Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Wednesday, 17 August 2011

diet

hmmm... dah hari ke 17 puasa hari ni rupanya. alhamdulillah. aku masih dapat berpuasa. aku pulak semakin bosan berada di sini. hari2 duduk termenung seperti tidak dipedulikan oleh orang sekeliling. macam aku ni tak wujud di dunia ni. sedihnya TUHAN je la yang tahu tapi aku tabahkan hati semoga permohonan aku untuk bertukar dimakbulkan sempena ramadhan yang mulia ini. aku pulak, sentiasa 'menghilangkan' diri bila diperlakukan begitu. rasa bersalah jugak bila asyik keluar di waktu pejabat. tapi aku kat pejabat pon bukan digunakan. jadi, untuk menghilangkan rasa bosan ku......... semoga TUHAN tidak menghukum aku. huhu..

puasa ke 17 juga menampakkan perut telajh menunjukkan pengempisan sket.harap2 kekal la sampai dah tak puasa nanti. sedih pulak bila baju takleh nak pakai bila perut agak memboroi ni. kadang2 terdetik juga untuk berdiet. tapi itu bukan aku sebab aku memang tak reti nak berdiet. lagipon tengah menyusukan budak ni laparnya lain macam ssket. mungkin rahim aku belum betul2 kempis lagi kot. ye la kan. masa berpantang pon tak buat betul2. baru padan muka aku. so, sekrang ni aku kene la tahan diri aku dari minum ais. dengan harapan dapat la kempiskan lagi perut tu.

tapi, kadang2 aku pelik jugak bila orang yang tengah menyusukan budak ni sibuk nak berdiet. aku ni kalau kurang makan sket je. production susu pon akan kurang. kesian kat baby tu. huhu. tapi bila selera makan tak berapa nak ada, tak boleh juga nak paksa diri ni. lagipon, kalau boleh aku nak susu kan si kecik tu sepenuhnya at least sampai 6 bulan. susu baby pon mahal. jadi ni jela cara yang boleh aku buat untuk control kewangan. huhu.

so, hope selera aku tak terputus untuk aku terus makan dan makan. especially makanan yang boleh tambahkan susu yang memang tak sedap. huhu.

(tulisan semasa bosan memang selalunya tak best)


Wednesday, 10 August 2011

tips memulakan perkenalan

sebenarnya tips ni bukan untuk aku. sebab zaman aku dah berlalu. dah lama dah. saja je nak letak kat sini. hehehe...

  • buang rasa malu
  • berusaha mendapatkan nombor si dia menerusi teman-teman
  • sapa atau tegur si dia dengan sopan
  • beri ruang kepadanya untuk menerima anda sebagai kenalan
  • jika dia menolak, tunjukkan kesungguhan dan keikhlasan anda
  • fahami karakter atau sikapnya agar anda mudah untuk mendekatinya
  • bersikap positif dan menerima dirinya seadanya
  • perlahan-lahan aturkan pertemuan untuk kenali hati budinya
  • lebih manis jika anda meminta keizinan keluarganya sebelum keluar.
sebenarnya teringat zaman silam ni. hehe. maklumla ni kan bulan pose. kitorang dulu pon jumpa bulan pose. bahagianya rasa masa tu kan. hehe. (bocor lak rahsia kat abang)

Monday, 8 August 2011

PTPTN

bilalah agaknya aku nak habis bayar ptptn ni. kenapalah aku tak cari menda lain dulu nak support aku belajar ni. macam JPA ke MARA ke. padahal aku ni sekolah dengan MARA start dari form 1. takde pendedahan. tu la jawapan yang paling tepat sekali. daripada 2006 aku bayar, macam tak bergerak je. kalau la aku tak payah bayar duit ni, mesti aku dapat berfoya-foya dengan duit tu.

banyak dah komplen yang dibuat pada ptptn. jadi, diorang pon buatlah ujrah pulak. 1% setahun. huhu.. kalau 0% kan bagus. tapi mana pulak diorang nak cari makan kan. kalau la aku orang kaya, boleh bayar semua tu sekaligus. tapi kalau aku orang kaya, takde la pulak aku meminjam kan. huuhu... harap2 dapat la permohonan tu

so, aku tak mau anak ku yang dua orang tu menanggung beban macam aku. kami simpan kan untuk diorang duit. kalau diikutkan, lebih elok menabung dari meminjam. dan harap2 apa yang kami simpan untuk kamu wahai anakanda ayah dan ibu, cukup bila sampai masanya nanti.