Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Tuesday, 8 January 2013

owh meeting

semalam ada meeting unit. dan seperti biasa aku buat muka tensen. muncung semuncung muncung nya. sebab nya?? aku memang tak suka meeting dengan bos aku tu. cakap bukan main lagi tapi habuk pon takde. ofismet aku cakap sebelum meeting tu bos nak buat itu ini.. pastu aku cakap la.. hmmm ye la tu.. mungkin dia macam teruja. bos nampak bersemangat baru di tahun baru. huhu.. (dia lambat sket masuk unit ni dari aku)...

masa meeting tu sempat la dia cakap. aku tak tahu la dia puji ke perli aku. tapi dia cakap 'you've done a good job'.. dalam hati aku.. hmmm nak harap kat kau. jawabnya takdela cawangan ni dapat duiet utk projek.. pastu dia sambung lagi 'i tak tahu la kot u dah bincang ngan bos b ni'.. ceh.. ada gak mention nama m amat tu. dia pon lesap (dalam hati aku lagi).

pastu bincang. bincang, dan bincang.. or lebih senang cakap. dengar je pon. sebab semua orang cam malas nak bagi komen. sebab kalau cakap memang dia  takkan dengar. TAKKAN ok... pastu uk sebut sepatutnya kita buat camni. camtu.. memang la (dalam hati aku lagi...) kau je yang tak tahu.. duk memerap je dalam bilik tu.

dahla. aku nak gie meeting dengan Kementerian ni. harapnya ok la. eee rasa nak buat2 sakit perut je. tak nak pergi ok. malu ngan orang sana. asyik nak menunjukkan kelamahan kita je.

apa tengok?? ada hutang ke!!!



Monday, 7 January 2013

motor!!!

sedang sibuk meng update unjuran untuk meeting esok. tiba2 abang call.. katanya motor dia hilang..

owh... memang permulaan tahun baru yang tak best

abang aku cakap,
dia dah teragak nak bawak motor tu simpan kat balai je. tapi dia tak buat. sudahnya bila nak pakai tengok dah takde. adik aku kata petang sebelum tu, dia kata ada lagi. tapi pagi tadi takde lak.

aku??
aku pon dah teragak nak cakap kat abang. takpe ke moto tu letak situ lama2 abang. tapi aku tak tercakap. ye la kan. bila kat rumah kan sibuk dengan budak2. lagipon, dengan takut nak cakap. orang kata kata-kata itu satu doa. dan aku berdoa semoga semuanya selamat

tapi
Allah menduga. tak tahu apa hikmah disebaliknya. dia tarik sesuatu yang penting dari kami di kala kami tengah kesempitan wang.. mungkin itu boleh dikategorikan sebagai moto buruk tapi dah lama ia berkhidmat.. mungkin ini ujian dari Nya. semoga kami tabah.

ya Allah... tabhkan la hati kami.

Thursday, 3 January 2013

kek

tahun ni tetiba teringin nak membuat kek... nak buat kek cokelat.. huhu.. pandai ke aku... nak buat kek dengan harapan besday qis nanti leh buat kek sendiri... leh bawak banyak sket kat sekolah dia. huhu...

so, aku ada masa 7 bulan untuk belajar. hehehe...

eh.. besday iskandar bulan 3. alamak.. lagi pendek.. 3 bulan je

gambar ihsan google... xdpt la kot nak wat secantik ni...

macam azam tahun baru lak