Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Wednesday, 26 March 2014

hobi baru...

entah kenapa.. sekarang macam malas nak menulis sangat kat blog ni.. entah kenapa macam cerita aku ni rasa macam sama je. boleh menimbulkan keboringan kan kalau orang baca. mm tu la yang aku raasa. asyik nak cerita menda sama je.. skrg macam lagi suka update kat blog dapur ku.. sebab kat situ tak perlu membebel banyak. hehe.. cuma letak gamabar.. pastu ayat sepatah dua dah memadai.

tapi.. takpelah.. cerita la juga kan. untuk kenangan diri sendiri.. nanti bila rasa rindu, sini la jugak tempat nak tengok gambar-gambar yang ada


dua minggu lepas, belajar potong baju kurung ngan mak. hahaha.. akhirnya. tapi seriusly penat weh.. memang potong baju ni nak kene teliti yer? adoi la.. pastu gunting lak tumpul.. rasa nak tercabut tangan aku. tapi takpelah.. mula2 memang macam tu kan.. macam masa mula2 baru belajar buat kek dulu.. rasa susah jugak.. tapi buat kek tak belajar dengan orang.. main hentam. so kesusahan tu tak terasa. sebab takde orang mengomen. adoi. tapi tak sempat nak jahit sebab dah balik KL. so, harapan minggu ni dapat sambung jahit. huhu.. nanti mesti kene komplen jahit senget benget.. waaaaa (nangis jap).. bila fikir2 balik.. macam tak percaya aku leh suka nak buat menda-menda ni semua. hai la kan.. kalau dari dulu minat, leh amek jurusan yang menjurus ke situ.. takdela keje macam sekrang. tapi Allah maha mengetahui.. percaturan dia lebih baik.. kan?.. pasni, kalau  nak pakai  baju leh jahit sendiri.. hehehe.. cpt sikit siap.. nak suruh mak takkan nak paksa suh cepat kan.. kuang ajo la tu.

minggu ni jugak nak cari-cari bahan hantaran untuk adik ipar. aku yang sengaja volunteer nak buat sebab aku bosan. entahla.. tak tahu kenapa bosan. orang lain duk cerita tak sempat nak buat apa bila malam2 kat rumah tapi aku boleh cakap bosan. aku pon tak tahu jawapannya.. mungkin memang jenis yang tak reti duk diam kot. hehe. cuma sekarang ni dilema.. nakbuat kek hantaran ke cupcake hantaran.. aku macam nak try buat cupcake untuk hantaran.. tapi adik2 ipar tu mcm nak suruh buat kek.. so aku dilema.. aku nak belajar buat cupcake.. huhu.. buat dua2 ke kan? tapi nanti camana nak susun kat dulang hantaran tu.. aiyak.. tema purple silver.. kenduri belah pompuan awal bulan mei.. so, akan upload kemudian gmabrnya ye.. hehehe..

qistina
dah semakin boleh membaca.. alhamdulillah.. hope semuanya berjalan lancar bila dia masuk darjah satu tahun depan.. ibu still risau pasal ngaji.. huhu..

aidil
makin becok mulut dan semakin tak dengar kata. suka menyakat kakak. anak dua je pon riuh sesangat. pening jugak kekadang tu. jumaat ni besday anak bujang ibu yang ke-3.. besar dah dia.. patutla makin berat...

minggu lepas
sibuk pergi kenduri kawan abang (khamis malam akad nikah kat ceras, sabtu kenduri kat menara telekom -belah ponpuan & ahad kenduri kat semban - belah lelaki). so, ada lagi sorang la kawan abang yang belum kawen. seronok ada kawan yang berkawan sejak kecik ni. kenal mak bapak semua.

semalam (25/3/2014)
Adalah hari polis.. so, selamat hari polis kepada abangku sayang. semoga PDRM akan sentiasa maju ke depan. terima kasih sebab tempah cupcake dari saya untuk majlis di IPD Ampang Jaya tu.. hepi bila dapat buat kerja yang kita suka ni kan. hehe. dan bertambah hepi bila ramai yang memuji. tq abang bagi support. (gambar boleh tengok kat blog dapur saya yer)

k lah.. banyak pulak bercerita yer.. tadi kata malas bercerita. hahahaha...


Tuesday, 4 March 2014

alkisahnya...

akhirnya mac datang juga.. tak tahu kenapa februari kurasakan lama sangat.. mungkin tak berapa bz masa bulan dua aritu kan.. masa bulan satu aritu, bz je.. sibuk dengan meeting.. turun melaka hampir setiap hari.. memang memenatkan tapi aku suka bila tak terasa perjalanan sehari harian tu.. bulan ni je aku ada mintak dua kursus.. semata-mata nak isi 'masa lapang'.. satu dah lulus. satu lagi pulak tak lulus.. sebenarnya tak mengharap yang lulus tululus.. taapi dia lulus pulak (berapa  banyak lulus daaaa)

so, apa perancangan bulan tiga ni.. mmmm macam biasa entah je la jawapan aku.. nak baking pon macam dah hilang  kerajinan.. tapi terasa jugak nak makan kek cokelat la.. kek span aku tu la.. pavlova la.. hish.. nasi takmo pulak kau makan kan.. tu la.. rasa macam dah dua minggu ni tak berselera nak makan nasi sangat. hormon tak stabil la ni.. haish.. bila pikir2 bagus jugak kan.. boleh kuruskan badan (its not badan actually.. lebih kepada kuruskan perut yang buncit semakin ketara).. tapi kadang tu, seksa jugak sbb lapar tapi tak selera.. eh.. tapi dah terlaksana buat pavlova.. ampun.. memang aku suka pavlova.. makan dengan buah segar memang best.. tapi buah mahal la pulak.. dapat letak strawberi dengan anggur pon ok la.. huhu..

abang
macam biasala abangku sayang sorang tu.. bz dengan kerja nya.. tapi alah bisa tegal biasa kan.. hehehe.. aritu abang kursus dua minggu, hari2 balik rumah.. syok nya.. kalau macam tu hari2 kan best abang....

cerita pasaal budk2 lagi best kan?

qistina
tahun depan nak masuk darjah satu dah dia.. mmm dengan itu, terasa macam daah tua dah aku ni.. huhu.. tapi amat merisaukan sebab dia belum pandai baca.. kira-kira alhamdulillah.. dia lebih ok daripada membaca.. mungkin sebab masa dalam perut dulu asyik kene tolong ibu buat design.. agaknya iskandar cepat pandai baca tak? masa dia dalam perut ibu asyik buat assignment je.. ayat-ayat.. hehehe.. hope qis dapat baca penghujung tahun ni... amin... qis suka benda2 macam art.. melukis.. mewarna.. menggunting buat shape pelbagai.. huish.. bersepah jugak rumah.. paling tak tahan dia gunting buku sekola.. ya rabbi.. malunya muka ibu ni dengan tecer (walaupon jarang jumpa tecer dia) Tuhan ajala yang tahu...

aidil
semakin besar, semakin panjang akalnya.. kadang-kadang geram tapi tak dapat nak marah sangat sbb dia suka buat suara manja.. aksi manja.. huhu.. eee geram tau.. sabar ajala.. setiap pagi nak pergi rumah pengasuh dah pandai nak mintak dokong... tak nak jalan.. kesian ayah dia.. kalau ibu yang kena hantar budak2, tak dapat la ibu nak dokong adik.. huhu.. tak larat ibu.. kalau balik seremban pulak kejenya asyik nak gaaduh aja.. stress mak nak... ye la.. dia sorang je boy (boy yang besar.. lagi sorang boy kecik lagi).. pastu asyik nak menang.. mana boleh sayang oiii.. main kena la sama-sama..

apa lagi ek? tu je la... macam takde idea lak nak mengarang..






relakan jiwa

lama tak share lagu.. sebab macm lama takde lagu yang menusuk ke dalam jiwa.. hehehe.. kali ni macam best pulak lagu si hazama ni.. dulu abang selalu gak cakap lagu dia  ni best tapi tak pernah pulak nak dengar betul2 lirik dia so macam tak amek port.. pastu tetiba ada cerita petang kul7 tu.. tajuk dia jika itu takdirnya ke.. pakai lagu ni jadi lagu tema dia.. macam best pulak.. bila dengar betul2 rasa macam berdebar-debar.. hehehe.. tak tahu kenapa.. mungkin lagu tu ada dalam diri ni kan..

so, enjoy the lagu... tapi takde la link youtube.. huhuhu...

Lirik Lagu Relakan Jiwa : Hazama


Lirik Lagu Relakan Jiwa : Hazama Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta

Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menhidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Sehingga kau datang membangunkan a


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/12/lirik-lagu-relakan-jiwa-hazama.html#ixzz2uwmWi7Oq