Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Thursday, 6 October 2011

kisah dua budak kecik

lama juga aku tak menulis pasal budak2 dalam ni kan. asyik bercerita pasal aku. pasal masalah aku yang entah pape. pasal rumah. pasal kereta. huhu.. buat sakit otak je semua mende tu. baik cakap pasal budak2. lagi best. kan. kan.

tapi, bila nak tulis xde idea lak. hmmm.. nak tulis gak.
dah besar sayang bucuk ibu. qis sekarang dah 3 tahun 3 bulan. is pulak dah 6 bulan seminggu. tak sangka kan dah dua anak. rasa macam baru je jumpa abang. huhu. kalau difikirkan apa yang jadi, memang tak pernah aku menyangka. tapi inilah kenyataan. dan aku berharap agar aku akan menjadi seorang ibu yang berjaya. super mak. juga seorang isteri yang solehah. huhuhu. amin.

ayah bersama anak bujangnya

malam tadi
dalam pukul 3 lebih. baby macam resah gelisah. hisap susu sket lepas. pastu banyak kali jugak la dia buat macam tu. dalam hati aku, kenapalah budak kecik ni. takleh tido ke. tula sapa suh tido awal. hehe. kata ibu dalam hati. (apala ibu ni, tido awal salah. tido lambat pon salah). tiba2 aku teringat. dia berak kot. aku pon bangunla dengan malas. tengok2 betul dia berak. dah 3 kali dia berak malam2 macam ni. hehe. is. is. kan dah kene siram pagi2 buta. tapi dia macam biasala. bukan tahu sejuk ke apa ke. senyum2. siap nak main air lagi. huhu. pas siap pakai pampers semua, aku pon suruh la dia tido balik. tapi dia macam tadi jugak. suh menyusu pon tak nak. dia macam nak ajak aku main. huhu. sabar ajela. tak pernah dia wat macam ni. sayang.. tido la. esok ibu keje. nanti esok kita main lagi ye. pastu dia diam kejap. pastu dia sambung main lagi. siap nak kejar lampu tido lagi. last2 terpaksalah tido bergelap. nasib baik kakak dia tak sedar. kalau tak, mesti dia menjerit suh pasang lampu. dah tutup lampu, dia tertarik ngan suis2 yang menyala kat extension lak (tengah charge tepon).. huhu.. terpaksa aku mengalih kan kedudukan supaya dia tak nampak mende tu... akhirnya dalam kegelapan, dia tertido semula. esok subuh2 dia dah terjaga bila terdengar suara ayah. bangun je sengih2. memang susah nak dengar dia nangis. agaknya dia hari2 dengar ibu cakap kat kakak, ibu tak suka budak nanges... alhamdulillah.. kalau dua2 suka nanges, tak tahu apa nak cakap

ibu dengan anak daranya

qis pulak
malam tadi tido awal. kata 'maknya' (pengasuh dia), dia tak tido siang tadi. tu yang dia tido awal. tapi aku suka kalau dia tido awal. sebab pagi2 dia tak menangis. qis ni, memang hobi dia menangis. tak tahu la. kenan aku ke??? mak aku kata, aku kuat nanges kecik2 dulu. qis kalau nak nasi n lambat sket, nangis. susu nanges. nak tido nanges. bangun tido nanges. huhu. entah la. selalu kene marah sebab suka nanges. hehe. sekrang dah kurang la nak marah2 sgt kecuali kalau aku memang nak cepat pastu serabut... huhuhu

bila dah ada dua orang anak ni, mcm2 dilalui. huhuhu.. tapi masih dapat diuruskan lagi memandangkan qis anak ayah. jadi banyak la ayah yang kene uruskan dia. hehe. aku pulak, lebih kan konsentret pada baby. dan aku boleh rasakan aku dah dapat mengurangkan kemarahan. tapi bila dah tak tahan sgt, aku jadi marah juga. tapi aku tetap berdoa semoga aku menjadi insan yang penyabar suatu hari kelak. tapi kalau qis tak kuat nanges, aku rasa aku tak akan marah. tapi camana ye nak buat dia tak nanges. macam dah jadi tabiat dia la. huhu... apa pun, semoga semua nya berjalan dengan baik suatu hari nanti



to my abang
thanks for everyting. hope hubungan bahagia ini berkekalan selamanya. sori kalau saya asyik nak marah2. hehe. saya memang seorang yang garang. :P love u


DARJAT SEORANG ISTERI

DARJAT SEORANG ISTERI

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa... dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..

●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●●●

semoga aku menjadi seorang isteri yang baik... amin....

Pesanan Buat Suami..

Pesanan Buat Suami..

1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutam...a isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
 
 
Peringatan Untuk Semua Lelaki Muslim