Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Wednesday, 11 July 2012

renovation lagi???

dengan tidak disengajakan abangku terpaksa membawa aku ke rumah baru kami... hihi... walaupon telah diajak berkali2 tapi selalu dia kata, tak surprise la kalau dia bawa aku ke rumah tu nanti.. tapi aku memang tak tahan sangat. rasa rindu aje.. mengalahkan bercinta. kalau boleh nak duduk sana dah.. kalau bercinta tu, nak kawen la kan.. huhu
katil qis

sebenarnya aku cuma tak sabar nak tengok katil qis.. hope dia nak la tido sendiri bila ada katil nanti.. lagipon dia dah tido nyenyak.. takde bangun2 malam lagi... cuma masa nak tido je la...

tapi
bila sampai2 je tengok ada renovation... memang la aku tahu abang kata nak buat renovation lagi.. tapi aku fikirkan sikit je kot. tapi bila tengok, banyak jugak. so, berbaloi la dengan harga yang dikatakan.. so, saya suka la abang. (nampaknya citarasa kami tak banyak beza.. jadi memudahkan kami untuk deko2)


tambahan kat bilik tido kami... 

rak buku kat bilik 2nd

rak kasut
hope, rancangan untuk berpindah lepas raya ni jadi la.... tapi kan abang, kita kene tetapkan date. nanti senang la si yan nak bitau kawan dia... kalau saya tetapkan 1/10/201 ok tak.

Monday, 9 July 2012

ibu baik


macam mana nak jadi ibu yang sangat-sangat sangat sangat sangat sabar... huhu... (sedih ku rasakan).....



Antara saranan penulis untuk mendidik anak mengawal kemarahan ialah :
1. Marah kerana Allah SWT.
2. Urus kemarahan anak-anak dengan cara yang hikmah.
3. Sentiasa ingat Allah.
4. Perbanyakkan ta’awwuz.
5. Berdiam diri.
6. Tenangkan dan ubah posisi.
7. Menghukum.
8. Hayati sirah Nabi SAW.
kesayangan ibu
budak kuat nanges

budak apa yek??? lum dapat dikenal pasti.. buat masa ni budak manja

Bagi masalah anak yang banyak menangis dan memberontak apabila kehendaknya tidak dipenuhi, ibu bapa perlu mengajar serta melatih anak menahan emosi. Ibu bapa perlu cipta suasana yang dapat menjauhkan anak daripada emosional seperti menangis.
Amaran atau gertakan seperti jika menangis lagi, permintaannya tidak dipenuhi boleh dikatakan kepada anak terbabit. Misalnya: “Jangan menangis lagi. Kalau menangis lagi, ibu tak mahu penuhi permintaan Haikal.”
Menurutnya, apabila berdepan kerenah anak nakal, antara kebiasaan ibu bapa ialah memukulnya sama ada menggunakan rotan, tangan atau tali pinggang sebagai hukuman.
“Tidak dinafikan cara itu sangat memberi kesan terhadap anak. Apapun, perlu diingat, memukul anak lebih banyak memberi kesan negatif jika salah caranya. Anak yang besar atau remaja tidak sesuai dihukum cara itu kerana menimbulkan emosi buruk, berdendam, trauma atau membentuk peribadi kasar,” kata Wan Akashah.
Menurutnya, terlalu kerap memukul juga membuatkan anak menjadi lali dan sakit dipukul tidak lagi memberi erti kepadanya. Anak hanya berkelakuan baik sementara di depan ibu bapa kerana tidak mahu dipukul tetapi apabila di luar pengawasan ibu bapa, mereka menjadi lebih liar.
Katanya, memukul anak nakal mesti kena caranya. Pada zaman dulu, rotan digunakan untuk mengajar anak iaitu selepas amaran tidak diendahkan, anak itu dirotan. Selepas dirotan, anak itu dinasihati supaya tak mengulangi kesilapan

cerita yang penuh diperoleh daripada alamat di bawah.....

http://anakkusoleh.wordpress.com/2011/01/11/anak-nakal-ujian-allah-swt/

Saturday, 7 July 2012

happy 5th annivesary

nampaknya 7/7 datang semula pada hari sabtu... sama seperti semasa hari semasa tarikh tersebut pada tahun 2007... 5 tahun yang lepas... hmmm...

tahun ni tiada apa2 sambutan.. sama macam tahun2 lepas sebab kami lebih menyambut hari2 lahir kami sekeluarga. hehehe.. cuma yang bezanya, hari ni jatuh pada hari sabtu. tak macam tahun2 lepas yang jatuh pada hari bekerja. rasa janggal pon ada juga. tapi abangku bz pulak...

walaupon abang bz, sempat jugak aku masak sebelum dia pergi kerja.. (gambar tak sempat nak diambil sebab masak rumah mak).. takdela spesel sangat pon.. cuma buat ayam percik ngan sayur campur. hehehe... pada aku, masakan aku tu tak best sebab tak tahu la. mungkin memang aku ni bukannya jenis yang suka masakan sendiri.... tapi aku tengok orang lain makan macam sedap je. huhuhu...


so, ucapan ku kepada abangku sayang...
thanks abang kerana abang adalah suami, kawan dan kekasih saya yang paling rapat.. dan jugak ayah yang sangat baik.. huhu... thanks keranan banyak menolong dalam membuat kerja rumah. thanks sebab banyak tunaikan permintaan saya. saya rasa best sangat. tak pernah rasa macam tu sebelum jumpa abang. thanks abang. thanks sesangat. sayang abang.. love u much... memang abang terlalu memanjakan saya.


sori sebab tahun ni takde buat kad. tak sempat la abang... dalam ni pon ok la kan... :D