Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Wednesday, 5 October 2011

tak tahu nak cakap apa dah

aku baru je nak memulakan semangat baru ku di tempat ku ini agar ku tidak lagi bersedih dan bermuram durja.. namun....

bila bos mengatakan bahawa kebanyakan pegawainya yang berkaliber terlalu cepat ditukarkan meningalkan pegawai2 nya yang 'biasa2 aja' membuatkan semangat ku yang baru sahaja ditanam beberapa hari yang lalu terus layu bak benih yang tidak mendapat air dan baja. owh..

tiada apa yang dapat kukatakan lagi. hanya tangis sendu di dalam dada berlagu.

info diet

teringin untuk berkongsi sesuatu yang berbentuk fakta tetapi diriku ini tidak pandai mengarang. jadi, beginila hasilnya.... sila la baca yer. just untuk share.

Monday, 3 October 2011

pasrah

oktober sudah menjelma. tapi aku masih di sini. termenung mengisi hari ku seperti biasa bila berada di ofis. jadi, aku rasa dah memang tiada harapan bagi ku untuk mendapat sebarang berita gembira. aku rasa, mulai pada hari ini, aku mesti membuang segala harapanku yang tinggi menggunung itu. dan aku harus memikirkan kerja2 yang perlu kupenuhi untuk melayari hari2 mendatang di sini. (ceh. ayat tak hengat... maklm la. ayat macam ni memang agak keterlaluan bagi seorang jurutera kan. kan. kan. kan)

bak kata ayu dalam fesbuk nya...

"You cannot help the world by focusing on the negative things. As you focus on the world's negative events, you not only add to them, but you also bring more negative things into your own life" - The Secret
(sorilah ayu.. copy paste tau... pernah dengar ayat ni tapi tak tahu nak cari kat mana.... ayu bagi memang rite on time... ) 
so, mulai hari ni... aku akan cuba mengisi masa lapang ku dengan kerja2 tanpa memngingatkan 'harapan' ku itu. semoga aku tak lagi murung dan bermuram durja. huhu... (doa2 kan la yer semoga aku sentiasa hepi dengan kehidupan ku ini)
so, buat permualaan, aku akan cuba untuk menghabiskan buku aku yang setebal 4 inci itu... buku mengenai Rasulullah kita. semoga dengan mebaca buku itu minda aku akan sentiasa lebih terbuka. huhu. amin... dan seterusnya aku nak cuba untuk mendesign rumah aku. memang dari dulu menyimpan hasrat untuk membuat rumah sendiri suatu hari kelak. mana la tahu nanti pada masa tu ada rezeki, leh la guna terus je design tu. alang2 takde keje ni, baik buat keje2 macam tu kan. huhu... dapat la aku refresh balik apa2 yang tak ku ingat setelah sekian lama duduk memerap. kan. kan. kan.
disamping tu, macam biasala.. berfesbuking dan berbloging la aku.
lalalalalalala.
sekian, wasalam