lambat wish.. huhu...
raya korban kali ni agak tak terasa sangat. sebab nya??? semua orang telah jatuh sakit. kecuali abangku sayang sorang itu... aku cuti dua hari awal. konon2 sajala nak kemas2 umah (hmmm biasala aku.. memang tak akan kemas rumah kalau ada si kecik dua orang tu.. aku akan amek cuti n hantar diorang umah pengasuh macam biasa sementara aku mengemas)... tapi malangnya. qis tiba2 badan panas. malam tu dia takleh tido. panas sangat badan dengan batuk tak berhenti. huhu...
jadinya tak jadi la semua plan aku. huhu...duk umah macam biasa melayan bebudak ni.. aku pon hari tu (rabu sebelum raya) kepala pusing dan pening... baby pulak asyik nak melekat macam biasa. biasala bila dah baring tu tido la bila baby tido. bila aku nak bangun je si kecik tu nangis.. aku pon rasa nak menangis jugak. huhu.. aku lapar ni Tuhan je yang tahu. nak masak memang tak dapat. hmmm... tengah hari, ayahnya amek budak2 ni bawak g kinik. masa tula sempat masak sket n sapu umah sket. rasa nak putus nafas.
![]() |
| kesayangan kami |
balik je dari klinik, ayahnya cakap dr b itau ada kuman sket kat peparu... so, kene la makan antibiotik. alhamdulillah sekejap je baik batuk qis. tinggal aku je la yang tak baik2.
hari khamis. balik umah mak memandangkan budak2 ni still tak berapa sihat n aku tak dapat nak menguruskan mereka dengan baik...
pada hari raya. kami berehat aja. tak dapat sangat nak menolong mak sebab macam biasa bby tak bagi aku buat keje. dapat bekejar ke dapur time dia tido je la. aku pulak pening. aku rasa aku alahan dengan ubat batuk tu la. bila makan je pening nya (almaklumla orang tak biasa makan ubat). Tuhan je yang tahu. huhu...
sedih jugak la.. dengar cerita kawan2, ada yang dah buat ibadah korban ni. aku je belum. entah la. rasanya bila ada family ni, memang duit tu dilebihkan untuk keselesaaan anak2. insyaAllah tahun depan kalau ada rezeki lebey aku nak berkorban memandangkan dah habis hutang2 renovation rumah yang bermula sejak 2010. semoga cita2 murni kami (abang n aku) dimakbulkan oleh NYA.

