Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Thursday, 7 November 2013

kenduri alfian

kami sebelum masuk rumah pengantin
alhamdulillah

selesai sudah kenduri adik aku lagi sorang.. menyusul lagi 5 adik untuk dibuat kenduri dan kemungkinan kenduri adik bongsu bersama dengan kenduri anak sendiri nanti. hahahaha... macam-macam perkara suka duka dilalui.. perkara duka biarla kami menyimpannya sendiri.. bukan utnuk jadi tatapan/ bacaan pembaca walaupon yang membaca cuma dari kalangan kawan-kawan (blog ni pon tak open).. huhu...

penat masih terasa.. nasib baik semalam masih dalam cuti. memang bangun pagi pagi semalam badan sakit-sakit. huhu.. kalau buat kat rumah sendiri, entahla... tapi kenduri adik yang sebelum ni, takde la rasa penat sangat. hahaha.. mungkin aku sedikit boikot masa tu sebab tiba2 nak kawen. tak nak dengar cakap orang tua tunggu dulu..tapi apa-apa je la.. yang penting sekarang semuanya dah selamat. cuma doa dipanjangkan agar rumahtangga berkekalan...

3/11/13 lepas akad nikah

3/11/13 muar
5/11/13 bukit mahkota, kajang

Monday, 28 October 2013

konsert qistina 2013

hari ni masih lagi malas bekerja.. ish.. sebenarnya macam excited nak cuti  ni.. tu yang malas je. hujung minggu ni si pian dah kawen. berkurang la isi rumah ku. makin malas la aku masak nampaknya. takde orang nak makan. huhu..

rabu lepas macam terkelam kabut bila qis kata konsert dia 3 hari lagi.. aik.. ibu takde dapat apa -apa note pon.. rupanya tecer dia emel aje. tupon dah jumaat ke baru aku perasan. pastu emel jemputan konsert cuma attach kad jemputan aje.. adoi... cerita pasa hari konsert pulak banyak dalam emel rehearsel.. so, bila dah rehearsel makanya aky tak baca la sampai abes.. dalam tu suruh berkumpul pukul 6. start 7ptg.. adoi.. mana nak maghrib lagi.. bila tanya ada surau tak.. dijawabnya tak tahu.. at least tanya la sapa2 bagi pihak parents yang muslim ni.. hangin betul aku..

abaikan pasal hangin tu.. yang penting qistina happy.. dan kami semua gembira tengok dia all out.. patutla dia beria sangat. memang tecer bagi kepercayaan pada dia.. mula2 kami sedey jugak bila tecer bagi dia watak dwarf je. tapi dwarf bukan sekadar dwarf.. dia ketua dwarf.. kawan2 follow dia je masa tengah perfome tu.. hehehe.. masa nyanyi beramai ramai pon dia lead koir untuk satu lagu.. bagus jugak qis ni ye.. tapi bila kat rumah, aku suh joget lagi. takmo pulak dia.. dia tahu tak ibu tak puas tengok dia konsert. huhu...

persembahan budak 4 tahun.. 4 yellow

kelas 4 blue

5 red

cik yan angs iskandar yang khusyuk.. alahai.. gambar mak takdo pulak.. mls nak cari gambar wasap.. banyak sangat pulak

king n queen yang konon konon baru dapat baby snow white

qis bersedia untuk perfome

i home!!! i home!!!

persembahan lagu kedua.. seronok bila snow white dah sedar semula

qis and ayah

qis and ibu


qis and adik
6 years

qis public speaking

qis lead koir

persembahan terakhir

saja amek gambar udak dua orang ni,.. nangis sepanjang persembahan penutup.. comel!!

persembahan cikgu cekgi

setahun lagi sebelum qis melangkah ke alam sekolah.. rasanya walopon impian aku nak sekolah kan dia kat tadika yang islamik tak kesampaian (macam cic ke..little caliph ke).. aku berharap sangat semoga dipermudahkan bila dia sekolah nanti.. hope dapat ustaz or ustazah yang baik.. (sedih sangat sebenarnya ni)...


Wednesday, 23 October 2013

semakin stress

mmm.. hari ni dah 23 hb.. kenduri 3hb & 5hb.. tinggal berapa hari je kan..

aku pulak.. semakin hari semakin stress.. cepat la semuanya berlalu.. rasa macam dah tak sanggup je.. tp dah habes nanti ada adik laen dan masalah sama akan timbul.. ramai nya lagi adiiikkk!!.. so, anak2 nanti nak buat kat hotel je.. bole tak abang.. malas nak pikir dah.. sila kumpul duit dari sekarang yer (pesanan PENTING untuk diri sendiri ni).. untuk qis.. sila cari anak orang kaya yer..... untuk aidil.. sila cari keje yang bagi gaji  besau ye.. hahahahahaha.. (ibu ngek)

hantaran da siap.. tinggal nak beli buah dengan buat kek.. rasa nak tmbah cekelat sket.. mcm kosong sgt la pulak hantaran adik aku tu

masa kenduri:
kene buat kek untuk pengantin.. harap dipermudahkan segalanya...

gambaar di  bawah tiada kene mengena dengan ini cerita... sekadar hiasan..


gembira maen mekap ibu.. nasib ibu dah tak guna

merayu nak susu.. hahahaha.. aksi comel la ni konon