Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Thursday, 31 January 2013

cis kek

huhu.. semalam dah bitau pn. R nak mintak tukar unit. tapi macam hampa je. dia pon macam takut je nak tukar kan aku. takot bossss aku sound dia. hmmm.. pasrah je la. tapi doa tetap dipanjatkan. memang dah takde mood sangat nak bekerja. boas asyik hilang je. ni pon aku nak hilang jap lagi.

k la.. malas nak cerita.

mari kita senyum.... senyum seindah suria.... lalalalala

malam tadi buat kek lagi.. kali ni try buat cheese cake pulak. tapi belum try lagi. sebab lepas m asak. sejukkan pastu masukkan peti sejuk. sebab kegeraman melanda aku cubit2 kek tu. huhu.. rasa dia sedap jugak... entah2 lepas ni aku suka pulak dengan cheese cake ni macam aku sukakan makaroni dan spageti lepas aku belajar masak sendiri. hehehe... takpe.. tak sabar nak balik dan mencuba...

qis da masuk bilik nak tido, baru dia teringat kek ibu. "ibu.. kek ibu.." huhu... ibu nak tido da ni sayang oiii... dia tak perasan ke aku kuarkan kek dari oven tadi. hehehe

k la.. cerita dengan gambar lagi best kan???
sibuk je budak ni... jangan tak jadi lagi kek ibu sudah la

siap di bakar... ok la... takde la tinggal separuh macam span kek aritu. hahaha
ni la yang paling mlas... tapi kalau orang lain masak... i ok je kene basuh pinggan


Tuesday, 29 January 2013

hobi baru

sedang menunggu bos masuk... sekarang dah 9 lebey. mana la bos ni... hmmm.. aku yang sedang ingin menjadi baik ni terasa nak beralih menjadi x baik pulak... ya Allah.. sabarkan lah hati hambaMu ini....

sementara nak menunggu n i kan.. aku nak masukkan gambar2 yang dijanjikan. hehehe..

oh ye.. lupa lak.. hobi baru sekarang adalah mencuba memasak. hehehe

roti ni buat dgn mak... hehe

ni pon sama la macam kat atas... buat sekali

sambal tempe : kegemaran abang... juga kegemaran family seremban

udang butter: jarang buat sebab udang bosa2 mahal

ni... biasa je...kailan masin
yang kat atas ni (kecuali roti).. masak biasa2 je. zaman dulu2. he. tapi dikira agak luar biasa jugak la. sebab masak time menyambut besday. annyvesary.. yang masak2 lain macam sup ke, ayam goreng ke.. aym merah. ayam kicap, daging kicap tu dll kalau tak reti melampau la kan.. abes laki kau nak makan apa kan. hehehe

sekarang, dah bertukar kepada masak lain pulak. hehehe


percubaan membuat makaroni bakar. setelah lama husband ku sayang mintak.. 1st time buat terus jadi dan menjadi kesukaan ramai esp family semban... family akutak bole masak mende pelik2 camni. huhu
percubaan buat cream puff... 1st time buat xjd. terlembik.. huhu... rasa best..

percubaan cream puff kedua menjadi.. yippi.. hehehe.. yang ni bawak balik family aku sekejap je abes. hehehe

percubaan buat steak... tak berapa menjadi.. akan cuba lagi.. tapi takleh la selalu sebab daging batang pinang mahal beb... sekilo 45hengget.. huhu

buat puding jagung berserta kuahnya... (kuah xde gambar...) terlembik tapi tetap sedap. bawak balik umah mak aku.. aku tak dapat merasa.. sib baik da makan kat umah sendiri

buat tart.. tapi inti dia bukanla cheese.. try buat pakai custart cream je. tak lawa kan.. tu la kalau orang malas buat keje. hahaha. yang penting dia sedap...

ni la tart yang dah berisi.. lenkali leh masukkan buah dalam tu... buat cantik2 sebab dah tahu resepi tu sedap

ini namanya breakfirst buang tebiat. hahaha.. sebanrnya dah takde apa nak buat.  buat ni je la...
percubaan buat cupcake.. sedap tapi kami (family aku la) tak berapa suka. mungkin sebab masam letak buttermilk. lenkali nak letak susu biasa je. tapi bila bawak balik kat family semban diorang suka pulak. hihi
percubaan buat kek spa.. hahaha.. bantat,. taknak guna resepi tu... guna resepi lain la pulak yang lebey senang and more to resepi emak.

hehe.. ni bukan kueh tapi model kueh ibu.. comel kan budak ni

yang kecik ni pon sibuk nak amek gambar.. kakak nak amek gambar camtu dia pon nak. da la x pakai baju.
haish.. gambar ayam bakar dan juga ikan bakar tak jumpa.. ok lah yer.. tu aja. saja nak share hobi baru. hihihi...



Friday, 18 January 2013

pot pet pot pet

hari ni takde meeting macam selalu... relax sikit bila takde meeting ni. setiap minggu ada je meeting. huhu.. arini patut ada ceramah kat bawah. tapi rasa macam malas nya nak turun. huhu. rasa nak balik rumah pon ada jugak. huhu..

apa nak cerita ni sebenarnya.

lama tak cerita budak2 kan?

yang besar. dah 5 tahun tahun ni. rasa macam tak percaya je kan. besar dah budak bam bam tu. bila tengok budak2 aku sendiri pon rasa macam tak percaya aku akan ada family sendiri sekarang. huhu.. thanks abang sudi jadikan saya isteri techenta.. (huhu.. rasa pipi dah merah.. malu.. huhu).. kadang2 terpikir gak. kalau la aku ada bofren masa belajar dulu mesti entah ke mana pelajaran aku kan. bagus jugak bercinta lepas kawen ni... walaupon dah nak masuk 6 tahun usia perkahwinan, terasa macam baru sangat. masih gayut tepon macam dulu.. asyik mesej2.. hehe.. terasa diri muda walaupon dah 3 series. huhu.. love u abang. thanks kerana menjadi husband yang memahami dan selalu membantu...

eh.. melalut pulak.. kata nak cerita pasal budak2

qis
dah besar kan dia. he... tahun ni, alhamdulliah. sejak masuk tahun baru ni dia dah tak nagis bangun tido. kalau tak pagi2 bingit. dah la adik nangis. kakak nangis... berperang. walaupon pernangai pagi2 dah baik, tapi still minum botol. still pakai pampers bila malam. huhu... malas nak kemas bila main. kadang2 tu sanggup nangis hampir sejam dari kene kemas mainan dia yang boleh kemas kurang 10menet pon. qis ni manja ayah.. kalau nak tido, kalau boleh nak duk bawah ketiak ayah (ibu pon nak jugak.. hihi).. suka kalau ibu ke, wan buat kuih sebab dia nak amek tepung buat main. tapi bila kuih dah siap. memang jangan harap dia nak makan. apala dia tu. tido. tak boleh nak tido awal. kalau tak pukul 12 jangan la nak mimpi dia nak tidur. ajak la masuk bilik awal m ana pon. segelap mana pon bilik tu, dia akan golek kiri kanan depan belakang. bila dah dekat kul 12 barula dia tido. ibu yang tensen sebab rasa terganggu. hahahaha.

is
budak kecik ni belum banyak buat peel setakat ni. yang paling best dia tido awal. kul10 je merengek.. biiiibbbuuuuu... (dia panggil ibu dengan manja. hehehe). baring susukan kejap dah tido. pastu bole kemas sana sini.. terurus la sikit rumah skrg ni. tapi bila sekali sekala dia terover aktif lambt jugak tido. hehehe... pagi2 mesti bangun. qis dulu baya2 dia, sampai umah pengasuh pon tido lagi. huhu... dah pandai ajak gi kedai.. huhu.. ada ke aritu dia baring depan kedai. nak masuk dalam kedai. aduhai.. suka kalau ibu baring. pastu dia main. kalau ibu buat keje je mula la dia merengek. padahal bukan dia nak apa pon. huhu... tapi sekrang ok sket la. balik keje aku kene terus ke dapur pastu masak seberapa pantas sebelum dia nagis. hehehe... apa lagi ek?? entah la. budak ni manja ibu pulak kot. manja yang amat.

dah la. panjang sangat la pulak...

sorila kalau ter ke bosan nan membaca. huhu.. ada orang baca ke?? hahaha.. perasaan perasan kene ada...