Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Friday, 5 April 2013

makan lagi

betambah hening ofis hari ni...

alkisahnya.. disebab kan pengeposan gambar di bawah dlam fesbuk... si adam tu cakap mak pon nak jugak.. macam tak percaya pon ada.. mak mintak makanan2 merepek camtuh. huhu... entah2 adam tu yang nak. pastu sibuk je cakap mak yang nak... abah bukan makan benda2 tu semua... tapi kalo tak buat karang, kalo mak betul2 nak camana. so, tugas semasa rehat nanti adalah mencari bahan la apa lagi. huhu... dah la kaki tengah sakit ni. malam tadi ter krem pulak. lama tak kene. sekali kene mesti lama sakit nih...

makaroni bakar juga ayam bakar
bila bersatu di dalam pinggan
kawan abang pon ada request nak jugak.. hmmm tengah terpikir camana yerk.. makaroni bakar ni kalo pada aku sedap sangat kalo makan masa baru masak n keluar dari oven. kalo dah lama.. eeee tengok je la mampu aku buat. memng tak sedap. perasaan aku je kot. huhu.. ada petua ke ye nak bagi makaroni bakar yang dah lama masak tak keras?? susah hati pulak... he...

hmmm.. lama tak buat cream puff...


Wednesday, 3 April 2013

dilema

keheningan dan kesunyian dalam ofis membuat kan aku banyak berfikir....


aidil dah dua tahun..
so kenapa kalau dia dah dua tahun.. ibu kompius la.. kene berhentikan dia susu badan ke. pada aku selagi dia tak menyakitkan. macam nak teruskan je. qis dulu paksa berenti sebab dia suka gigit. ibu tak tahan. tapi ayah nya macam dah suruh berentiakn. so ibu buntu. apa kata korangg??

ibu garang
setiap detik ibu berdoa agar ibu diberikan kekuatan. agar tak garang pada budak2.. entah kenapa aku memang tak tahan dengan budak. kalau diorang ok dengar kata aku ok je tapi kalau salah sikit je aku terus naik hangin. bukan dengan diorang je tapi dengan mana2 budak pon. bukan sekarang je. memang dari dari dulu. sebelum ada anak. sebelum kawen. so, kalau macam tu, memang susah la kan nak kikis kegarangan tu. owh.. sedih.

kepuasan kerja
memang aku tak pernah puas dengan kerja aku.. walopon tahun ni menjejak tahun ke tujuh aku bekerja... dah lama kan. huhu... 1st posting je kepuasan tu terasa.. 2006-2009 sebab aku memang minat design. yang lain memang takde.. lepas tu dulu ada gak buat part time buatkan orang assignment.. memang banyak la diorang bagi untuk 1 assignment. ni semua abang punya pasal. tapi aku hepi sangat buat tu semua. huhu.. memang ada kepuasan di situ. dan sekarang masih mencari kepuasan bekerja. kerja sekrang?? aku suka je kerja sekarang. tapi persekitaran amat tidak menyeronokkan... dan macam yang semua tahu aku bukan type of person yang happening. so aku tak tahu macam mana nak memeriahkan keadaan yang memang boring camni.

kewangan
rasa macam gaji tetiap bulan habis. mungkin keberkatan dalam bekerja takde. ye la kan. asyik 'mengular' je. rasa nak cari duit tepi tapi takde kepakaran. memasak mahupon menjahit ataupon buat apa2 kraf. tapi in sya Allah bulan depan gaji adala balance2 sikit bulan2 kan. hutang renovate rumah dah habis... tinggal hutang besar gajah... gajah pon macam kecik je..

apa pon..

ya Allah.. hanya Engkau sebaik-baik perancang. mungkin aku tak tahu apa yang telah Engkau rancang untukku. berilah aku kekuatan untuk menerima segala perancangan Mu ini dengan redha.

amin....

Monday, 1 April 2013

penat

dah pon 1 april hari ni kan

akhirnya pulang juga ke rumah

seminggu duduk rumah mak minggu lepas. alhamdulillah 'ayah' qis dah balik. hope dia semakin sihat dan penyakit nya juga beransur baik. minggu lepas pergi melawt rumah diorang.. nampak kebosanan diorang bila budak2 takde kat rumah tu. hehehe.. nampaknya diorang pon rindukan qis dan is. :D aku tumpang gembira. hehehe...

minggu lepas sepatutnya minggu untuk berelaks-relaks sebab tak perlu rushing. cuti sekolah. tapi kene jg bangun macam biasa sebab perjalanan bertambah jauh. penat jugak ye... hmmm memang best kalo duk rumah mak sebab bila balik rumah tak payah nak kejar kan masak. semuanya dah ready. tinggal ngap aja. tapi tak tahan dengan kerenah adik yang takmo dengar cakap. risau jugak kalau budak2 ni mengikut. kalau rajin, balik rumah kemas la sket sebab rumah tu bukan pernah nak kemas. diorang ni tak tahu la buat apa kat rumah. tahunya main aja. tak pon mengadap fesbuk twitter. youtube. haish. budak2 zaman sekarang. tapi banyak yang tak rajin. sebab kalau kemas pon nanti besepah balik. huhu...

ada la dua tiga kali balik umah. nak basuh baju dan amek baju lain. takkan nak suh mak basuh kan pulakkan. dah la kene jaga budak berdua tu. tapi aritu mak bsuh jugak sekali. agaknya dia nampak  baju aku dah melambak dalam beg tu. huhu...

sabtu pulak balik ke seremban.. hmmm tapi tak tahu kenapa takde perasaan. rasa blurrr.. mungkin sebab kepenatan. rasa rindu pada rumah. rasa nak balik dengan segera. tapi dah lama tak balik seremban kan. so balik ajala... ada permintaan buat makaroni bakar pulak tu. sempena besday aidil. hmmm apa2 je la.

ahad balik rumah.. yippieee... akhirnya balik jugak kerumah. memang tiada tempat yang lebih selesa untuk bersantai melainkan kat rumah. :) .... lepas rehat2 melepaskan penat yang ada... ke dapurla aku.. buat kek untuk aidil seperti yang dijanjikan... alhamdulillah jadi... buat dua bijik.. tapi satu adunan je pon. memang kene buat dua sebab budak2 ni bukan boleh bila kita cakap makan esok. kalo nak. time tu jugak. huhu...

hepi besday sayang... kek ibu belum cukup cantik lagi.. hehehe

budak yang menjilat lebihan kek.. hehehe
kakak sibuk je nak buat jugak.. adik pon sama

tiba2 qis kata dia punya mana?? aku yang dah siap kemas semua ni kene kuarkan balik semata2 nak tulis dia punya nama .. hai la sayang... tak boleh adik ada. dia pon nak.

kul 10. semua tido dah.. seharian tak tido. suka sangat balik rumah ye... qis tu kalo ikut, memang takmo tido lagi tapi ibu paksa. hihihi...

tu jela.. hmmm macam luahan perasaan lak

apa pon hidup mesti enjoy

\O/
smile!!