Wanita…


Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan

Monday, 12 May 2014

mode cuti is on

rasa macam sekejap je dah pertengahan bulan mei.. mungkin sebab bulan ni agak bz sikit kot.. (ehem.. bukan bz kerja ofis tapi bz menda lain.. hahahaha)..

minggu ni datang ofis semata-mata kerja untuk hari ni.. hari isnin.. hehehe.. sebab tu mood bekerja langsung takde.. bos pulak takde.. haish.. ingatkan nak setelkan kerja sebelum masuk semula isnin depan.. nampaknya terpaksala meninggalkan kerja pada anak buah.. hpe dia  boleh diharapkan.. kalau semuanya sama je macam masa aku tinggalkan opis ni.. nanti aku cerita balik bila naik dari cuti nanti yer.. hehehe..

awal mei hari tu memang sibuk sikit.. adik ipar nak kawen. sebenarnya boleh je kalau nak buat tak sibuk tapi macam serba salah pulak. dahla tak dapat balik awal hari jumaat (2mei) sebab abang kerja. so, tolong la buat sikit desert untuk kenduri malam tu sebelum adik akad nikah esoknya kat rumah pengantin pompuan kan.. at least takde la diorang kata aku mengelat. huhu.. buat dalam 60 pudding dengan 30 chocolate moist.. mula-mula macam nak buat cupcake tu lagi satu adunan tapi biasala aku ni selalu risau tak abes.. jadi stop la buat.. tak sangka pulak diorang suka.. takpelah.. rezeki tu je kan.. yang lain, kek hantaran memang dah ditempah awal.. ingat buat lebih, nak buat cupcake.. tapi jadi kek sebijik lagi pulak.. mana la tahu apa2 jadi kat kek hantaran tu kan.. ada yang meng cover.. hehee.. kepala sangat pening masa buat ni.. (hmm.. rupanya nak dating bulan- sabar ajala).. nasib tak keluar semua isi perut.. memang rasa nak muntak sangat dah..

esok nya (3mei).. semua pergi kenduri kawen dengan kepenatan.. baju aku pulak dah cair kene iron.. ya Allah rasa macam nak gelap je penglihatan hari tu.. tapi tarik nafas panjang2.. testing2.. dapat la pinkan dekat tempat cair tu.. pastu tutup dengan tudung.. nasib baik takde yang perasan.. baru lepas buat baju qis lebihan baju tu dah takleh pakai sesame lagi.. sedihnya rasa.. tapi Allah knows better.. berserah ajala.. adik ipar telah selamat menjadi suami orang.. kenduri kami nanti 1 jun. harap semuanya berjalan lancar.. kek pon tak payah buat dah sebab catering bagi kek free.. :) relaks sikit kenduri kali ni.. buat dekat dewan pulak tu. tapi hari tu ibu mertua macam nak mintak aku buat choc moist jugak.. tengokla nanti ye bu.. kalau sempat saya buat.. huhu...
selamat pengantin baru hadi and aida

kami  beserta hantaran hasil gubahan ku.. (hehehe)

baju ibu dah rosak... :(
adik-adik ipar perempuan (sorang dah kawen yer ni)... lelaki semua dah tak available..


weekend aritu,
dapat jalan jb. memng seminggu minggu lepas tu takde mood langsung kerja.. mengingatkan cuti minggu ni dan nak jalan turun jb.. budak dua orang tu jangan cakap la.. memang suka sangat  nak berjalan.. nak tido hotel.. nak balik tu siap kata takmo balik la.. asyik Tanya.. 'ayah kita nak balik hotel ke??'.. penatla kami menukarkan tune kepala otak budak kecik tu supaya tak ingat pasal hotel.. hehe.. Alhamdulillah sampai rumah dia dah lupa semuanya.. kami tinggal di M-suites.. amek apartment dua bilik.. memang memuaskan sebab ruang besar.. selesa untuk kami yang berjalan bersama keluarga.. next time boleh dating lagi kalau bawa family.. kalau bw lebih ahli keluarga, kita bawa toto je ye.. hehehe

okla.. kita layan gambar je
lepas bekfes.. posing jap

nmakan malam @ senibung

nyum.. nyum

amboi qis

adik takut.. duk tepi je.. huhu.. apa la adik ni



#nicumadiarielektronikku
#sapataksukabacajanganbaca
#akunakbaca2ke3tahunakandatang
#naksuruhanakanakbacabiladiorangdahbesarnanti

Friday, 9 May 2014

ke taman burung kita

huhu.. family portrait.. tapi tak lengkap

setelah sekian lama bertangguh.. akhirnya dapat juga ke taman burung 1 mei lepas..  (ibu yang excited lebih ni)... walaupun penat, tapi kugagahkan diri juga untuk ke taman burung.. kebetulan si pian kata nak dating bawak budak2 jalan katanya.. tapi kitorang ada plan nak jalan taman burung, so ajak je la dia ngan ina skali.. seronok juga jalan sesame ni kan.. lagi2 budak2 ni asyik ikut cik yan dia aja.. lagi ibu ayah macam pasangan baru kawen lak mengalahkan pian. hahaha..

cik yan sampai dalam pukul 12.. pastu budak2 ni sibuk ajak mandi kolam.. ayah pulak tak balik-balik lagi.. rasa agak stress di situ.. makanan tengah hari dah lama siap.. ngam ngam sebelum pian ngan ina sampai.. bila budak-budak dah macam tu.. cik yan pon janji la ngan anak buah dia nak bawak mandi kolam rumah dia.. huhu.. tapi budak-budak ni  bukan makan saman.. adoila..

ayah sampai je terus makan dan terus keluar.. eh solat jangan dilupa.. naik dua kereta.. tapi budak-budak nak jugak naik ngan cik yan.. kami pon seronok la.. hehehe.. berdua lebih baik.. tapi si pian ni pulak salah jalan.. pergi masuk jalan yang jem.. nasib kami baik sebab tak hujan.. kalau hujak aku salahkan dia. hahaha..

kebosanan menunggu budak-budak
sampai sana memang iskandar suka sangat.. tapi jalan punya jalan ada sekor burung tu asyik ikut dia je.. rupanya dia Nampak gula-gula kat tangan iskandar.. ibu ayah dah pesan simpan dalam poket.. tapi biasalah dia takmo dengar cakap.. sudahnya tiba-tiba dia pergi hulur gula-gula tu kat burung tu.. memang tanpa toleh kiri kanan la burung tu kan.. terkam kat tangan aidil.. hamek kau.. menjerit aidil ketakutan.. terus jadi tak best dah perjalanan kat taman burung sebab dia jadi takut.. asal Nampak burung je dia peluk kaki sesapa yang terdekat.. nak amek gambar ngan burung pon tak nak.. kakak yang takde kene mengena pon takut.. hai la anak.. kenapala korang ni takut.. bawak g zoo takut.. taman burung takut.. nak bawak taman mana lagi.. huhu... dah asyik ajak balik je



sabar ajala

dah selesai round taman burung, pergi la rumah cikyan.. ibu ayah dapat la melelapkan mata barang sekejap.. tapi cik yan kata pintu ke kolam dia tutup pulak.. ajak budak2 main taman pastu mandi dalam besen bilik air je.. kesian.. jadi la...


malam makan kedai feberet lagi..

seronoknya jalan-jalan...

#nicumadiarielektronikku
#sapataksukabacajanganbaca
#akunakbaca2ke3tahunakandatang
#naksuruhanakanakbacabiladiorangdahbesarnanti

Wednesday, 30 April 2014

menjelang hari bersejarah

hai la.. hari ni memang takde mood langsung nak buat kerja... semua benda rasa tak menjadi.. bos pon takde. jadi sekrang ni rasa buntu pulak.. hadoila..

in shaa Allah.. 3 mei nanti sorang lagi adik ipar akan mendirikan masjid. semoga rumahtangga yang akan dibina nanti bahagia hingga akhir hayat. adik ipar lelaki. muda lagi. 23 ke 24 ntah umur dia.. hehe.. Tanya abang pon mesti jawapannya entah.. mulanya memang abang-abang, ayah ibu tak berapa nak setuju dia nak kawen sebab muda lagi.. ye la kan.. kita yang dah kawen ni tahu la macam mana susahnya nak uruskan rumahtangga especially lelaki yang semua tanggungjawab tertanggung kat bahu dia. abang-abang dah dekat 30 baru nak kawen kan. kakak dia jodoh awal juga.. 21 kot da kawen. mm tapi perempuan, tak kisah la. (aku pon 25 baru kawen.) tapi dah jodoh dia awal.. hanya doa je la kami panjatkan.

so, jumaat ni cuti.. memang sebab tu la kot (cuti) segala mood bekerja hilang.. duk merangka nak buat apa dulu kat rumah esok dan malam ni.. ingat malam ni nak buat kek. si ami pulak  mintak kek besday dia 1 mei ni.. alahai.. tak ingat dah besday budak tu.. tak buat karang kesian pulak sebab cuti sekolah lepas tak sempat nak buatkan dia pavlova.. hope abah datang kenduri seremban. boleh pas kek tu.. kalau tak dating?? nanti la fikir lain kali.. huhu

cadang esok nak pergi taman burung.. asyik tak jadi aja.. hope esok jadi dan hope penyakit M aku tak melarat lagi malam ni. kalau tak. camana pengantin takde kek hantaran nanti. hahahaha...



#nicumadiarielektronikku
#sapataksukabacajanganbaca
#akunakbaca2ke3tahunakandatang
#naksuruhanakanakbacabiladiorangdahbesarnanti