. huhu. nak pergi mana la tu. macam merajuk je kan bunyi nya. satu lagi, dia ada sebijik moto. ni memang tak disengajakan. bawak dia jalan2 kat kedai menan. tiba2 ajak balik, dia tak mau. dia tarik tangan ayah dia. sambil menunjukkan moto. mula2 tak nak layan tapi gagal. dia yang berjaya selepas menjerit macam dalam cerita batu belah (ala.. si pekan tu). modal nya hanya menjerit dan menangis. sabar ajela. moto tu dah ada kat seremban. sebab kat sana ada laman untuk dia main2. nak letak kat JB jauh sangat...

demam.. :(
ni la 1st time dia demam dengan teruk. muntah semuntah muntahnya. panik aku di buatnya. agaknya masa ni dia umur 11 bulan ke 10 bulan. aku pon lupa. rupa-rupanya dia demam sebab nak pandai berjalan. ada lagi sekali demam. lama sangat. naik risau aku di buatnya. 2-3 kali g kinik sebab takut. maklum la masa tu tengah sibuk ngan H1N1. mintak jauh la ngan mende tu. amin.

14/3/10. kat lidah pon ada jugak?
ni lagi sekali kami diuji. qistina kene chicken pox. tapi alhamdulillah kami berjaya mengharunginya. siap pergi jalan2 cameron lagi. he. sampai berjangkit la ngan pakcik dia adam. adik aku yang paling kecik. adik abang yang paling kecik tak kene lak. ibu aku tu cakap, dia tak kene lagi. he.

2010 qistina baru nak belajar2 cakap. setakat ni tak banyak la yang dia tahu. setakat 'mamam', 'mak', 'na nak', 'nak', 'atuk', 'ayah', 'abu', mmm ntah. apa lagi ek. sekarang ni, lebih dia yang pandai cakap dari ayah dan ibu. huhu.

best bila dia joget. lagi feberet dia. cari jodoh, lagu adam ngan stacy tu. lagu pakai buang. kalau dengar intro je, dia dah mula menggerak2 kan badan. dari duduk terus bangun pastu joget. kalau makan, berenti jap. habis lagu baru sambung balik. he. dan aku suka jugak kalau dia gaduh ngan ayah dia. dan kami memang suka nak sakat dia. dia ni penjeles sungguh budaknya. tapi tak sangka bila dia takot ngan lipas. dia tak pernah tengok mende tu tapi bila nampak, menjerit. mak ai. macam nampak hantu. kucing pon takot. cicak pon takot. tengok citer seram kat tv pon takot. adoi la. ikot perangai sapa ni. he.

k lah. setakat ni dulu cerita tentang arina qistina... tak tahu bila lagi nak sambung pasal si kecik ni. memang tak habis kalau nak cerita. banyak perangai yang kadang2 geram. geli hati. semua adala. tambah2 sekarang ni dia ada adik, makin la menjadi2 perangainya. sangat penjeles orangnya.

Monday, 20 December 2010

20 Dec 2010

lama jugak aku tak singgah kat sini. maklumlah kesibukan tugas.
oppsss.. sebenarnya bukan tugas aku di dalam ofis ni tapi lebih berbentuk tugas luar yang sengaja aku cari untuk menghilangkan kebosanan aku.tapi aritu adala sekejap sibuk dengan kerja ofis ni. entah apa mimpinya bagi tugasan sebelum masuk meeting. kelam kabut dibuatnya. huru hara aku rasa. tapi aku ok je. yang tak ok bila aku terpaksa tergesa-gesa buat dengan program yang bahagian aku kene buat masa 9 dis 2010 aritu. tapi alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan aku berjaya men sub kan kerja aku kepada anak buah dengan jayanya. hahaha.. (puas hati aku)

apa sebenarnya kerja aku??
haha.. ni yang best ni. percaya atau tak, aku buat assignment. hehe.. ok lah dari takde nak buat apa. nak cari part time keje buat design, takde projek dah kebelakangan ni. nak menunggu projek habis je. mana ada dah projek baru. rmk 10 je la kalau aa pon. tu pon belum mula lagi. hmmm... thanks to abang sebab sudi mencarikan kerja itu untukku. hehe. saya tahu abang dah tak sanggup nak dengar rintihan keboringan saya kat sini kan??

dan minggu sudah (rabu), aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon. member aku tu keje kat bahagian kenaikan pangkat jkr ni. tapi dia jaga budak mekanikal. dia tertengok nama aku dalam list budak civil (kawan dia la yang buat)... aku memang tersangat la hepinya. sehingga tak terkata apa. tapi disebalik kegirangan dan kegembiraan aku tu, risau juga dibuatnya. mana la tahu kalau aku terlekat lagi kat sini. aduh. tak dapat aku nak bayangkan. dan menakotkan jugak kalau pikir aku kene transfer tempat yang bos dan kawan2 sepejabat yang tak best. ya Allah.. mintak la dijauhkan tu semua. hari khamis kebetulan aku ada meeting dekat hq, dan kak eliza ajak aku pergi kat korporat merisik khabar. he. takot jugak tapi ku gagahkan diri.

masa pergi dekat sorang staf sana, aku dapat tahu aku keluar dari ofis aku ni. ya Allah. aku rasakan dunia ni aku yang punya. tapi still tak tahu ke mana sebab mende tu semua rahsia. takpelah. aku redha. selagi ia kat KL, aku terima.tapi kesian pulak kat kak eliza. dia stay. tapi berrdoa semoga diakeluar dari tempat ni. huhu.. aku faham perasaannya.

dan semakin tak sabar perasaan ku hari ini dan hari2 mendatang. rasa nak kemas je semua barang aku tu. tapi kalau la lambat lagi keluar pink form tu, adoi. lebih tersiksa jiwa dan ragaku ini. sepanjang kat sini. memang banyak  yang aku tak puas hati. selain mende2 yang pernah aku cerita kan terlebih dahulu. ada lagi mende lain yang aku tak puas hati (adakah disebabkan aku memang tak suka disini)

antaranya:
1. kompius dengan perkataan cleaner
aku tahu la maksud cleaner tu membersihkan sesuatu atau orang yang membersihkan. huhu. tapi yang aku perasan cleaner kat sini makin buat sepah or kotor adala. kalau kat toilet tu. kadang2 memang busuk. ish ada ke diorang buang sisa makanan dalam sink. tersumbat la sink tu. ish. aku bukan nakmengata. tapi aku tengok dengakn mata aku sendiri. pastu, agaknya diorang ni kencing berdiri. dulu aku ingat adaorang lelaki tersalah masuk, tapi tiba2 ariru, betul2 dia kuar dari toilet tu dan ada kesan. BERSEPAH!!!!.. sabar jela.. bakul sampah aku ni pon, sangatla jarang diambil. hish. sababar. sabar.

2. asyik takde duit kecik je
kafe kat bawah tu!! asyik takde duit kecik je. ala simpan la duit kecik yang bisnes semalam tu!! takkan tiap2 hari simpan bersih duit2 tu semua. nak bisnes buat la cara nak bisnes. entahla.

3. ofis terlalu sejuk
aku rasa ni kat semua tempat pon aku rasa. haha.

dah la kot. malas dah nak menaip. lenguh pulak. hehe... esok la pulak sambung. aku ni baru habis buat assignment. ada sapa2 lagi tak nak bagi assignment. bosan ni.

Tuesday, 23 November 2010

geram

hari mood aku tak berapa nak ok. ish geram. dah la semalam dapat satu surat yang tak best. arini pulak diorang ni tak masuk2 keje lagi. sejaka dua menjak ni jarang nampak muka diorang ni kat ofis. entah mana diorang pergi pon tak tahu la. geram betul la aku. sabar aja la. aku ni dah la tak suka duk sini. kenapa korang buat perangai!!... orang sebelah bilik aku ni lagi la. kalau pas raya ke mesti lama nak masuk opis balik. liat sgt nak datang ofis ni. memang la dia tu 2- 3 tahun lagi nak bersara. tapi jangan la buat macam ni. ada ke aku minit surat kat dia. dia boleh minit dekat orang lain. orang tu dah la banyak keje. geram. la. geram tau. anakbuah lain dah banyak yang komplen. apa aku nak buat ni??

semalam. ada satu surat masuk kat box umah aku tuh. surat untuk adik aku. kalau dulu memang aku tak bukak sirat2 diorang nih. malas la. tapi sejak adik aku yang sorang tuh dah terkantoi belajar. kalau aku bukak surat dia aritu, memsti dah dapat buat permohonan ke apa ke. takdelah abah aku mengamuk lagi. ni dapat pulak satu surat adik aku sorang lagi tu. memang amatla menyedihkan. aku rasa serabut la sekrang ni. entah macam mana la abah mengamuk nanti. rasanya tak nak je bagi surat tu kat abah. kalau tak bagi nanti mesti ada masalah lain pulak. aaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrgggggggggghhhhhh.. tolong.... kenapalah diorang ni. orang suruh belajar je. apa yang susah sgt. aku tau la belajar tu susah. aku pon pernah belajar jugak dulu tapi sebab aku tau aku tak pandai jadi aku lebih kan study aku. tu je. ni tak. diorang ni ingat nak buat apa yang diorang suka je. eee..

diorang ni tak sedar ke diorang ni lelaki. nanti nak menanggung anak orang. memang la rezeki ada kat mana2 tapi sebelum sesuatu yang tak elok jadi, elokla kita pprepare awal2. memang la kalau pandai macam mana pon, result 4 flat sekalipon tak menjamin masa depan tapi itu adalah usaha kita. sebab orang cakap, ulat dalam batu pon boleh hidup. tapi jangan la disamakan kita manusia ni dengan ulat!!!.. dan memang tak dinafikan orang yang tak berapa berjaya masa belajar pon ada yang berjaya dalam kerjaya. tu semua kerja TUHAN. tapi kita ni kenela berusaha. entah la. kornag dah besar panjang. pandai2 la pikir.

geram. geram aku geram.