Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Wednesday, 18 September 2013

tak lama dah



rasa macam dah dekat sangat je lagi.. ni dah hujung bulan 9.. dah nak masuk bulan 10.. bulan 11 ni dah kenduri.. huhu.. hope segalanya berjalan lancar. tapi nampaknya mcm takde apa2 akan berlaku. huhu.. adik aku ni bila ditanya.. entah je manjang jawapan dia. nak kawen ke tak nak ni. haish.

so.. apa yang aku kene buat??
hantaran ler.. tengok camana jadi nanti.. dah ler tak pandai nak menggubah-gubah ni.. harap akan dapat ilham nanti.. tapi aku rasa setakat ni yang cantik hantaran aku punya la. hahahaha.. tema.. silver.. rasa nak campur kuning sket biar nampak seri sikit.huhu.. barang hantaran pon cari hujung minggu ni.. kali ni nak buat kat rumah sendiri je. kalau ada masa malam2 bole buat. kalau buat kat umah mak kene tunggu ujung minggu je.. tu pon belum tentu mood ada kan.. kalau tak cukup leh cari lagi sementara ada masa.. takmo jadi macam masa tunang hari tu.. beli terus buat. pastu barang tak cukup main hentam je.. entah apa2 jadinya.

mak suh aku buat kek untuk makan2 sedara  mara.. mmm ok la mak.. akan ku usahakan. harap kek tak bantat di hari kejadian. huhu..

kek hantaran.. si pian suh aku buat. ceh... apa2 la pian oiii.. kalau tak cantik nanti jangan marah haaaa,,

kek masa kenduri pon aku kene buat kot.. hmmmm.... so, bahan2 nak buat kek ni beli minggu depan la ye. kot kalau ada yang tak cukup leh cari lagi dalam masa 4-5 minggu baki yang akan datang ni

ya Allah.. harapnya semuanya berjalan lancar. risau pulak rasanya



Friday, 13 September 2013

jumaat

sampai sudah penghulu segala hari.. hari yang ditunggu bukan sebab hari tu hari jumaat tapi sebab esok dah cuti.. tak baik kan??.. sepatutnya hari jumaat la banyak menambah amal atau apa sahaja yang ke arah kebaikan. huhu.. tapi mcm tu la hakikatnya saban minggu

sejak aakhir2 ni selalu dikejutkan dengan berita2 kematian. dan yang paling memeranjatkan yang meninggalkan kita tu bukan la di usia tua. tapi masih muda. dalam lingkungan 30-an juga.. macam aku. owh.. betapa ajal maut tidak mengira usia. (insaf sekejap dan entah berapa lama nak insaf ni.. semoga aku sentiasa mengingatkan mati supaya lebih berfikir bila nak buat .............)...

1st kematian..
husband kepada kawan ofis lama.. kalau tak silap diorang baru saja kawen dalam 3-4 tahun gitula.. aku pon tak sure sangat. katanya high blood pressure.. innalillah.. semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. harap kawan ku itu tabah menghadapi hari mendatang tanpa orang tersayang di sisi.. (aku tak dapat bayangkan kalau aku............)... sesungguhnya Allah maha mengetahui.. dugaan diberikan pada orang yang mampu sahaja..

2nd kematian
(ni takde kene mengena dengan hidup aku tapi membuatkan aku takut juga.. ajal tak mengenal usia).. sepupu kepada husband baiti.. tiba2 meninggal. di usia muda.. semoga rohnya juga ditempatkan dikalangan orang beriman.

sebelum tu lagi ada berita kematian juga.. arwah tu dulu fasilitator aku masa kursus pengenalan masa mula2 kerja dulu.. yaang ni memang amat terkejut sebab nampak dia sihat je. tapi ye la kan.. sekali lagi. ajal tak mengenal usia. hope juga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. aku difahamkan, masa aku kursus dulu (7thn lepas), dia baru je peluk Islam.. alhamdulillah...dalam masa yang sama.. menantu kepada bos (unit lain) meninggal sebab kemalangan.. rasanya anak dia baru kawen dalam seminggu dua ke sebulan dua camtu.. takot kan??

kadang2 berita macam ni mengejutkan. kadang2 mengejutkan juga tapi alhamdulillah kalau ada yang menjadikannya pengajaran... huhu.. aku ni bilalah nak insaf.. insaf pon sekejap-sekejap je...


teringin sangat nak mengintai kaabah... eh.. mengintai lak.. menjejakkan kaki ke tanha suci.. tapi bila pikir takot juga.. kalo g sana. sebab banyak kan kejadian yang tak diigini berlaku. tanpa di sangka.. hope aku ada rezeki ke sana.. pergi dan balik dengan selamat. huhu..
(eh.. kenapa melalut ke sini lak)


Thursday, 5 September 2013

kito monang. kito monang!!!

alhamdulillah..

majlis hari raya cawangan berjalan dengan meriahnya semalam.. aku excited.. huhu.. tak pernah dalam sejarah hidup aku suka dengan majlis2.. mungkin usia menyebabkan aku kene bersosial jugak.. hope berjangkit hingga rajin buat rumah terbuka.. tak kira la rumah terbuka aku ke.. mak aku dan especially umah mak mertua la. huhu...

dah yeaaaayyy!!! unit kami menang untuk gerai tercantik. hahaha.. memang tak sangka sangat sebab gerai unit lain pon cantik.. preparation untuk buat gerai dalam 3-4 hari berbaloi jg laa.. hilang segala penat bila dinobatkan juara... hahaha.. cam kelakar je bunyi nya.. konsep gerai adalah merdeka raya mengikut zon projek masing-masing. hehehe.. kami zon selatan (melaka, negeri sembilan dan johor).. kami amek kota a famosa sebagai elemen paling besar kat situ di samping kuda kepang (johor) dan lomang (negeri sembilan).. dan gambarnya seperti di bawah... gerai  kami pon letak gambar2 yang disuperimpose.. alahai.. den jadi orang tuo..
gerai kami

kalo terer cari gambar den.. huhu



makanan
gerai kami dah ditetapkan dapat lemang bersama rendang.. memang sesuai dirasakan. hehe. tapi kalo dua makanan tu je mang kosong sekosong-konsong nya la meja kami dan nak memenuhkan meja semua kene bawak makanan masing-masing.. aku bawak kek and cupcake (silalah jenguk dapur saya ye.. hehehe)..

kami.
selapas menang kami dikenali dengan nama geng 04.. berlagak sket bila dah menang. hahaha... gengster


dan tadi dapat emel dari bos... rasa dihargai pulak.. hehehe.. tq bos!!


"KEPADA SEMUA KAKI TANGAN HOPT4, TAHNIAH!!!

KEPADA SEMUA YANG CONTRIBUTE KEPADA KEJAYAAN GROUP SEMASA JAMUAN RAYA, YOU ARE THE BEST! DAH TERBUKTI. DAN KEPADA SEMUA KAKI TANGAN HOPT4 TERIMA KASIH ATAS SEGALA SUMBANGAN DAN USAHA, SAMADA MENTAL, FIZIKAL,MASA ATAU RM, KEPADA PRESTASI DAN KEJAYAAN HOPT4 SELAMA INI, TERIMA KASIH!

SEMUA NAMPAK HANDSOME, SMART DAN BEAUUUUTIFUL!!!! YANG PALING HANDSOME, EN ISMAIL, TAK MAU MASUK GAMBAR SEBAB TAKUT DIA OUTSHINE DAN OUTDONE ALL THE REST OF YOU YANG ADA DALAM GAMBAR (yang ni bos bergurau... huhuhu)!!!

TAHNIAH SEKALI LAGI!"

tahun depan kita cuba lagi ye (tu pon kalau masih di cawangan ni)....

gambar lain-lain tak amke lak.. penat nak berjalan.... huhu