Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Thursday, 8 September 2011

excited rumah baru

bismillah... depan pintu rumah

nombor rumah... alamat?? mana leh letak dalam ni. hihi
tanggal 21 julai 2011, hari yang di tunggu telah tiba. kami telah mengambil sugugs kunci dari pemaju perumahan kami. (alamak ayat macam ayat karangan pulak)... wah excitednya. rumah dah siap. memang lama kuimpikan sebab boleh la kita deco2 rumah kiter tu mengikut acuan kita kan.

tapi bila difikirkan budak2  memang la tak mau pindah. sebab dia dah suka duduk rumah pengasuh dia tu. kesian pulak kalau tukar tempat lain. qis la kan. dia dah pandai bercakap. nanti dia sedih2 pulak. huhu. tapi suatu hari nanti kita pasti kene tukar jugak wahai anak2 ku. nanti kalau ada pakcik2 qis nak kawen, kiter kene la kuar sayang. biarla diorang lak duduk rumah atuk tu. orang baru kawen ni banyak nak pakai duit. tu je la yang boleh ibu tolong. nak tolong diorang pasal hal lain, xreti. huhu. to abang: boleh kan bang???

tapi, sampai sekarang daripada 21 julai aritu kitorang komplen itu ini, satu apa pon tindakan tak buat lagi. abang aku tu dah naik angin tu. isnin aritu, dia dah call pemaju. dia bagi masa seminggu je. haha. isnin depan ni dia akan call balik. banyak cantik muka dia. kita bayar tau rumah tu. bukan free2.

yang penting, rumah tu nanti takmo letak barang banyak2. biar senang kemas. kalau bersepah pon, barang budak2 je kot. tu je yang memang tak dapat nak dielak. waaaaaaaaa.... tak sabarnya.

kat bawah ni defek2 yang sikit2. tu pon takleh nak betulkan ke.

terkopek sikit

sampah bersepah2-sapu sikit je ni

tenggelam...

makin atas makin jauh pintu ngan frame pintu rasanya yang ni susah nak betulkan.

senget benget.. ni pon mcm susah nak betulkan

tersumbat

'tahi' konkrit. bersepah

cat bersepah

ni pon. bersepah.

cat tak sama

yang lain, xdela kitorang komplen. dah memang tak dapat nak dielakkan. huhu. xpelah. kitorang memang nak hack pon dinding ni.

dinding ngan beam dekat sgt.

buka puasa





setelah sekian lama aku menunggu baru dapat gambar2 ni semua

di sini la pertemuan pertama kami.. :) wink wink.. malu

seperti biasa setiap tahun.
dua tahum ni, kami menjenguk lagi tempat bersejarah kami ni. hehe. kali ni bawak dua orang. tahun lepas bawak sorang. tahun depan?? still bawak dua. hehe. insyaAllah, kalau ada duit lebih kami akan pergi berbuka di mana2 setiap tahun. huhu... setakat ni takde yang miss lagi. kata orang, bila kita mengimbau kenangan lama ni, kalau nak gaduh2 malu. kan. kan. kan.

dalam lif kat rumah lagi

bedak baby is comot la

dengan ayah lak di dalam 'ke jem an' jalan
qistina la orang paling excited. mnakan kat hotel. banyak kuda lak tu. pastu penat la kitorang dengar dia mintak nak maakan kat hotel. 2-3 hari jugak la dia mintak. hehehe. sampai2 je.....
apa la qis ni

ala tenyum lak baby ibu tu

tengok dia makan tu

baby pon sibuk je. ibu nak minum, dia pon nak. huhu

baby dah mula buat muka kesian. 'ibu nak balik'

dan bila balik pon, bergambar lagi lagi dan lagi.
qis jangan la buat muka sayang.. is tengok apa tu

tengok tu. ada je aksi merosakkan gambar

nak naik kuda

tak paham

adoi. dah la semalam aku jiwa kacau. hari ni lagi sekali. aku sedih. semuanya kerana kawan aku seorang ni.

sebelum2 ni, memang selalu aku tegur dia dalam fesbuk sebab dia bergambar dengan awek dia keterlaluan. korang pon boleh bayang kan sendiri kot. huhu. malas untuk aku menerangkannya di sini. rasanya dah lama dia berkapel dengan pompuan tu tapi tak kawen2 jugak. pernah sekali aku hantar lagu yang ana rafali ngan suhaimi meor hasan tu. dia delete. mesti dia terasa kan. huhu. sedap tu lagu tu.

dulu, masa aku belum kawen, selalu la jugak dia tepon aku. masa tu dia di ambang perpisahan dengan awek dia yang lama. banyak jugak pekung did ada dia yang dia cerita kat aku. kene ke aku cerita dalam ni. huhu. tapi aku nak jugak meluahkannya. dia cakap dia pernah ehem2 dengan awek dia tu. tapi yang peliknya, awek dia tu yang tinggalkan dia. dia pulak rasa bersalah sebab dah ehem2 kat awek dia tu. dia citer, mak dia pon dah nak masuk minang je awek dia tu. so, pada hemat aku dia ni dah boleh je nak kawen dengan awek baru dia ni. tu menandakan dia dah berkemampuan dah nak kawen kan?? masa kitorang selalucalling2 dulu. memang aku takot sgt kalau tetiba dia cakap dia nak kat aku. bunga2 tu dah ada dah. tapi kalau ye pon, memang tak la

to my abang, abang jgn terasa lak. memang tak pernah terlintas kat hati saya kat dia. saya cuma sedih je. sedih bila pikir kan mak bapak dia. kalau mak bapak dia tahu. apala perasaan dia kan. dulu masa kecik2 mak yang jaga adik bongsu dia tu. kalau cuti sekolah lak, dia duk umah kitorang la melepak kan. dah mak bapak diorang keje. kalau saya jadi mak bapak dia, saya sedih. mak bapak dia tu baik. huhu.

apa yang buat aku sedih???
ala. kalau ikot, bukan apa sgt. cuma dia dah post kat wall fesbuk dia 'jaga tepi kain sendiri bole tak??' aku tahu dia tujukan tu kat aku. so, aku balas balik. 'kalau untuk kebaikan, tak salah jaga tepi kain orang'... dia jawab lagi... 'tak perlulah!!!!'. panjang kan tanda seru dia. nampak sgt dia memang marah kat aku. huhu...

tu je kot. dapat ku luahkan. semoga cepat2 la diorang tu kawen. huhu.. hidup berumahtangga memang tak sama dengan bercinta ni. apa pun, hidup berumahtangga akan jadi manis jika kita saling hormat menghormati, faham each other, dan banyak tolak ansur.

dah la...
apa yang buat aku tak paham??
aku rasa dulu kitorang belajar agama. tapi tak sangka ada kawan aku yang boleh terjerumus jauh. tetiba aku jadi takot.