Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 13 March 2012

habis akhirnya

akhirnya habis juga meeting yang mendebarkan..

12/3/2012
memang tersangatla penatnya meeting kali ni. tu la. satu hari tak makan. sampai pukul 4 lebih tangan dah menggigil kelaparan. tapi takpe. ku tabahkan hati. memang nak sesangat makan tu tapi tak berkesempatan. ye la kan takde orang nak backup. entahla. bairla. mungkin dengan cara ni aku akan lebih cepat belajar (ayat penenang hati lagi ni).... hehehe..

sangat aku tidak berpuas hati dengan meeting tu. huhu. dengan kesempitan yang melanda. dengan wifi tak dapat. owh.. ini kan kali pertama aku meng arrange meeting. bos tak pulak menerangkan apa yang perlu dan apa yang tidak. semua atas inititif aku sendiri. entahla. takpelah. next time aku akan buat yang lebih bagus. malas dah nak pikir tentang bos yang tak ok. biarlah dia dengan dunianya.

tapi
aku nak marah jugak hari ni. kene leter pulak dengan orang cpk. tadi memang bos c tu tepon orang cpk tu. panjang lebar jugak la penerangan dari cpk. lama aku menunggu dari bilik bos itu. tapi bila dia letak telefon, xde apa yang disampaikan. alih2 bila dah dekat nak balik, orang cpk terangkan kat aku... ooo begitu rupanya. senang je tapi kenapa bila sampai kat dia jadi berputar alam. huhu.. apa2 je la.

owh bos b kemakah dikau menghilang satu hari ini. anak buah mu ini memerlukan khidmat nasihat dari mu.

aku yang weng.

hahaha

Friday, 9 March 2012

tenangkan hati

ihsan pakcik google lagi
mungkin mulai hari ini aku kene tabahkan hati ku untuk meneruskan hari2 yang mendatang di tempat kerja ku...

teruskan berdoa semoga bos mendapat petunjuk untuk menjadi seorang pemimpin. bukan lagi bos. bak kata dr fadzilah kamsah.. kene selalu doakan bos. huhu.. disamping itu memperbaiki diri...

ketahuilah wahai bos, saya ini orangnya adalah orang yang suka bekerja. jadi tak kiralah apa pun kerja yang diberi, akan kulaksanakan dengan sebaik mungkin. tapi kalau sekiranya aku salah, janganla kau salahkan aku. berikanlah aku tunjuk ajar...

diriku bernasib baik kerana sentiasa ada pendengar yang setia untuk mendengar segala rintihan aku selepas Tuhanku... Allah SWT. thanks to u my abang. my sweet heart... segala penat bekerja habis bila sampai di rumah (tu pun kalau abang ada kat rumah la. :P huhu).. budak berdua itu masih belum mengerti kepenatan kita untuk dibawa berborak. yang diorang tahu mintak2 je. tapi takpelah.. kecik lagi... selagi boleh diturutkan, turutkanla. tapi tidaklah terlalu memanjakan ...

semoga hari mendatang lebih baik

aku masih menunggu data untuk meeting isnin ni.. tapi hampa... pasrah jela. bos pon macam tak hirau je. aku pon, apatah lagi. kalau fikirkan pon, buat sakit otak je.

baik tengok gelagat mereka ini...

gembiranya mereka

macam ge-girl

kakak yang marah bila disuruh posing

Wednesday, 7 March 2012

owh bos - part two

aku tersangat-sangat la geram dengan bos aku. bos C dan bos A....


gambar ihsan google

geram sesangat. gerammmmmmmm (so, kalau bahasa agak kurang menyenangkan dalam entry kali ini, harap maaf la yer...

dear diary
hehehe...

isnin aku pergi meeting. tersangat la tensen sebab bos c asyik tanya aku macam2. sampai aku malas nak jawab. kalau aku jawab pon, ada dia amek pot. sama macam aku tak payah cakap apa. kalau la mulut aku boleh zip. time2 tu jugak aku zip mulut aku depan dia nak bitau dia yang aku tak nak cakap!!

sesungguhnya aku malu bila pergi meeting takde sebarang preparation dibuat oleh dia. aku setakat tu je la yang aku boleh siapkan. tapi biasa kalau pergi meeting dengan ex2 bos, tu je la yang boleh aku bantu. dalam meeting kan. tu kira elok la sebab dia tak suruh apa2 pons ebelum pergi meeting. kalau aku wat bodo je?? pergi tangan kosong camana??

masa dalam meeting, aku dah tengok dah orang kementerian nampaknya agak upset dengan kedatangan kitorang. aku rasa, kalau bos aku tu jenis berkaliber, diorang ok je kot. ye la kan nak jaga duit diorang yang berbilion tu mestilah nak kan orang yang ..... (korang sendiri tahu kot apa aku nak cakap)... tanya pasal satu projek takleh jawab. projek baru tak masuk lagi pon dia takleh nak jawab. tanya pasal projek lain, terkial2 nak cari dalam list... pastu mc aritu pon jump la projek lain walau pon si c tu tak jumpa projek tu sebab dia tahu memang nampak sangta ketidak tahuannya... lagi dan lagi dan lagi semua takleh jawab... lepas tu banyak alasan diberikannya. alasannya katanya bos b aku bagi dia keje mendadak.. di kata masa dia kat tempat lama lebih baik bla bla bla... haish. kalau lebih bagus, apply la kat tpt sekarang ni.. tak perlu lagi tengok ke belakang. entah2 dulu pon sama.. amek tau sipi2 je kot... ya ALLAH.. malunya aku masa tu. Tuhan je yang tahu.. cerita 'dalam kain' tak payah la nak cerita kat orang. organisasi dalaman, biarla orang2 dalam sahaja yang tahu. tak perlu hebahkan satu duni. huhu... last sekali, mc cut off je meeting tu. buat lain kali. mintak bos sediakan yang lebih bagus.. boleh ke dia. huhu.

sampai ofis...
cerita kat bos b tapi nampaknya bos b sudah dikhabarkan oleh org2 kementerian. huhu.. sedih. lepas lunch bos a tanya aku. dia tanya kenapa aku tak masukkan senarai projek baru.(dah kau tak suruh, memang la aku tak buat.. ngok). kenapa aku tak masukkan projek tu (projek yang bos c tak jumpa masa meeting tadi).. eee tolong sikit.. apa ni bos c??!!! bawak cerita eh??!!! takpe . kau bagi aku tahi aku balas tahi.. hahaha... pastu bos a sound lagi. camana bos b ajar u bagi keje kat u. ewahhh.. salah kan bos b pulak. kau tu yang tak reti nak belajar. aku tahu, report2 yang aku buat pon kau tak pernah tahu.  betul tak.. memang aku hangin sangat aritu. tak sangka bos c tu cerita yang bukan2. harap kupiah je tak lekang dari kepala. vudus.. vongoksss...

opsss.. astaghfirullah...
huhu... entahla sedih tau tak. keje penat2 tapi orang kata tak buat kleje.

entah apa aku merepek. sorila kepada pembaca.. huhu