Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Friday, 11 January 2013

hujung minggu dtg lagi... yeaaaah

hari jumaat seperti biasa adalah hari malas bekerja.... hohoho...

esok cuti... wohoooo... apa nak buat ye ujung minggu ni... tido je la kot sebab petang ni nak balik umah mak. hehehehe... tapi tu la. nak tido biasa nya tak senang la.. sikit2 dengar budak2 ni menangis... pakcik2 dia ni memang kurang asam. kalo tak menyakat memang tak sah. tapi aku setakat terkejut camtu je la. pastu sambung tido balik. hahahaha...

minggu lepas agak penat sket hujung minggu aku...

kenapa??
aku buat cream puff... hahahaha... macam tak caya lak aku rajin. kawen nak masuk tahun ke-6 tahun baru terhegeh2 nak belajar itu ini. hehehe.. hope abang tak kesah kan abang.... penat weyyyyhhh.. (aku memng jenis cepat penat. sebab tu aku MALAS).... camana la orang yang keje nya asyik memasak je. huhu... tapi takpe. akan ku tabah kan jua sebab budak2 dah semakin membesar. dan sampai bila masa raya aku nak beraya umah orang je kan. hahaha... kan dah terkantoi... pernah la buat menda alah ni kat umah mak dengan mak tapi terbantut. tak kembang langsung. huhu... aku cari resepi lain, terover kembang pulak (ni aku buat sendiri lak). ya aku bawak balik semban. semua kata sedap... hihi tersipu-sipu aku malu. ye la kan. rupanya cukupla tak lawanya.

pastu lagi satu...
atas permintaan abang.. wat la stick daging... sebab dah seharian guna oven, aku gatal frill aja daging tu atas kuali.. dah la liat daging tu... semua serba tak kene la... mungkin aku dah kepanatan sangat kot. huhu.. lenkali saya cuba lagi yer abang. lepas ni nak bakar je dalam oven. adik aku, dia buat dalam oven dia kata ok je (tinggalkan satu keping daging untuk dia  sebab dia keje. pastu suh dia masak sendiri)

semalam cuti. aku gatal lagi buat puding jagung lak. puding jagung ngan kuah perisa vanilla... huhu... terlembik la pulak. ingat nk bawak balik umah mak. tapi cam malu pulak. mak kan expert buat kueh. mesti dia komplen macam2. kalo bawak balik semban, diorang kurang sikit bab masak2 kuih ni.. kira ok je la. huhu.. lagipon arini besday abah. huhu... hepi besday abah. semoga rezeki berlimpah ruah. bole kami tumpang sekaki.. hehehe. kurang asam punya anak.

gambar?? huhu.. malas nak upload.. nanti la ye.. akan di compile sekali gambar2 tu. huhu.... compile tak tahan tuh...

tadi meeting (sempat lagi nak menyelit)
tetiba bos aku masuk... sibuk dia cerita pasal meeting unjuran aritu. macam la dia pergi. pastu duk sibuk baca emel yang aku bagi dia. aduhai. sakit nya hati. pastu baca report salah. bos2 unit lain tanya semuanya tak berjawab.. huhu.. aku malas nak jawab. eee aku baru je nak ber feeling meeting dengan best tetiba........


Tuesday, 8 January 2013

owh meeting

semalam ada meeting unit. dan seperti biasa aku buat muka tensen. muncung semuncung muncung nya. sebab nya?? aku memang tak suka meeting dengan bos aku tu. cakap bukan main lagi tapi habuk pon takde. ofismet aku cakap sebelum meeting tu bos nak buat itu ini.. pastu aku cakap la.. hmmm ye la tu.. mungkin dia macam teruja. bos nampak bersemangat baru di tahun baru. huhu.. (dia lambat sket masuk unit ni dari aku)...

masa meeting tu sempat la dia cakap. aku tak tahu la dia puji ke perli aku. tapi dia cakap 'you've done a good job'.. dalam hati aku.. hmmm nak harap kat kau. jawabnya takdela cawangan ni dapat duiet utk projek.. pastu dia sambung lagi 'i tak tahu la kot u dah bincang ngan bos b ni'.. ceh.. ada gak mention nama m amat tu. dia pon lesap (dalam hati aku lagi).

pastu bincang. bincang, dan bincang.. or lebih senang cakap. dengar je pon. sebab semua orang cam malas nak bagi komen. sebab kalau cakap memang dia  takkan dengar. TAKKAN ok... pastu uk sebut sepatutnya kita buat camni. camtu.. memang la (dalam hati aku lagi...) kau je yang tak tahu.. duk memerap je dalam bilik tu.

dahla. aku nak gie meeting dengan Kementerian ni. harapnya ok la. eee rasa nak buat2 sakit perut je. tak nak pergi ok. malu ngan orang sana. asyik nak menunjukkan kelamahan kita je.

apa tengok?? ada hutang ke!!!



Monday, 7 January 2013

motor!!!

sedang sibuk meng update unjuran untuk meeting esok. tiba2 abang call.. katanya motor dia hilang..

owh... memang permulaan tahun baru yang tak best

abang aku cakap,
dia dah teragak nak bawak motor tu simpan kat balai je. tapi dia tak buat. sudahnya bila nak pakai tengok dah takde. adik aku kata petang sebelum tu, dia kata ada lagi. tapi pagi tadi takde lak.

aku??
aku pon dah teragak nak cakap kat abang. takpe ke moto tu letak situ lama2 abang. tapi aku tak tercakap. ye la kan. bila kat rumah kan sibuk dengan budak2. lagipon, dengan takut nak cakap. orang kata kata-kata itu satu doa. dan aku berdoa semoga semuanya selamat

tapi
Allah menduga. tak tahu apa hikmah disebaliknya. dia tarik sesuatu yang penting dari kami di kala kami tengah kesempitan wang.. mungkin itu boleh dikategorikan sebagai moto buruk tapi dah lama ia berkhidmat.. mungkin ini ujian dari Nya. semoga kami tabah.

ya Allah... tabhkan la hati kami.