Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Wednesday, 21 December 2011

kerja ku

hmmm. dah nak hampir sebulan aku kerja di tempat baru... mmm agak bz. sampai tak sempat nak berbloging lagi. tapi aku sentiasa ada menda yang nak ditulis. tapi tu lah. masa tak mengizinkan. tapi aku akan cuba sedaya upaya. hahaha..

apa kerja aku?
ha... ni la kerja aku... hohoho.. selamat tidak bernafas la kamu wahai umi.

nk minta peruntukan, 
tarik balik waran, 
status kewagan prjk, 
handle metg prjk semua negeri, 
sedia slide metg dll. 
katanye kena kenal ngn org kpm/kpt, nanti pe2 urusan senang nk deal. 
lg satu kena kenal ngn semua org kt unit sbb nk minta report. 
every week ada metg pemantauan semua negeri, 


dan.. meja aku dah kembali penuh seperti sebelumnya. kalau nak dibandingkan dengan tempat kerja aku yang jarang sekali nak tengok kertas berterbangan... hahaha.. walaupon mempunyai bilik yang besar. tapi aku lebih suka di sini yang takde bilik. huhu...


waaa... tak nampak meja... tapi takpe. ada muka si kecik kat pc.. penawar kepenatan ibu bekerja


bilik besar. siap ada sofa lagi.. tapi :(



Wednesday, 14 December 2011

eh umi

nampaknya dah masuk 2 minggu di tempat baru. semakin ramai juga teman2 yang dijumpai di sini semasa pergi sarapan atau pon pergi lunch... so, bila nampak aku je. eh umi... buat apa kat sini. meeting ke. naik pangkat ke. hehe.. bagi yang mengatakan aku naik pangkat tu, aku pon meng amin kan aje la. semoga masin kata2 diorang tu semua. hehehe.. suka aku kalau cepat naik.

dan.. bila jumpa bos. ops.. x-bos.
bos menunjukkan muka terperanjat sebab tak sempat nak cakap apa. berselisih kat eskalator sahaja.
tadi terserempak... eh umi... kat mana. jawab la kan ckk.. bos dengan muka kesal mengatakan yang dia ada jumpa bos cpk. mintak aku dikeluarkan dan hantar ke tempat dia. tiba2 tup2 aku memang dikeluarkan tapi ditempat kan ditempat lain. sama bangunan pulak tu dengan bos. memang la agak sedih bos itu kan. dia cakap la kekesalannya kepada aku. huhu. rasa terharu pulak. ada jugak bos yang mengingati aku. ketahuilah wahai bos, saya pon nak masuk sana lagi kerana saya lebih berminat dengan kerja mendesign. tapi kerja kat sini pon interesting jugak :)... kalau bos nak jugak saya ke ckasj. saya amat la sukanya. mintak la lagi bos. mintak la. hehehe...

next entry la baru cerita kerja aku kat sini... bz jugak ni. tak tahu sempat ke tidak nak mengarang.

Tuesday, 13 December 2011

bakal menantu 2

hmmm.. aku rasa macam baru je tulis pasal cerita bakal menantu ni kan. kali ni rasanya adalagi nak menulis pasal  ni... tapi kene baca jugak cerita pasrt 1 aritu.. bakal menantu mak.. mmm minggu lepas aku telefon mak. tiba2 mak cerita adik aku yang nombor 2. adi lak nak bawak awek balik rumah. nak kenalkan kat mak. huhu.. mak cerita lagi.. adi kata, budak tu budak kampung je. tapi duduk KL. huhu.. aku cakap la kat mak. bagus la kalau budak kampung. sambil dalam hati aku cakap bukan tu ke yang mak nak.. (jahat kan aku)

semalam tiba2 jugak mak singgah kat umah. tak tahu dari rumah ke dari berjalan2 kat KL. tak sempat pon nak tanya. biasalah abah tu kalau singgah bukan boleh lama2. punggung pon tak panas lagi dah nak ajak balik. cerita pon tak habis lagi nak cerita. tapi nak cerita jugak walaupon sikit. hehehe..

mak kata adi nak kawen bulan 3!!!.. mak ai. cepatnya (kata aku dalam hati je. huhu).. mak kata lagi, kalau tak sempat, bulan 6 la. haish budak ni. ingat senang ke nak kawen. (nampaknya aku banyak bermonolog sendiri je).. mak cakap lagi, budak tu budak kuala ibai terengganu. rajin bukan main. laju je buat keje dapur. mmm... ok la tu kan. kalau nak banding dengan awek yan dalam cerita part 1 aritu. hihi.. (jahat sungguh aku ni). mak kata lagi, budak tu keje kat Kl ni. nanti nak ikut adik aku balik JB. kene benti keje dulu. pastu cari keje baru kat JB. kalau tak dapat macam mana??? (aku tanya diri aku lagi).

 tu je yang mak sempat nak cerita. lepas sembahyang asar. terus je balik. hmmm.. memang tak dapat nak bercerita panjang la. abah memang tak boleh dihalang2. kalau diajak balik, jangan melawan. huhu.. takpelah. lenkali boleh lagi tanya mak.

bila mak balik, aku banyak fikir sesorang lak. boleh ke adik aku tu. keje pon tak tetap lagi. nak tanggung anak orang pulak. bukan senang hidup zaman sekarang ni. semua nak kene pakai duit. nanti ada baby, duit lagi. sewa rumah, kereta. barang dapur. banyak tu. aku dan abang yang dah berkerja tetap, gaji masuk tetiap bulan pon rasa cukup2 makan je. tapi entah la. rezeki orang lain2 kan?? semoga rezeki dia dipermudahkan.

agaknya dia nak ikot cara aku kawen ke??? haish budak ni. tak habis nak jeles dengan aku ke. dah besar pon nak menjeles lagi. aku mana sama. aku perempuan. duit belanja kawen dulu laki aku yang bagi kat abah tau. kalau nak harapkan kat abah, tak tahu la. ya Allah.. mudahkan la segalanya.

no. 2: adi

no.4: yan


yang no.3 (gambar takde la pulak dalam simpanan.. tapi orang kata muka dia macam farid kamil. encem gak kan.. he) belum ada cerita. jangan pulak dia pon buat cerita yang bukan2... budak2 ni... adoyai

*(aku yang risau)